Minggu lepas hari Jumaat, Sunan pi rumah maklong dia. Macam biasa lah.. Lepas berbuka, akak sedara dia yang Ayu tu angkut pi sana tengok budak-budak main bunga api and mercun. Maklong ada lah pantau kat luar. Balik tu beliau suruh aku tengok tangan dia. Dah mengelembung kat celah jari telunjuk dengan ibu jari! Gelabah aku siap nak menangis. Tapi Sunan buat muka relaks je. Beliau kata kena api. Terus cepat-cepat aku jirus air then sapu kan sakura mask. Sunan macam biasa je. Tak nangis tak apa. Merengek pun tidak. Siap boleh berkubang main dengan Mika and Mieya. Ibu abah kakngah ada datang malam tu.
Esok tu masa aku pi ambil kunci kedai kat Ayong, aku tanya lah pasal tangan Sunan. Ayong cakap Sunan pegang api lilin. Tapi dia tak menangis tak apa. Ayong and Ayu pun tak perasan. Ayong just pelik bila Sunan asyik lah tiup and cium tangan dia. Ya Allah, kau bayangkan hati aku masa Ayong cakap macam tu. Nak luruh okay. Sedihnya. Kuat sangat anak aku ni.
Hari Sabtu malam Ahad hari tu, beliau balik bawa beras 5 kg letak depan pintu. Sunan siap angkat lagi beras tu. Menggelak lah atuk nenek and mummy. Tak faham aku dengan kekuatan anak aku ni. Normal ke budak setahun angkat beras 5 kg? Kus semangat mak nak. Kalau dia jatuh ke apa, payah lah dia nak menangis. Dia just tunjuk kat kita tempat sakit jatuh tu. Kalau jatuh dia cepat-cepat sebut Allah. Nak cover sakit gamaknya. Lantakkan lah dik. Asal tak patah riuk bagai.
Tapi tu lah --
Cuba kena tinggal sikit, dia punya raung boleh dengar sampai ke bulan.
Kalau kena sakat pun macam tu. Mula terjebik-jebik.
Macam mana nak sado ni??
No comments:
Post a Comment