Awesome Followers

23 October 2015

BUKAN SENANG NAK SENANG

Kami laki bini dah buat keputusan meniaga lama dah tapi ada je halangan tak dapat nak teruskan. Laki aku lah. Aku memang meniaga tapi kecil-kecil je. Setakat jual dorayaki sekeping 1.50 pun bila laku semua dah rasa kembang kuncup. Haha. Bukan apa. Seronok tengok orang makan masakan kita. Duit dah jatuh nombor dua. 

Raya haji lepas terus decided nak jadi pembekal kelapa untuk kedai santan makcu pakcu aku kat Karak tu. Ambil kelapa kat Selangor ni then hantar ke sana seminggu sekali. Sekali hantar dalam 300 ++ biji macam tu. Jadi lah kan. Kelapa hantar weekdays. Sabtu balik Karak bawa ikan pulak. gitu lah rutin mingguan kami laki bini. Kalau hantar kelapa je, beliau pergi dengan bff beliau, Aspa. Kalau sabtu tu, aku harus ikut sekali sebab balik terus rumah ibu abah.

Orang kampung sini mulut boleh tahan jugak. Nak pulak lelaki. Ada je yang nak tanya itu ini. Ye lah, nak pulak laki aku jenis ke hulu ke hilir. Orang tengok macam laki aku ni tak bekerja bagai. Padahal.. Entah lah, mulut orang ni pelik. Dia tak tahu kita ni setiap hari pening dok fikir mana nak cari stok kelapa untuk cukupkan bekalan. Ke sana ke sini cari owner kebun deal harga cantik sikit. Hahaha. Tapi laki aku lagi teruk. Kalau dia duduk termenung tu, tak ada benda lain dah kalau tak kelapa dalam kepala. Duk pandang pokok kelapa boleh berangan jauh sangat. Adoiii..

Sabtu lepas aku cari ikan kat Pasar Borong. Mula-mula masuk Pasar Borong Kuala Lumpur. Gile luas! Jenuh nya berjalan dalam tu. Aku pakai wedges tinggi tu. Laki aku jenis pulak jalan laju. Memang terkial-kial cerita dia. Memang tak rancang pun nak pi sana. Tapi alang-alang balik Karak lalu Selayang, singgah lah kan. Kalau aku tahu, aku pakai selipar flat je. Letih jalan terkesot-kesot ni. Sampai sana, ikan tak ada. Malam baru ada katanya. So berdesup keluar pi Pasar Borong Harian Selayang. Situ ada pasar tani.

Sampai sana tengok ikan murah-murah and segar-segar, terus jadi lupa ingatan. Itu nak beli, ini nak beli. Mujur laki aku jenis rasional. Ambil ikan yang kompem orang akan beli je. Baik lah. Ikut perintah. Setel beli ikan, nampak pulak petai. Biji petai tu besar-besar, kasar-kasar. Memang cantik sangat. Terus beli. Esok balik Karak harus singgah. Nak beli ikan sikit.

Petang ni nak pi cari ikan bilis, ikan masin and barang runcit sikit. Makcu aku lah ni. Ada je pesanan dia. Tempeyek dengan kuih lidah kucing dah otw. Itu pun dia nak jugak. Jadi lah untung sikit pun. Tapi seronok tau. Nak business kecantikan, awak tak cantik. Kita jual je lah produk kampung. Hahahah. Tadi dapat news, biras aku nak laki aku jual ikan pulak. Peralatan semua dia bagi. Alhamdulillah. Aku kalau boleh memang nak beliau kerja sendiri, senang. Semoga beliau terus istiqamah lah ye dalam menuju puncak. 

15 October 2015

MURAHNYA HARGA SEBUAH NYAWA

* Eh, nyawa tu penjodoh bilangan dia betul ke sebuah? Maaf kalau salah*

Semalam kampung laki aku ni heboh dengan penemuan mayat yang tertanam. Aku kenal sangat mangsa tu. Zaid nama dia. Bekas komando askar. Pernah kerja dekat snooker sebelah koperasi ni. Nampak bengis tapi kalau layan dia dengan cakap baik-baik, dia boleh je masuk kedai ni dengan senyuman sampai sepet mata. Favorite dia kacang timbang and air botol singgit. Tak kisah lah air apa asalkan singgit. Pernah lah sebelum ni dia datang kedai time aku jaga kaunter and dia marah-marah hempas barang-barang yang dia nak beli. Sekali tu je lah. Lepas tu bila aku start sembang-sembang dengan dia, dah tak ada nak masam mencuka datang kedai. Dia ni ada angin sikit kadang-kadang. 

Orang cerita, dia kena jerut kat leher. Tangan dia dua-dua patah. Kat perut ada kesan sikit. Kesan apa tak tahu lah kan. Zaid ni bertekak kot dengan pembunuh dia kat depan rumah. Tu yang kena tu. Ada saksi nampak tapi aku pelik kenapa tak seorang pun leraikan. Bukannya tak ada orang lain kat situ. Lepas bunuh tu, dia angkut pakai stroller baby and tanam. Gile. Tak dapat aku bayangkan macam mana arwah meronta-ronta sakit masa kena tu. Allahu. Sebak sangat dada aku bila fikir. Ni pembunuh dah lari. Mana lah kau nak lari. Terlepas undang-undang pun, sampai mati lah kau rasa terbayang-bayang. Lantakkan. 

Orang kampung ni start kecoh sejak Zaid ni dah lama tak nampak. Selalunya ada je dia kayuh basikal ke hulu ke hilir. Start ahad tu orang tak nampak dah. Tu yang pakat ramai-ramai cari dia. Kat kampung ni ada sorang abang ni yang boleh lah rasa benda-benda pelik. Dia pun usha-usha area yang 'embah' dia cakap. Laki aku lah ni yang suka-suka panggil 'embah'. Hahaha. Tapi serius weh. Laki aku pernah lah ikut dia tengok tajur* yang abang ni pasang kat sungai time malam. Nak tengok lah kot-kot ikan dah ada mengena. Tengah elok menyusur sungai, tiba-tiba dia cakap ada bau pelik. Dia kata, kalau bau pelik ni selalunya ada 'dia'. Dia tu buaya lah. Laki aku cuak jugak. Dia suruh laki aku suluh sekeliling. Kalau nampak mata, ada satu je and warna merah, dia lah tu. Kalau dua biji mata yang nampak, bukan buaya. Laki aku tak nampak masa suluh tu. Abang tu nampak and tunjuk kat laki aku. Betul-betul kat tempat tajur yang abang ni pasang. Betul kata dia. Eh, jauh pulak menyimpang.

Haa.. Masa embah tu bagitau abang tu kat mana tempat Zaid, dia pun pakat pi. Nampak ada tanah yang baru terkambus lepas tu ada daun kelapa kalau tak silap. Terus call polis and maklumkan sebab nak surekan apa benda yang tertanam. Masa forensik gali, memang ada Zaid. Kepala dah berulat sebab dah lama kan. Ada dalam 4 hari. Allah. Kesian sangat. Even bukan saudara mara, tetap terasa sebab dia rajin singgah kedai beli barang. Kenapa lah ada orang tergamak nak membunuh orang lain? Dia ingat bunuh cicak ke? Aku tengok cicak mati pun sedih. Ish.

Sekarang ni pembunuhan di mana-mana. Bukan setakat Malaysia, luar negara. Macam pesta membunuh satu dunia. Semalam aku tengok video budak Palestine kena tembak and dibiarkan sampai meninggal kat tepi jalan atas laluan pejalan kaki. Sambil askar/polis Israel tu sumpah seranah budak tu. Hello, budak tu baru 14 tahun okay. Oh lupa. Diaorang takut dengan anak muda Gaza. Gitu. Lepas tu kes perempuan kena tembak sebab tak nak buka tudung depan polis kafir ni. Allahu. Gile, memang gile. Kalau tengok lagi kes kanak-kanak kena bunuh, lagi lah aku meraung macam orang gila. Kenapa wei, kenapa??

Sekarang ni kita kena berhati-hati sangat. Kadang-kadang kita berhati-hati pun orang lain yang bikin hal. Ish. 

7 October 2015

5 October 2015

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM -- PERMULAAN BARU

Minggu lepas masa balik Karak, aku ada borak-borak dengan pakcu Man, adik ipar abah. Dia laki bini buat business santan segar. Aku tanya lah berapa sebiji kelapa diaorang ambil dengan supplier. Bila dia kata RM 1.70 sebiji, terkejut gila aku laki bini. Pergh. Sini RM 1.00/biji. Gila jauh beza dia. So tetiba pakcu suruh kitaorang carikan dia kelapa kat Selangor ni and jual kat dia. Terus lah bersemangat aku dengan beliau.

So lepas balik dari Karak, terus gegas cari sumber kelapa yang ada. Memang bertekad sungguh lah dalam jiwa nak buat business ni. Biasa lah business. Mana ada baru start terus jadi jutawan ye dak. Tapi selalu je berangan. Berangan kan free. Kah!

Alhamdulillah, hari ni dapat almost 300 kelapa and dah start hantar kat makcu. Ikan segar pun kami bekalkan. Lepas ni nak buat ikan masin pulak. Biar variety. Seronok sikit kan. 

Semoga terus istiqamah lah kami laki bini. Jangan nak separuh jalan kena hentak terus terduduk menangis. Nonono. InsyaAllah.

2 October 2015

PLAY SAFE -- PLAY VICTIM

Sorry lah ye kalau engkorang kena baca royan aku ni setiap entry. Bhahaha. Bukan apa. Nak luahkan kat orang, siapa lah yang nak tadah telinga. Well.. Kata lone ranger lah sangat. Huwaaa.. Idok ada kawan yang aku rasa aku senang bercerita. Dengan beliau pun ikut mood. Sekarang nak bercerita dengan beliau pun payah. Nanti beliau buat muka toya. Semalam aku cerita pasal sinopsis Pee Mak pun beliau gelakkan aku je. Letih tau aku bersemangat nak bercerita, orang ingat aku buat lawak circus. Nak cerita dengan Sunan, nanti lepas 2 minit terus dia tutup mulut aku. Huks. Sampai hati engkorang kan. Jadi terpaksalah aku bercerita kat sini.

Eleh, sebenarnya takdelah apa sangat nak cerita. Just nak luah -- tak suka dengan manusia yang suka acah-acah mangsa keadaan padahal dia yang paling handal mengata orang. Lepas tu ramai-ramai mengata orang yang sama. Tak penat ke? Kadang-kadang nak jugak tanya. Seronok ke mengumpat orang tak tentu pasal? Kalau tak ngumpat, bernanah ke mulut? Tak faham aku.

Sejak aku jaga kaunter depan ni, macam-macam orang aku jumpa. Ada customer yang makcik-makcik ni suka sangat lah duduk depan kaunter aku ni 2,3 orang lepas tu bercerita pasal si polan tu, si polan ni. Kadang-kadang tengah-tengah bercerita tu, pandang aku macam ajak tambah perencah. Aku senyum je. Lepas tu buat blur. Nak blah kang, siapa nak jaga kaunter. Sebab tu sekarang akuu lagi senang balik kerja terus balik rumah, terperuk mereput. Haha. Kalau rasa nak keluar, keluar dengan beliau and Sunan. Aman!

Yang sedih tu, orang-orang tua dah lanjut sangat pun enjoy mengata orang. Kadang-kadang aku tengok sampai terjuih bibir, herot berot mulut. Ya Allah. Sedih tau. Aku pernah je sound makcik-makcik kampung aku yang suka mengumpat ni. Kalau kat tempat lain nak berkumpul gitu takpe. Ni kat surau. Hoi lah, panas je hati aku tengok. Dah lah duduk kat surau, kau boleh singkap hal orang lain. 

Maybe aku lahir dalam family yang jenis tak ambil tahu hal orang so aku macam mual kalau dengar orang dok canang hal orang lain. Ibu lagi lah. Kalau ada orang nak datang rumah, tapi dia tahu orang tu jenis suka bawak mulut jaja hal orang, cepat-cepat dia pesan kat kitaorang cakap dia tidur. Hahahaha. Nampak macam kongajo sangat kan? Tapi tu je lah cara dia nak elak benda-benda macam tu. Kihkihkih.

Okaylah, itu je lah nak cerita. Ni pun macam dah kategori mengata orang gak ni. Kah! Serupa je lah kau fara oi. Eh dah lah. Menyampah pulak rasa.

1 October 2015

BANYAK CEKADAK!

Aku rasa selama ni aku jenis manusia yang paling easygoing segala benda. Jenis kau tendang kiri, aku pergi kiri. Kau tendang aku ke kanan, aku pergi kanan. Simple. Aku tak suka banyak cerita. Paling ketara bab kerja. Dulu masa aku kerja kilang, dengan kelulusan yang ada, orang suruh jadi kerani pun aku tibai je. Tiba-tiba kena naik pangkat buat kerja jantan pun aku sapu. Aku suka je. Mencabar. Tak terperuk diam.

Bila kilang aku problem and start tak mampu bayar gaji, aku still boleh cool. Ramai-ramai buat aduan then tunggu. Tunggu dah sampai tahap aku bujang, kahwin, ada anak pun, still lah tunggu. Ada masa aku rebel jugak. Call pejabat buruh sebulan sekali. Hahaha. Tapi dah namanya Fara. Time hati tengah panas, kau dengar orang tu bagi penerangan yada yada yada, tiba-tiba eh, dah cool semula. Cis, tak muafakat langsung hati aku ni.

But lately too much things yang aku rasa orang akan cakap GILA BANYAK CEKADAK POMPUAN NI. Ye, aku tahu ada je yang bercakap. Terutamanya soal harian. Sebelum ni engkorang tengok aku watlek watpeace bila korang tendang aku itu ini. Aku ikutkan aje. Sekarang nonono. Aku pun dah malas nak banyak cakap. Aku diam and buat hal sendiri. Kau nak menyalak, lantakkan. 

Tapi tu lah. Diam-diam pun lagi dipijak. Diaorang tak pernah dengar ke doa orang teraniaya tu cepat dimakbulkan -- TANPA HIJAB?

Aku rasa aku banyak cekadak pun sebab aku ada hak. Kami ada hak. Ke hak bersuara tu untuk orang 'besar-besar' dan 'tinggi-tinggi' sajork? Ah, persetankan. Aku ada mulut.

Eh, aku merepek lagi. 
Ni semua kerana buli.
Kah!

28 September 2015

MANUSIA YANG PELIK

Kadang-kadang timbul bosan dengan segelintir manusia. Terlalu ambil tahu jugak tak mendatangkan hebat kepada seseorang. Macam tadi ; Mesin timbangan baru jugak kau nak tegur. Eh, apa tak boleh kau biarkan dan cuma pandang? Atau cuma berkata-kata dalam hati. Sebab tak semua manusia suka kongsi even benda remeh semata. Macam aku. 

Hal hidup orang lagi penting untuk kau elakkan. Bukan ikut sama menimbang tara apa yang lebih atau yang kurang. Kau tak bosan? Kau tak penat fikir hal yang bukan hal kau? Kau dah selesai segala perkara hidup kau sampaikan ada lebihan masa untuk kau ikut serta hal manusia lain? Dia tak minta untuk kau sama-sama kesahkan. 

Sejauh mana kita cuba lari, lagi laju mereka mengendeng. Ah, rimas. Cukup lah. Even kau tak bersuara, hati kita boleh merasa. Pandangan mata tak pernah dusta. Depan kau mendiam. Belakang siapa boleh kata? 

Kadang-kadang aku terlalu paranoid.
Tapi kadang-kadang jugak aku rasa macam aku ada lebihan deria.

Benda boleh rasa.

18 September 2015

RINDU NAK BERCAMPING

Semalam aku ada beli bean bag. Rumah aku ni sempit. Tak boleh letak sofa besar-besar. Hari tu ada terfikir nak beli sofa bed tu tapi cari kat area sini nan hado yang simple and kecil. Ada pun besar gedabak punya. Kalau letak tu, kau tak payah nak letak benda lain lagi dah dalam ruang tamu kau. Which mean tak cantik bagi mata aku. Aku suka yang luas dan simple. Gitu. So semalam beli dah. Setel masalah. Eh, padahal okay je tak ada sofa bagai. Bukan masalah. Hahahahhaaha. So masa tengah lepak-lepak depan tv, beliau pulak bukak mulut.

" Lepas ni kita beli khemah. Letak dalam khemah pun best jugak ni. Duduk tepi pantai Remis."

Haaa.. Suka sangat lah berangan. Aku iyekan aje. Tapi ye lah. Best jugak camping-camping ni kan. Hari tu masa pi Giant, aku dah terpegang satu khemah ni. So cakap kat beliau jomlah beli. Lepas tu pasang belakang rumah time malam. Tengok bintang bagai macam dalam cerita Full House tu. Terus kena gelak. Cis. Berani gelakkan imaginasi gua. Imaginasi dia lagi hambar okay.

Aku suka camping. Start pi camping jauh-jauh masa darjah 5. Time tu aku jadi pandu puteri. Termasuk aku, ada 3 orang kena wakil sekolah pi camping kat Tasik Bera untuk 5 hari. Peringkat negeri je masa ni. Tu lah, aktif sangat berpersatuan. Kan dah kena. So pergi je lah. Kaklang pun kena pi jugak. Tapi dulu tak rapat sangat dengan dia. Kalau aku tahu sekarang ni kitaorang rapat sekepala sehati sejiwa, dari dulu dah geng. Hahahah. Aku ni jenis lambat warm up dengan orang luar masa dulu-dulu. Agak lone ranger kalau kena group dengan budak sekolah lain. Sedih tau. Tapi kalau dah melekat dengan seseorang tu, dengan dia je lah nanti aku menempel. Makan sama-sama. Mandi sama-sama. Confirm budak tu lemas. Hahahahaha.

Masa darjah 6 aku camping peringkat kebangsaan kat Taman Alam Kuala Selangor, seminggu. Masa tu 99% budak kelas aku pergi. Setiap negeri hantar 2 buah sekolah je. Sekolah aku dengan sekolah Jenis Kebangsaan (C) Karak. Jiran sekolah je. Ni nasib baik satu group dengan budak kelas aku, Hafifi and ada sorang budak sekolah cina tu. Takdelah aku kekok. Yang kelakar nya aku boleh jadi penolong ketua kumpulan gara-gara aku sound budak-budak lelaki group aku yang asyik memekak masa orang tengah bagi arahan pada malam pertama. Bedebah betul. Daripada tak suka menonjol, terus kena jadi watak utama.  Camping masa ni ikut jadual aktiviti. Hari ni group ni buat aktiviti ni. Esok group lain pulak buat aktviti lain. Macam tu. So aku rasa group aku just tak buat berjalan dalam paya bakau je. Fuh, selamat. Kau bayangkan selut lumpur tu boleh cecah dada. Huwaa.. Dah lah time limited. Nak mandi lah, apa lah. Mana sempat. Kalau camping confirm mandi kambing. Aktiviti tengok kelip-kelip pun ada jugak dulu. Sempat naik bot tu semua. Excited gegila. Cuba sekarang kau ajak aku naik bot tu tengok kelip-kelip. JANGAN HARAP! Hahaha. Dulu tak tahu boleh lah. Sekali dapat orang sini, dah tahu, cukup lah ye.

Masa tingkatan 1 aku camping kat Dusun Eco Resort Bentong. 3 hari je. Masa ni aku join Kadet Remaja Sekolah. Rasanya junior yang pi time ni ada 5 orang je kot. Aku, Mida, Yani, Pija and Kirah. Satu geng. Aku tak berapa ingat aktiviti kat sini. Yang aku tahu, masa jungle tracking, jumpa air bukit yang gegila sejuk. Masa tu abang sedara aku, Mizi dah pesan awal-awal suruh bawak botol kosong. Mizi ni ustaz and guru penasihat KRS. Sampai tempat tu dia suruh tadah air tu ha. Mak aih.. Macam kau letak air dalam peti sejuk keadaan dia. Aku ingat lagi masa camping ni lah khemah kami berlima kena gegar time malam. Lepas tu nampak macam ada orang lalu tepi hujung khemah kitaorang. Seram okay. Masing-masing diam tak berkutik.

Aku pi camping kat Tanjung Gosong, Pekan Pahang masa tingkatan 2. Ni pun abang sedara aku yang sorang lagi bagi nama. Payah kalau sepupu sepapat mengajar satu sekolah ni. Mizi dulu lagi dasat. Dia main masukkan je nama aku join tilawah. Parah. Nak tak nak hadap je. Nak cover gabra, aku petik nama Niza bff aku tu suruh masuk hafazan. Hahaha. Yang kali ni Razif pulak. Pun ustaz jugak. Tapi okay lah mamat ni suruh pi camping je pun. Dia pun nanti ikut sama. So, aku, Niza, mamat and sorang lagi ape entah nama tu pi lah. Camping ni 5 hari kalau tak silap. Camping ni aku dengan Niza dapat satu group sebab main ngelat beratur kira nombor. Ala.. yang kira nombor 1,2,3,4,5 tu. Sapa nombor 1, satu group. Gitu. So aku dengan Niza dah susun baik punya. Hahahaha. Niza ni lagi lah. Kalau dah kat sekolah asyik nak membontot aku sampai orang panggil kitaorang ni kembar, apatah lagi kalau camping yang takde ramai kawan tu. Tapi aku okay je. Aku memang sayang dia pun. Eh. Hahha. Camping yang ni pun aktiviti dia ikut hari. Hari ni kau punya aktiviti main dengan air je. Esok aktiviti kau main kat darat je. Lusa aktiviti kau tidur jeee. Eh tipu. Paling tak boleh blah bila aktiviti dalam air. Dah lah masa tu musim obor-obor. Kena sengat sakit wooo.. Tapi hadapkan sajork.

Tingkatan 4 aku camping kat Rabutia Gombak. Masa ni sebab aku join PRS. Tak ramai pun yang pergi. Dalam 15++ camtu. Ketua kem ni kitaorang panggil Poknik. Jangan tanya kenapa nama dia cenggitu. Kat kem ni pulak Poknik panggil aku air kotak. Hahaha. Orang lain minum air yang disediakan masa makan, aku elok berlenggang bawak air kotak sendiri. Memang masa asrama air kotak soya dengan aku tak dapat dipisahkan. Lantakkan. Paling best kem ni ada aktiviti burung hantu. Aku suka je sebab lantai hutan bercahaya hijau okay. Eh, motif? Padahal jantung kemain laju masa ni. Teraba-raba dalam gelap. Buatnya teraba benda lain. Haaa.. Pengsan terus aku rasa.

Last aku bercamping masa kolej. Kem ibadah ni kem wajib untuk cukupkan kredit hour then baru kau boleh lulus and grad. Seniors banyak cerita pasal kem ni. Bosan lah, islamic sangat lah. Ye lah, nama pun kem ibadah kan. Tapi sampai turn kami orang, kem ibadah terus jadi kem tatanegara. Kau mampu? Hahahha. Tuan Raja kalau tak silap koordinator kitaorang masa tu. Kem ni kat Ulu Yam. Kau bayangkan kitaorang pernah jalan kaki dari tapak kem pi ke Tasik Empangan Ulu Yam tu semata-mata untuk latihan menembak pakai paintball punya gun. Dah lah time tu aku kena gelak sebab pegang terbalik. Nervous punya pasal. Cis, malu ai. Hahaha. Tapi aku rasa kem ni lah yang buat aku dapat semangat kenegaraan yang tinggi. Meluap-luap. And kem ni jugak yang aku lupa aku pernah tidur ke tak sepanjang 2 hari kat sana. Hahaha. Punya letih sampai tak pasti tengah tidur ke atau tengah berfantasi.

Bila ingat-ingat balik -----

BESTNYA CAMPINGGGGG!!!!

Hari tu ada plan dengan anak beranak semua. Tapi tu lah kan. Kalau dah banyak otak bagi idea, harapan nak laksanakan tu terus kelam. Hahahaha.


15 September 2015

BILA FARA MASAK : AYAM KUNG POU

Honestly, almost seminggu lebih dapur aku tak berasap. Setakat masak air, tak di kira  okay. Hahaha. Nampak pemalas sangat rasanya. Tapi balik kerja dah penat sejak buat kerja untuk 3 company ni. Beliau pun macam ada tolak ansur, makan lah kat luar. Kikiki. Teruk nau nau perangai.

So semalam decide nak masak. Cukup-cukup lah sifat syaitonnirrajim tu nak memalas tak memasal. Tekad sangat semalam beli ayam siap-siap. Kentang, cili padi, santan. Kengkonon nak masak gulai lemak ayam pedas-pedas kaw kaw. Sampai rumah cakap kat beliau nak masak tu. Terus beliau jebikkan aje. Nak makan ayam kung pou kata dia. Baiklah -.-"

Mujur bahan-bahan dah lengkap kat rumah tu untuk masak bendalah tu. Takde lah aku nak ulang alik ke kedai kan. I is malas. Sarung apron then bergusti kat dapur sana. Sunan duduk diam-diam depan tv sambil papa dia upahkan airkrim secawan. Masuk dalam tengok dia kejap, pengsan. Comot kemain! Tapi lantakkan. Asal bahagia aman sentosa. Nanti papa lapkan. Hahahahaa.


Ni resipi cincai kung pou aku. Boleh try kalau nak.

Bahan - bahan :

Ayam - aku ambil banyak isi then potong kecil-kecil.
Cili kering - potong kecil-kecil
Sos tiram
Kicap
Tepung jagung
Bawang besar 
Bawang kecil

Cara - cara :

1. Basuh ayam yang dah dipotong kecil-kecil tu then gaulkan dengan tepung jagung. Ikut suka nak banyak mana. Laki aku suka garing ayam tu so letak lebih.
2. Goreng ayam. Sambil goreng ayam tu, boleh siang apa yang patut ; bawang besar, bawang putih. Siap goreng ayam, ketepikan.
3. Goreng cili kering sampai garing. Jangan hangus. Nanti pahit. Ketepikan.
4. Goreng bawang besar and bawang putih. Dah naik bau, masukkan ayam tadi bersekali dengan cili kering.
5. Masukkan sos tiram ikut suka banyak mana then masukkan kicap sedikit asalkan warna ayam tadi berubah gelap. Gaul rata dan masukkan garam sedikit sebab sos tiram dah masin. Gaul rata.
6. Angkat. Siap untuk dihidangkan.

Senang amat kan. Beliau boleh makan makanan ni je tanpa lauk lain. Memang tak berkuah pun okay je. Sunan pun laju je semalam nganga bila aku hulur nasi ke mulut. Sedap lah tu. Hahaha. Perasan sangat ni. Eh, sila cuba okay.

8 September 2015

CIK PONTI MAI AIRSLIDE

Tengah belek-belek post-post kat facebook, terjumpa post pasal pontianak main airslide dua tiga bulan lepas. So rasa macam belum share kat blog lagi. Marilah kita bercerita seram petang ni.

Kita orang laki bini memang gigih balik Karak malam-malam. Selalunya habis kerja Jumaat tu, petang kemas-kemas beg, malam gerak balik lepas maghrib. Kat rumah aku ni ada dua jalan yang boleh pergi LATAR tu. Satu ; Jalan bukit Rotan. Dua ; Jalan Saga atau aku laki bini panggil jalan ombak rindu. Memang beralun-alun sangat. So beliau preferred jalan Saga sebab boleh pi Ijok dulu isi minyak. Dekat sikit. 

Dalam pukul 8.30 pm kita orang gerak. Sampai simpang Jalan Saga tu almost 9pm. Time tu kereta sangat-sangat kurang. Termasuk kereta aku, 2 buah je rasanya. Sunan macam biasa dah lena. Pantang masuk kereta, terus tidur. Haha. Aku and beliau banyak diam. Dalam 3minit lalu jalan tu, tiba-tiba aku nampak something kat tepi jalan belah kanan beliau. Warna putih and terbang laju pergi ke arah kiri aku. Bila dia terbang tu, macam ada glitters yang tertinggal sama. Laju-laju aku tutup tingkap and kunci pintu. Mulut still terkunci lagi. Beliau dah tekan minyak laju-laju. So aku dah agak yang beliau pun nampak sama.

A : " Nampak tak?"
B : " Nampak apa?"
A : "Benda tadi tu."
B : " Biarkan lah." Sambil azan slow-slow and asyik toleh-toleh belakang. 

Ye, respon lambat. Hahaha. Sebab masa terjumpa tu, terus rasa blur. Aku ingat nak tutup tingkap je. Menjerit ke apa memang tak terfikir. Lepas tu rasa sakit kepala yang amat sangat. Jahat tau ponti ni.

25 August 2015

BELAJAR BERHENTI MENJADI TARZAN MEROYAN

Siapa-siapa yang ada anak baru nak membesar, mesti lah tak lepas daripada jeritan dan pekikan super lantang kalah Thor. Aku lah tu. Dapat pulak anak jenis melasak tak takut sakit. Panjat meja, terjun. Panjat katil, golek-golek ke bawah. Mama ni urut dada laju-laju je dah. Terkejar-kejar. Kalau mandi tu and Sunan depan tv kat ruang tamu, memang setiap 5 saat jenguk ke luar. Tengah membuang pun macam tu. Panggil-panggil dia. Selagi tak menyahut tu, selagi tu lah tak tenang. Bila hati tak tenang, terbantut urusan kita. Hahaha. Habat nye lah cerita pasal ni. Tahu habat tu apa? Eh.

Belum lagi kalau kita tengah sibuk bertungkus-lumus kat dapur. Basuh pinggan ke, masak ke. Mesti dia menyibuk sekali nak mengemas. Punggah segala mangkuk dalam ragen bawa turun. Angkut segala jenis tepung, baking soda and alatan buat kuih aku dalam kabinet letak atas lantai. Bersepah! Time awak nak jalan ke sana ke sini kang mula lah terpijak itu ini. Dapur dah lah seco'et kecik. 

Tambah pulak kalau Sunan dengan beliau dapat bergumpal. Bila dua orang ni start main, habis kecah rumah. Huwaaaaa... Menangis dalam hati je tau. Kalau berdua ni mandi sama-sama lagi lah. Banjir dapur! Aku mula lah start jadi tarzan gila duk terjerit-jerit. Tapi nanti kena gelak je. Tak siapa sudi mendengar jeritan batinku ini. Huks. Sabar sangat aku ni. Bila dah tak nak dengar aku jerit, aku bebel cukup-cukup.

"Engkorang memang tak sayang mama kan. Langsung tak kesian kat mama. Suka lah tengok mama macam ni terjerit-jerit bagai. Suka tengok kalau mama kena darah tinggi? Suka??"

Haaa --- emosi sangat. Last-last sendiri menangis senyap-senyap. Hahahaha. Tak faham aku dengan diri sendiri. Kalau Sunan tu dah sah-sah tak faham sangat. Terkebil-kebil lepas tu buat balik. Yang musykil tu, bapak Sunan tu ha. Hahahaha. Suka lah nyakat aku tapi last-last kang dia kemas bila dah puas kenakan aku. Nasib baik suami tau.

So --

Start Sabtu lepas, aku macam dah tanam azam taknak marah-marah semua tu. Taknak jerit-jerit macam orang meroyan kena sampuk setan. Lagipun sejak doktor sahkan aku kurang darah, terus insaf taknak stress bagai. Eh, ada kena mengena ke? Hahaha. Lantakkan situ. Aku ingat orang mengandung je ada kurang darah and kena makan obimin ni. Sebab masa mengandung aku kena macam tu.

Bila Sunan start buat kecah dapur time aku masak, aku biarkan aje. Main lah puas-puas. Janji tak merengek nak berkepit. And guess what?? Tak sampai 10 minit, dia dah jemu and susun balik segala soda bikarbonat aku tu. Then masuk dalam main mainan sendiri pulak. Waaa.. Kagum kejap. Macam mana kedudukan benda-benda tu masa mula-mula dia ambil, macam tu juga lah lepas dia susun semua. Good job! Satu hal dah beres. Aku masak dengan tenang je okay. Terus jadi sedap. Bhahahaha. Tetiba sangat.

Kalau dia panjat meja, aku susun je baik-baik bantal kat bawah tu. Meja aku ni jenis meja jepun. Style makan kat bawah, bersila. Tak payah aku jerit pekik suruh turun dah. Dia boleh je turun sendiri tak naik-naik. Kalau dia nak main pun, aku perhatikan je. Nanti pandailah dia turun.

Sejak aku amalkan semua ni, tenang pulak rasa. Hahaha. Macam lah selama ni tak tenang. Pfftt.. Tak lah.. Rasa okay je tak jerit-jerit marah bagai. Sunan pun tak lah membesar dengan buas sangat lepas ni. Banyak kali juga aku minta maaf kat dia sebab selalu marah-marah dia. Sebab kalau difikirkan balik, budak kecik je pun. Tapi ye lah -- bila jiwa dah keras, tertinggi juga suara. Sorry Sunan!

Okaylah, tiba-tiba rindu anak pulak. Lambat nya pukul 5pm.

24 August 2015

CERITA MERDEKA SAYA

Tajuk kemain -- macam nak buat karangan sekolah rendah. Hahaha. Tapi suka tau nak share pasal merdeka punya pengalaman. Tiba-tiba teringat zaman sekolah dahulu kala. 

Dulu masa sekolah mesti banyak je pertandingan itu ini yang cikgu-cikgu buat. Selalunya cikgu BM and Sejarah lah yang rajin kemain buat pertandingan semua tu. So aku selaku murid yang over rajin, suka sangat lah menceburkan diri masuk. Menang tak menang lantakkan. Hahaha.

Aku rasa aku start gigih masuk pertandingan kemerdekaan ni masa Tingkatan 2. Time tu pertandingan peringkat kebangsaan tapi dibuat penyertaan setiap sekolah. Nak yang paling kreatif and ucapan paling menarik. Gigih time tu aku bongkar bekas cd abah. Ambil mana yang elok lagi untuk dijadikan prop. Then mana ada cd yang dah calar, pun kita sebat. Haha. Konon nak jadikan cd tu as a kad ucapan lah. Color sikit, cat sana sini sikit, tampal itu ini -- tadaaaa... siap. Tukang tolong is abang aku. Dia hebat seni. Aku ni kayu. Hapah pun tak boleh. Tapi dapat sijil juga.

Masa form 4 lagi best. Pertandingan kelas patriotik. Entah masa bila budak-budak lelaki kelas aku dok hias kelas siap ada kolum lagi. Beras warna warni tu. Dia orang buat logo kemerdekaan tahun tu kalau tak silap. Lepas tu buat sudut bacaan. Bukan nak puji kelas sendiri tapi memang kompem sangat time tu kelas kita orang menang. Memang menang pun akhirnya. Kelas aku ni ramai lelaki. Ada 8 orang je perempuan. Kelas jurusan mekanikal memang macam tu. Perempuan seciput, lelaki ramai. Sebab tu kalau bab kemas kelas bagai, orang lelaki handle. Masa form 5 lagi teruk. Disebabkan budak lelaki volunteer nak kemas kelas, wallpaper untuk notice board ditampalnya gambar the incredible. Terus kena ceramah dengan guru penolong kanan. Kelas elit tapi tak menggambarkan macam tu yada yada yada. Huh, nak serius je memanjang cikgu ni.

Sepanjang bulan kemerdekaan masa aku form 4 tu, macam-macam pertandingan ada. Sukaneka rakyat, pantun, sajak, syair, lagu patriotik. 90% budak-budak kelas aku sapu kejuaraan. Gila gigih okay. Semua bagi sokongan antara satu sama lain. Aku just masuk pertandingan lagu patriotik kategori solo. Konfiden aku nyanyi lagu Warisan by Sudirman. Dapat nombor 1 pun sebab aku penyertaan tunggal. Kahkahkahkahkah. Kalau ingat balik memang kelakar. Dapat piala bagai. Nampak sangat semua orang gentar nak challenge aku. Pffttt.. Mohon sepak pipi. Berangan. Padahal kau sorang je lah yang gigih bagai. Kihkihkih. Teater patriotik pun kami sapu habis. Aku jadi narrator je time tu. Tukang sumbang suara yang sendu ni.

Dalam bulan kemerdekaan tu juga aku terpilih join kem patriotik dekat De Palma Inn Sepang. Berdua dengan sorang lagi budak kelas aku, Syazwan aka Bomoh. Jangan lah tanya kenapa kitaorang panggil dia bomoh. Main ikut je budak-budak blok asrama dia panggil gitu. Mula-mula empat orang yang cikgu panggil so kena buat undian lah. Semua pembimbing rakan sebaya sebenarnya. Aku, Bomoh, Hana and Sujak. Tapi lepas main lattalitamplom, aku dengan Bomoh menang. Hahahaha. Lawak betul. So pagi buat undian, tengah hari kena pergi dah. Terus balik dorm kemas apa yang patut. Kitaorang pergi naik van sekolah. Sepatutnya naik bas sekali dengan budak-budak sekolah lain tapi pengetua tak bagi. Tak selesa katanya. Suruh naik van untuk keselesaan kami ni. Terus rasa macam vip. Mohon muntah. Hahaha.

Time tu musim jerebu. Dekat kem pun banyak aktiviti indoor. Aktiviti outdoor satu je aku rasa, treasure hunt. Sepatutnya banyak je lagi aktiviti outdoor tapi dibatalkan. Aku suka sangat lah kan. Tengah datang bulan, memang tak selesa nak berlasak kat luar. Dulu mana ada librese lagi. LOL. Motif sangat. Padahal malas! Chalet pun best okay. Open bathroom ada mini pool. Malam-malam lepas aktiviti duduk berkubang dalam tu dengan dua orang lagi geng sebilik. Satu bilik 3 orang je. Esok pagi mata rabak sebab tak cukup tidur. Tapi dalam banyak-banyak kem yang aku pergi, kem ni lah yang paling tak ketat rules dia. Kau tak nak turun jemaah kat surau pun boleh je asalkan kau solat. Dia ajar kita jujur dengan diri sendiri. Balik tu van sekolah datang awal. Siap kena announce lagi, "TEKNIK GOMBAK, DRIVER KORANG DAH SAMPAI." Hahaha. Semua pakat pandang. Malu ittew. Budak-budak lain semua tunggu bas tak sampai-sampai. Aku dengan Bomoh dah siap landing kepala nak tidur sepanjang jalan.

Sampai sekolah jerebu sangat teruk. Sepanjang jalan sebenarnya dah nampak banyak kabut. Terus dapat berita sekolah ditutup. Naik dorm, ambil buku asrama, cabut balik. 3 hari juga cuti kalau tak silap. Tu lah kalau jerebu time sekolah. Boleh je cuti. Cuba time kerja ni jerebu. Wajib juga kau datang kerja pakai topeng. 

Panjangnya aku membebel. Hikhik. Bukan apa -- teringat bestnya kemerdekaan time sekolah. Sekarang dah besar ni, tak merasa dah nak masuk semua tu. Hari kemerdekaan pun duduk terkangkang depan tv tengok cerita yang tak menggambarkan kemerdekaan. Merdeka atas nama je.

Tapi --------

Malas nak sambung. Aku sendiri pun sama terkongkong.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-58 MALAYSIA!

19 August 2015

KAU LUPA?

Kadang-kadang --
Batu di luar lagi membagi beban daripada batu di dalam.
Kita tak endah -- jangan disogok gundah.
Biar. Jangan dijolok hati yang tenang.
Tapi ye lah.
Kadang-kadang kita. Mana orang faham.

Aku jenis percaya.
Percaya Tuhan tak bagi ikut mahunya kita.
Tapi Dia bagi yang kita perlu.

Aku jenis percaya.
Allah sentiasa ada.
Kita yang selalu leka. Lupa. Tak pernah nak tetap rasa.

Aku jenis percaya.
Lambat laun semua jadi biasa.
Lali.
Normal.

Persetan apa orang jeling.
Lantakkan apa orang hebah.
Bukan mereka yang pakai kasut kita.
Mereka mana rasa sakit cagu kaki kita.
Mereka mana tahu bersih atau tidak kuku kita.

Mereka cuma boleh bau.
Yang wangi tetap disanggah loya.

Ah!

Susah nak usir.
Tetap bergendang di kepala.
Paranoid melampau pun tak guna.
Tapi ----

Aku ada jiwa.
Kau pun sama.
Kenapa tak suka jaga sama-rata?

Apa jiwa kau jiwa yang sempurna?
Apa kau suka disembah bagai raja segala?

Atau kau lupa Tuhan itu ada?

Cuma itu soal aku.

JAWAB.


13 August 2015

Seram Berderau Woi!

Malam dua hari lepas adalah malam yang sangat sunyi kat area rumah aku. Salakan anjing pun nanhado okay. Motip nak bagitau tak ada salakan anjin? LOL! Wak Misnan sebelah rumah pun pi keluar anak-beranak. Rumah wan enchom memang lah lagi sepi tak dengar sepatah bunyi pun dari rumah dia. Beliau pulak keluar kejap jumpa member. 

Mengenangkan malam tu tak ada cerita best, aku heret Sunan masuk tidur. Mula-mula tu memang dia dah gesek-gesek mata mengantuk. Tiba-tiba dia jadi macam aktif melampau-lampau. Ini biasa sebenarnya bila sampai time tidur. Hahahhaha. Saja bagi poyo dengan letak 'tiba-tiba' dalam ayat. 

Bila aku bawa naik atas katil, dia menggelongsor semula turun. Last-last aku lantakkan dia main joget-joget sendiri-sendiri. Aku memang dah mamai mengantuk ya amat. So aku macam dah lalok. Tapi aku perasan before aku pejam mata, Sunan naik katil and joget atas tu. Dalam mamai-mamai tu aku kalihkan badan menghadap birai katil ---- Katil aku ni jenis rendah. Katil besi berpalang tepi yang jarang-jarang palangnya tu. So aku memang tutup palang tu pakai towel bagai. Takut okay tiba-tiba kau terbuka mata masa tengah hadap palang tu, ada muka lain depan aku. Hahahahhaa. Dassaaarrrr..

Masa aku kalihkan badan, aku buka mata sikit. Tiba-tiba terjengul kepala budak tengah sengih lepas tu gelak. Betul-betul macam yang aku imagine before tapi yang ni kepala atas palang. Jenis sangkut dagu kat situ. Menjerit sakan aku malam tu. Macam nak tercabut jantung. BERTUAH PUNYA ANAK! Aku rasa muka aku dah habis pucat malam tu. Memang palang katil tu aras-aras leher Sunan je. Huwaaa.. Meroyan mak kau malam tu nak oi. Dia boleh gelak-gelak ulang banyak kali buat benda sama. Memang tak lena tidur dibuatnya. Sangat tak kelakar okay.

Last-last aku paksa Sunan tidur and call beliau paksa balik. 
Saia taa kuad!

4 August 2015

Penangan Bangla

Semalam aku sempat borak dengan seorang brader ni. Aku panggil Fuad je. Dia duduk sekampung dengan beliau. Aku kan jaga kaunter kedai koperasi buat masa ni. Sebelah kedai ni ada kedai makan Myanmar. Dari kaunter tempat aku ni duduk ni dah boleh dengar suara dia. Memang jenis suara kuat melantun-lantun. Hahaha. Serius okay. Kau boleh dengar suara dia kalau berselisih motor even kau bawa laju. 

Masa aku nak cuci tangan kat sinki kedai Amin Myanmar ni, macam biasa aku tanya dia kerja malam ke. Sebab dia guard kelab golf kat kampung ni. Terus dia jawab :

" AKU, POMAN, KURT DENGAN DUA ORANG LAGI BUDAK KENA BUANG KERJA. KITAORANG KONTRAK CUCI TEPI JALAN, KUTIP SAMPAH. BILA TOKEY AMBIL BANGLA, KITAORANG TERUS KENA BUANG."

Ye, ye.. Aku tau dia tak menjawab soalan aku but serius aku terdiam okay. Kesian wei. Diaorang baru kerja 2 hari. Gaji pun main passing kat orang suruh sampaikan sebab tak bagi diaorang ni datang tempat tokey tu. Fuad ni okay lah kan sebab malam dia ada kerja tetap. Just nak cari kerja waktu siang sebab dia jenis tak suka duduk saja. Gila bagus lah kan. Tokey ni MELAYU tau. Saja aku capslock-kan. Biar orang tau melayu lagi hebat tindas bangsa sendiri.

"NANTI BILA ADA BUDAK-BUDAK MELAYU MENCURI, MEROMPAK, MENYANGAK, MENGANGGUR, MULA CAKAP MELAYU NI MALAS. PADAHAL ADA KERJA TAPI BAGI ORANG LAIN. KALAU MEMANG KITAORANG TAK KERJA DENGAN DIA TAK APA, INI DAH KERJA DUA HARI. MAU TAK SAKIT HATI."

Aku diam --
Betul juga tu. Bila ramai melayu yang menganggur, mula cakap melayu ni malas yada yada yada. Padahal kalau dah kerja macam ni pun upah bangsa lain, apa cerita kan. Lepas tu ada lah mulut-mulut puaka cakap melayu pilih kerja. Better bagi bangla indon buat semua. Duh! Tak semua macam tu okay. Poman and Kurt tu budak muda sangat. Mau je kerja-kerja macam ni. Janji halal.

Entah lah --
Penuhkan lah lagi negara ni dengan warga asing lalu dibagi suap kerja yang sebenarnya anak melayu atau anak cina atau anak india atau anak asli.. eh, senang cerita WARGANEGARA MALAYSIA lah yang sudi buat kerja seperti warga asing ni buat. Even tak semua, ada lah segelintir yang penggeli buat kerja-kerja tak glamour ni. Tapi jangan disebabkan segelintir, anak-anak lain tak mampu minta kerja sebab dianggap malas dan memilih.

Biarkan lah anak watan kita terus maju menjadi kutu rayau, kutu hantu dan sebagainya. Mesti seronok tokey-tokey besar ni tengok tv/berita jenayah pasal diaorang lepas tu kutuk bla bla bla.
Pang satu kali.

Sorry-lah aku emo lebih hari ni. Mood tak berapa nak gigih ceria seceria Teletubbies. Tekk loya plus badan letih lesu tak tahu kenapa. Adakah Sunan bakal menjadi abang? Eh. Tetiba sangat. Okbai.

3 August 2015

Bila Fara Masak : Sotong Sumbat Telur

Tetiba ada entry resipi. Hahaha. Kata blog tak ada identiti. Main taram je apa yang boleh. Lantakkan sana. 

Sabtu lepas aku ada beli sotong. Biras aku jual sotong Sabtu tu kemain gedabak besar okay. Tak tertahan napsu dari tak membeli. LOL. So aku beli dalam 5 ketul. Cukup lah kan. Banyak-banyak tak terabih pulak. So lepas beli sotong terus gugel resipi apa yang best. Bosan lah kan asyik masak yang biasa je. So terjumpa ada orang kata masak sotong sumbat telur itu sedap. Terus sc. Nak tulis malas. Hahaha. Har sangat perangai. Kalau resipi pelik ni semangat masak tu lain macam okay. Membara-bara. Pakai apron lagi dasat kata laki aku. Kongajo sangat. Eh, jauh melalut. 

Bahan-bahan :

Sotong - 5 ekor. Ikut suka engkorang lah.
Telur - Aku pakai 3 biji je tapi untuk sotong besar macam aku beli ni, tak berapa cukup sebenarnya.
Air asam jawa - ikut suka nak masam banyak mana
Bawang besar
Bawang putih
Cili giling - Ikut tahap ketahanan pedas
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Potong bawang besar and bawang putih secara halus-halus. Tumis sampai naik bau.
2. Pecahkan telur and goreng hancur.
3. Angkat - ketepikan.
4. Cuci sotong bersih-bersih. Nak cantik, buang kulit sotong tu. Tapi aku idok lah rajin ye.
5. Dah bersih, sumbatkan telur tadi dalam sotong tu.
6. Untuk sambal :
- Tumis bawang sampai naik bau.
- Masukkan cili giling tadi. Goreng sampai garing supaya tak pedar rasa dia.
- Masukkan air asam. Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Masuk air sedikit kalau suka berkuah. Masukkan sotong tadi.
- Masak sampai sotong tu betul-betul masak.
- Hidangkan and boleh dimakan sambil pejam mata!

Beliau tambah berkali-kali okay. Lihatlah betapa enaknya resipi pelik ini. Okay, tak kelakar. Hahahahaha. Eh, sila try everibadehhh..

28 July 2015

Entry Sebongkah Pasal Raya Aje

Baru merasa nak update pasal raya. Asyik malas je. Lepas tu belek-belek fon tengok nan hado gambar kebabom. Semua sendu. Gambar family pun tak cantik angat. Terus campak angan-angan nak update. Tapi macam rugi kalau tak buat. Eh, kau dah ngape Fara? Sila jangan saiko over. 

Aku kerja sampai hari terakhir puasa tu okay. Gigih chuols. Tapi sampai 3pm je. Legaaa.. Sebab orang datang kedai berlumba-lumba. Rugi kalau tutup kata kak ipar aku. Pekerja semua dah cuti awal. So untuk mengurangkan rasa kesian kat orang ramai yang nak datang beli barang sebelum raya tu, kita aje lah yang buka kan. Memang menderu-deru. Ada je bahan yang tak cukup katanya. 

Hari sebelum tu (15/07), beliau ada cakap nak melemng. Okay lah, baik lah. Semenjak belajar melemang dengan pakcu aku ni, rajin pulak beliau nak buat time raya. Kita ikutkan aje lah. So petang tu lepas balik kerja beliau pi cari buluh kat rumah Alang. Esok malam raya kita membakar. Aku siap warning awal-awal. Aku tak nak terlibat langsung ye and beliau setuju. Yelah, petang tu aku kerja sampai 6.30pm sebab Aliff budak kaunter ni dah start cuti. So aku kena ambil alih. Esok pun macam tu jugak.

Esok nya lepas aku balik kerja pukul 3pm tu, tak sempat kering peluh lagi beliau dah kerah ke rumah mak. Nak prepare barang-barang buat lemang. Rasa nak menangis okay time tu. Badan collapse sangat-sangat sebab dua hari tak cukup rest. Tapi aku diamkan aje. Kang derhaka pulak melawan. So aku cakap bagi masa sejam. Duduk kejap, terus keluar pergi kedai beli beras pulut and mesin kelapa buat santan. 

Siap beli barang terus pi rumah mak. Aku tukang basuh pulut je. Kan aku cakap aku tak nak terlibat langsung. Sila lah jangan percaya kata-kata beliau itu. Aku tetaplah kena terlibat. Huwaaa... Mak perah santan. Aku memang fail bab santan sebab kalau masak pun aku pakai santan kotak je pun. Tak gigih lah haih nak perah santan. Tapi melemang kau KENA pakai santan segar. Kalau tak memang tak lemak langsung. Tak sedap. 

Bab paling leceh pasal lemang ni bila kau nak masukkan daun pisang dalam buluh tu. Daun tu kena yang jenis muda. Kalau tua, nanti koyak. Yang muda ni risiko koyak tu kurang. Tapi hazab nak masukkan. Kena hati-hati jugak. Entah macam mana lah pakcu aku buat dengan pantas kilat. Aku buat sambil bebel-bebel. Sangat tak ikhlas okay. Hahaha. Tapi lepas berbuka tu dapat bakar dia, rasa macam bangga sangat sambil kembang kempis hidung. Selama ni tengok pakcu je buat. Sekarang laki sendiri pun mampu tau. 

Aku tak tunggu lama sampai siap pun. Pukul 11 aku gerak balik tinggal beliau sudahkan. Badan aku dah tak boleh bekerjasama dengan emosi. Nak jatuh, nak menangis, nak macam-macam. Letih tahap max. Malam sebelum tu pun aku tak cukup rest sebab siapkan biskut raya tempahan akak-akak ipar. So memang total lost lah aku punya tenaga. Tu yang balik mandi terus terbongkang. Sunan memang awal-awal dah lelap. Balik tu terus letakkan dia atas tilam pun tak sedar apa dah.

Siap mandi, baring-baring sambil berselawat sikit sebab Sunan macam merengek-rengek lepas aku masuk bilik tu. Sambil selawat sambil menangis sedu-sedu teringatkan ibu abah. Hahaha. Padahal lusa tu dah boleh jumpa beraya sama-sama. And paling tak boleh blah bila abang datang melintas dalam otak. Langsung meraung. Gila ah. Kalau dok fikir-fikir yang sebelum ni aku ada abang and sekarang tak ada, boleh gila oi kalau tak kuat pedoman. Okay, okay.. enough. Al-fatihah.

Raya Pertama

Kita orang anak beranak memang terbangun lambat. Hoi, laki aku sampai terlepas solat sunat raya. Punya letih pengsan tak sedar apa. Hahaha. Bangun, mandi, siap-siap terus pi rumah mak. Jumpa kejap dalam 2 minit terus pi kubur arwah abah beliau. Memang tiap-tiap tahun aku laki bini je rajin pi kubur abah time raya. Terbiasa. Tapi kang mula lah mata beliau bengkak merah. Menangis lah tu. Biarkan. Orang yang rasa kehilangan je tahu rasa macam mana.

Setel kubur baru balik and bermaaf-maafan dengan mak and beliau. Tapi aku memang tak boleh kalau bermaaf-maafan dengan beliau ni. Rasa kelakar. Tapi sila jangan derhaka sangat. Dosa menimbun dengan laki ni. Disebabkan ada aku, beliau, Sunan and mak je kat rumah tu, nan hado lah orang nak ambilkan gambar kami bersalam-salaman.


Ni dia budak paling lasak time raya. Habis segala yang ada kat rumah nenek dia kecahkan. Semua orang pun asyik seru nama dia. Kuih jatuh, Sunan. Air tumpah, Sunan. Kain alas meja terbang, Sunan. Eh, semua pun dia lah. Bukan dia buat pun, orang kata dia. Sepupu-sepupu senang boloskan diri dari dimarahi. Hahaha.

Dah semua adik beradik datang, sesi bergambar sekeluarga sekeluarga pun start. Biras aku lah ni yang paksa setiap keluarga bergambar. Baiklah, menurut perintah lah ye. So ikut turn. Tapi semua pun baru nak bersiap touch up bagai, family theAmits je steady terus masuk scene. 


Family aku memang tak bertema kaler ye. Pakai je apa ada. Aku memang tak beli baju baru. Beliau beli tshirt je baru. Baju melayu melambak so beliau tak nak beli dah. Sunan jubah kelabu tahun ni. So dapat sedondon dengan papa. Aku pakai jubah purple. Disebabkan itu kita kelabukan je gambar ni. Hahahaha. Padahal nak tutup cela sendiri. 

Setel sesi bergambar, berkonvoi ke rumah mak-mak sedara yang duduk dekat-dekat sini. Mula-mula rumah Alang, lepas tu rumah Makwe. Kendian rumah mak mertua kak Ita, ipar aku tu. Lepas tu berambus balik tidur. Sampai rumah 4.30pm, tidur kejap, 5.30pm dah janji dengan Tasya nak beli barang untuk BBQ malam tu. Pengsan mak nak. Rasa macam nak menjerit tak cukup rest je. Nasib baik raya setahun sekali. Terus me-redha-kan diri sendiri.

BBQ start pukul 7 sampai engkorang rasa nak muntah makan jeeee. Aku blah dari rumah mak pukul 12.00. Esok pagi-pagi lepas Subuh nak gerak balik Karak. Baju satu hapa tak kemas lagi. Champion sangat perangai.

Raya Kedua

6.30 am kitaorang keluar rumah nak balik Karak. Jalan clear bak ang. Sampai-sampai Karak, tak sempat masuk rumah pun lagi, ibu terus suruh pi kubur. Sedih sangat rasa hati okay. Tak jejak rumah pun, baru sampai pagar terus kena halau pi kubur sana. Haahahahaha. Aku masuk rumah salin baju sebab dari Selangor just pakai shirt and jeans je. Baju raya kedua ni akak aku sponsor. Dia beli tapi tak muat so pass kat aku. Syukurrrr..

Sampai kubur orang dah ramai. Tapi tahlil belum start lagi. Duduk je lah kat kubur nenek, mak abah. Kubur abang aku diapit oleh kubur nenek and atok belah abah. Senang sangat. Tak payah nak gerak-gerak sangat. Just kubur nenek, mak ibu je jauh sikit. Nenek kebumi kat Karak sebab dia meninggal kat sini. Kesian jugak sebab jauh dengan atok Hassan belah ibu. Anak lelaki dia pun jauh dengan dia. Takpe lah nenek, kami ada. Setel kubur abang, atok and nenek, pi kubur nenek blah ibu pulak. Pi tahlil kat kubur ni dapat duit okay. Kau tua ke, muda ke, asalkan orang, dia bagi. Tahun ni RM5 sorang. Alhamdulillah. Murah rezeki.

Raya kedua biasanya family aku buat makan-makan untuk adik beradik abah. Tahun ni decide nak masak nasi je. Aku tukang masak. Aku buat ayam kungpou, sayur campur je. Akak aku masak sardin. Setel. Tunggu je lah dorang datang. Nak datang, datang. Tak nak datang, lantakkan. Gitu. 

Raya ketiga 

Ibu ajak balik Raub tengok kubur atok Hassan dengan pakngah. Atok Hassan ni ayah ibu. Pakngah ni adik ibu. Tapi sampai sana hujan maha lebat. Baca doa dari dalam kereta je. Lepas tu ibu abah ajak pi rumah adik tiri abah kat Felda Tersang. Makan tengah hari kat sana and gerak pi rumah sedara abah yang tak pernah jumpa. Waris se-moyang ni. Sampai Lipis okay beraya tahun ni. Tahun-tahun sebelum ni memang tak ke mana-mana pun. Aku dengan kakak aku punya rutin is ke kedai Pasaraya Aktif and Pasarayakuu dok ngabihkan duit. Hahaha. Balik dari Lipis, aku ajak beliau singgah KFC Karak, belanja Zarra. Cemuih jugak asyik rendang je. 

Aku balik Selangor hari Selasa. Sebab Rabu dah start kerja. So, raya pun habis lah jugak. Hahahaha. Start kerja, no more raya lah kennn.. Padahal malas!

14 July 2015

Anakku perkasa berjiwa sendu

Minggu lepas hari Jumaat, Sunan pi rumah maklong dia. Macam biasa lah.. Lepas berbuka, akak sedara dia yang Ayu tu angkut pi sana tengok budak-budak main bunga api and mercun. Maklong ada lah pantau kat luar. Balik tu beliau suruh aku tengok tangan dia. Dah mengelembung kat celah jari telunjuk dengan ibu jari! Gelabah aku siap nak menangis. Tapi Sunan buat muka relaks je. Beliau kata kena api. Terus cepat-cepat aku jirus air then sapu kan sakura mask. Sunan macam biasa je. Tak nangis tak apa. Merengek pun tidak. Siap boleh berkubang main dengan Mika and Mieya. Ibu abah kakngah ada datang malam tu.

Esok tu masa aku pi ambil kunci kedai kat Ayong, aku tanya lah pasal tangan Sunan. Ayong cakap Sunan pegang api lilin. Tapi dia tak menangis tak apa. Ayong and Ayu pun tak perasan. Ayong just pelik bila Sunan asyik lah tiup and cium tangan dia. Ya Allah, kau bayangkan hati aku masa Ayong cakap macam tu. Nak luruh okay. Sedihnya. Kuat sangat anak aku ni.

Hari Sabtu malam Ahad hari tu, beliau balik bawa beras 5 kg letak depan pintu. Sunan siap angkat lagi beras tu. Menggelak lah atuk nenek and mummy. Tak faham aku dengan kekuatan anak aku ni. Normal ke budak setahun angkat beras 5 kg? Kus semangat mak nak.  Kalau dia jatuh ke apa, payah lah dia nak menangis. Dia just tunjuk kat kita tempat sakit jatuh tu. Kalau jatuh dia cepat-cepat sebut Allah. Nak cover sakit gamaknya. Lantakkan lah dik. Asal tak patah riuk bagai. 

Tapi tu lah --

Cuba kena tinggal sikit, dia punya raung boleh dengar sampai ke bulan.
Kalau kena sakat pun macam tu. Mula terjebik-jebik.
Macam mana nak sado ni??

30 June 2015

6 Hari 5 Malam Tanpa Puting

Al-kisahnya....

Minggu lepas, hari Khamis siang, BS call aku. Dia cakap ada problem besar. Aku dah cuak. Rupa-rupanya puting Sunan dah hilang. Ceh, aku ingatkan apa. Tapi kalau ikutkan, memang masalah pun. Sunan ni kalau nak tidur KENA ada puting. Kalau tak, dia merengek. Tapi masa BS call, dia cakap Sunan tengah tidur. WITHOUT PUTING! Fuh, satu kejayaan nak. Then BS kata biar dia start ajar Sunan tak berputing. Okay, okay, silakan.

Sebenarnya dulu pernah jugak aku try. Tapi mak-mak, biasalah. Bila anak merengek sikit, mula kesian. Tak sampai hati tengok dia tak tenteram. Hahahaha. So aku decide tunggu dia setahun baru aku ajar. Tapi tu lah.. LUPA! Lalai aje aku ni. Sunan ni pun pandai. Kalau dia start mengantuk tu, dia geledah semua bag yang ada. Bag kerja aku laki bini pun dia check kalau tak jumpa puting dalam bag dia sendiri. Kalau ada atas kabinet tv, gigih dia terjengket-jengket capai. Bila dapat tu, dia punya gelak toksah cakaplah. Macam menang loteri.

Okay, back to the main story --

Petang Khamis tu masa ambil dia, aku masuk jugak rumah BS tu sebab nak cari. In case konon sebagai berjaga-jaga malam nanti. So aku tanya Sunan kat mana dia campak puting tu. Asyik lah dia tunjuk dekat speaker set hi-fi BS tu. Kat speaker tu ada lubang muat-muat tangan budak. Dia tunjuk kat lubang tu. Aku suruh anak BS tu seluk kat situ. Nan hado. Almost 10 minutes jugak mencari tapi hampa. So angkut dia balik. Dalam kereta aku cakap dia yang dia dah hilangkan puting so malam ni jangan minta tau. Faham tak faham belakang kira ye.

Malam tu macam biasa aku ber-bedtime story dengan Sunan. Kasi dia ralit tak fikir puting. Tapi masa dia start nak tidur, dia merengek minta puting. Cara dia minta macam selalu tu, dia tunjuk-tunjuk then bawa jari telunjuk tu ke mulut. Haaa, nak puting lah tu. So aku peluk dia sambil bisik kat telinga yang dia dah hilangkan. So tidur je without puting. Dia macam faham and lelap masa aku dok zikirkan. Malam pertama -- PASS!

Malam kedua dia menangis sedu sedan nak puting. Aku peluk kuat-kuat pun dia tak peduli. Meronta-ronta. Macam-macam lagu, macam-macam zikir pun tetap tak jalan. Bagi susu, dia campak. Urut dada mak kau ni nak. Last-last aku panggil beliau suruh pujuk and tidurkan. Bila papanya datang and hulur susu suruh minum, terus minum. Tau tau je, eh, lelap dah. Fineee... 

Malam ketiga pun sama. Lepas habis bedtime story, terus cari puting.Menangis lagi sayu sambil panggil mamaaa..mamaaaa.. Kau mampu tahan? Tapi demi kebaikan dia, aku gagahkan hati tau. Buat pekak tapi hati menangis sama. Sedih sangat dengar dia menangis minta puting tu. Tangan tunjuk-tunjuk merata lepas tu masukkan jari dalam mulut. Huwaaaa.. saia taa kuad! Tapi lama-lama tidur lelap dalam tangisan. Sorry sayang mama. 
Tapi siang dia okay je tidur tak pakai puting. Macam mana tu? 

Malam keempat dia dah heal sikit. Merengek sekejap lepas tu tidur. Malam kelima pun alhamdulillah dah okay. Tapi start malam keempat, beliau bagi dia kain tuala kecil tapi dibasahkan. So memang dia lena sangat-sangat. Dia letak sendiri tuala tu kat mana-mana tempat yang dia rasa selesa. Sekejap kat dahi, sekejap kat leher, sekejap kat telinga, sekejap tutup muka. Lantak awak lah nak, asal lena sudah. Tapi tu lah.. Jangan lah nak ambil. Dia punya menjerit macam kena pukul. Mesti jiran tetangga ingat aku ni suka dera anak time tidur. Hahahahahaha. Sekarang tuala basah memang WAJIB ADA.

Nak ajar anak buang tabiat yang dia suka buat ni bukan senang jugak kan. Nak pulak bab-bab puting segala ni. Hazabbbb.. Tapi satu je yang aku pasti sangat-sangat. Tidur malam dia lena sampai pagi. Kalau ter-hek hek sikit tu, biasa lah. Ala, tak lama mana pun. Seminit dua, lelap balik. Syabbas beta!

Semalam BS bagitahu yang puting dia dah jumpa tapi dah kena garit di tikus. Hadoiii.. Tikus pun suka puting. Tak boleh nak kata apa lah kan. Lepas ni mak tikus kena belajar dengan aku cara-cara nak buang tabiat berputing kat anak tikus. LOLOLOLOL

GUA DAH BESAR LAH !

19 June 2015

BILA AKU NAK ADA ANAK??

Tajuk entry, kemain. Kontroversi sangat. Haha. Eh, ni bukan psal aku tau yang aku nak cerita ni. Ni pasal kawan aku. Sila lah tadah mata untuk baca *kalau sudi bacalah kan*.

Masa aku kerja tempat lama dulu, aku ada lah sorang kawan ni. Biar aku namakan dia Z. Z ni baya-baya aku jugak. Orangnya happy go lucky bermusim. Hahaha. Ikut mood dia lah nak happy ke, nak sentap ke, nak menangis ke hari tu. Pi main sana. Gitu. Aku pun idok lah rapat ya amat dengan Z. Kalau lepak pun sebab TERlepak sama. Boleh? Jarang lah nak borak close up hal peribadi one by one. Kalau terlepak sama tu, dia bercerita dengan member-member lain, aku pun dah tentu-tentu kena hadap.

Si Z ni ada boyfriend. Boyfriend dia jauh lebih tua dari Z. Duduk dekat-dekat dengan rumah Z ni lah. So selalu lah jumpa-jumpa. Bila jumpa-jumpa tu, entah macam mana teringan-ringan. 
Manusia -- 
Bila dah rasa sedap ringan-ringan, mula lah dengan hidangan berat. Mohon jangan hencap aku dengan ayat-ayat dewasa ni. So everytime sebelum mula, boyfriend dia akan suruh dia telan pil pencegah hamil. Kenapa lelaki tu taknak pakai kondom, idok lah aku tanya. Ini si Z yang cerita tau. Bukan aku reka-reka. So, memang pil pencegah hamil tu dah jadi macam pil wajib lah. Seminggu 3/4 kali dia telan bila berjumpa tu. Bayangkan lah. 

Sekarang si Z ni dah nikah dengan boyfriend dia tu. Bersyukur sangat aku dengar yang jantan tu memang nak sangat bertanggungjawab dengan Z. Bayangkan kalau jantan tu tak nak?? Huwaaa.. Aku pun boleh menangis dengar. Tak mampu aku bayangkan macam mana nak hidup dengan orang lain. Hahaha. Over sangat kau ni Farah. 

Kalau ikutkan, dah 4 tahun dorang nikah but still tak ada anak. Dia selalu inbox aku bercerita pasal hal ni. Aku pun tak sure kenapa dalam banyak-banyak kawan, aku yang tak rapat ni lah dia nak cerita bagai. Maybe sebab dia suka tengok Sunan kot. Sebab mula-mula tu dia akan cakap anak aku comel bagai setiap kali aku upload pic Sunan. Tapi dia pesen suka inbox terus. Mula-mula aku just cakap nanti-nanti ada lah rezeki kau blah blah blah. Tapi dia tetap nak luahkan jugak. Okay lah, kita dengar.

Lama-lama tu dia buat kesimpulan sendiri. Maybe balasan Allah sebab buat hubungan zina masa dulu and amalkan pil tu untuk tutup kejahatan dorang tu. Sebab takut mengandung and menambahkan lagi dosa kut-kut tergugurkan ke, better cegah. So Allah langsung tak nak bagi dah even dia dah kahwin. Dia cakap macam tu, aku terus senyap. Tak balas-balas dah. Tak reti nak balas apa sebenarnya.

Hurmmm..

Sampai sekarang dia selalu tanya bila nak ada baby macam Sunan.
Aku nak jawab apa wei???

18 June 2015

Bertambah Lagi Se-Umur...Alhamdulillah!


Hamboih.. Kemain gigih printscreen bagai. Hahahaha. Setahun sekali je pun. Sila jangan hencap.

Bertambah lagi setahun. Alhamdulillah. 

Enrty peram namanya ni. Asyik di-save. Bila nak start tulis, ada je halangan. Hahaha.

Eh, bukan ada apa pun nak tulis.

Umur bertambah je pun. Lulz.

2 June 2015

Anakku Seorang Karnivor!

Huwaaa...
Aku tak reti dah nak tadah muka kat mana bila anak aku buat hal membuli anak orang lain. Nak ku sebat, baby lagi. Nak ku marah, apa paham ke Sunan tu. Aku sengih je mampu sambil cepat-cepat bawa lari dia dari tempat kejadian. Kang berdarah pula tempat tu.

Since dia baru pandai merangkak dia dah pandai usik orang. Orang pertama kena -- Amin.
Sebenarnya mula-mula tu dia nak kiss je. Tapi pesen Sunan ni, kiss sambil nganga mulut lepas tu gigi dia sah-sah terkena tempat nak kiss tu. Kalau kepala -- kepala lah. Kalau pipi -- pipi lah. Meraung lah Amin tu.

Terbaru ni dia buli anak orang kat rumah kenduri doa selamat.
Masa tu dia tengah ralit main gun. Tiba-tiba ada baby ni terkesot-kesot meniarap ke arah Sunan. Baby tu try rampas gun tu dari dia. Apa lagi.. Dia jerit sambil dia kepit kepala budak perempuan tu dengan dua-dua lengan and gigit kepala. Matik la nak.. Meraung budak tu dikerjakan. Cepat-cepat aku tarik.

Ingat dia dah serik lepas kena warning dengan aku. Tak ye.. Dia nampak baby tengah hisap susu pakai botol which is botol tu sama macam dia, dia datang dengan muka kengkonon suci and senyum then ----- pakkk! Kat muka baby tengah baring menyusu tu. Baby tu atas pangkuan mak dia okay. Langsung Sunan tak takut. Adoiiii.. Aku angkut dia ke papa kat luar. Tak tahu apa jadi kat baby tu. Nangis ke hapa ke. 

Aku ni pun selalu je jadi mangsa buli dia. 
Mak kau -- apa kisahkan.

Ni gambar sebelum dia bertukar jadi karnivor. Sila jangan terpedaya.

25 May 2015

Hari Kelam Kabut

Jumaat pagi lepas beliau mengadu sakit perut. Aku ingatkan angin je. So aku sapu minyak angin. Tanya beliau larat tak nak kerja and beliau jawab tak. Okay lah. Aku pun blah pi kerja. Balik kerja dalam pukul 5 macam tu, tengok beliau terbaring lagi. Selalunya kalau tak kerja sebab demam ke apa, tengah hari dah bangun. Ni tak. Still baring. Aku tengok muka pucat. Tanya sakit lagi ke tak. Beliau jawab sakit sambil pegang perut belah kanan. Aku dah terdetik dalam hati. Apendiks ke? Aku tak reti eja melayu dia. Kalau bahasa scientific, appendicitis. Eh, jangan nak poyo sangat guna bahasa scientific bagai ye wahai Fara.

A : Sakit belah mana ni?
B : Belah kanan ni.
A : Tempat lain ada sakit tak?
B : Tak ada.
A : Kentut tak? *kongajo sangat tanya kentut ke tak. haha*
B : Takkkkk... *malas nak layan dah.*

Suruh beliau bangun mandi segarkan badan. Aku pi ambil Sunan kat rumah bs. Balik ambil Sunan, tengok beliau baring lagi. Sunan pulak jenis pantang tengok mak bapak bergelimpang. Terus panjat and terjah beliau. Menjerit lah orang tu. Haha. Nak gelak pun ada. Nak marah tak boleh. Budak. Apa tau.

Beliau bangun mandi and ajak pusing-pusing. Sakit-sakit pun boleh lagi tu nak bawak anak meronda petang. Ikutkan aje lah. Tak ikut kang marah. Hahaha. Singgah rumah jiran mak sebab ada orang rewang nak kenduri esoknya tu. Tengah tengok orang-orang tu siang daging bagai, beliau ajak pi klinik. Beliau memang jenis culas ke klinik. Kalau setakat sakit sikit-sikit, memang tak lah nak pi. Ni tiba-tiba dia ajak. Means memang dia sakit ya amat lah tu. Balik rumah ambil dompet and terus plan pi klinik Sinaran & Surgeri Kuala Selangor. Tapi sempat beliau ajak makan dulu. Mana tahu perut terisi dah tak sakit kan. Tapi idok ye. Tetap lah sakit.

Sampai klinik, cek dalam 3 minit beliau dah keluar. Doktor siapkan surat untuk di refer ke Hospital Tanjong Karang. Suspect apendiks. Balik rumah dulu hantar Sunan duduk dengan nenek and kak Ayu then ajak ayong bawakan. Memang tak lah aku nak drive balik sorang-sorang kalau dia kena admit ward nanti. 

Daftar masuk then tunggu nama kena panggil. X-ray then confirm apendiks. Beliau kena hantar ke Hospital Sungai Buloh malam tu juga. Aku tunggu sampai pukul 12am then balik. Nak tunggu lama pun tak boleh. Ayong penat sebab Sabtu malam tu ada kenduri kat rumah dia. Lagipun tak boleh ikut pun ke Sungai Buloh tu. So aku decide esok je aku pi. Doktor Tanjong Karang tu cakap peluang untuk tak di-operate tu tinggi sebab dia tak teruk sangat. Masuk ubat dulu malam ni tengok hilang ke tak. Lega lah kan.

Pagi esok tu beliau call bagitau ward. Aku lupa nak tanya dia operate ke tak. Dalam pukul 12pm macam tu, biras aku call kan orang yang duduk katil sebelah beliau sebab sebelum tu beliau pinjam fon pakcik tu nak call. Pakcik tu cakap beliau dah setengah jam dalam dewan bedah. Terus berdebar jantung aku. Takut okay. Padahal operate sikit je. Over lebih aku ni.

Pukul 4pm aku pi lawat beliau and bawakan baju, ubat gigi, berus gigi and sabun. Nampak lemah ya amat beliau time tu. Tapi mulut tak lemah ye. Aku sampai je terus tanya makanan. Bila aku kata tak bawa, dia punya bebelan tu menusuk kalbu. Mana lah tahu dia dah boleh makan apa. So aku pi beli roti je kat mart bawah tu. Pukul 6.30 pm aku gerak balik sebab malam tu kenduri. Memang rush sangat-sangat. Aku pi dengan biras aku yang sorang lagi tu, Arin. Arin pulak nak ambil lori kat Klang. Okay jom. Berdesup kereta perginya. Punya nak kejar masa. Faham aje lah Klang tu sesaknya macam mana. 

Kat kenduri Sunan pulak buat perangai. Macam dia lah imam, tukang baca doa bagai. Sibuk menjerit ke hulu ke hilir dengan jug air. Pasrah aku. Dapat pegang mainan, dia ketuk anak angah, sepupu dia tu. Amin dah lah pesen menangis suara sendu. Lepas Amin, tok alang pulak jadi mangsa. Bila aku ambil mainan tu, dia menjerit. Lepas tu mengamuk sakan. Aku makan laju-laju terus cakap kat ayong nak balik. Kongajo sangat kan. Nasib baik rumah akak ipar. Haha. Balik rumah, mandikan Sunan, bagi susu terus terbongkang tidur. Alahai.. Mengantuk sangat. 

Esoknya (Ahad) beliau dah boleh discharge. Biras aku yang boss aku dengan beliau ni tiba-tiba call driver dia minta ambilkan beliau. Aku ingat nak pi ambil sendiri je. Dah alang-alang dapat boss penyayang, heaven lah. Aku pun ikut sekali. Sampai kat ward, aku tengok beliau dok berjalan sana sini. Dah macam orang tak sakit. Adoi lahhhh.. Beliau cakap 1 hospital tu dah tawaf. Sampai kena marah denfan guard sebab jarum ada lagi dekat tangan. Tersengih je nampak aku. Sikit-sikit suruh aku pi tanya nurse bila boleh discharge. Dah macam kena sagat muka aku ni dok ulang alik ke kaunter. Last-last pukul 3 jugak boleh balik.

Dah setel bayar semua, terus cabut balik. Tak tunggu apa dah. Sampai rumah Sunan terkinja-kinja nampak papa. Dengan tak berbaju berpampers nya sebab baru lepas berak. Anak bapak betul. Tiba-tiba nurse sana call. Beliau lupa ambil ubat and surat doktor. Bhahahahahaha. Matik la nak. Ni tadi beliau pi semula ke sana. Mampus kena bebel tu kang. Tu lah, Mengelenjat sangat nak balik. MC pun beliau tolak semalam. Adoiii..


19 May 2015

Borak-borak Jom.

Lama juga tak update. Hihihi.

I had a very very very hectic busy chaos days for this couple week. Wallahhhh.. Letih rasa nak pengsan setiap kali kaki jejak depan pintu rumah. Ohmai, over sangat. Haha. 

Kedai coop biras aku ni kekurangan staff. Dua-dua staff yang ada dah berhenti. Sorang further study. Sorang lagi dapat kerja lagi best. Gitu. So aku terpaksa me-multitasking-kan diri aku untuk minggu lepas and minggu ni. Semua aku sebat ; Cashier, ofis, documentations bagai. Bukan apa. Kesian dekat kak ipar and biras aku tu. 

Ni alhamdulillah.. Dah ada pekerja baru. Dua orang. Sekali gus datang in one day. Aku memang lepas nafas lega lelaju. Kalau tak, macam tersekat je nafas ni kat kerongkong. Boleh? Kadang-kadang tak sempat nak makan and minum. Pernah rasa nak pitam tumbang tapi gagahkan kaki untuk terus berdiri layan customers. Hidup kena berdedikasi okayyy. 

Sunan paling kesian. Nowadays sangat kurang layanan untuk dia. Balik kerja kang aku dah letih tahap max. Layan baca flash cards and buku gitu-gitu je bila lepas mandi malam tu. Petang dah tak ada nak bawa pusing-pusing sangat. Aku balik kerja pun dah pukul 6pm ++. So kita main dalam rumah sajork. Itu pun tak ter-main.  Mama golek-golek depan tv layan slow motion je. Pukul 8pm cenggitu dah masuk bilik membongkang tidur. Gitu lah selama seminggu. Sabtu pun pulun kerja.

Beliau outstation lagi. Kali ni ke Kerteh. Baru 2minggu kot dia kat rumah. Sebelum ke Kerteh Jumaat lepas, dia pergi Melaka 3 hari. Isnin, Selasa, Rabu. Khamis je dia ada kat rumah. Itupun balik kerja dah pukul 7pm. Nak mengeluh sangat pun tak baik. Berdosa. Kerja kena ikhlas. Just kesian Sunan.

Sekarang Sunan dah pandai sebut Allah. Semua yang dia buat ada Allah kat hujung. Nak bangun ; Allah. Nak ambil barang tinggi ; Allah. Nak duduk ; Allah. Kadang-kadang dia buat zikir. Sambil main sambil Allah Allah Allah. 

Allahu --

Besar dah Sunan. Sekejap sangat. Sekarang dia tak suka tidur berpangku. Tak bebas gamaknya. Tapi kalau aku baring, dia akan meniarap atas badan aku sampai lelap. Sambil tangan dia usap pipi and pintal hidung aku. Hahaha. Sampai lemas mak kau ni nak oi. 

But its okay. Nanti dah besar mana tahu kan dia dah malu nak buat semua tu. Memang aku menangis kalau dia refuse nak hug aku bila aku hantar dia kat pagar sekolah. LOLOLOL!



21 April 2015

Sunan Turns 1 !!!

HAPPY BIRTHDAY SUNAN !!!

Bajet anak kau mampu baca je kan blog kau ni. Haha. Takpe,takpe.. Beso nanti boleh dah. 

19 April 2015 --
Sunan genap setahun dah. Ya Allah.. how time flies. Cepat sangat. Macam baru dua tiga hari lepas aku kena sorong ke dalam operation room *ayat cliche mak mak sangat*. Kihkihkih. 

Makin membesar, makin banyak akal dan perubahan dia. Dah boleh berjalan laju. Dah boleh cakap sikit-sikit. Mama..papa..tidur.. Paling tak boleh blah, semalam masa dia main hantu-hantu dengan kakak sedara dia, dia boleh cakap pompuan tu gedik sangat. Tapi dalam pelat dia lah. Lebih kurang macam "Edik angat" gitu. Ayu lah yang cakap. Hahaha. Matik lah nak. Kecik-kecik mulut dah laser ni. Kau tu jantan tau. Badan sado jiwa bunga dah kenapa??

Macam biasalah.. Ikut tradisi Kazans, raya baru celebrate sekali harung. Sekalikan birthday anak-anak -- Mieya, Mika, Sunan. Senang. Save budget pun ye. Lagi pun time raya lah dapat berkumpul ramai-ramai. Kalau buat hari-hari biasa ni, ada lah anak beranak tak dapat datang. Tak best. Anak cucu Aki Mamat memang suka buat makan-makan gelak tawa hua hua. 

Sunan --

Semoga jadi anak yang soleh. Anak yang menyenangkan papa mama and semua orang. Anak yang tahu susah sebelum senang. Anak yang mendengar kata. Anak yang membetulkan mama papa kalau mama papa terpesong jalan. Anak yang boleh jadi tiket mama papa ke syurga juga. 

Sunan --

Saya dah cakap berkali-kali. 
Saya akan tetap pimpin awak sampai mati.

Awak tetap laksamana hati kami.

Muah cikedddd!



Truly,
MAMA.

16 April 2015

Lasak Sangat!

Sunan sekarang dah dapat kaki kata orang tua-tua. Dah laju berjalan. Kadang-kadang macam berlari. Terkedek-kedek nak imbang badan tak bagi jatuh. Lawak okay. Senget-senget badan bila nak jatuh tapi dia imbang pakai kaki. Jadi bahan gelak aku laki bini je dia ni. Haha. Sorry Sunannn..

Sebelum berjalan pun dia memang lasak. Seminit tak reti duduk dia. Ni dah boleh berjalan, lagi lah. Hari tu masa bawa balik Karak (minggu lepas), dia dah panjat 4 anak tangga rumah ibu. Semua tu ajaran Mika. Menjadi tau kalau budak-budak ni berkumpul and buat pakatan senyap cenggini. Sunan panjat, Mika tolong support dalam diam kat bawah. Nampak mummy Reena Kamarudin turun tangga, semua tergamam. Mika dah lari dulu. Tinggal Sunan terkontang-kanting atas tangga. Hahaha. Mika ni memang tau. Geli perut aku gelak.

Semalam balik kerja bawa dia main taman. Malam sebelum tu dah janji dengan dia nak spend time sama-sama sebab siang tu aku busy sangat. Sampai malam. Meeting sampai 12.30 malam. Ambil dia dari rumah mak, dia dah tidur. So ingat nak bawa tengok lotong tapi malas nak drive. Dia punya suka dapat main tu, memang terpancar di wajah okay. Ke hulu ke hilir, jatuh, bangun, panjat, hogah sana sini. 

Dah bosan tu aku bawa balik. Main depan rumah pula. Dia tak suka berdukung. Nak lepas je. Sebelah rumah aku ni Wan Enchom. Memang setiap petang aku duduk kat buai depan rumah dia tu borak-borak. Aku kan dah tak ada nenek. Saja tumpang kasih orang tua. Haha. Aku biar kan aje Sunan main lepas. Nak main pasir ke, batu ke, tanah ke, main je. Bukan boleh halang. Kang menjerit. Asalkan tak masuk mulut, dah. Otak dia tengah nak develop. Masa ni lah dia nak explore. Biar motor skill dia kuat. Kotor boleh mandi cuci. 

Dah bosan main kotor, dia kejar cats pula. Rumah aku ni ada sekor kucing. Ejim nama dia. Memang jadi mangsa wrestling Sunan. Bila dia nampak Ejim dalam rumput tinggi, dia pun nak join main dalam tu. Sudahnya aku bawa dia pusing taman tu. Berjalan lah kau nak. Letih kang tahu lah kau duduk tengah-tengah jalan minta dukung. Memang ye. Dah letih tu dia duduk tak berkutik minta dukung. 

Balik rumah terus mandi and bagi susu. Tak sampai 10 minit dah terbongkang lelap. Letih tahap max dah tu. Bagus juga macam ni. Lagipun nanti papa dia call tanya bawa Sunan jalan-jalan tak. Kalau cakap tak bawa, dia bebel ke kita. Sabarrrrrr je lah.

budak lasak. padahal dah mandi dah ni. balik rumah rendam sekali lagi.

13 April 2015

Alahaiiii...

Beliau dah seminggu outstation ke Petronas Kuantan. Seminggu ni juga lah Sunan macam hilang selera makan. Dua tiga suap, lepas tu dia lari kedek-kedek main. Kalau ada papa, selagi tak habis nasi, selagi tu dia nganga. Kalau dah habis pun nganga lagi. Sedih sangat tengok keadaan dia. Tapi badan still maintain okay. Rasa macam makin mengembang lagi ada lah. Mungkin lah dia makan angin je so kekal montel. Haha.

Beliau memang hari-hari call before masuk site. Dalam tu tak boleh on phone dah. Beliau masuk pukul 7pm and keluar 7 am esoknya. Bila beliau call, Sunan mula terkinja-kinja. Kan kita boleh set caller image. Bila beliau call, ada lah gambar beliau tengah hug Sunan. Gambar tu lah yang Sunan kiss bertubi-tubi sambil borak dengan papa dia. Kita pula yang mengalir air mata. Sebelum ni pun memang beliau outstation tapi Sunan kecil lagi. Kalau rindu tu menangis and bagi baju bau papa pun dah ok dah dia. Ni bila dah besar, dah faham yang papa memang tak ada dekat-dekat dia, bagi baju pun dia tak heran. Tu yang makan tak berapa laju tu. Tidur pun atas bantal papa okay. Tak nak dah tidur tepi aku sangat. Ok fioneee..

Tapi yang pasti, sekarang dia TAK BOLEH LANGSUNG HILANG AKU! Nak pergi dapur pun tak boleh. Ape tah lagi aku nak membuang. Kang mula dengar dia meraung jerit-jerit sampai sedu-sedu tak ada suara. Parah tau! Kalau dulu boleh juga bagi mainan untuk ralit kan dia. Sekarang tak boleh dah ye. Dia tak heran. Dia akan tetap menangis hantuk-hantuk. Hari tu lagi lah.. Dia tarik meja kopi yang aku buat penghadang tu sampai jatuh and hempap kaki dia. Mujur meja tu ringan je. Kalau berat mau patah kaki dia. Menjawab dengan beliau nanti. Bila aku datang dekat dia, cepat-cepat dia peluk kuat-kuat and gesel-gesel muka kat bahu aku. Lepas tu gigit-gigit lengan baju. Aku ingat kenapa lah kan. Rupanya gusi dia berdarah. Banyak! Panik gila aku. Nasib baik tak patah gigi. Kes ni aku tak cerita lagi kat beliau. Kena ambil semangat bumi dulu baru berani. Kihkihkih.

Sekarang Sunan dah duduk rumah baby sitter. Dia dah membesar. Kesian sangat bila bawa dia datang ofis. Asyik duduk dalam stroller je. Tak bebas mana nak bergerak. Kalau aku lepas pun, bukan nya bersih sangat ofis ni. Serba salah tau. So aku start cari bs since last two week. Last-last MIL suruh hantar je kat akak yang duduk selang sebuah rumah dari rumah MIL. Senang kalau mak aku balik kerja, boleh tengok-tengok kan. Kalau hantar rumah entah siapa-siapa kang, kesian pula dia. Macam tersisih. Rumah kak Ida ni memang dah biasa sangat dengan Sunan. Memang petang-petang kalau aku and beliau datang rumah mak, anak-anak dia berlari-lari datang nak main dengan Sunan. So okay lah kan. Sebab ni lah aku rasa Sunan memang nak melekat je dengan aku. Sebab seharian kena tinggal, dia serik dah kalau aku tinggal dia even seminit pun. Lahaiii.. Sedih tau.

Semalam throwback gambar-gambar Sunan masa mula lahir sampai dah besar ni dengan dia. Tunjuk-tunjuk kan kat dia even dia tak berapa faham. Rindunyaaaaa... Rindu nak bau baby. Rindu nak dengar dia menangis macam baby tu. Sekarang kalau dia menangis... bergegar rumah. Sampai rumah hujung taman boleh dengar okay. Mesti dia orang ingat aku kaki dera anak. Padahal Sunan memang sensitif tanpa aku. Huwaaaa....



selfie sikittttt