Aku still ingat masa memula cadang nak bagi nama ni kat anak masa awal-awal pregnant. Kemain kan
awal-awal lagi dah semangat waja bagi nama ke anak. Ye lah,ada sesetengah orang tu,anak dah 2,3 hari lahir pun masih relaks je tak fikir nama apa lagi. Aku je yang excited melebihi gunung Kinabalu. Hamboihhh..
Ok,kembali kepada cerita asal ayat pertama tadi.
Ada lah sorang dua yang buat muka pelik. Macam geli sangat ke hape dengan nama tu. Ni sah-sah tak pernah baca novel abang RAM ni. Oh,tetiba sangat. Hahahaha.
Masa dalam kandungan lagi memang rajin berborak dengan Sunan pakai nama ni. Takkan lah tetiba lahir kau bagi nama lain kan. Terkujat budak tu kang. Baby kan dah boleh dengar semua yang kita cakap masa dalam kandungan lagi. Lagi pun memang aku tertarik sangat dengan nama-nama klasik ni. Macam pendekar je rasa. Kalau dapat anak perempuan nanti pun nak kasi nama yang klasik gini. Hamboi kau,3 tahun lagi baru boleh bagi adik ke Sunan ye. Sila lah beware.
Bila Sunan dah lahir ni,dah tentu-tentu lah orang tanya nama dia kan. Bila aku jawab Sunan Andika,siap mintak aku ulang 2,3 kali lagi. Pelik sangat ke? Aku rasa macam ok je. Rasa macam 'wah curlas sangat nama kau nak'. Gitu. Tapi aku rasa lagi macam biadab kalau kau tetiba tanya maksud nama anak. Tak kisah lah anak sesiapa pun. Hengko dah kenapa kan. Macam lah mak bapak yang bagi nama anak pelik-pelik tu sengaja bagi tanpa ada makna yang elok. Tak kisah lah dalam bahasa Arab ke atau bahasa lain. Janji makna dia sedap dan elok.
Macam aku,takkan lah kerana suka sangat nama-nama ala pendekar ni terus letak nama anak tanpa tahu makna dia kan. Mesti lah aku kaji selidik bagai dulu. Makna dia elok,sedap didengar. Sunan pun serasi dengan nama ni. Sebab orang tua-tua kata,kalau nama tu macam tak serasi dengan baby,baby tu meragam. Eh,ye ke? Orang tua-tua yang kata lah. Aku muda-muda lagi.
Maksud nama Sunan Andika :
Sunan = Yang dihormati,yang disanjungi
Andika = Yang berpangkat tinggi
See,kan ke bagus maksud dia. Sila la lempang muka aku puji nama anak sendiri. Mana lah tahu kan kot-kot anak aku ni bakal perdana menteri Malaysia nanti. Oh mati la nak. Hahahaha. Mama nye pun asyik berangan tak sudah. Dah lah duk suruh anak tu jadi macam-macam besar nanti. Pengganti LCW lah,jadi pemain bolasepak kelab Inggeris lah,jadi Navy lah. Mujur Sunan tak pandai bercakap lagi. Kalau tak,mau aku disekolahkan nanti. Sabar je lah nak layan kerenah mama kau ni.
Tak kisah lah bila besar nanti dia jadi apa pun. Asalkan elok jalan dia,tak pincang teruk sampai menyusahkan. Jangan bikin papa mama pening kepala hentak-hentak ke dinding dengan perangai yang tak semenggah sudah. Janji kerja bagus,duit poket tebal,kasi seploh ribu ke mama setiap bulan. Bhahahahaha. Mata duitan sangat mama kau ni. Terserlah.
Kalau Sunan Saifuddin tu mampu jaga Nusantara dalam novel tu,Sunan mama mampu jaga keharmonian family kita pun dah buat mama bangga nanti. Haaaa,sentimental sangat mama kau nak.
No comments:
Post a Comment