Awesome Followers

30 June 2014

Isnin Yang Haruk. Selamat ber-Ramadhan!

Selamat berpuasa! Diberi kesempatan setahun lagi sambut Ramadhan. Andddddd,sama macam tahun lepas,aku sambut puasa and berbuka sorang-sorang lagi tahun ni untuk Ramadhan pertama. Kemain sedih la hai. Sunan je temankan aku tapi dia pun tidur so aku berbuka bertemankan Soccerkids final. Siap menangis lagi untuk suapan pertama. Kau mampu makan sambil menangis time berbuka? Haha. Beliau ke Kedah,4 hari. Ada projek kat sana. Hukhuk.

Malam tadi aku tidur awal. Sejak beliau tak ada,memang aku masuk tidur lepas isyak. Setel je solat,terus berguling tidur. Tak koser nak tunggu lama-lama lagi hadap tv. Kalau ada beliau,tak dapat lah nak begini. Ada je akal dia kang ajak borak la,ajak tengok tv,kacau Sunan la. Kang kalau Sunan terbangun,yang jadi mangsa tidurkan balik is aku. Bukan sekejap-sekejap dapat tidurkan dia ok. Makan jam. Layan berborak dulu,layan nangis-nangis dulu. Baru dia tidur dengan jayanya.

Dalam pukul 12 am tengah malam tadi,Sunan terbangun. Dia tak menangis tapi duk mengelisor je. Terkais-kais segala yang ada. Muka la,telinga la,hidung la,mata la. Dengan rambut-rambut aku sekali dia sapu. Aku pun nyusukan lah dia. Sunan ni bukan pandai nyusu seploh minit or limablas minit ke hapa. Dekat sejam jugak ok. Lenguh lah tulang belakang sebab duduk bersandar je. Aku tak berani nak bagi nyusu baring macam mak-mak lain. Lagipun kesian kat dia. Pernah cuba sekali dulu. Dia macam blur je. Aku tak sampai hati. Hahahahahha.

Dah puas dia nyusu,ingatkan dia nak sambung tidur balik ke hape. Tidak weh,tidak. Mata dia still terbukak luas dengan cemerlang. Kalau aku letak kat tilam kang,dia merengek. Terpaksa pegang/pangku sekejap. Sekejap tak sekejap la. Sampai pukul 2 lebih jugak la kan. Last-last aku baringkan dia,and aku peluk dia kuat-kuat sambil baring tu. Lena lah dalam 5 minit macam tu. Dah dia bangun balik. Layankan lagi sampai pukul 3.30 am. Baru dia betul-betul lena. Aku pun terfikir nak tidur balik tapi better bangun masak nasi untuk sahur. Then panaskan lauk-lauk berbuka semalam sebab banyak lagi. 

Setel semua,aku baring-baring kejap sebab masa awal lagi. Padahal boleh sangat bersahur terus kan. Haha. Tapi aku berpegang pada 'biar melewatkan sahur' tu. Gitu. Sedar tak sedar dah pukul 5.15. Bergegas bangun mandi segala. Kejutkan Ayu ajak sahur sama. Ayu yang temankan aku sepanjang beliau outstation. Tunggu sampai subuh and solat terus. Konon lepas solat nak la lelapkan mata kejap. Dah si Sunan ni bangun balik. Haaa,kali ni dia menangis kuat bak hang.  Last-last,aku susukan dia and terus mandikan lepas siap nyusu. Pi kerja terus lagi senang. Awal masuk pun takpe sebab aku macam rasa dia bosan duduk rumah. Boleh? Haha. 

Sampai tempat kerja pun Sunan still berjaga dengan jayanya. Meragam gegila tak nak tidur,tak nak duduk dalam stroller sebab stroller tak bergerak,tak nak duduk kat baby carrier yang boleh enjut-enjut tu. Semua tak nak. Dah bagi susu pun masih la berperangai sebegitu. Aku pulak yang rasa nak menangis. Dengan mata bengkak mengantuk kalau letak kepala atas bantal terus lena ni. Kira gaji budak-budak pun main tuit tuit dengan biras aku ni. Sekejap sekejap kang,"jap bang..jap bang.." Mujur dia faham. 

Aku rasa macam nak berbuka dengan tidur je kang. Tapi beliau balik pulak. Huwaaaaaa.....

No comments: