Awesome Followers

28 June 2012

~~ Seco'et Kata Khamis #2 ~~

Mereka buah hati kami.....!!!!

En.Abah :: Kamarudin Bin Mohamed

Puan Ibu :: Noor Azizan Bte Hasan

Sayang ibu abah....

Okbai......
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

26 June 2012

~~ Aku Si Penumpang ~~

Aku......
Ibarat penumpang
Menunggu di perhentian harapan
Apa yang ku tunggu?
Apa yang ku nanti?
Seorang pemandu
Ya!
Seorang pemandu sejati
Seorang pemandu yang melindungiku
Seorang peneman setia
Itu menjadi harapan

Aku tidak mengharap
Dapat menumpang kenderaan mewah
Yang indah
Yang besar
Yang canggih
Namun.....
Isinya kosong!
Yang hanya nampak menarik dari luar
Tapi penuh dengan kepalsuan
Penuh dengan penipuan

Selama menjadi penumpang
Pernah aku tersalah langkah
Pelbagai ragam pemandu kutemui
Pelbagai jenis yang menjelekkan
Pelbagai jenis yang menyakitkan
Terkadang.......
Aku mohon untuk diturunkan
Seksa dengan mainan kata
Seksa dengan kepalsuan semata
Terkadang.......
Aku diturunkan tanpa sebab
Mungkin ada yang terkurangnya aku
Mungkin ada celanya aku
Sepanjang jadi peneman mereka

Hari ini......
Setelah sekian lama menunggu
Di hentian tidak bertanda
Beliau hadir
Memberhentikan kenderaan
Membuka pintu agar aku masuk
Melempar senyuman seikhlas mungkin

Aku......
Diterpa keraguan yang menggunung
Mencari rasional hala tujuan
Namun itu ditepis
Mungkin ini takdirku
Mungkin ini jalanku
Mungkin beliau penemanku
Aku......
Sedaya upaya menjadi peneman setia
Bersama mengharungi liku-liku jalan
Yang bengkok
Yang lurus
Yang berbukit
Yang mendatar
Yang berlubang
Yang licin
Segalanya ditempuhi bersama

Selagi si pemandu ini setia di jalanan ini
Sesetia mungkin aku di sisi
Biarlah perjalanan ini berterusan
Biarlah perhentian tidak bertanda itu jadi yang terakhir
Takdir-Nya akan membawa kami
Ke perhentian yang hakiki
Bersama.............
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

24 June 2012

~~ Semalam Yang Buatku Nebes Tahap Gaban! ~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum....

Tak mau mukaddimah panjang berjela.
Tak mau conteng pengarutan yang membazirkan tenaga jari.
Terjah terus!

Semalam sedia maklum pi jawab exam.
Exam apa?
Sekolah lagi ka Cik Farah ni?
Ish,idak......... Exam kemasukan perkhidmatan Penolong Akauntan Gred W27. Panjang kan? Jenuh tulis jenis exam kat paper jawapan semalam.

So,pepagi seawal 4.30am dah bangun. Dengan semangat yang jitu! Tugas tersedia-------» Kejutkan my ibu,my abah & kakngah.
Perasaan??
Mengantuk tapi kegementaran itu melampaui segalanya. Serius!

Bertolak dari rumah tepat 6am. Gelap lagi. Memang masa yang sangat ideal untuk tidur.*muka jembek*
Nampak tak betapa syaiton memainkan peranan penting menyelimutkan kita dengan kulit beybish tu time ni?

Sampai Universiti Malaysia Pahang dalam pukul 8.15am. Kena ada dekat dewan tu 8.30am.
So,pi la tacap2 sikit kasi segar muka.*flush toilet mereka penyegan yang amat! Xnak keluar ayaq*

My wedges pulak buat hal. Boleh tercabut tapak.
Dah kena tukar then wedges tu ditinggalkan.

Perasaan??
Huh! Memang terasa masa zaman kolej. Duk tunggu paper soalan kena edar.
Nebes!!!!
Dalam hati baca segala bagai doa. Surah-2 pun tak tinggal. *mana yang ingat lah*

1st section : Pengetahuan am Malaysia & basic akaun.........
*keadaan diri : tenang,sempoi,cool*

Yang pengetahuan am tu boleh la.
Siap senyum 360°. *nampak agak berlagak kan kenyataan haku? Sila tampar*
Akaun??
Awak dulu setadi akaun dalam BI. Bila keluar terms dalam BM,gelabah berpeluh ketayak!
Debit,kredit,liabiliti,aset,bla bla bla...
Alhamdulillah,dapat jawab dengan penuh!

2nd section : intreprate data/selesaikan masalah
*keadaan diri : gelabah,tekanan,pucat*

Haaa.... Yang ni semua soalan maths.
Masa 40 minit untuk 40 soalan.
Calculator nor allowed!
Tercungap-cungap lah aku.
Yang dikira,dapat jawapan,tak tally dengan pilihan jawapan.
Aku?? Main hitam kan haje!
Hahahahahahahahahahaha.......
Bila pengawas tu kata,"Lagi 10minit ye.",aku punye condition dah macam nak kena sembelih.
Tak cukup masa!

Bila semua selesai,aku mampu tersenyum je.
Tawakkal.
Redha.
Aku dah cuba sehabis baik.
Tunggu je result next month.

Keluar dewan,lalu depan toilet tadi. Ternampak wedges tu. Rasa sayu tinggalkan beliau. Lama beliau berjasa. Terima kasih green wedges!

My abah ajak pi rumah bestie dia kat Lepar Hilir.
Sesat berpusing-pusing gara-2 tak hengat dia Lepar berapa.
Last-2 call makteh.
Rupanya kat Lepar 3. Bukan Lepar 2!
Tapi.................
My abah tak merungut sikit pun. Selalunya,dia paling becok kalau dah sesat & melilau hentah hape-hape.
Memorable sungguh!

So,doa-2kan cik Farah ye. Mudah-mudahan berjaya ke level interview.
Aminnnnn.......
Sayang korang keketat!

#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

22 June 2012

~~ Mereka Matang Sebelum Usia ~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum...

Sedang aku leka bermain game Jewel Quest di komputer petang tadi,konsentrasi aku terganggu dek perbualan anak saudara aku,Willy dengan adik saudara aku,Siti. Maklumat tambahan,mereka sebaya,9 tahun.

Kenapa aku terganggu?
Apa isi kandungan perbualan kedua-dua cikenit ni?
Menarik sangat ke sampai nak kena pay attention lelebih?

Perbualan tu lebih kurang camni :

" Siti,kau suka Syukri ye? Nizam bagitahu. Syukri pun cakap dia suka kau. Dia kata kau cantik.... "

" Ye ke? Memang suka sikit."

Siti macam malu-malu.
Aku pulak pandang dorang dengan pandangan hei-korang-sedar-tak-korang-ni-budak-lagi?
Willy diam.
Siti terus keluar.

Jauh aku memikir.......

Tengok,budak-budak yang masih berada di darjah 3,boleh berkata-kata macam ni. Darjah 3 okay. Bukan tingkatan 3! Mereka matang sebelum usia. Sedih...

Dulu masa kita kecik-2,ambil dalam konteks aku,tak pernah terfikir nak rasa suka dekat budak lelaki. Bukan masa aku darjah 3. Darjah 6 tu lain cerita la. Hormon dah mari. Oopsss... *tutup muka dengan besen*

Masa ni,aku,kawan-2 or bebudak lain sibuk main kejar-2.
Sibuk main nyorok-2.
Sibuk main lompat getah.
Sibuk main batu seremban.
Sibuk main lompat lubang tikus.
Sibuk main panjat-2.

Tak terfikir pun nak main jeling-2 gatal dengan bebudak lelaki.
Tak terdetik pun nak merenyam dengan all the boys.
Tak terlintas pun nak say I like u.

Budak-2 zaman sekarang matang sebelum usia.
Kenapakah???
Apa punca???
Sebab-musabab???

Adakah faktor media massa?
Adakah faktor rancangan di TV?
Adakah faktor cerekarama/samarinda/zehra/sinetron/telenovela?
Adakah pengaruh Nada Cinta?

Sebagai ibu bapa yang bijak pandai.
Sebagai masyarakat yang pintar.
Sebagai kakak abang yang genius.
Mari pantau adik-2 kita yang bersekolah rendah lebih tegas.
Mereka masih kecil. Sangat-2 kecil!

Cukup lah kita pernah dengar murid sekolah darjah 6 melahirkan baby.
Cukuplah kita lihat adegan budak lelaki & perempuan yang berdua-duaan di tepi bangunan terbiar.
Pantau! Pantau! Pantau!

Taknak mengeluh bila terlambat.
Taknak menyesal bila dah jadi.
Taknak! Taknak! Taknak!

** Maaf agak beremosi **
OkBai......

#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

~~ Persiapan Yang 0 ~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum......

** Asal tengah malam je baru minah ni nak hupdate hentry kan? **

Lagi beberapa bulan je lagi.
Tapi.....
1 hape pun tak prepare.
Kenapa Cik Farah?
Kenapa????????????????????????
Tak eksaited ke jiwa??

Eh,sapa kata Cik Farah tak eksaited. Terlebih dah ni (jantung,hati,limpa,paru-2 siap berjoget samba)
Namun....
Tak tahu nak setat tang mana.
Tak tahu nak setat cari kat mana.
Tak tahu nak cerita dari mana.
Semua tak tahu!
* lari ke tingkap bilik pandang langit,pintal-2 rambut *

Kad jemputan......
Guest list......
Khemah......
Meja makan beradab.......
Pelamin.......
Bilik pengantin......
Baju sanding........
Baju akad nikah.......(Kain ade tp x tau nk jahit kt mane best!)
Kompang......
Band........
Hantaran.......
Door gifts........
Makanan.......
Kek........
* tarik nafas dalam-2..........lepas... *

Haaa... Kan banyak tu. Serius,tak ada yang setat nye lg.

My Ibu & my Abah ada jugak keluarkan pendapat. Rajin jugak mereka bertanya kenalan yang tahu or ada kaitan bab-2 wedding ni. At least ada lah jugak buah-2 nye.

See,mereka lagi cekap pandai dari aku ni.
Idea mencurah-2 tapi haram digunakan!

Ada member (bakal berkahwin jugak this coming November) siap cakap :

" Hey,asal kau tak buat pape pun lg? Nanti mula lah terkocoh-2 last minit. Ke kau x ready? X eksaited pun.... "

Pepandai je dia kan. Dalam hati ni siapa je yang tahu. Malas bertindak awal tu lah alasanku. Bhahahaha....

Cerita nya kat sini,aku memang lembab bab-2 gini. Kena ketuk dulu baru jalan kut. So,ada sesapa nak ketuk aku? Silakan........

** p/s : maceh sudi bace hentry hengarut haye! Okbai....

#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

21 June 2012

~~ Entry Tak Berniat...~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum...

Dah lama aku nak conteng belog pasal mendalah ni. Benda apa? Ala,benda ni la. Haha.. Okok,sila bertabah hadapi perangai tak senonoh biadab cik Farah ni.

Siapa kat sini nonton cerita melayu kat TV3? Yang tengah rancak bersiaran sekarang ni. Slot hape hentah tak berapa nak sure. Yang setat pukul 4 hbs pukul 5 tu. Bukan pukul berapa datuk harimau k.

Kalau ikut time line kat Twitter,cerita ni macam trending jugak. Ramai yang ikut perkembangan. Aku & adik lelaki aku tak terkecuali. Pukul 4,dah tercogok depan tv. Semangat tu penting!

Aku & adik lelaki aku ada perspektif berbeza tentang jalan cerita. Honestly,dari hati,cerita ni sangat stereotype cerita melayu! Bukan nak mengutuk,tidak. Kenapa kami berfikiran begini??

Agaknya sudah jadi kebiasaan or tabiat,watak heroin mesti seorang yang lemah. Senang dibuli,kaki nangis tepi katil,kepala senang ditonyoh si-watak-antogonis,kena maki depan orang ramai. Bila dibuli,mereka akan diam. Biar diri dimarahi orang lain. Pffttt...

Bukan kami nak kata cerita melayu ni lemah. Kami kagum jugak sometimes tapi bagi kami,cukup-cukup lah buat cerita yang boleh datangkan pelbagai penyakit kepada penonton. Contoh penyakit,darah tinggi.

Dah tentu-2 bila ada scene yang tak berapa kena,kita menyumpah seranah si-watak-antogonis. Tangan tergawang-gawang menunjukkan rasa tak puas hati. Mulut menyumpah kata kesat. See,dosa pun menimbun.

Dalam rasa tak puas hati bila nonton cerita-2 melayu yang cenggini,kami salute para pelakon. Watak tu hidup kenkadang. Tahniah!

Entry kali ni tak berniat pun nak mengutuk. Aku just meluahkan apa yang dah lama terbuku di hati ( macam penting je apa yang kau rasa Farah!). But serius,cukup-2 lah *lagu sudah cukup sudah berkumandang*

So,maaf kalau ada yang tersinggung. Aku sokong cerita melayu tapi sekadar meluahkan pandangan.

Tak salah kan kalau heroin tu kental jiwa?
Tak salah kan kalau heroin tu ganas bak Cyna (wrestler)?
Tak salah kan kalau heroin kita ni kejam sikit macam Mean Girls tu?

Apa pandangan korang??

** p/s : jangan tanya apa kaitan lotong tersadai tu jadi penghias entry. Anggap je beliau seakan memahami kebosanan ni. Sekian...

#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

20 June 2012

~~ Bila Rinduuuuu ~~

*p/s : entry kali ni memuntahkan. Sila berwaspada! Amaran keras.......

Sejujurnya,ekoran perasaan yang bertandang ni mengheret aku mencoret entry ni. Eh,penting sangat ke perasaan kau tu? Eh,suka hati aku lah. Belog aku! Ahaks!

Rindu...........

Ye,aku rindu lelaki yang jadi penghias entry kali ni. Tersangat! Siapa beliau? Beliau lelaki yang jadi penyebab aku berindu-rinduan. Eh,ade ke ayat ni? Ah,janji sedap...

Rutin harian,bercakap dalam telefon berjam-jam. Tapi.................... Dah 3 hari MB tak call. So,sangat terasa! Jiwa mula meronta meroyan rindu gaban. *okay,sila muntah purple*

Relay jarak jauh ni mencabar. Sangat mencabar! Nak pulak kalau si terchenta tu keje,busy ngalahkan PM. Tunang haku lah tu.

So,kesabaran itu teramatlah penting! Ingat,sabarrrrr..............

Sesiapa yang ingin terjebak dalam relay segini,prektis dulu. Ketabahan tu wajib!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah kenapa aku melalut gini. Okay,sesungguhnye aku kehilangan kata-2 dek kerana rindu yang melampau ni. Maafkan saya!

*ambil baju MB,letak tepi bantal*
*ambil tisu,lap hingus*
*pejam mata kuat-2*

Okbai...!!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

19 June 2012

~~ Pagi Gelap Yang Senti-Mental ~~

Bukak tingkap bilik.....

Pandang langit yang gelap. Mengeluh sedikit sebab bintang tak berapa banyak nak timbul. Maybe faktor jerebu yang sedang hebat diperkatakan melanda negara. Maybe!

Toleh jam loceng. 1.15 am..... Huh,masih awal nak lelapkan mata. Penyakit!

Pandang langit balik. Berharap kut-2 ada tahi bintang yang jatuh. Berharap ada ahli sihir guna penyapu sudi terbang (imaginasi tinggi). Or berharap ada UFO yang kehabisan minyak terapung di langit. (Tak ada pun berharap ternampak cik Ponti)

Teringat MB yang ada di Sri Jaya tu. Rindu... Itu yang tepat untuk didescribekan perasaan saat ni. Segala persoalan berlegar di minda. *keluhan dilepaskan*

Tutup tingkap......

Sambung bermental atas katil........
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

18 June 2012

~~ Unexpected Gift! ~~

An nyong ha seyo!!!

Assalamualaikum....

Sedia maklum on 15th June hari tu my birthday. But! MB sangat lambat datang sebab banyak sangat halangan.

Aku? Huh,memuncung la sikit. Dah katenye nak celeb sesame. Seharian duk menunggu dengan cemerlang. Tapi hampa......... *mukasedih.jpg*

On 16th,MB datang. So,bergegas la mencari segala bahan untuk buat makan-2 malam tu. Dan...... MB belikan aku hadiah2 yang aku sendiri pilih. Tak surprise kan? Pssst.. MB tak pandai romantik-2 sangat!

Then,tiba-2 MB cakap...............

" Jom,Amal belikan Anim gitar. Amal ingat nak beli sorok-2 tapi takut Anim tak suka. "

Aku??
Tergamam sekejap dalam 3 saat then....

" Yeayyy!!!! "

Nampak tak betapa tak senonoh nya keadaan jiwa aku time tu. Haha... Dengan tak sabar nya,tegak je badan aku dalam kereta,menuju kedai jual gitar tu.

BTW,maceh sangat-2 sayammmmm!!!!!!!! Satu hari melayan karenah aku. Itu ini,nak hak tu,hak ni. MB pun belikan aje. Mengada lebih kalau merajuk.

And,thanks jugak to whole family sebab tolong menjayakan. Eh,yang datang makan pun thanks jugak. Sayang korang keketat!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

15 June 2012

~~ Today Is My Day ~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum.....

Entry di awal pagi hari ni.........

Say hi to birthday girl.....!!!!

15 Jun 2012 ----------» bertambah lagi seinci umur Cik Farah. Tapi badan tak meninggi even seco'et pun. Hukhuk.. Alhamdulillah,Allah masih bagi kesempatan kat Cik Farah untuk teruskan perjalanan hidup.

23 tahun dulu..............
After 9 jam my Ibu bertarung nyawa,maka,lahirlah haku. Thanks ibu sebab masih tetap berjuang mati-matian time tu untuk memberi satu nyawa yang ada ni melihat alam. Sobs sobs.... *terharu*

Sekarang,Cik Farah dah besar. Dah mampu melihat sudut alam dari pandangan peribadi sendiri. Susah,senang,gembira,sedih,jatuh,bangun,lulus,gagal....semua dah merasa. Penat? Oh tidak. Baru sedikit tu kan. Panjang lagi jalan yang ada depan aku ni.....

Untuk birthday tahun ni,aku berazam untuk jadi seorang perempuan dewasa yang DEWASA! Sila fahamkan.. Eh,sebelum ni tak dewasa ke?? Aku seorang yang dewasa tapi tak melaksanakan tanggungjawab tu dengan cemerlang sangat. So,tahun ni kena mulakan. Aja aja fighting!!!

But!
This year is the last year Cik Farah sambut birthday as a single lady. Next year,sambut dengan MB pulak. Banyak perbezaan.....*kegatalan tu menyerlah* Maafkan saya!

Kepada yang wish tu,thanks a lot. Doa and kata-kata korang amat Cik Farah hargai. Sayang korang keketat!!!!


#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

14 June 2012

~~ Seco'et Kata Khamis ~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum....

Susah hati di petang hari ni.

Tak suka ada perasaan yang buat Cik Farah ni tak senang duduk. Nak baring lagi lah..

Susah hati memenatkan!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

13 June 2012

~~ Yang Terakhir Buatku Sedih ~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum..

Yang terakhir!
Ye,yang terakhir punya episod pengembaraan Saifudin atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan. Tapi episod kali ni Saifudin menggelarkan dirinya sebagai Kiai Kelana. Segalanya tercatat dalam 'Sunan Musafir' ni.

Aku tak nak huraikan jalan cerita ni. Takut ada yang belum baca. Nanti aku potong feel pulak kan. So,apa motip kau buat entry bergambarkan novel ni wahai Cik Farah??

Nak sampaikan rasa sedih sebab akhirnya Sunan akan berakhir. Lepas ni confirm rindu gila! Sobs T___T *nampak tak betapa kuat pengaruh novel ni dalam diri Cik Farah?*

Memula kenal Sunan dari Bagikan Puteri. Then........... Fall in love dah dengan Saifudin. Alangkah best kalau ada lelaki macam Saifudin ni in reality. Eh,berangan lah kau! *sesiapa yang kenal Saifudin,confirm tahu kenapa aku kata macam tu*

BTW,congrats abang Ramlee Awang Murshid sebab berjaya hasilkan himpunan novel ni. Serius,watak-watak abang ni macam hidup sesangat! Memang terbaik!!! *macam lah abag RAM baca blog haku ni kan*

Senarai novel bersiri Sunan :
* Bagaikan Puteri
* Cinta Sang Ratu
* Hijab Sang Pencinta
* Bagaikan Sufi
* Sutera Bidadari
* Sunan Musafir

" Tatkala cinta berbisik,
Suaranya memuji Tuhan.....
Apabila rindu mengusik,
Rasulnya menjadi pilihan....."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

12 June 2012

~~ Dapat Kain Pasang!!! ~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum...

Hari ni dapat kain pasang dari bakal mak mertua. Yeayyy!!!!

Pagi-pagi lg MB dah hantarkan ke rumah. Yelah,beliau baru balik dari Kuala Selangor. OTW balik site Sri Jaya,singgah kejap.

Memang tak sangka pun mak MB belikan. Hari tu ada dia bagitahu tapi ingat main-main je. Eh,orang tua pun pandai main-main ke? Haha...

BTW,thanks Acik! Cantik kain ni... *bergaya depan cermin*
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

11 June 2012

~~ Dapat Surat Yang Buat Cik Farah & Kakak Melompat ~~

An nyong ha seyo..!!!

Assalamualaikum...

Panjang kan tajuk entry kali ni. Tengok tajuk pun dah tahu betapa eksaited nye Cik Farah hari ni. Oh,kakak,my abah & my ibu pun join eksaited tau!

Tengah hari tadi,masa tengah on phone with MB (nak enterframe jugak kan),ada abang posmen datang. Tapi buat tak tahu je lah. Kakak ade kat luar,boleh ambilkan.*MukaTakKisah.jpg*

Masa tengah berborak tu,tetiba si kakak ku yang comel lote ni berlari ke dalam. Terus terpa aku and cakap :

"Wei,SPA punya lah!"

Aku macam 'What??' . Perasaan time tu berbagai-bagai lah yang ada. Tapi maintain cool..

" Surat dorang bagitahu dah terima permohonan aku kut."

See,betapa cool nye Cik Farah. Cool sangatttt..!!! *tangan di dada mata ke atas*

Kakak pun buka selow-selow. Aku masih berborak dengan MB. Lepas tu kan....

" Tak la! Surat panggil jawab periksa untuk jawatan Penolong Akauntan Gred W27!! "

Aku diam 2 minit. Lepas tu,bergema lah rumah dengan sorakan yang hentah hape hentah. Kakak aku berlari naik ke bilik abah. Aku letak terus phone and join kakak aku & abah. Nampak tak betapa sy kuajaq dengan bakal suami? Ahaks!

Memang bersyukur sangat-sangat. Even baru panggilan jawab pekse,aku dah rasa happy. At least dorang perasaan keberadaan aku kat Malaysia tercinta ni. Heh!

So,aku kena start study segala bagai yang berkenaan. Mampukah aku harungi? Dah agak lama tinggalkan exam ni. Nasib baik pilihan jawapan je. Kasi hitam yang MANA RASA BETUL. Phewwww... Hahahaa..

Doa-doakan Cik Farah ye. Semoga dapat jawab dengan tenang masa 23 Jun nanti. I'll do my best! Ini janji saya.. Amin... Sayang korang keketat!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

10 June 2012

~~ Bila Rindu Bertandang,Ingatan Di Terengganu Terlayang ~~

An nyong ha seyo..!!!
Assalamualaikum...
Tajuk yang ala-ala pantun kat atas tu macam sangat mengundang sebak di hati Cik Farah ni. Sebak ke? Yup,ade sedikit yang hadir. So,untuk peringatan,entry kali ni sangat emo tau! Sesiapa yang ade penyakit cepat nak muntah,sila abaikan. Ahaks!
Masa belek-belek rak buku besi aku tadi,ternampak tiket bas Transnasional KL-K.Terengganu. So,aku macam,'eh,ini tiket 2 tahun lepas ni. Ade lagi lah!'. Muke memang macam eksaited dapat Morris Minor kaler biru tu je.
Tetiba memori 2 tahun lepas menjenguk minda. Tetiba terasa sangat rindu segala yang ada kat Terengganu sana. Tetiba terasa sayu yang teramat sangat. Heh,kau pesal Farah semua nak tetiba?! Dah,enuf dengan tetiba tu. Simpan tepi.
Teringat pengalaman naik bas sorang-sorang. Ye,sorang-sorang hokkay. Bukan sorang-sorang tak bermakna. Sorang-sorang dalam perjalanan yang sangat jauh. 6 jam tu noks. Pestaim mak! Tahan hadas kecil selama 4 jam dari KL sampai Chendor. Memang ngeri bila teringat. Ahaks!
Perasaan tak payah cakap lah. Eksaited berlumba-lumba! Memang sepanjang perjalanan langsung tak tidur. Mata gagah bak johan terbuka. Tahan mengantuk sebab nak tengok view. Ohmai..
Pestaim berjalan-jalan area bundle market terbesar kat Terengganu. Cik Farah memang suka bebenor dengan bundle. Brand peberet,Ben Sherman. Merata lah cari tapi hampa.
Sehari suntuk hang out kat Kuala Terengganu,pi Pantai Batu Buruk sambil melantak Mekdi yang dibelanja,memang best! Sambil ditiup angin sepoi-sepoi tak berbahasa.
Teringat join gig on last day kat sana. Pestaim jumpa Azlan (masa tu still MUH) depan-depan. Omaigad! Dia memang menawan hati Cik Farah ni. Thanks to Ganurians yang offer join gig tu. Meaningful di hati. Ececece...
Yang paling mengundang sayu bila Terengganu menggamit,opcos family angkat yang ada kat Kampung Rhu Rendang,Marang,Terengganu. Mereka sangat melayan aku dengan baik. 100% perfect! Terharu....
Mama,abah,kaklong,kakngah,Faiz,adik Ayu.. Even sekejap jumpa,dorang memang layan aku superb. Tak rasa macam orang asing pun. Oh,last day kat sana,mama buatkan laksa. Aku ni memang macam tak berapa nak suka laksa sebab nampak macam bersepah *nampak tak betapa diva gediknye sy?*. Demi mama,aku telan jugak!
Teringat kenangan ni semua,buat aku berfikir *pandang jauh ke langit*. Hidup ni bukan setakat berlandaskan masa depan semata. Kenangan tu peneman.
BTW,thanks to Abam Ganu atau nama penuh Arifffuddin bin Ngah dan nama komersial Mat Yep yang kenalkan aku dengan family ni. Thanks for all great moments yang aku dapat *sobs sobs lap hingus guna napkin*
Entah bila lagi dapat ke sana berjumpa dorang. Raya tahun ni nak ajak MB & whole family ke sana lah kut. Nantikannn...
Thanks sudi luangkan masa terjah entry ni. Sayang korang keketat. *tutup buku,capai ChanChan*
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone














~~ Yang Sedikit Untuk Dikongsi ~~

An nyong ha seyo..!!!

Assalamualaikum...

Tak mau conteng bebanyak hari ni. Just nak share sesuatu. Tadaaaa...

My dream car!

Morris Minor......

Macam kereta katak @ volkswagen beetle kan? Omaigad! Mereka sangat comel oh... Atotototoiii...

Hokkay,thanks sudi jenguk entry ni. Sayang korang keketat!

~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

8 June 2012

~~ Menuju 5th of January 2013 ~~

An nyong ha seyo..!!!
Assalamualaikum...
June!
Means,that 1/2 of a year lah kan. Untuk tahun ni,1/2 of this year bermaksud,everythings kena start. Chap chap! *menghitung hari menuju 5th of January 2013*
Bila mengenang 5th of January tu,otak ni mula terkenang MB (My Beliau). Ditambah pulak dengan kesenyapan dan kesunyian petang. Lagi lah hati jadi macam,'eh,aku ni alone je ke? Okay,sunyi!' .
Jom imbas balik how I met dengan MB....
28th of December,2010...
Masa ni dalam bas,heading to Kuantan sebab ada kerja. Oh,masa ni Cik Farah kerja with AmBank Group. So,memang kebosanan tahap rasa nak bunuh orang pun ada time tu.
Suddenly,one message masuk. Number yang tak dikenali. Tapi,tuan empunya tu kenal aku. Why not aku balas balik kan. Dengan penuh tertib tak gelojoh *sebab rasa macam semua orang dalam bas tu tengah usha aku*,aku taip selow2. Nampak tak di situ betapa gediksnye Cik Farah?
'Yelah,sy bukan Mawi utk awk kenal.'
Haa,ni mesej yang tuan empunya tu reply bila aku cakap aku tak kenal dia. Pergh,memang la bukan Mawi. Kalau Mawi,pengsan dah aku time tu. Tapi ada terselit senyum simpul kat muka aku yang tak berapa nak cun ni *masih jeling-jeling takut orang kata gila senyum sorang-sorang*
After done kerja kat sana,bergegas lah aku balik ke Karak yang bukan laluan puaka ni. BTW,thanks KRU sebab dah berjaya momok-momokkan pemikiran rakyat Malaysia dengan identiti terbaru Karak tercinta ni. Lebih kurang petang jugak lah aku sampai.
Time tu,perut aku rasa macam nak tercirit je. Keluar masuk toilet. Memang azab! MB tawarkan diri untuk beli pil ciketeun. Tahu tak apa itu ciketeun?? Alaa,ubat kasi hilang cirit tu. Yang kotak kaler pink tu. Tahu tak? Tahu tak?
Masa dia hantar ubat tu,ada lah guy ni yang ikut MB. Daniel nama dia. Oh,dia dah meninggal (al-Fatihah). So,sangat berubah la muka arwah bila MB hulurkan ubat tu. Kenapa berubah?? Aku ni kerush arwah. Budak-budak taman ni yang menyampaikan berita tak sensasi tu. Eh,dah tahu bukan kerush lagi lah kan!
After that time,MB ajak minum kat kedai depan rumah aku ni. Masa tengah minum tu,entah macam mana aku ternampak gambar perempuan lain jadi wallpaper phone MB. Aku terus macam,'okay,dia tipu aku. Kata tak ada gf tapi.. Dah,takmo kawan!'. Bila fikir balik,rasa macam bangang pun ade aku ni. Ahaks!
Dipendekkan cerita,malam sebelum 1st of January 2011,janji nak tengok bunga api sama-sama. Agak kekanak-kanakkan kan kami? Eh,ada ke ayat kekanak-kanakkan? Ah,lantak la kan. Janji faham.. Maafkan saya!
Tepat 12 malam,aku dengan rasmi nya jadi girlfriend MB. Sangat singkat kan?? Nampak sangat gelojoh melampau! Hahahaha...
Almost a year,kami decide nak ikat. So,family masing-masing diinformkan. Yelah,buat apa nak tunggu lama-lama kan? Jodoh sampai awal kata orang. Aminnn...
1st of January 2012,dua hati diikat dengan pertunangan. Memang sangat tak percaya! MB pun before majlis,dia boleh tertouching and sentap melampau. Hahaha.. Kelakar pun ada. Nampak sangat chaos time tu tapi alhamdulillah,everythings great!
Sekarang,lagi beberapa bulan nak sampai January. Terasa macam baru je habis UPSR. Zaman kanak-kanak yang akan aku tinggalkan. Sobs sobs.. *lap air mata selow-selow*
15th of June tahun ni,last aku celebrate birthday as a single lady. Next year,celebrate dengan title baru. Nampak tak? Nampak tak? Nampak tak betapa mengadanya saya? Hahaha..
Raya tahun ni pun last celebrate single and with beloved family. Next year tak dah. Terasa baru tahun lepas my ibu buatkan baju rasa celoreng-celoreng yang dipakai raya masa berumur 5 tahun. Omaigad! *tears in my eyes*
Dalam perjalanan menuju 5th of January 2013,banyak pahit manis yang kami tempuhi. Alhamdulillah,we did it great! Hope kami tetap maintain and cool. Doakan kami mencapai 5th of January tu!!!
Thanks mana yang sudi baca dengan teliti. Nah,big kiss :* ! Maaf kalau ada yang termuntah purple baca entry kali ni. Nah tisu *hulur dengan sopan*. Sayang korang keketat!!!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone





















6 June 2012

~~ Bila Demam Bola Melanda ~~

An nyong ha seyo...!!!!

Assalamualaikum...

Prittttttt!!!!

Okay,sepak mula on 8th of June. Sepak apa?? Sepak bola la.. Jom sorak reramai dengan Cik Farah.

Hip Hip Hooreyyy!!!
Gambatei Gambatei haaaa...!!!

Bila EURO melanda :

** Tv akan beroperasi sampai ke pagi

** Makanan ringan memenuhi freezer

** Mata akan mula ber airbag ( tapi bagi Cik Farah,itu bukan masalah. Memang dah habit tidur lambat!)

** Kedai mamak akan penuh melampaui hari-hari biasa

** Kedai yang tak ada TV pun akan pasang screen besar gedabak

** DP pesebuk,twitter,BBM or segala bagai akan bertukar ke gambar jersi/lambang negara pilihan

** Kawan baik pun boleh bertekak nak tegakkan pasukan pilihan masing-masing

** Masing-masing bangun lewat ke tempat kerja/kolej/U/sekolah

Hahahaha...
Percaya tak dengan segala yang di atas? Perhatikan lah nanti hokkay!

Cik Farah sokong England. Dari darjah 2 lagi,memang tu team pilihan. Teringat peristiwa England kalah dengan Brazil masa World Cup 2002. Okay,sangat terduduk menangis. Wuuuu... *muke muncung panjang 18 depa*

Followers/readers/bloggers sekalian support team mana??

See ya next entry. Sayang korang keketat!

~~ Aku Darah Anak Malaysia ~~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 June 2012

~~ Happy Birthday Adik Paiz ~~

An nyong ha seyo..!!!

Assalamualaikum...

Ni birthday boy. Semalam 4 June 2012,genap dia 17 tahun. Sweet 17 gitteww..

Oh,adik aku dah besar. Sob sob.. *lap air mata guna selimut*

Adik,
Sayang kau keketat!
Good luck SPM tahun ni...
Hugs!

~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 June 2012

~~ Happy Birthday Ibu ~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum....

Semalam entry pasal my Abah kan? Today,turn my Ibu pulak. Yup,hari ni birthday my Ibu. Berturut-turut kan? Ajaib tak? Ajaib tak?

3 June 1962,50 tahun lalu...

My Ibu lahir sebagai anak sulung kepada En.Hasan & Puan Maimunah. Dilahirkan di Kampung Gali Lurus,Raub *agak pelik kan nama kampung ni. Macam lurus sangat! Haha..*

After few years my Ibu lahir,pakngah,adik my Ibu pulak yang lahir. Rezeki nenek & atuk,dapat dua orang cahaya mata je.

Sekarang...

My Ibu berkahwin dengan my Abah,en.Kamarudin bin Mohamed. Alhamdulillah,dikurniakan 5 orang cahaya mata. *baca entry lepas*

My Ibu banyak hadapi kehilangan. Boleh dikatakan berturut. Kenapa berturut??

1996 - Kehilangan abah tercinta (atuk)
2006 - Kehilangan emak tercinta (nnk)
2008 - Kehilangan adik tercinta
2009 - Kehilangan anak tersayang

Kan berturut tu?
*kakak aku cakap tak baik kira. Itu pantang larang yang kakak aku buat*

Alhamdulillah,my Ibu sentiasa kuat hadapi segala dugaan. Anak-anak & suami tercinta sentiasa ada temankan hari-hari my Ibu. Mudah-mudahan my Ibu sentiasa tabah. Aminnn...

Ibu,
Kami semua sayangkan ibu tau!
Selamat hari lahir........

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 June 2012

~~ Happy Birthday Abah!!! ~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum...

2 June 1950,62 tahun lalu....
Kampung Teroh,Karak

Lahir dua orang bayi lelaki,kembar,ke dalam keluarga Mohamed & Munah. Putera-putera yang lahir adalah anak ke 4&5. Masing-masing diberi nama Shamsudin & Kamarudin...

Mereka membesar bersama-sama dengan keadaan yang sihat walafiyat. Sehinggalah mereka berumur 9 tahun. Shamsudin menghidap demam panas yang teruk. Hayat Shamsudin tidak lama. Dia dijemput Ilahi di usia muda. Tinggal lah Kamarudin sendiri....

Sekarang.............

Beliau telah berkahwin dengan Noor Azizan binti Hasan dan dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata : 2 lelaki,3 perempuan.

Hari ini,beliau menyambut hari lahir yang ke 62. Alhamdulillah,beliau masih tegap berdiri tanpa sebarang penyakit kronik. Walaupun telah kehilanan salah seorang anak bujang,beliau tetap tabah & kuat. Ketabahan beliau nadi kekuatan keluarga kami,KaZan's...

Abah,
Selamat hari lahir!
Kami sayang abah sangat-sangat...
Semoga segala kebaikan,kesihatan,kesenangan jadi milik abah..
Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah. Aminnn...

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

~~ Mieya Ezzara Mengamuk + Membebel ~~


1 June 2012

~~ Gegurls Day Out ~~

An nyong ha seyo...!!!
Assalamualaikum...
Hamboih makngah,meriah plus ceria si Ribena picture kami berempat kan. Senyum sampai ke telinga. ayu kan kami? Haha... *menyorok belakang almari baju. Malu!*
Okay-okay,mai nak story mory pasal hari ni. Eh,istimewa sangat ke hari ni sampai nak masuk dalam entry segala bagai? Eh,sukati mak lah kan. *buat muke 'eh-ini-entry-aku-so-aku-nak-tulis-bebanyak-pun-aku-punya-suka-lah-'*. Maafkan saya.... ;)
Hari ni,1 June 2012,selepas setengah tahun tak bergether-gether,kami buat keputusan nak melepak. Terima kasih kepada Cik Zana (yang pakai selendang corak rimau tu). Nampak tak betapa dia macam lebih glamour dari kami? Bhahaha..
Pepagi lagi Zana dah text ajak keluar. Alang-alang dia nak pasang tint or filem hitam kat cermin depan kereta,dia ajak keluar terus. Aku and Kaklang (yang pakai jacket hitam tu) setujukan aje. Nak jumpa si Laila sekali (yang pakai baju kurung tu).
Sepanjang perjalanan ke Bentong,riuh rendah kereta. Masing-masing berlumba-lumba nak bercerita. Maklumlah,masing-masing ada bakat nak jadi storyteller. Yang pelik nya cerita tak pernah nak habis tu. Ada je yang bersangkut-paut. Macam mak-mak je.
Sampai je ke tempat tint tu,aku,Zana & Kaklang merayap ke kedai Home Decor bersebelahan sementara nak tunggu siap kereta si Zana ni. Bila dah masuk Home Decor tu,mula lah otak ni merayap jauh. Lepas tu senyum sorang-sorang. Hape lagi kalau tak mikir masa depan. Nampak kan betapa merenyam nye aku ni nak berumah sendiri *senyum-senyum malu sambil teringat encik beliau* Choiii...
Siap je kereta,pecut ke tempat kerja Laila. Lagi lah gamat kereta tu ha. Okay,maklumlah dah setengah tahun tak berjumpa beborak. Angkut Laila pi lunch sebab Laila tengah rest. Bila sampai ke tempat makan,dah pilih-pilih apa yang nak ditelan,gossip mula berkumandang. Eh,normal lah kan gegurls. Gossip itu penyedap rasa tau!
Korang tahu tak.......
Eh,dia kan......
Laa,bila nye?.........
Tak tahu pun............
Bla..bla...bla..........
*perbualan kami agak ekstrem hokkay*
Tapi kami lebih tertumpu kepada gossip berkaitan si Laila ni. Kesian Laila. Ikatan pertunangan dia retak menanti pecah je. Halarh,tukar sikit je dah gelabah korang ni. Hahaha..
Laila pun macam payah sangat nak luahkan. Ternampak mata dia yang berkaca. Nampak je dia senyum and gelak-gelak tapi hati dia,dia & Allah je yang tahu. Semoga Laila terus tabah hadapi ujian ni. Aminnn...
After all the chitchats pum pam pum pam,kami hantar Laila balik tempat kerja. Sempat lagi merayap the whole kedai kain tempat Laila kerja tu. Saja cuci mata usha kain untuk family haku sebagai tema wedding next year. See,satu lagi kegelojohan yang amat ketara ni *lempang muka lelaju Valentino Rossi*
Masa OTW balik,masing-masing dah jam mulut. Penat bercakap takde henti,mati kutu segala bagai. So,cakap sikit-sikit then gelak yang lebih tak hengat doniya! Memang tabiat kami bersama ni. Maafkan kami..
By the way,have fun sangat-sangat. Kami plan nak ke Pangkor after raya. Rasa-rasa jadi tak? Nantikannn....
That's all for today. Cik Farah dah janji lepas ni nak buat '1Entry 1Hari'. Kalau mampu lah menahan jiwa yang gelojoh mengeshare ni ha ('',)
Terima kasih sudi luangkan masa membaca. Sayang korang keketat!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone