Awesome Followers

4 October 2016

SELAMAT DATANG DON ARAFAT BIN MOHD AKEMAR

Nak juga acah-acah blog glamer share pengalaman bersalin. Macam lah orang peduli. Haha. Ah, lantak sana. Nak baca, baca. Tak nak, sudah. Aku merapu juga.

Due aku sepatutnya 14hb August tapi disebabkan ada certain problem, dicepatkan sehari, 13hb August. Eleh, sehari je pun. Doktor memang tak nak tunggu kennn. Sampai hati. Kalau tak, rasa hebat sangat dah bersalin ikut the exact date. Huuu.. Tak bersyukur langsung. Mujur kau bersalin Fara. Hahahaha.

Pregnant kali ni memang banyak sangat dugaan kesihatan. HB aku tak pernah cantik start 5 months and above. Selalu bawah 11. Sedih sangat. Selalu kena bebel. Nak kata tak makan ubat, selalu je makan. Makanan yang boleh buat tambah darah pun aku telan. Tapi HB begitu lah juga. Rupanya thalasemia (pembawa). Masa dah 37 minggu, HB aku drop mendadak. So doktor bagi chance sampai next week nya tu. Kalau still sama, kena buat transmisi darah. Oh no. Bergegas lah aku ni makan bayam merah banyak-banyak. Hahaha. Nasib baik minggu depannya tu darah aku naik even tak banyak.

Aku start cuti kerja 1hb August. Tak larat dah nak bertapa kat office. Lagi pun kena check up selalu. Takkan nak ambil cuti je. Alang-alang, cuti terus. 6hb August baby kurang gerak so aku ajak beliau pi Hospital Tg. Karang. Kena admitted sehari. Petang 7hb dah keluar. Masa ni dah detected BP aku mencanak naik. Tapi tak ada pun doktor or nurse situ ambil pusing. Maybe tak ada masalah. Start situ aku kerap sakit kepala rasa nak hantuk-hantuk and ketap gigi kuat-kuat. Sakit woi. Bukan pening biasa tu. 

11hb August, Khamis (39 minggu). 
Masa regular check up kat Klinik Desa, BP aku tinggi. Ada lah dalam sejam aku bertapa kat situ sebab nak ulang-ulang check. Sekejap baring, sekejap bangun. Tapi tak juga turun-turun. Terus nurse refer Klinik Kesihatan Kuala Selangor. Sampai sana pun sama juga. Kena baring, check lagi. Duduk, pun ambil bacaan lagi. Then jumpa doktor sebab BP tak turun. Doktor terus refer pakar Hosp Sungai Buloh sebab takut risiko eclampsia. Kaki aku pun bengkak, air kencing kotor. Memang risiko sawan tu ada. So memang kena paksa bersalin esoknya atau lusa. And, jam-jam tu juga kena warded. Huwaaa.. Tak suka gila. Nak menangis dah rasanya. Bukan apa. Nak kena tinggalkan Sunan tu yang payah. Sedih gila.

Dah siap semua, naik ambulans and terus ke HSB. Duduk lah bertapa kat high risk area(hra) tu untuk pemantauan. Hari pertama memang sangat meletihkan emosi okay. Nak menangis tapi malu. Rindu anak wei. Hahaha. Tapi sakit kepala melampau-lampau membatasi rasa emosi tu kadang-kadang. Sampai nak dinner pun, nurse yang hantarkan makanan ke katil. Sebab dekat labour room/hra ni, makanan tak dihantar ke katil. Kena berjalan sendiri ke pantry. Tapi dah azab sangat sakitnya sampai terkeluar air mata sebab pedih, nurse yag bawakan. Tq sangat-sangat lah. Siapa kata nurse HSB tak berperikemanusiaan? Alhamdulillah, semua baik-baik okay.

12hb August, Jumaat.
Aku kena naik ward untuk induce sebab nak keluarkan baby. BP aku still tinggi, tak pandai nak turun-turun. Aku rasa dah habis kosong kepala otak ni ha. Memang tak fikir apa-apa untuk elakkan tekanan tapi tetap lah macam tu juga. Petang tu doktor pakar turun hra and checked semua patients yang ada dalam tu. Semua patients ada dalam 6 orang termasuk aku and paling menyayat hati is, kelima-lima dorang dibenarkan balik petang tu juga. Huwaaa.. Tersayat hati ai. Nak balik tak boleh. Cuma mampu tersenyum dalam kedukaan sajork. Hahaha. Pukul 6 macam tu, aku naik ward atas. Dah lah barang banyak kemain. Semua nurse asyik tegur. Memang aku sengaja bawa sekaligus. Malas nak bawa 2,3 kali. Beliau tu bukan boleh percaya sangat. Kang ada je yang tertinggal. Eh, ter-mengata pula. Sorryyyy..

Ward atas penuh sebenarnya. So aku duduk di katil extension tepi tingkap. Panasnya jangan cakap lah kan. Kipas sayup-sayup jauh. Memang rasa macam pelarian sangat dah time tu. Hahaha. Masa doktor datang buat pemantauan BP, aku jawab je penyumbang BP tinggi ni adalah kepanasan. Dia mampu ber-huhuhu je dengan aku. Memang ye okay. Panas sampai ke kepala. Jadi kau nak harapkan BP aku turun menyejuk ke macam mana? Mujurlah ada patient yang kena masuk OT time tu so dapatlah aku pindah katil yang berudara sejuk dan nyaman. Malam tu dapatlah aku tidur dengan lena sebab masa kat hra pun panas juga. Tempat tu tak ada kipas atas. Yang ada air cooler je tapi jauh. Rasa angin tu dekat tapi jauh gittewww. Tapi macam biasalah, nama pun kau 'sakit'. Memang nurse asyik bertandang lah kan ambil BP and check baby. Jalan still tak buka.

13hb August, Sabtu.
Hari ni dah 39 minggu 1 hari. Esok genap 40 minggu. Yeahhh.. And pagi dalam pukul 8.30 macam tu, doktor datang masukkan ubat induce. Aku still boleh cool lagi. Start 12.30 pm, contraction datang. Ni first time aku rasa sakit bersalin okay. Aku bawa berjalan tapi macam panjat gunung rasa dia. Letih tahan sakit tu. Tapi makan tetap laju. Haha. Nak ambil tenaga konon nak meneran kejap lagi sebab fikir boleh bersalin normal. Aku boleh lagi gelak-gelak sebab nak tahan sakit punya pasal. Jalan baru buka 1cm. Then suddenly heart beat baby drop, tak cantik. Bergegas lah doktor muda tu panggil doktor yang sorang lagi. Lepas tu panggil pula pakar. Pakar kata, heartbeat dah normal balik. Okay, lega. Selang 10 minit datang lagi tengok ecg aku. Lagi sekali jadi macam tadi. Bergegas balik dia panggil doktor lain. Bergilir-gilir doktor datang. Dekat 2,3 orang juga. Terus dia pecahkan air ketuban aku. Masa ni aku rasa nak meraung dah. Sakit ya Rabbi. Aku mampu sebut Allah Allah je. Tapi sekejap je sakit tu. Ecg normal balik.

Kali ke-3 datang pantau, jadi lagi sekali. Kali ni doktor check jalan, baru 4cm. Dia kata tak boleh tunggu dah sebab fetal distress. Even ai bukan budak medic, tahu lah juga apekebenda jadah tu. Kena masuk OT jam tu juga. Aku tanya nak tunggu suami tak sebab takut perlukan signature dia. Doktor kata tak payah. Takut risiko menunggu lama. Aku call beliau and bagitahu then pass phone ke doktor. Doktor terangkan dalam phone je. Lepas tu doktor muda tadi bagi form suruh aku sign. Sebelum tu dia bagi makan ubat air yang kalau minum tu, rasa kebas segala yang ada. Hahaha. Aku bercakap pun macam orang kena stroke okay. Salin baju bagai, aku dah tak ingat apa. Rasa mengantuk gila. 

Dorang tolak aku ke OT pun, aku tak sedar. Tahu-tahu je dah sampai. Badan memang berat sangat rasa. Berbeza dengan Sunan dulu. Aku still boleh bercakap and sedar dalam tu. Memang doktor ajak aku berborak sebab takut aku tidur. Tapi kali ni memang tak. Aku rasa mengantuk tahap dewa.  And masa doktor cucuk epi, aku macam hilang sabar. Tak boleh relax. Dokor tenangkan aku banyak kali. Maybe sebab BP aku tinggi, doktor biarkan je aku tidur sebab aku boleh dengar lagi perbualan dorang. Yang sorang tu risau aku tidur. Yang sorang tu kata biarkan. Lantakkan sana. Aku sedar je bila doktor perempuan yang sorang tu kejutkan aku and suruh tengok jantina baby yang dia dukung tu. Aku jawab boy, terus pengsan balik. Kahkahkah. Langsung tak ada sentimental. Memang mental.

Dua jam selepas keluar OT, beliau datang masa aku dah duduk ward. Beliau kejutkan aku. Mata mengantuk tapi tak nak derhaka punya pasal, bangun je lah. Ayat pertama beliau is, " KENAPA TERDAMPAR MACAM DUGONG?" Kongajo sangat kan. Hahaha. Tapi beliau cakap aku memang kelakar masa tu. Baring tanpa bantal, terkapar macam orang kalah perang. Berdengkur siap pakej. Dah lah tirai tak bertutup. Waktu melawat pula tu. Huwaaaa.. Malu gila kalau diingat balik. Cis. Sampai hati nurse tak tutupkan. Hahaha.. Lepas tu beliau ambilkan Don bawa jumpa aku. Aku tengok sekali imbas je sebab memang lalok sangat-sangat. Beliau balik, aku sambung tidur. Don menangis, aku minta orang sebelah panggilkan nurse. Aku tak boleh bergerak lagi sebab bius tak hilang. Pukul 4am baru nurse datang suruh tukar baju and pad then dia bagi Don kat aku suruh susukan. Masa ni kesan bius dah hilang sikit. Boleh bergerak dah.

14hb August, Ahad.
Aku pindah masuk ward yang dalam bilik tu ada 4 katil je. Masa aku masuk tu, semua katil penuh. Tapi petang tu juga dua orang katil depan aku ni boleh balik. Tinggal aku dengan akak kat sebelah. Memang seram kalau nak fikir hantu okay. Hahaha. Mujur malam tu akak tu tak boleh tidur sebab anak dia meragam. Aku dengan Don juga yang tenang tidur aman damai.

15hb August, Isnin.
Dah boleh balik. Don and aku dua-dua sihat. Bangga gila rasa dapat balik. Huahuahua. Rindu kat Sunan tahap apa dah time tu. 

.
.
.
.
.

DON ARAFAT --

Aku ambil nama Don tu sempena nama arwah moyang aku, Imam Don. Arafat, sebab aku suka peribadi seorang Yasser Arafat. And Arafat tu sendiri maksudnya elok iaitu Yang Terkenal. Eh. Hahaha. Nampak sangat mak kau ni gila glamer. Kahkahkah.

Alhamdulillah, Don bebas daripada jaundice. Sehari tu je lah yang ada lepas tu clear. Tak banyak ragam and asyik kena mengalah dengan abang yang macam monster. Sikit-sikit nak dilepuknya adik tu. Tapi hari pertama jumpa lah. Lepas tu jadi abang yang penyayang pula. Pantang Don menangis, mesti Sunan akan pujuk. Siap cakap,"JANGAN NANGIS, ABANG ADA." Nak gelak pun ada. Pernah sekali dia nak nyusukan adik dia tu. Adoi lah. 

Don ni kulit dia kurang cerah, tak macam Sunan tapi hidung mancung. Dia ada lesung pipit macam beliau, Sunan tak ada. Kira macam Sunan 100% copy paste aku and Don ikut beliau. Gittew. Eh, tak kira lah ikut sapa pun, janji sihat and membesar dengan jayanya.

Semoga Don Arafat membesar jadi anak berguna. Maybe boleh ikut jejak langkah great-great grandfather dia, jadi imam yang bertauliah. Biar sama-sama ada nama yang sama, Imam Don. Tapi jadilah apa pun, mama tak kisah. Asalkan tak tinggal agama dan iman, mama bersyukur sangat. Kalau dapat bagi duit beribu sebulan kat mama pun dah okay. Eh! Kahkahkahkah. Gurau sajork.

Lots Of Love,
Mama.




No comments: