Awesome Followers

30 January 2012

~~Oh Sibebox ~~

An nyong ha seyo..!!!


After a week memerapkan diri di rumah,aku kembali bekerja. Cuti-cuti sudah habis der. Yearghhh..!!! So,entry permulaan hari ni tentang Sibebox.


Siapa Sibebox??
Dia rabbit aku. Ingat tak dulu aku pernah cerita yang aku ade beli rabbits dekat Pantai Remis,Kuala Selangor? Haa,dia lah tu. Salah seekor dari rabbits aku.


Sibebox ni jantan. Warna bulu dia hitam pekat. Ade sikit tanda putih dekat tengah-tengah dahi dia. Masa  first beli,dia second choice aku after Sibebex,rabbit yang putih tu.


Aku beli mereka kat tepi pantai Pantai Remis. Beliau yang belikan. Sebab aku cakap aku teringin nak bela rabbits. Padahal aku baru je nampak makcik jual rabbits kat situ. Geram tengok rabbits yang montel-montel yang ade dalam sangkar tu.


Keesokan hari nye aku bawak Sibebox and Sibebex balik Pahang. Jauh perjalanan yang dorang tempuh. Dari Kuala Selangor-Pahang bukan nye dekat sangat kan. Siap kena tempuh accident dekat Pasar Borong Selayang lagi. Eeeii,ngeri gile!


Sejak dorang ade duduk dengan aku,hari-hari hidup aku macam terisi. Ade je kerja yang aku nak buat. Potong rumput afalfa lah,cuci sangkar lah,bagi minum air lah,mandikan dorang lah. Memang mama yang bertanggungjawab kan? #TanganDiDadaMataKeAtas


Kakak aku sangat bencikan rabbits. Kalau dia balik,aku akan sakat dia dengan binatang ni. Menjerit melompat lah dia. Aku pun tak faham kenapa ade manusia yang sangat geli and takutkan binatang secomel dorang ni. Aku siap peluk cium lagi.


27 Januari 2012,makanan dorang dah habis. I mean,afalfa tu dah habis. Yang tinggal pallets je. Kedai apek cina yang jual makanan tu tutup. Maklumlah,Chinese New Year. Pallets ni dorang kurang sikit nak makan. So tengah hari hari berikutnye aku carikan pucuk keledek and daun kangkung untuk bagi dorang makan. Buat sementara waktu je.


Entah mana silapnye,Sibebox mula meragam. Perut dia penuh dengan tahi dia sendiri. Dia cirit birit! Sebelum ni pernah jugak dia alami sakit ni. Tapi dulu tak seteruk yang ni. Aku jadi sangat risau. Sibebox dah tak nak makan and minum. Dia diam je.


Telinga dia dah sejuk. Itu petanda! Aku balut dia dengan tual kecil. Aku tahu dia sejuk. Aku selimutkan dia elok-elok. Sepanjang malam aku berjaga. Tak mahu Sibebox tak ade depan mata. Aku tunggu dia sampai pagi.


Pagi tu dia beralih kedudukan. Dia baring betul-betul depan pintu sangkar. Sibebex teman dia di sisi. Aku tengok Sibebox tarik nafas. Kaki dia menegang. Pastu dia diam terus. Mata dia terbukak. So,aku tahu yang Sibebox dah tak ade.


Aku bungkus dia elok-elok dengan surat khabar. Tengah hari Ahad aku tanam dia dekat rumah makteh. Air mata tak payah nak cakap lah. Memang mengalir macam empangan pecah. Serius aku sedih sangat-sangat. Selama ni aku tatang macam anak sendiri tapi dia dah pergi. But aku kena terima lah kan?


Aku bagitahu beliau. Beliau tak salahkan aku seorang. Nasib baik aku ade tunang yang memahami. So beliau janji akan belikan yang lain sebagai peneman Sibebex nanti. Lega hati aku dengar.


Dear Sibebox,sorry sangat-sangat. But to have u with me for this couple week really made my days! Rest In Peace okay. Mmmuuaahhhh!


Sibebex (putih) & Sibebox (hitam)
#HugsLove
~ aku darah anak malaysia ~

20 January 2012

~~ 5 perkara yang akan buat kamu berfikir semula hala tuju hubungan kamu ~~

An nyong ha seyo!!




Kamu sedang bercinta? 
Dah berapa lama?
Baru lagi? 
Dah lama?
Okay,jom aku bagi garis panduan sikit. Maybe ada yang kurang bersetuju or maybe ada yang akan kata,"Uh,nonsense nye." But who knows boleh membantu sedikit sebanyak bagi sesiapa yang sedang mencari arah tuju cinta or perhubungan tu. Nak teruskan ke or nak tinggalkan aje ke. Jom!


1. Cinta Kerana Duit


Perempuan
Ni kalau time pakwe gaji,cepat je dia alert. Kadang-kadang seminggu before gaji dah ingatkan untuk bershopping. Kalau sekali sekala dalam setahun tu tak apa,ni hampir setiap bulan. Kalau pakwe tu gaji sebulan 2 kali,2 kali lah dia nak shopping. Kalau tak di ikut kan nanti,muncung panjang 18 depa. Huh,buruk sangat!
Lelaki :
Mentang-mentang makwe kerja gaji besar,banyak pulak permintaan yang suruh ditunaikan. Sama aje lah situasi macm dekat atas tu. Bila makwe tu dah tak ada duit,mula buat perangai. 


So,kalau kamu terlibat dengan cinta macam ni,sila-sila lah renungkan balik. Betul ke itu namanya cinta? Kalau setakat cintakan duit tu,baik blah aje kan.


2. Cinta Berlandaskan Nafsu
Ni normal pada kaum lelaki. Kebanyakkan lelaki akan menjebakkan diri dalam cinta nafsu ni lalu menarik kaum wanita sekali. Mula-mula minta yang ringan-ringan. Lepas tu mula lah nak bawak balik rumah atau check in hotel. Ada jugak yang buat dalam semak aje. Tuntutan nafsu tak tertahan katanye. Kalau perempuan tak bagi,mula ugut macam-macam. Bila dah dapat,main sedap mulut je ucap lafaz GOODBYE.


Wahai si perempuan.. Kalau kamu terjebak dalam cinta nafsu ni,sila lah angkat kaki. Nak ke korang tergadai body sebab cinta bangang ni? Jangan bikin malu family okay. Dia tak cintakan kamu tapi body kamu aje.


3. Cinta Kamu Tapi Bukan Family Kamu
Kamu faham tak dengan kenyataan di atas ni? Meh sini aku terangkan. Korang bercinta dah tentu nak sampai jinjang pelamin kan? Nak sampai kiamat kalau boleh. Tapi kekasih kamu ni tak berapa berkenan dengan family kamu. Bila di ajak berjumpa family,berjuta alasan yang dia bagi. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Maknanya dia tak boleh nak terima family kamu. Bercinta dengan kamu nak tapi tak nak pulak bercinta dengan family kamu.


Kalau ada yang macam ni,baik kamu fikirkan balik. Nak ke kamu teruskan hidup dengan kekasih yang tak boleh menerima family kamu sedangkan kamu akan hidup bersama satu hari nanti?


4. Cinta Main-main
Ni boleh jugak dipanggil CINTA MONYET. Selalunya adik-adik remaja lah yang terjebak dengan cinta macam ni. Tapi jangan tak tahu,orang dewasa pun ada yang terkena. Masa kamu tengah serius dengan hubungan tu,kekasih kamu boleh pulak buat tak kisah. Macam kamu pulak yang beriya-iya. Kekasih kamu tu macam tak kisah kamu nak keluar dengan siapa sebab dia pun sesuka hati keluar dengan awek/balak lain. Kadang-kadang kamu je jeles membuak-buak tapi dia sikit pun tak kisah. Eeeiii,sakit nye hati!


So,takkan nak kamu sorang je yang selalu serius. Fikirkan lah sebaik mungkin okay.


5. Takutkan Komitmen
Ada sesetengah orang yang sangat takutkan komitmen perkahwinan. Dia tak kisah bercinta asalkan tidak menyentuh isu kahwin. Macam alergik pulak kan. Bercinta bertahun-tahun tapi bila sampai bab kahwin,mulalah muka jadi hijau. Siap nak muntah lagi kalau boleh. Hamboi2,kuat betul berdrama. Orang macam ni memang payah nak di ajak berunding.


Ada yang terjebak dengan orang yang macam ni? Kalau ada,aku harap korang boleh fikir semasak-masak-masaknye. Sampai bila korang asyik nak bercinta je kan? Mesti nak melangkah ke alam lain plak.


Okay,ni antara yang aku tahu lah. So,aku harap boleh jadi panduan kat korang yang di luar sana. Benda ni bukan terjadi dekat pasangan yang baru bercinta je tapi pasangan yang dah lama bercinta pun alami. Kalau korang rasa ada antara benda ni yang terjadi dalam hubungan korang,korang fikir lah dalam-dalam mana hala tuju hubungan korang tu. Takut nanti korang menyesal. Sekian..


#HugsLove
~ aku darah anak malaysia ~

~~ Ini Semua Dugaan Kan? ~~

An nyong ha seyo..!!!




Sekarang musim gawat..!!!!


Nak tahu kenapa? Hahahaha.. Biar aku gelak dulu before mengarang. Sedia maklum aku kerja dekat CPP@CHH Pacific Paper area Bentong. Kilang ni ade joint venture dengan Korea. Korea lah sangat!


Aku start kerja sini bulan 7 tahun lepas. Mula-mula memang best lah kilang ni. Gaji pun bayar dengan jayanya. So,memang tak kering belanja lah kan.
Entah mana silap management,masuk bulan ni dah 2 bulan tak bayar gaji. November punye gaji pun lagi seminggu tak bayar. Chantekkk..


Memang sakit lah kan employees lain nak hidup. Mana nak bayar hutang bank,hutang kereta,hutang itu and hutang ini. Mana yang ada family,isteri and anak-anak memang lagi sakit lah kan.


Baru-baru ni buat perhimpunan depan kilang. Siap ade polis lagi. Dah macam nak ade rusuhan plak. Macam perhimpunan Bersih pun ade jugak. Aku siap berdiri depan sekali. Eh,nombor 2 belakang Wak,QC Supervisor.


After perhimpunan tu,kena meeting antara department plak. Kematu bontot duduk mengadap encik Nik. Kalau bagi duit tak ape jugak kan?
So,after discussion,encik Nik cakap duit maybe dapat hujung Februari. MAYBE okay! Belum sure 100% lagi. Memang bertabah lah mendengar benda alah tu.


Tapi aku salute dengan employees lain. Masing-masing nampak macam sangat setia dengan kilang ni. Macam tak ade yang nak berhenti. Okay,memang ade yang berhenti tapi 2,3 orang je lah. Yang lain-lain pakat-pakat nak tunggu sampai ke ceroh! Termasuk lah aku..


Aku paling kesian tengok sorang rakan department aku ni. Aku gelarkan B je lah. Die ade anak. Mase mula-mula kilang ni tak bayar gaji,die terduduk habis. Tengok muke die,alahai kesian gile. Dah lah memang muke mintak simpati aje. Arghh..!!!


Sekarang masing-masing meroyan dalam ofis. Datang kerja tapi sen tak ade. Memang terbaik lah kan? Ini semua dugaan kan? So,terima aje dengan hati yang terbuka.


Aku rase entri pagi ni banyak sangat SO nye. Okay,see u next time. Hahahahaha...


#HugsLove
~aku darah anak malaysia~

12 January 2012

~~ memori ni menyakitkan tapi kekal selamanya ~~

An nyong ha seyo..


Kamarul Azreen Bin Kamarudin..


Sebaris nama yang aku tak akan lupa sampai aku mati pun. Suddenly aku terasa sangat-sangat-sangat rindu dekat insan ni.Insan ni abang aku. The one and the only brother I had since I know what world is. Orangnya sederhana tinggi,berbadan tak besar mana and berkulit gelap. Bagi aku,abang tetap paling handsome selepas my abah.


Telatah abang masih segar dalam ingatan. Aku percaya,bukan aku seorang yang alami perkara ni. The whole family turut merasakan yang sama. Tak percaya tanya aku. Hahaha..Abang suka buat lawak. Ada je idea lawak yang akan jadi perhatian kami dalam rumah.Memang tak kering gusi dibuatnya. Boleh keras perut menahan gelak.


Pernah sekali abang pakai tudung and berkain batik. Apa lagi,menjerit lah kita orang adik beradik. Siap berkemban tinggi lagi.Pernah jugak abang pakai helmet terbalik. Buat gaya ala-ala Robocop. Memang tak boleh blah! Oh,abang suka tiru gaya orang lain. Paling best kalau abang buat gaya adik ipar my abah,Pak Itam Tolek. Boleh gelak sampai pengsan. My ibu cakap,abang memang suka buat aksi tu since he was a kid.


Tapi kalau time abang marah,jangan lah ditegur kalau tak nak terkena.Adik perempuan bongsu aku pernah kena. Siap kena sebat dengan batang paip. Masa tu aku tak ada dekat Karak. Aku dengar cerita tu daripada kakak aku pun buat aku gelak gile babeng.And kalau abang bad mood and sedang berkata-kata but tak dengar apa yang dikata,jangan lah harap nak suruh abang repeat balik apa yang dikata. Nanti abang akan jawab,"Sorry,tiada siaran ulangan."Siapa yang tak bengang kan? My ibu selalu kena.


But suddenly abang jatuh sakit masa bulan puasa tahun 2009. Leher abang membengkak. Doctor cakap tiroid. So,my ibu letakkan nila dekat leher abang.Tak disangka,bengkak tu membesar. Dengan sangat cepat! Semua orang pun terkejut dengan perubahan abang. My ibu cakap abang sempat berpuasa beberapa hari je. Sebab abang dah tak mampu nak puasa. But abang langsung tak mengeluh sakit. Abang diam je.


My ibu selalu ajak abang pergi hospital tapi abang taknak. Satu je jawapan abang," Pergi hospital operate mati,tak operate pun mati." So,kami semua diam je lah.Aku tak banyak habiskan masa di Karak. Aku belajar lagi that time. So,tak banyak yang tahu and alami dengan abang. Just dengar cerita daripada kaum family.Oh,abang dah tak pernah tidur dalam bilik. Abang tidur bersandar depan tv. Senang katanya tengok family lalu lalang.


Abang macam tahu-tahu je masa kepergian dia. Satu-persatu petanda ditunjukkan dekat my abah. Maybe jugak abang tak tahu kut.
Mula-mula abang bagitau yang mata dah kurang nampak tengok tv. My abah kata maybe sebab sakit tu abang jadi rabun. Pandangan kabur.
Lepas tu abang bagitahu tangan dah kebas. Tak boleh nak merasa apa yang dipegang.And kaki pun dah sejuk and kebas. My abah diam je.


Sehari sebelum kepergian abang,rakan-rakan abang ramai yang datang melawat. Abang sangat-sangat happy. Semua orang pujuk supaya pergi hospital but he keep silent and smile. Rakan-rakan abang bagi kata semangat. Abang tetap tersenyum.Malam tu whole family disuruh picit kaki abang yang dah kebas. Aku tak ada untuk merasai semua tu sebab aku sibuk bergelut dengan exam. I'm so sorry..


5 September 2009..


Pagi-pagi abang terjerit-jerit panggil semua nama yang ada dalam rumah tu. Tapi tak ada seorang pun yang dengar sebab masing-masing lena diulit mimpi and kedinginan pagi. Kesian abang.Pagi tu abang cerita dengan my ibu. Abang cakap,"Abang panggil semua orang tapi tak takde yang bangun. Abang nak suruh picit kaki." My ibu just terdiam.


Abang minta dibawak ke toilet. Sakit perut katanya. So,abang mengengsot slow-slow sebab abang dah tak mampu nak berjalan. Adik lelaki paling bongsu jadi peneman.Dah selesai,abang suddenly bangun dengan sendiri. Abang tersenyum. Semua orang gembira dan bertepuk tangan. Abang melangkah perlahan ke depan tv.My ibu cakap abang nak baring atas riba ibu. Ibu izinkan and abang nyanyi lagu 'Tepuk amai-amai',macam budak-budak kecik.


"Ibu,t*** abang colour hitam bu."Berderau darah my ibu bila dengar kata-kata adik. My ibu tau itu petanda. Biasanya orang-orang lama lagi banyak pengetahuan daripada kita yang muda kan.My ibu pujuk lagi abang untuk ke hospital. Tak di duga abang setuju. Terus my ibu suruh kakak aku call ambulans. And pagi tu abang dibawa ke hospital dengan ditemani my ibu and kakngah.Adik lelaki aku just pandang dari tingkap bilik dia and air mata dah bercucuran.


Aku ingat lagi my ibu call tengah hari tu and maklumkan tentang kemasukan abang ke hospital. Bertanya sama ada aku akan balik ke kampung. Disebabkan exam,aku terpaksa stay.Tapi sedikit lega lah kan after tau abang dah masuk hospital. Alhamdulillah.. Akhirnya nak jugak abang menjejakkan kaki ke rumah puaka tu. Hahaha..


But panas tu tak selalu berpanjangan kan? Same as our story. Kegembiraan tu tak selamanya kekal. Doctor cakap abang tetap kena operate sebab kuman dah merebak. Actually abang bukan terkena tiroid but kanser kelenjar. My ibu setuju sebab maybe dengan cara tu abang boleh sembuh. Mudah-mudahan..Abang mintak dibelikan air kotak sebab haus tapi tak banyak yang boleh masuk ke dalam perut abang.


My ibu pangku abang atas permintaan dia. My ibu turutkan. My ibu usap kepala abang slow-slow. Dia bisikkan ke telinga abang yang dia dah halalkan setiap perbuatan abang,halalkan setiap titisan susu yang pernah abang minum masa kecil-kecil dulu. Abang tersenyum lebar. Matanya tertancap ke atas. Just senyuman yang ada pada wajah pucat abang memandang ke syiling hospital. My ibu menitiskan air mata. Abang mengucap and mengaji tanpa henti.Dia berpesan,"Ibu,jangan menangis and takut. Banyakkan bersabar." Abang pulak yang ingatkan my ibu.


Abang dah mula lupa. Dia tak ingat siapa my abah. Dia tak ingat aku kerja ke belajar. Dia lupa semua. Maybe sebab abang terlalu sakit so dia payah nak ingat orang sekeliling or apa yang terjadi sepanjang hidup dia.Yang menghairankan,langsung tak ada perkataan 'SAKIT' yang keluar dari bibir hitam abang memandangkan abang perokok.


My abah menuju ke toilet. Tak sanggup nak tengok maybe. Kakngah mengekor je dari belakang. My abah bagitahu kakngah,masa abang dah tak lama. Kalau boleh duduk dekat dengan dia. Kakngah terduduk and meraung. My abah menangis. Luluh hati seorang ayah bila tengok anak yang ditimang selama ni akan pergi tinggalkan dia. Tapi my abah tetap redha.


Petang tu masa aku baru balik dari bazar Ramadhan,my ibu call. Suara my ibu seakan-akan cemas. Perasaan aku bercampur baur. Kata-kata my ibu still terngiang-ngiang. " Balik lah de,abang dah nazak."Terasa sangat sejuk seluruh badan. Terketar-ketar aku melangkah balik ke rumah sewa. Time tu jam menunjukkan hampir pukul 6.45 petang. Terasa agak buntu. Mana nak cekau bas petang-petang macam ni kan? Itu yang bermain di fikiran.


Last-last aku call my ex bf, Awie dan suruh dia ambil aku kat rumah sewa. Tak sampai 20 minit,Awie sampai. Bila aku buka je pintu kereta,my ibu call. My ibu menangis teresak-esak. Aku dah dapat agak apa yang terjadi. Abang dah pergi tinggalkan kami sebaik sahaja azan berakhir. Aku just mampu tersenyum. Entah kenapa aku senyum pun aku tak tau.


Air mata hanya keluar after aku maklumkan berita itu kepada sahabat baik aku,Achik. Automatik air mata mengalir laju bila aku menuturkan ayat keramat tersebut. Terasa sangat kosong. Aku menangis gile babeng sepanjang perjalanan. Langsung tak malu kat Awie and Awa yang tengah tengok aku menangis macam budak kecik. Peduli lah kan. Tapi aku janji,aku tak nak menangis depan my abah and my ibu. Aku kena kuat!


Sampai je kat hospital,yang ada just Pak Itam (adik my abah) aku. My abah,my ibu and adik beradik yang lain still dalam perjalanan (sebab insan ni meninggal dalam ambulans masa OTW ke Hospital Temerloh. So,kakngah and adik perempuan aku naik kereta dengan ex bf kakngah. My ibu and my abah naik kereta berasingan.) Pak Itam bawak aku pergi bilik persediaan jenazah. Agak menggigil badan aku time tu. Sedih bercampur terkejut.


Bila masuk je,aku nampak sekujur badan berselimut putih atas tray. Aku tau tu abang. So aku bukak kain yang tutup muka abang. Muka pucat and mata tertutup yang aku nampak tu buat aku hampir nak pengsan. Sumpah aku tak percaya tu ABANG. Aku peluk pinggang dia. Aku cuba tahan air mata dari jatuh sebab aku taknak air mata aku yang jatuh tu akan kena abang and sakitkan jenazah abang. Aku cium perlahan dahi abang. Sejuk! Tak macam selalu,panas. Aku memang selalu cium dahi abang setiap kali aku nak balik KL. 


Aku berhenti menangis bila my ibu masuk. Aku kena kuat. Aku peluk bahu my ibu kuat-kuat. Kesian my ibu. Dia dah terlalu banyak lalui kehilangan. Mula-mula ayah,kemudian mak,pastu satu-satunya adik yang dia ada (my ibu dah sebatang kara) and sekarang her son! Terlalu banyak kepahitan yang my ibu telan. Ibu,bersabar lah okay. Seingat aku,banyak kali jugak ibu pengsan.


Then my abah pulak yang masuk. Mula-mula aku still dapat control lagi emosi aku. My abah peluk kepala aku. Satu je ayat yang my abah cakap buat aku failed tahan air mata. My abah cakap."Ya Allah,anak aku." My abah menangis. First time aku tengok my abah menangis macam tu. Sayu! 


Aku keluar,nak bagi chance dekat my abah and my ibu duduk lama-lama dengan abang. Aku nampak adik-beradik aku yang lain. Kakngah dah tak bermaya. Adik Paiz and Syira pun sama. Aku peluk dorang kuat-kuat. Cerita kakngah :


Abang dalam ambulans otw to hospital Temerloh. Dalam ambulans,abang mintak nak solat tapi doctor cakap abang tak berkemampuan. Abang diam. Tak lama lepas tu nafas abang terhenti. Kakngah menjerit-jerit suruh ambulans berhenti. Doctor datang and buat CPR. Kakngah duduk dalam kereta ex bf dia memandangkan Abang Roy,Abang Heri and Syira escort dari belakang. Then abang kembali bernafas. Syira pergi ke ambulans nak make surekan tapi dia cakap abang dah tak ada. Apa lagi,berguling-guling lah dorang menangis. Then patah balik ke Bentong. Doctor call ibu bagitau even kakngah tak bagi. Abah stop tepi jalan and menangis. Ibu hampir pengsan.


Jenazah abang dibawak balik after Maghrib. Dah ramai yang berkumpul dekat rumah makteh,adik perempuan my abah. Kami baca Yassin beramai-ramai. Kawan-kawan abang ramai yang datang. Semua menangis. Abang memang sahabat yang baik. Satu kampung turut menangisi pemergian abang. Kami kaum family lagi lah.


Aku jaga abang sepanjang malam. Aku nak tebus balik masa-masa yang aku tak dapat sepanjang dia sakit. Aku takde chance langsung nak jaga abang dulu. So,aku ambil keputusan berjaga sepanjang malam. Lagipun memang aku tak boleh tidur langsung. Maybe sebab aku terlalu sedih. Aku tinggalkan abang sekejap dengan Abe Zu,tokey kedai makan depan rumah sebab aku nak ambil Abang Ayep,anak angkat my ibu. Lepas tu aku setia berteleku di sisi abang.


Abang dimandikan pagi tu. My abah,adik Paiz,pakcik-pakcik and cousins aku sendiri yang mandikan abang. Dorang cakap sangat senang nak mandikan abang. Kemudian abang dikafankan. Bacaan Yassin tak putus-putus. Muka abang seolah-olah tersenyum. Bahagia dia ke sana. 
Aku tengok my ibu terkulai layu dalam pelukan mak anjang,adik perempuan abah. 
Aku diam membisu.


Abang dibawa naik ke dalam van jenazah ke kubur. Time tu aku hampir meraung. Aku siap cakap."Jangan bawak abang!" Aku langsung tak sedar aku cakap ayat tu. Yang aku tau,kakngah pujuk aku. 
Aku follow ke kubur. Yang peliknya,bila aku jejak je kaki kat kubur,air mata otomatik stop. Ajaib kan? Kuasa Allah!


Aku tengok sendiri jenazah abang dimasukkan ke liang lahad. Semua orang nak sambut abang. Pokde Nuar,adik tiri bongsu my abah merangkap kawan baik abang join kat bawah. Sedia maklum,Pokde Nuar seorang yang kurang upaya. Kaki dia tak berapa nak okay. Tapi disebabkan dia semangat,dia sambut jugalk dekat bawah. Pokde Nuar,bukak ikatan kepala abang. Aku nampak muka abang. Putih berseri. Dia tersenyum lebar. Subhanallah,kuasa Allah tak siapa yang menduga.


Bila tanah terkambus,aku tau abang akan meninggalkan kami terus. Selama-lamanya! Tapi ingatan kami dekat abang langsung takkan terpadam.
Aku masih ingat abang selalu teman aku buat assignment setiap kali aku balik Karak. Abang pun sibuk-sibuk lah buat report kerja dia. So sweet..


Abang tetap abang aku sampai akhirat. Abang kepada adik-adik dia yang lain. Walaupun tanah memisahkan kita,kami selalu rasa abang ada dengan kami. Ingatan ni tak akan padam!
LOVE U ABANG!!!


Petanda-petanda pelik tentang abang


1. 2,3 bulan sebelum abang sakit,kakngah terbau benda wangi dalam bilik abang. Bukan bau perfume tapi bau macam bau air bunga mawar. Normal bagi kakngah yang memang dianugerahkan Allah benda-benda tu. Memandangkan bilik abang memang agak berbau(bilik bujang biasalah kan),kakngah jadi sangat-sangat takut. So,dia tepis perasaan yang kurang enak tu.


2. Sebulan sebelum abang pergi,my abah tengah mengaji. Time tu my abah baca surah Yassin. Tiba-tiba satu rumah bergelap dalam masa kurang dari 2 minit. Hati abah terdetik kuat tapi abah buang jauh-jauh.


3. Makcu Godi,adik bongsu abah terdengar bunyi orang koyak kain kapan. Dia pun dapat keistimewaan macam kakngah jugak.


4. Adik Paiz banyak kali dengar bunyi burung yang sangat jarang dapat dengar. Aku pun tak tau nak describe macam mana. Adik Paiz cakap,setiap kali dia dengar bunyi burung tu,confirm akan ada orang meninggal.


5. Makteh mimpi gigi patah. Orang tua-tua kata,itu petanda akan kehilangan saudara-mara. Wallahualam..


6. Aku tercium bau kapur barus dekat rumah sewa aku pagi sebelum abang meninggal. So,itu petanda dia kan?


Yang ajaib


1. Sehari sebelum abang meninggal,dia pusing satu kampung melawat kawasan. Dia siap pergi tengok kubur sekali. Macam tau-tau je kan.


2. Abang ada bela anjing kat tempat kerja dia. Kira guard dia la. Nama anjing tu Jaga. After abang meninggal,anjing tu pun hilang tak dapat dikesan.


3. Sehari selepas abang dikebumikan,my ibu rasa bahu dia dicuit masa tengah mengaji. My ibu tau,abang yang mencuit.


4. Sebelum subuh pagi Syawal,my abah macam terdengar abang menggerakkan my abah. Kata abang," Abah,abang nak balik dah ni. Abah tak nak bagi abang bekal ke?" Abah menangis.




#HugsLove
~ aku darah anak malaysia ~

11 January 2012

~~ Perpisahan kak Shida : cerita kita berakhir di QC ~~

An nyong ha seyo..!!


Dari tajuk kat atas tu pun korang boleh tahu isi entri petang ni kan? Oh yes,perpisahan. Seperti yang aku cakap sebelum ni,aku benci perpisahan. Sebabnye,tak banyak sedikit air mate ni nak keluar. Ececece...


So,perpisahan kali ni tentang Kak Shida. Alah,engineer QC R&D,department aku ni. Orang nye kecik molek je. Orang Terengganu tapi duduk Bentong sebab hubby die orang sini. Ade 2 orang anak yang sangat kiut miut.


Since aku masuk sini,kak shida banyak bagi tunjuk ajar kat aku. Tak pernah die jemu nak ajar aku yang sedikit bebal ni okay. Kalau aku tanye,cepat je die jawab. Thanks to Kak shida untuk jasa akak selama ni. Even kilang kite bersebelahan je lepas ni,we'll gonna miss u. 


Entri petang ni aku includekan pictures kak Shida mase farewell party dekat department aku. Aku tak berkesempatan nak join sebab aku kena balik Kuala Selangor. 


So,enjoy the show okay..
kak shida bg ucapan
shah,razif,tong
wak kang
orang kuat
belakang dari kiri : shah,Razif,Rini
ni finishing mari..
orang-orang kuat CPP
askar-askar QC
slay menahan diri
buah rambutan pun ade
agar-agar koko

~~ kamu nampak begini tapi sebenarnya... ~~

An nyong ha seyo...!!!

Hari ni nak share pasal benda yang kita nampak begini tapi mungkin disebaliknya nampak lain. Just for fun okay. So kalau ada yang terasa,I'm sorryyyy.. Jom usha!


1. Lelaki mempunyai teman wanita yang bertudung dan menutup aurat tetapi tetap memandang wanita seksi yang lalu depan mata. Percayalah,dia tak teringin pun nak jadikan perempaun seksi tu girlfriend dia. Sekadar cuci mata boleh la.

2. Lelaki yang mempunyai teman wanita seksi tapi percayalah dia akan tinggalkan perempuan tersebut kelak untuk bakal isteri yang bertudung dan menutup aurat. Mana ada mak mertua or bapak mertua nak menantu seksi kan?

3. Walaupun seorang lelaki tu nakal or jahat,dia tetap mahukan bakal isteri yang baik serta beragama sebagai peneman hidup. Sebab apa? Supaya si isteri tu tadi dapat mengajar serba sedikit tentang agama. Mana tahu lelaki tu boleh berubah.

4. Perempuan yang bersosial tinggi,berpakaian seksi tetap mahukan lelaki yang baik-baik untuk menjadi teman hidupnya. Nampak je mereka selalu berkepit dengan jantan hidung belang tapi hakikatnya mereka tetap mahukan yang terbaik sebagai peneman.

5. Perempuan yang bertudung litup tidak semestinya baik. Dalam kebaikan mungkin ada terselit keburukan. 

So please,don't judge a book by it's cover okay. Chill bebeh!

#HugsLove
~ aku darah anak malaysia ~

10 January 2012

~~ Pengembaraan kami episod 2 : sepagi bersama-sama ~~


An nyong ha se yo..!!!

Jom continue our journey dalam entri petang ni. Tapi kali ni journey kami berdua je. Kira honeymoon after engagement la. Cheewaahhh! *tangan di dada mata ke atas*. Jom usha...

Isnin 09012012

6.20 am :


~Bangun pagi-pagi sebab Asha and Ayu nak pergi sekolah. Perghh,memang mengantuk. Tu lah,tidur lambat lagi..


~Oh,kejutkan beliau memang satu cabaran yang besar. Sedia maklum,beliau sangat payah nak bangun pagi..

7.00 am :


~Bergerak ke kedai mak beliau untuk bekpes sementara tunggu beliau bersiap pulak.


~Aku duduk-duduk sambil bace novel yang aku beli dekat bandar Kuala Selangor.


9.00 am :


~Bertolak keluar dari Kampung Kuantan dengan hati yang sayu. Argh,aku benci perpisahan. Serius!


~Kami singgah dekat kebun itik nak ambil telur itik sebab mak beliau suruh aku bawak balik Pahang. Rezeki kan?
  
9.30 am :


~Sampai dekat pekan lama kuale. Beliau beli kacang pagoda yang mahal tu (sebab tak sedar pun harga kacang tu berape)sebab nak bagi lotong makan.


~Naik bukit Melawati. Gile banyak lotong yang menanti. Mule-mule agak cuak tapi bile tengok beliau relax je bagi lotong tu makan,aku pun join same. Jadi seronok plak..


lotong first sampai
amik kau,segerombolan datang


beliau relax je


aku kena serang


peace kelegaan

10.30 am :


~Bertolak ke Tanjung Karang. Kat sane ade sawah padi. Aku sangat suke sawah. Ni first time aku nak tengok live kampung-kampung yang ade sawah..


~Dah sampai,aku jadi tergamam. Sumpah sangat cantik. Subhanallah..




11.15 am


~Kembali ke Bukit Melawati. Nak bagi lotong makan kacang panjang plak. hehehe..

cantik kan. Belakang tu laut..
~So,kat sini aku jadi model beliau je. Penat aku berposing tau..

makam diraja selangor
meriam penggawa


perigi beracun okay


muzium sejarah


rumah api




Selepas penat berposing and bergambar ( macam tak datang dah kan ),kite orang bergerak balik ke Karak dengan perasaan yang sedih. Aku lah of cos.


Oh,dalam perjalanan balik mase melalui pasar borong Selayang,kite orang ternampak accident yang baru je berlaku. Perempuan melayu and lelaki kalau tak silap. Sumpah sampai sekarang aku terbayang.


To my guy,Mohd Akemar Abu Bakar,thanks sangat-sangat untuk hadiah yang bermakna ni. ILYVM!

#HugsLove
~ aku darah anak malaysia ~



~~ Pengembaraan kami episod 1 : Pengembaraan Bermula ~~

An nyong ha seyo..!!!


Aku baru je masuk ofis hari ni setelah bercuti agak panjang start Sabtu hari tu. Destinasi weekend aku,Kampung Kuantan,Kuala Selangor. Jom usha aktiviti aku sepanjang kat sane..


Jumaat malam : 06012012


~My Guy datang Karak hantar Leman malam tu. Memang agak terkejut sebab beliau kate ade kat Kuala Selangor. Punye lah happy! Memang big surprise selepas menanggung rindu (padahal baru berapa hari beliau balik kampung memandangkan projek dekat site beliau dah tamat).


~Beliau kate nak balik kampung malam tu jugak. Terus aku jadi sangat sedih. Agak poyo kan. Tapi last-last beliau ajak aku. Thanks God ibu and abah bagi. Tenkiu ibu and abah!


~Sepanjang perjalanan asyik nyanyi je. So,tak ade lah ngantuk sangat.


~Sampai Kuala Selangor time tu dah pukul 12 malam. But shopping mall masih bukak. Meriah!


~Beliau belanje Mekdi sebab aku mengadu lapar. Perut ni memang tak boleh nak dibawak bekerjasama untuk pendietan. Grrr...


Sabtu petang : 07012012


~Beliau janji nak bawak jenjalan. Aku pulak teringin nak tengok makcik sedara beliau yang sakit mase aku bertunang dulu. So,kami angkut sekali mak beliau and anak-anak sedara beliau,Asha and Danisha.


~Nama kampung enchek ni Kampung Assam Jawa. Oh,kami beliau sempat belikan aku tabung buluh buatan sendiri. OKU bername Amy yang buat. Kesian die..


~Selesai melawat,kami ke bandar. Orang sane panggil kuale. Kami layan mamak Rahmaniyah. Makan rojak yang sedap tu. Mak beliau memang sporting habis!


Sabtu malam : 07012012


~Abang ipar beliau ajak diner dekat Pantai Jeram. Malam minggu,memang lebat lah orang. Agak lame nak tunggu meja. Lenguh kepale lutut berdiri.


~Then,beliau bawak aku,Ayu and Asha ke kuale. Oh,Ayu tu adik kepada Asha.


~Disebabkan dah lewat sangat,tak banyak tempat boleh pergi. So,beliau belikan kami semua buku. Mekaseh sayang :*


Buku kami. TQVM!
Ahad petang : 08012012


~Ayong ajak lunch dekat pantai Remis. Memandangkan hujung minggu,pantai sangat crowded. Luckily ade ruang kosong. Macam tau-tau je kami nak datang kan?


~Aku yang memang dah sedia maklum sukekan laut ambil tempat depan sekali. Memang cantik! Tenang je rase.

 



~Beliau ajak jenjalan dekat sekitar pantai tu. Agak ramai yang meniaga so kami pun tolong menyibuk sekali. Then aku dapat 3 helai tudung,1 T-shirt putih and jersi Harimau Malaya colour biru yang aku idam-idamkan tu. Tq sayam!


~Kami stop dekat gerai makcik jual rabbits. Beliau belikan sepasang untuk aku. Aku tergamam..

Sibebex(putih) & Sibebox(hitam)
Ahad malam : 08012012


~Aku,Ayu and Asha bersiap cantik-cantik sebab beliau janji nak bawak tengok wayang cerita 'Papa I love U'.


~Agak kecewa bile sampai cinema. Cerita tu di cancelkan gara-gara tak ade orang nak tengok. Cehhh.. Selenge sungguh!


~Last-last beliau ajak makan steambot. Tapau je then kami makan kat Kelip-kelip Kampung Kuantan.


~Oh,kami hampir jadi saksi accident if motor RXZ berlanggar dengan Hilux. Sebab Hilux tu main masuk je simpang. Sengal!


~Kami bersampan sepanjang sungai untuk tengok kelip-kelip. Okay,aku sangat nervous time tu. Sebab before this beliau bagitau dalam tu ade buaya so mulut kena jage. Aku ni kalau tak diberitau mungkin tak takut tapi disebabkan aku tau,aku kaku sepanjang jalan. Kalau boleh taknak bergerak langsung. Eeeiii...


makan dulu before bersampan
ade kelip-kelip tau. Tak nampak eh?


muke lega + cuak
And weekend aku perfect! Thanks to Mohd Akemar Abu Bakar for the greatest moments! ILYVM...


#HugsLove
~ aku darah anak malaysia ~




6 January 2012

~~ Imaginasi itu indah kan ~~

An nyong ha seyo..!!!


Hari ni jom bercerita pasal imaginasi.. Mesti korang pun selalu berimaginasi perkara yang sweet-sweet and cantik kan. Same as me and my sister. 


Kami sangat suke memandang,merenung,berfikir,membayangkan sesuatu yang cantik,indah,nyaman,best,berkilat.


Lepas tu bayangkan kami ade dekat tempat tu. Wah,sangat-sangat-sangat best! Golek-golek atas katil dalam bilik,bercerita tentang benda yang ade and sometimes tak ade. Berfikir tentang sesuatu yang sangat jauh dari jangkauan kami.


Imaginasi adalah satu landasan bagi aku and my sister untuk layan perasaan tentang sesuatu yang kami suke. Contohnye bintang,laut,paus,bukit,tasik. Haish,macam-macam yang kami bayangkan.. Seronok sangat-sangat!


Ni tasik Serene Emerald. Dulu kami siap ade poster tasik ni and kami tampal dekat dinding bilik. So,hari-hari kami akan pandang pic yang cantik ni. Tak jemu langsung.


Keliling tasik ni ade pokok pain yang tersusun cantik. Menghijau je. Belakang die ade bukit yang sangat hijau. Sejuk mate memandang. Selalu kami bayangkan kami ade dekat pesisir tasik tu sambil jejakkan kaki dalam air tasik yang sejuk. Lepas tu berlari-lari tepi tasik sambil tengok orang memancing.


Kalau malam,kami boleh hidupkan unggun api and berkhemah kat tepi tasik tu. Udara yang segar bagus untuk jantung okay. Tapi tak ade plak kami bayangkan akan ade beruang ke or binatang buas yang datang. Okay,kami just imagine benda-benda yang best je..

Imaginasi kami yang paling best,berada atas bukit tepi laut,bawah langit biru yang penuh dengan bintang.
Bukit tu penuh dengan rumput hijau and ade banyak bunga. Cantik kan.


Oh,dalam laut tu ade paus hitam putih and dolphin yang tengah melompat-lompat sambil buat bunyi.


Kami hidupkan unggun api sambil duduk keliling api tu. Oh,ade sorang lelaki akan main gitar,nyanyikan lagu kegemaran kami. So sweet.. Duduk atas bukit sepanjang malam,menghadap laut malam yang ade paus and dolphin,bawah taburan bintang yang banyak memang seronok.

Ade jugak yang gelakkan imaginasi kami ni. Kelakar ke? Hahahahaha..


Bagi aku tak salah kalau nak berimaginasi. Asal kami bahagia kan? Korang pun boleh ape.


Tapi imaginasi ni mase kami sangat muda and kebosanan kat rumah tak tau nak buat ape. Bila kami ade imaginasi macam ni,terase terisi plak mase kami. 


Nampak macam buang mase kan tapi sebenarnye dapat kembangkan otak yang memang payah nak berkembang kalau disuruh fikir pasal pelajaran. Hahaha.. Bile fikir benda merapu camni cepat plak otak ni tangkap kan? Hahahha..

So,jangan malu untuk berimaginasi. Just fikir dan bayangkan. Kalau nak senyum sorang-sorang pastikan jangan ade orang nampak. Nanti dorang kate korang senget plak. Lagi best kalau korang ade geng nak join berimaginasi. 


Oh,satu lagi. Asalkan korang tak berimaginasi tentang sesuatu yang kotor,korang selamat untuk berangan. Selamat mencube..!!!


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

5 January 2012

~~ cerita kanak-kanak zaman dulu ~~

An nyong ha seyo..!!!


Masing-masing ada cerita kanak-kanak yang kamu semua suka tengok kan? Same as me. Ada lah dalam 2,3 cerita. So,entri petang ni aku nak listkan cerita yang aku suka + sinopsis dia yang aku tau serba sedikit :


Free Willy




Pelakon : Jason James Ritcher,Lori Petty,Michael Madsen,Jayne Atkinson,August Schellenberg


Ni cerita tentang ikan paus hitam putih @ paus pembunuh yang tinggal dekat taman tema air. Nama dia Willy. 


Paus ni memang besar tapi yang kagum dia boleh duduk dalam swimming pool yang besar sikit dari badan dia. 


Dalam masa yang sama ada seorang budak lelaki nakal yang kena kerja dekat tempat tu gara-gara dia buat nakal dengan menconteng dinding akuarium Willy. Nama budak ni kalau tak silap Jesse. 


Dia anak angkat tapi agak memberontak dengan parents angkat dia. Last-last budak ni berkawan baik dengan Willy. Dia jadi jurulatih pertunjukan Willy. 


Suatu hari tu dia terdengar perbualan pengurus theme park tu dengan kroni beliau untuk bunuh Willy dengan cara cabutkan skru akuarium untuk buang air. So,kalau Willy mati kering,dorang boleh dapat pampasan. 


Jesse,sebagai budak yang cerdik,bertindak dengan cepat. Dia ajak 2 orang pembantu theme park tu untuk lepaskan Willy ke laut. 


Tagline cerita ni,"JUMP WILLY JUMP!" Dengar cerita paus ni dah mati akibat terlalu tua. Kesian...


Radio Flyer
Pelakon : Elijah Wood,Joseph Mazzello,Tom Hanks,Lorraine Bracco,Adam Baldwin,Ben Johnson


Cerita ni memang sangat touching. Tentang dua beradik yang kematian ayah. Mike,abang dan Bobby,adik. 


Dorang tinggal dengan mak dorang and teman lelaki mak dorang. And dorang ada satu wagon merah ( Radio Flyer ). Hari-hari lah dorang menarik wagon tu pergi cari botol untuk dijual. Dorang ada sekor anjing juga. So,anjing ni yang banyak teman dorang. 


Entah mana silap,boyfriend mak dorang ni kaki mabuk. Bila mabuk je confirm dia akan memukul. Pantang salah sikit,badan Bobby akan jadi mangsa. Habis lebam-lebam. Si Mike memang tak kena pukul sebab jantan tu tau dia akan melawan. 


Bila Mike dah tak tahan tengok adik dia kena pukul selalu,dia buatkan kapal terbang mini daripada wagon tu. Bila masa dah sampai,dia suruh adik dia terbang dengan benda tu. 


Sepanjang scene tu,aku rasa bergelen-gelen air mata aku tumpah. Sedih wokk..


Edward Scissorhands
Pelakon : Johny Depp,Winona Ryder


Cerita ni tentang sorang lelaki yang bertangan gunting. Aku pun tak sure dia ni manusia ke,hantu ke,robot ke. Edward ni duduk dalam istana besar dan tua atas bukit. Duduk sorang-sorang selepas kematian ayah angkat dia. 


Kebetulan mak heroin ni datang istana tu untuk jual barangan kosmetik. Dia ternampak Edward and bawak Edward ni turun,duduk dekat rumah dia. 


So,bermula lah episod hidup baru bagi Edward. Makcik ni ada anak perempuan cantik,Winona Ryder. Mula-mula dia tak berapa nak suka tapi last-last dia boleh plak bercinta dengan Edward. 


Kemuncak cerita ni bila Edward di tuduh nak membunuh adik heroin. Padahal salah sangka je. Dia nak selamatkan adik heroin ni dari dilanggar kekasih Winona Ryder yang jahat ni. 


Tak tahan kena ancam,Edward lari balik ke istana dia. Kekasih jahat ni follow dia sebab nak balas dendam tapi last-last dia yang mati terbunuh. Padan muka..


Sekian...


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~