An nyong ha seyo..
Kamarul Azreen Bin Kamarudin..
Sebaris nama yang aku tak akan lupa sampai aku mati pun. Suddenly aku terasa sangat-sangat-sangat rindu dekat insan ni.Insan ni abang aku. The one and the only brother I had since I know what world is. Orangnya sederhana tinggi,berbadan tak besar mana and berkulit gelap. Bagi aku,abang tetap paling handsome selepas my abah.
Telatah abang masih segar dalam ingatan. Aku percaya,bukan aku seorang yang alami perkara ni. The whole family turut merasakan yang sama. Tak percaya tanya aku. Hahaha..Abang suka buat lawak. Ada je idea lawak yang akan jadi perhatian kami dalam rumah.Memang tak kering gusi dibuatnya. Boleh keras perut menahan gelak.
Pernah sekali abang pakai tudung and berkain batik. Apa lagi,menjerit lah kita orang adik beradik. Siap berkemban tinggi lagi.Pernah jugak abang pakai helmet terbalik. Buat gaya ala-ala Robocop. Memang tak boleh blah! Oh,abang suka tiru gaya orang lain. Paling best kalau abang buat gaya adik ipar my abah,Pak Itam Tolek. Boleh gelak sampai pengsan. My ibu cakap,abang memang suka buat aksi tu since he was a kid.
Tapi kalau time abang marah,jangan lah ditegur kalau tak nak terkena.Adik perempuan bongsu aku pernah kena. Siap kena sebat dengan batang paip. Masa tu aku tak ada dekat Karak. Aku dengar cerita tu daripada kakak aku pun buat aku gelak gile babeng.And kalau abang bad mood and sedang berkata-kata but tak dengar apa yang dikata,jangan lah harap nak suruh abang repeat balik apa yang dikata. Nanti abang akan jawab,"Sorry,tiada siaran ulangan."Siapa yang tak bengang kan? My ibu selalu kena.
But suddenly abang jatuh sakit masa bulan puasa tahun 2009. Leher abang membengkak. Doctor cakap tiroid. So,my ibu letakkan nila dekat leher abang.Tak disangka,bengkak tu membesar. Dengan sangat cepat! Semua orang pun terkejut dengan perubahan abang. My ibu cakap abang sempat berpuasa beberapa hari je. Sebab abang dah tak mampu nak puasa. But abang langsung tak mengeluh sakit. Abang diam je.
My ibu selalu ajak abang pergi hospital tapi abang taknak. Satu je jawapan abang," Pergi hospital operate mati,tak operate pun mati." So,kami semua diam je lah.Aku tak banyak habiskan masa di Karak. Aku belajar lagi that time. So,tak banyak yang tahu and alami dengan abang. Just dengar cerita daripada kaum family.Oh,abang dah tak pernah tidur dalam bilik. Abang tidur bersandar depan tv. Senang katanya tengok family lalu lalang.
Abang macam tahu-tahu je masa kepergian dia. Satu-persatu petanda ditunjukkan dekat my abah. Maybe jugak abang tak tahu kut.
Mula-mula abang bagitau yang mata dah kurang nampak tengok tv. My abah kata maybe sebab sakit tu abang jadi rabun. Pandangan kabur.
Lepas tu abang bagitahu tangan dah kebas. Tak boleh nak merasa apa yang dipegang.And kaki pun dah sejuk and kebas. My abah diam je.
Sehari sebelum kepergian abang,rakan-rakan abang ramai yang datang melawat. Abang sangat-sangat happy. Semua orang pujuk supaya pergi hospital but he keep silent and smile. Rakan-rakan abang bagi kata semangat. Abang tetap tersenyum.Malam tu whole family disuruh picit kaki abang yang dah kebas. Aku tak ada untuk merasai semua tu sebab aku sibuk bergelut dengan exam. I'm so sorry..
5 September 2009..
Pagi-pagi abang terjerit-jerit panggil semua nama yang ada dalam rumah tu. Tapi tak ada seorang pun yang dengar sebab masing-masing lena diulit mimpi and kedinginan pagi. Kesian abang.Pagi tu abang cerita dengan my ibu. Abang cakap,"Abang panggil semua orang tapi tak takde yang bangun. Abang nak suruh picit kaki." My ibu just terdiam.
Abang minta dibawak ke toilet. Sakit perut katanya. So,abang mengengsot slow-slow sebab abang dah tak mampu nak berjalan. Adik lelaki paling bongsu jadi peneman.Dah selesai,abang suddenly bangun dengan sendiri. Abang tersenyum. Semua orang gembira dan bertepuk tangan. Abang melangkah perlahan ke depan tv.My ibu cakap abang nak baring atas riba ibu. Ibu izinkan and abang nyanyi lagu 'Tepuk amai-amai',macam budak-budak kecik.
"Ibu,t*** abang colour hitam bu."Berderau darah my ibu bila dengar kata-kata adik. My ibu tau itu petanda. Biasanya orang-orang lama lagi banyak pengetahuan daripada kita yang muda kan.My ibu pujuk lagi abang untuk ke hospital. Tak di duga abang setuju. Terus my ibu suruh kakak aku call ambulans. And pagi tu abang dibawa ke hospital dengan ditemani my ibu and kakngah.Adik lelaki aku just pandang dari tingkap bilik dia and air mata dah bercucuran.
Aku ingat lagi my ibu call tengah hari tu and maklumkan tentang kemasukan abang ke hospital. Bertanya sama ada aku akan balik ke kampung. Disebabkan exam,aku terpaksa stay.Tapi sedikit lega lah kan after tau abang dah masuk hospital. Alhamdulillah.. Akhirnya nak jugak abang menjejakkan kaki ke rumah puaka tu. Hahaha..
But panas tu tak selalu berpanjangan kan? Same as our story. Kegembiraan tu tak selamanya kekal. Doctor cakap abang tetap kena operate sebab kuman dah merebak. Actually abang bukan terkena tiroid but kanser kelenjar. My ibu setuju sebab maybe dengan cara tu abang boleh sembuh. Mudah-mudahan..Abang mintak dibelikan air kotak sebab haus tapi tak banyak yang boleh masuk ke dalam perut abang.
My ibu pangku abang atas permintaan dia. My ibu turutkan. My ibu usap kepala abang slow-slow. Dia bisikkan ke telinga abang yang dia dah halalkan setiap perbuatan abang,halalkan setiap titisan susu yang pernah abang minum masa kecil-kecil dulu. Abang tersenyum lebar. Matanya tertancap ke atas. Just senyuman yang ada pada wajah pucat abang memandang ke syiling hospital. My ibu menitiskan air mata. Abang mengucap and mengaji tanpa henti.Dia berpesan,"Ibu,jangan menangis and takut. Banyakkan bersabar." Abang pulak yang ingatkan my ibu.
Abang dah mula lupa. Dia tak ingat siapa my abah. Dia tak ingat aku kerja ke belajar. Dia lupa semua. Maybe sebab abang terlalu sakit so dia payah nak ingat orang sekeliling or apa yang terjadi sepanjang hidup dia.Yang menghairankan,langsung tak ada perkataan 'SAKIT' yang keluar dari bibir hitam abang memandangkan abang perokok.
My abah menuju ke toilet. Tak sanggup nak tengok maybe. Kakngah mengekor je dari belakang. My abah bagitahu kakngah,masa abang dah tak lama. Kalau boleh duduk dekat dengan dia. Kakngah terduduk and meraung. My abah menangis. Luluh hati seorang ayah bila tengok anak yang ditimang selama ni akan pergi tinggalkan dia. Tapi my abah tetap redha.
Petang tu masa aku baru balik dari bazar Ramadhan,my ibu call. Suara my ibu seakan-akan cemas. Perasaan aku bercampur baur. Kata-kata my ibu still terngiang-ngiang. " Balik lah de,abang dah nazak."Terasa sangat sejuk seluruh badan. Terketar-ketar aku melangkah balik ke rumah sewa. Time tu jam menunjukkan hampir pukul 6.45 petang. Terasa agak buntu. Mana nak cekau bas petang-petang macam ni kan? Itu yang bermain di fikiran.
Last-last aku call my ex bf, Awie dan suruh dia ambil aku kat rumah sewa. Tak sampai 20 minit,Awie sampai. Bila aku buka je pintu kereta,my ibu call. My ibu menangis teresak-esak. Aku dah dapat agak apa yang terjadi. Abang dah pergi tinggalkan kami sebaik sahaja azan berakhir. Aku just mampu tersenyum. Entah kenapa aku senyum pun aku tak tau.
Air mata hanya keluar after aku maklumkan berita itu kepada sahabat baik aku,Achik. Automatik air mata mengalir laju bila aku menuturkan ayat keramat tersebut. Terasa sangat kosong. Aku menangis gile babeng sepanjang perjalanan. Langsung tak malu kat Awie and Awa yang tengah tengok aku menangis macam budak kecik. Peduli lah kan. Tapi aku janji,aku tak nak menangis depan my abah and my ibu. Aku kena kuat!
Sampai je kat hospital,yang ada just Pak Itam (adik my abah) aku. My abah,my ibu and adik beradik yang lain still dalam perjalanan (sebab insan ni meninggal dalam ambulans masa OTW ke Hospital Temerloh. So,kakngah and adik perempuan aku naik kereta dengan ex bf kakngah. My ibu and my abah naik kereta berasingan.) Pak Itam bawak aku pergi bilik persediaan jenazah. Agak menggigil badan aku time tu. Sedih bercampur terkejut.
Bila masuk je,aku nampak sekujur badan berselimut putih atas tray. Aku tau tu abang. So aku bukak kain yang tutup muka abang. Muka pucat and mata tertutup yang aku nampak tu buat aku hampir nak pengsan. Sumpah aku tak percaya tu ABANG. Aku peluk pinggang dia. Aku cuba tahan air mata dari jatuh sebab aku taknak air mata aku yang jatuh tu akan kena abang and sakitkan jenazah abang. Aku cium perlahan dahi abang. Sejuk! Tak macam selalu,panas. Aku memang selalu cium dahi abang setiap kali aku nak balik KL.
Aku berhenti menangis bila my ibu masuk. Aku kena kuat. Aku peluk bahu my ibu kuat-kuat. Kesian my ibu. Dia dah terlalu banyak lalui kehilangan. Mula-mula ayah,kemudian mak,pastu satu-satunya adik yang dia ada (my ibu dah sebatang kara) and sekarang her son! Terlalu banyak kepahitan yang my ibu telan. Ibu,bersabar lah okay. Seingat aku,banyak kali jugak ibu pengsan.
Then my abah pulak yang masuk. Mula-mula aku still dapat control lagi emosi aku. My abah peluk kepala aku. Satu je ayat yang my abah cakap buat aku failed tahan air mata. My abah cakap."Ya Allah,anak aku." My abah menangis. First time aku tengok my abah menangis macam tu. Sayu!
Aku keluar,nak bagi chance dekat my abah and my ibu duduk lama-lama dengan abang. Aku nampak adik-beradik aku yang lain. Kakngah dah tak bermaya. Adik Paiz and Syira pun sama. Aku peluk dorang kuat-kuat. Cerita kakngah :
Abang dalam ambulans otw to hospital Temerloh. Dalam ambulans,abang mintak nak solat tapi doctor cakap abang tak berkemampuan. Abang diam. Tak lama lepas tu nafas abang terhenti. Kakngah menjerit-jerit suruh ambulans berhenti. Doctor datang and buat CPR. Kakngah duduk dalam kereta ex bf dia memandangkan Abang Roy,Abang Heri and Syira escort dari belakang. Then abang kembali bernafas. Syira pergi ke ambulans nak make surekan tapi dia cakap abang dah tak ada. Apa lagi,berguling-guling lah dorang menangis. Then patah balik ke Bentong. Doctor call ibu bagitau even kakngah tak bagi. Abah stop tepi jalan and menangis. Ibu hampir pengsan.
Jenazah abang dibawak balik after Maghrib. Dah ramai yang berkumpul dekat rumah makteh,adik perempuan my abah. Kami baca Yassin beramai-ramai. Kawan-kawan abang ramai yang datang. Semua menangis. Abang memang sahabat yang baik. Satu kampung turut menangisi pemergian abang. Kami kaum family lagi lah.
Aku jaga abang sepanjang malam. Aku nak tebus balik masa-masa yang aku tak dapat sepanjang dia sakit. Aku takde chance langsung nak jaga abang dulu. So,aku ambil keputusan berjaga sepanjang malam. Lagipun memang aku tak boleh tidur langsung. Maybe sebab aku terlalu sedih. Aku tinggalkan abang sekejap dengan Abe Zu,tokey kedai makan depan rumah sebab aku nak ambil Abang Ayep,anak angkat my ibu. Lepas tu aku setia berteleku di sisi abang.
Abang dimandikan pagi tu. My abah,adik Paiz,pakcik-pakcik and cousins aku sendiri yang mandikan abang. Dorang cakap sangat senang nak mandikan abang. Kemudian abang dikafankan. Bacaan Yassin tak putus-putus. Muka abang seolah-olah tersenyum. Bahagia dia ke sana.
Aku tengok my ibu terkulai layu dalam pelukan mak anjang,adik perempuan abah.
Aku diam membisu.
Abang dibawa naik ke dalam van jenazah ke kubur. Time tu aku hampir meraung. Aku siap cakap."Jangan bawak abang!" Aku langsung tak sedar aku cakap ayat tu. Yang aku tau,kakngah pujuk aku.
Aku follow ke kubur. Yang peliknya,bila aku jejak je kaki kat kubur,air mata otomatik stop. Ajaib kan? Kuasa Allah!
Aku tengok sendiri jenazah abang dimasukkan ke liang lahad. Semua orang nak sambut abang. Pokde Nuar,adik tiri bongsu my abah merangkap kawan baik abang join kat bawah. Sedia maklum,Pokde Nuar seorang yang kurang upaya. Kaki dia tak berapa nak okay. Tapi disebabkan dia semangat,dia sambut jugalk dekat bawah. Pokde Nuar,bukak ikatan kepala abang. Aku nampak muka abang. Putih berseri. Dia tersenyum lebar. Subhanallah,kuasa Allah tak siapa yang menduga.
Bila tanah terkambus,aku tau abang akan meninggalkan kami terus. Selama-lamanya! Tapi ingatan kami dekat abang langsung takkan terpadam.
Aku masih ingat abang selalu teman aku buat assignment setiap kali aku balik Karak. Abang pun sibuk-sibuk lah buat report kerja dia. So sweet..
Abang tetap abang aku sampai akhirat. Abang kepada adik-adik dia yang lain. Walaupun tanah memisahkan kita,kami selalu rasa abang ada dengan kami. Ingatan ni tak akan padam!
LOVE U ABANG!!!
Petanda-petanda pelik tentang abang
1. 2,3 bulan sebelum abang sakit,kakngah terbau benda wangi dalam bilik abang. Bukan bau perfume tapi bau macam bau air bunga mawar. Normal bagi kakngah yang memang dianugerahkan Allah benda-benda tu. Memandangkan bilik abang memang agak berbau(bilik bujang biasalah kan),kakngah jadi sangat-sangat takut. So,dia tepis perasaan yang kurang enak tu.
2. Sebulan sebelum abang pergi,my abah tengah mengaji. Time tu my abah baca surah Yassin. Tiba-tiba satu rumah bergelap dalam masa kurang dari 2 minit. Hati abah terdetik kuat tapi abah buang jauh-jauh.
3. Makcu Godi,adik bongsu abah terdengar bunyi orang koyak kain kapan. Dia pun dapat keistimewaan macam kakngah jugak.
4. Adik Paiz banyak kali dengar bunyi burung yang sangat jarang dapat dengar. Aku pun tak tau nak describe macam mana. Adik Paiz cakap,setiap kali dia dengar bunyi burung tu,confirm akan ada orang meninggal.
5. Makteh mimpi gigi patah. Orang tua-tua kata,itu petanda akan kehilangan saudara-mara. Wallahualam..
6. Aku tercium bau kapur barus dekat rumah sewa aku pagi sebelum abang meninggal. So,itu petanda dia kan?
Yang ajaib
1. Sehari sebelum abang meninggal,dia pusing satu kampung melawat kawasan. Dia siap pergi tengok kubur sekali. Macam tau-tau je kan.
2. Abang ada bela anjing kat tempat kerja dia. Kira guard dia la. Nama anjing tu Jaga. After abang meninggal,anjing tu pun hilang tak dapat dikesan.
3. Sehari selepas abang dikebumikan,my ibu rasa bahu dia dicuit masa tengah mengaji. My ibu tau,abang yang mencuit.
4. Sebelum subuh pagi Syawal,my abah macam terdengar abang menggerakkan my abah. Kata abang," Abah,abang nak balik dah ni. Abah tak nak bagi abang bekal ke?" Abah menangis.
#HugsLove
~ aku darah anak malaysia ~

4 comments:
Al-Fatihah.. T_T
Tq Nad
~~ tak penah lupakan arwah yang suka membebel... =) walaupun sekejap,tapi byk kenangan kami bersama2 masa belajar dulu...
Abg memang sgt suke membebel. Sambil membebel,sambil garu kepala. Pastu buat muke sampai senget2 mulut. Dasar mak-mak. Haha.. Rindu nk bergosip dgn abg!
Post a Comment