Awesome Followers

4 January 2012

~~ 10 perkara lelaki benci perempuan ~~

An nyong ha seyo..


Hari tu aku list kan 10 perkara perempuan benci lelaki. Hari ni aku listkan pulak 10 perkara lelaki benci perempuan. Bagi kaum perempuan,tolong take note. Jom!


1. Penipu
Ni aku rasa normal bagi kedua-dua belah kaum. Ada ke orang suka orang yang menipu. tapi kalau perempuan yang menipu,nampak sangat buruk kan? So,please jangan menipu. Sekali menipu,sampai kiamat pun dah susah nak percaya.


2. Kaki bebel
Pot pet pot pet.. Kalau boleh 24 jam nak membebel. Kalau setakat berborak tu tak apa. Ni tak,kalau boleh semua nak di komplen. Ada je yang tak kena dekat mata dia. Ish,rimas la!


3. Boros


Asal gaji je,confirm duit gaji akan disalurkan kepada tabung kebajikan shopping dorang. Kalau boleh,1 mall nak dibeli. pantang sale,cepat je dia alert. Sehari sebelum gaji lagi dah inform nak shopping. Hahaha...


4. Busibody
Ni dah macam internet bergerak. Semua benda nak ambil tahu. Kadang-kadang dia lagi cepat daripada siaran radio. Pastu habis canang satu negara. Ehem..ehem..


5. Pengotor
Jenis pengotor ni memang sapa-sapa pun benci. Kucing pun tak nak dekat. Kalau nak suruh mandi,memang liat. Kalau boleh 3 hari tak mandi pun takpe. Jenis takut air. Bau badan tak payah cakap lah kan. Hacchuummm..!!!


6. Terlalu modern
Fesyen dekat badan semua up to date. Lifestyle pun dah sama dengan mat salleh. Nampak open gila-gila. Tapi kak,lelaki kurang suka la. Back to basic okay. Asian woman!!


7. Mengongkong
Itu tak boleh,ini tak boleh.. Jadual harian semua WAJIB bagitau dia. Sape call,sape meseg pun kena laporkan. Nak keluar dengan kawan-kawan kena bawak dia. Kalau tak dapat ikut,siap suruh adik ikut. Perghh.. Kongkongan tahap maksimum tu. Ada ke lelaki yang suka?


8. Tidak boleh berdikari sendiri

Semua benda nak harapkan orang. Memang payah lah kalau nak suruh duduk berjauhan. Takut tak boleh hidup. Ladies,FYI,lelaki suka perempuan yang berdikari okay..


9. Terlalu keanak-anakan


Lelaki suka perempuan matang. Just kadang-kadang je bersifat manja dan keanak-anakan. Bukan lah setiap saat nak melentok manja. Pastu asyik layan kartun je. Tidur pun kalau boleh dengan mak abah lagi. Bila nak besarnye kak?


10. Tidak memahami
Ni yang penting. Lelaki suka perempuan yang boleh faham apa kehendak mereka. Tahu apa yang mereka inginkan. Paling penting,jangan sesekali melarang @ menegah benda yang mereka suka buat macam memancing atau bersukan. Selagio benda tu tak memudaratkan,biarkan mereka..


Ni 10 perkara yang aku pernah janjikan untuk disenaraikan dalam entri lepas. Tapi yang paling penting,lelaki suka perempuan yang boleh terima diri mereka seadanya. Boleh terima keluarga mereka dan sayang keluarga mereka. Lelaki paling benci perempuan yang tak boleh hormat orang tua terutamanya ibu mereka sendiri dan kaum keluarga mereka. Sekian.. 


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

No comments: