Awesome Followers

11 November 2012

~~ Mahira : We Are Family ~~

Assalamualaikum..

Waaaa.. Dah lama sangat tak hupdate rasanya. SANGAT LAMA! So mari anak-anak makcik omei ni nak berceloteh hentry baru. Siapa suka angkat kuku!



                                     




27 Oktober 2012 hari tu kaaaaaannnnnnnn................
Ada perhimpunan keluarga yang berdarah Mahira.
Siapa Mahira??
Beliau seorang wanita yang adalah dinyatakan kepada kami disini merupakan great-great-great-great-great grandmother. Terasa diri ini sangat muda apabila aku menggunakan terlalu banyak great hittu.

So alkisahnya pada pagi itu berbangunlah kami anak-beranak seawal 7 pagi untuk mempersiapkan diri. Ditekankan di sini,aku lah yang paling awal. Bersemangat waja dan jitu teramat sangat bagaikan menyanyi   lagu 1 Malaysia 1 Bahtera tu lagaknya. *juih bibir ala-ala Jolie*

Sesampainya di tempat pendaftaran yang memerlukan kedatangan didaftarkan pada jam 8pagi,dengan tak semena-mena kakak kesayanganku *juling mata* mengerahkan aku untuk membuat pendaftaran. Semua ini gara-gara my abah yang terpaksa balik untuk menukar baju. Ketua keluarga kena pakai baju melayu katanya. Kan mudah kalau dibagitahu awal-awal.

Tak mau bercerita panjang lebar yang boleh menjulingkan mata korang seiring mata aku yang dah terjuling ni,meh tengok salahsilah keturunan Mahira ni. Lai..lai..






Ceritanya,Tok Persada Kaya/Adiputra ni berasal dari Pagar Ruyung. Beliau mengarahkan keempat-empat putera beliau *seperti yang tertera di carta* berlayar mencari kawasan baru. Makanya mereka berempat yang diketuai Tok Tanggok ni pun singgah lah di tempat baru ni lalu dinamakan Sabai sempena nama seorang gadis yang cantik elok budi pekertinya. Kalau nak tahu,seperti yang tertera tu,Tok Tanggok tu ayah kepada Tok Janggut Gajah,atuk kepada Mat Kilau. 

Mengikut ceritanya jugak,mereka berempat ni lah yang buka Sabai. Tempat asal aku ni sekarang.Memang tanah tumpahnya darahku di Karak ini hokkay. Siapa kata Karak ni berpuaka,bak datang jumpa kami penduduk asal ni dulu. Takut tak? Takut tak? Sila jangan layan kesengalan aku.

kisah benar pertemuan mereka

Sejarah pertemuan Mahira dan Jaafar. Katanya Mahira ni kulit muka putih kemerah-merahan. Aku setakat putih je. Merah tu tak sampai tahap lagi. Kasi pukul dulu baru merah gamaknya. Makanya,bertaki-takilah kami ni ha siapa yang serupa dengan moyang kami ni. Siapa lah gamaknya?

nama anak-anak & cucu-cucu  Mahira 

Ini senarai anak cucu Mahira dan Jaafar. Anak tak ramai tapi cucu??? Engkau mampu? Aku dari susur Khatib Mail. Ayah kepada moyang aku,Imam Don. Awang & Yang tu anak hasil Mahira dengan suami pertama. Tapi Yang tak sempat berkahwin. Anak Awang yang Mai tu isteri kepada Imam Don. Hakikatnya,mereka yang hidup pada zaman dahulu kala gemar berkahwin sesama sedara. Mujur aku cari hak paling jauh berbatu. 

anak-anak Khatib Mail

Ini senarai nama anak Khatib Mail. Sampai sekarang aku tertanya-tanya,adakah moyang saudara aku yang bernama Sentul itu yang membuka Sentul,Kuala Lumpur? Sesungguhnya pertanyaan aku itu bakal mengundang penampar kalau disuarakan. Better aku diam rasanya.

Melalui perkahwinan Imam Don & Mai,maka lahirlah atuk aku,Mohamed bin Imam Don. Kendian atuk aku ni berkahwin dengan nenek Munah aku yang pada mulanya aku konpius nama mak my abah dengan mak my ibu yang sama. Cuma bezanya nenek belah my ibu ni ada Mai di depan. Then lahirlah anak-anak yang seramai 12 orang ni.

anak-anak Mohamed & Munah

Samsudin & Kamarudin itu kembar. Tapi Paklang Sam meninggal masa berumur 9 tahun. Tinggallah my abah. Mengikut cerita,dorang berdua ni kembar ternakal di Karak ni. No wonder lah anak-anak my abah ni sama naik je. Nakal-nakal gedik gittew. Zakaria & Yahya pun kembar jugak. Tapi Yahya meninggal muda. Sama macam paklang Sam.

Tadaaaaaa................................
Inilah kami yang omei-omei cikebum cikebum anak Kamarudin & Noor Azizan. Adik aku yang Faiz ni lah satu-satunya keturunan pure lelaki Imam Don yang tinggal. Sebab anak-anak lelaki Imam Don yang lain semua tak ada anak. Yang perempuan pulak kerasnya ikut suami masing-masing. So,sebab itu dia dijaga penuh rapi dan teliti oleh kaum keluarga Mohamedians yang lain *sila muntah*

Done!
Katanya tahun depan buat dekat Pekan pulak. Tunggu aje lah. 

Kredit tu belog kakak aku Reeana Kamarudin untuk gambar-gambar yang aku songlap.



8 comments:

Unknown said...

Hyee :) sy pon dari keturunan Imam Don jugak . arwah wan ank kpd Imam Don to .huhu :D Mat Tahir & Rokiah.

Farah Kamarudin said...

hai... dua pupu lah kita ni ye. hehehe.. wan kiah tu adik arwah atok. ingat lg muka dia.

Anonymous said...

sentul tu aki sy...arwah meninggal thn 1989 di gantok

Farah Kamarudin said...

oh.. gantok kat mentakab kan? saudara lah kita :)

Unknown said...

Koi pun pergi..haritu...

Farah Kamarudin said...

ooooo. Puak kegahabak juga lah ni?

Anonymous said...

Assalamualaikum, mana nak dapat buku salasilah ni ye?

Farah Kamarudin said...

Waalaikummussalam.

Ada orang-orang tua dalam keturunan ni yang simpan rasanya. Pernah baca dulu tapi tak sempat nak copy.