Awesome Followers

18 July 2017

PENAT

Pernah tak korang rasa penat nak hadap kehidupan harian korang? 
Sekarang ni aku rasa macam ni tau. 
Entah lah. 
Rasa hilang motivasi diri. 
Hamboih kemain ayat.

Rasa macam, 'Thats it, I'm done!'

Tapi nak done macam mana? Arghhh!

Maybe sebab aku stress dengan kerja aku. 
Yes, memang sangat dah ni.
Rasa macam nak lempar semua yang ada and tidur sepanjang hari.
Oh man, best gila.

Ish.
Tak baik sebenarnya mengeluh tapi aku ni manusia biasa.
Kennnn.

Okay lah.
Nak meratap dalam mimpi.

Night chuols!

10 July 2017

MARI LAH BERBORAK D WAKTU MALAM KELAM PETIR BERDENTAM DENTUM

Hai korang.

Haih, lamanya tak update. Last update bulan April. Now dah July. Dah tiga purnama chuols. Hang Tuah pun dah pergi-balik Melaka-China dah pun kalau kena gayanya ni. Kah!

Actually busy sangat lately. Kadang sampai tak ada masa dengan anak-anak. Sobs. Sedih kalau ingat. Ni pun tadi settled tidurkan kedua-dua orang heroes tu ha. Baru dapat update tanpa rasa bersalah.

Sejak aku punya masa kerja flexible ni, kerja sebenarnya makin bertambah okay. Ingat tak dulu aku ada update macam best kerja masa flexible ni? Mohon lah jangan terpedaya. Bertambah stress adalah.

Selain kerja-kerja akaun kilang aku tu, aku kena hadap lagi tiga akaun syarikat boss aku. Kau bayangkan betapa aku makin gila dengan nombor. Dia punya dateline tak beringat. Macam kes latest. Ni untuk akaun dobi Cleanpro boss aku. Dia bagi aku segala tok nenek file on Tuesday last week. Dia nak benda tu complete on Friday, the same week. Boleh bayangkan tak macam mana penderitaan aku? Hahahaha. 

And minggu ni dia nak akaun untuk kilang aku complete for audit year 2017. Ohemgee. Tahap stress aku ni dah boleh buat aku pergi gunung Kinabalu lepas tu gelongsor turun sambil jerit-jerit angkat tangan tinggi-tinggi. Mana nak handle hal kerja lagi, nak handle hal anak lagi. Ohmai. Memohon ketabahan alam semesta sangat.

Sunan pula jenis dah pandai complaint segala benda. Bila aku dah start buka laptop, dia akan bebel. "Mama ni asyik kerja je." Kesian dia. Rasa terabai agaknya. Pernah sekali tu dia cakap macam ni kat aku; "Mama asyik kerja je. Rehat lah. Nanti mama mati." Tak tahu lah nak berbangga rasa dihargai or menangis kesentapan. Kahkahkah.

Don... Yang ni pun satu hal. Nak melekap je. Selalu aku balik awal dari office, aku akan settle kan dulu semua hal rumah. Memasak, membasuh baju, menjemur baju, melipat baju, mengemas sikit-sikit. Lepas dah settle semua, baru boleh ambil dia dari rumah pengasuh. Kalau tak, sepanjang aku buat semua kerja rumah tu, dia akan melalak meraung macam kena dera. Siap package sedu sedan meratap hibaaaaaa. Pasrah mak kau ni nak.

Disebabkan rasa stress, aku bantai pi cari kerja lain. Habis segala jenis pekerjaan yang sesuai aku isi and sent resume or cv. Lantakkan sana. Sampai ke Kuching Sarawak pun aku applied. Yang tu kerja kerajaan. Kalau ada rezeki, adalah. Sampai begitu sekali tahap tekanan kerja aku ni ha. Mula-mula boleh handle, lama-lama rasa loser. Dah jadi hamba kerja rasanya. Dulu kemain nasihat laki sendiri jangan dok hambakan diri dengan kerja. Sekarang rasain. Kepala otak asyik ke situ je.

Eh, selamat hari raya korang. Baru raya ke 15 eh? Aku pun tak mengira dah raya berapa hari. Sebab aku punya raya sampai raya ke 6 je. Once balik Kuala Selangor and start kerja, makanya raya tamat. Hahahaha. 

Raya tahun ni aku balik Karak sehari awal. Dengan anak-anak, adik perempuan and Pakyai (cousin aku) je. Aku pick up Pakyai kat LRT Gombak then berdesup balik Karak ikut jalan lama sebab highway jamned. What do u expect bila dah petang raya macam tu? Idok lah rajin nak hadap berejam. Ikut jalan lama, sempat berbuka dengan family aku. 

And macam biasalah, raya aku punya job was memasak. Hoih senang kerja aku. Tak payah fikir nak sinsing lengan baju basuh pinggan. Hahahaha. Seronok. Buka PakGoog then pi market cari barang. Lepas tu berperang kat dapur. Siap, ada orang tukang hidang. Habis makan, ada orang tukang kemas. Kah!

Aktviti merendek tanpa tujuan ke Pasarayaku and lepak mamak masih diteruskan tanpa skip ye. Memang acara tahunan tu. Kalau tak buat, rasa macam raya tak lengkap. Selebihnya, merentuh kat rumah. Beraya pun ada lah dalam 6 buah rumah sepanjang raya tu. Okay lah daripada tak ada langsung.

Baiklah, nak berdodoi lelapkan mata. Mana tahu esok bangun-bangun ada seguni duit tepi tilam. Terus jadi CEO tak payah kerja. Vehrangan lah kau fara.

Assalamualaikum.


14 April 2017

NOSTALGIA PETANG

Kan aku dah cakap. Asal petang je aku ni mudah terimbau hal lama. Ampun lah perangai Fara ni ha. Hahahaha.

Semua gara-gara kawan sekolah plus kawan sekampung yang shared gambar tadika dengan baju merah belang biru kat tepi. Pattern zaman aku yang lahir tahun 80an. Tapi tak tahu lah lepas dari tu still pakai baju macam tu. Or dah tukar warna biru. And bergerombolan lah kami ni balas-balas comment antara satu sama lain. So kenangan tok kaduk mula lah tercedok sorang sikit. 

Aku start masuk tadika kemas masa 4 tahun. Makteh aku pernah cerita, orang lain menangis bila kena hantar pada hari pertama. Meraung tak nak kena tinggal. Tapi aku relax je halau makteh aku balik masa tu. Hoih, kongajo sangat rasa. Hahaha. Masa kecil, aku, abang and kakngah duduk dengan makteh. Memang bersemangat aku nak ke sekolah. Tu masa kecil lah. Masuk menengah, tengok kedatangan tahunan sangat sendu okay. Nak pula lepas duduk asrama. 

Dulu jalan wajib lalu nak keluar masuk dari kawasan rumah is jambatan kelabu. Ada je jalan lain tapi selesa ikut jalan tu. Dekat sikit and redup sebab kena lalu hutan nipis. Eh, ada ke hutan nipis? Hentam saja laaa. Masa aku kecil-kecil dalam 2 or 3 tahun, aku pernah jatuh kat jambatan tu dengan pak itam aku. Kami naik motor. Entah macam mana pak itam hilang kawalan, terbaring dalam paya. Yang hairannya, aku siap bergelak ketawa and suruh pak itam aku repeat lagi. Kahkahkah. Ingat pertunjukan sarkas ke. Dah lah time tu pak itam tengah demam panas. And aku selalu imagine anaconda keluar dari paya tu. Mula lah lari sepantas kilat rentas jambatan.

Kat kampung aku dulu ada seorang nenek yang bela lembu. Kami panggil dia wancu jah. Dia kuat melatah. Yang aku tak faham, kami semua takut dengan lembu dia. Lembu dia kemain garang okay. Entah apa yang dia dendam sangat dengan manusia tak tahu lah. Pantang ada orang lalu, laju je dia nak kejar. Boleh tercirit. Masa raya pernah kena kejar dengan lembu dia. Aku dengan sepupu sepapat berjemaah terjun paya. Habis kotor baju raya cantik iols. Sobs. Padahal tak pakai warna merah pun. Motif sangat bagitahu tak pakai warna merah.

Masa mengaji paling seronok. Berlumba-lumba nak habiskan muka surat. Berlumba-lumba nak khatam. Dulu aku ada sorang musuh mengaji, Asmawi nama dia. Sebaya je. Aku ni, entah lah, maybe anugerah, boleh cepat tangkap apa yang makteh ani (guru mengaji) ajar. Aku khatam quran pun masa darjah 2. So bila Asmawi ni datang duduk kat kampung tu and mengaji sekali dengan aku, dah berlumba siapa nak khatam sekali lagi. Kalau kat kelas masa darjah 2, ustazah selalu suruh aku tengok-tengokkan kawan-kawan mengaji iqra'. Ustazah tu pula makcik aku. I is redha. Sekarang ni nak habiskan satu surah pun malas. Shaitonnnn banyak sangat ni.

Seronok aih kalau ingat zaman kanak-kanak. Tak habis sehari nak bercerita. Oh please, kenapa cepat sangat membesar ni??
*mohon lempang diri sendiri*

24 February 2017

INTERVIEW HARU BIRU

Hi korang!

Semalam aku cuti. Motif bagitahu? Hahaha. Best woih perasaan dapat cuti masa hari bekerja.

Sepatutnya semalam ada appointment Don kat Hosp. Sungai Buloh. Nak check darah dia untuk thalassemia ape jadah nak eja tu. Sebab masa aku mengandungkan dia, aku pembawa. Tapi disebabkan tak ada kenderaan, tak dapat nak pergi. Lain kali lah.

Kereta aku tu, dua-dua tak boleh pakai. Yang satu tu, lepas accident terus tersadai. Malas nak betulkan lagi kata beliau. Yang satu lagi, minggu lepas terbakar kat tube minyak. So tak boleh nak jalan. Start boleh. Takut yang iye nya. Beliau nak betulkan pun tak ada masa. Kerja makin menimbun (alhamdulillah). Ikut kan aku, aku hantar workshop je.

Kebetulan semalam aku ada interview kerja pukul 2.30 pm. So elok sangat lah aku cuti. Sementara nak tunggu interview, aku ajak anak buah beliau yang Tasha tu pergi beli barang untuk candy buffet wedding cousin beliau merangkap bff aku tu esok. Berdesup naik motor ke Kuala Selangor. Bab berjalan is nombor satu. Hahaha.

Dah almost 2pm, tiba-tiba decide tak nak pergi interview. But beliau paksa juga. Pinjam kereta bff beliau kejap. Tempat interview tu kat Burger King. Seingat aku BK just ada kat Sungai Buloh Kuala Selangor. Aku angkut lah Sunan, Tasha, Ayu and Mawar sekali. Sampai sana, dorang tak ada lagi so kami order makan.

3pm, dorang call aku. Tanya aku otw ke apa. Aku cakap lah dah sampai. Terkejut dorang. Dorang kata dorang ada kat BK tapi tak nampak aku. Aku tanya balik BK mana. Dorang kata BATANG BERJUNTAI!. Kau rasa? Masa bila BK ada kat sana entah. Dari Sg. Buloh tu nak ke BB dalam 25mnt ++ . Tapi aku cakap dalam 15mnt aku sampai.

Bergegas kami ni kemas makanan yang dah order tadi. Sumpah kelakar kelam kabut. Cair make up aku ye. Start enjin, pecut terus. Dalam hati dok ulang, its okay. Benda bagus selalu lambat. Kahkahkah. Sunan pula macam biasa membuas. Sambil drive sambil berleter lah aku ni.

Memang 15minit je ambil masa. Sendiri geleng kepala. Sampai sana terus hilang debar. Penat punya pasal agaknya. Sunan membentak nak ikut. Lantakkan. Mujur ada Ayu yang temankan. 

Pasal interview, malas nak cerita details. Macam biasa lah tanya itu ini. Luckily, dorang friendly gila. Sunan dok panjat merengek kat aku pun, dorang macam okay. Tapi dalam hati entah lah gamaknya. Hahaha. Settle semua, balik. Penat tak payah cakap hoih.

Sampai rumah, mandikan Sunan, bagi susu terus terbongkang dia tidur. Hujan lebat pula tu. Ambil Don pula. Bagi susu, sama lah terbongkang nye dia tidur. Lepas tu mati kutu layan tv tak ada siaran. Biasa lah, astro.

Last-last aku buat turkish delight secara senyap. Takut terbangun dua orang hero tu, hapah pun tak jadi. 

Eeiiii, tazabarrrr tunggu esok!

17 February 2017

DEMAM DAN SERAM YANG TAK ADA KAITAN

Hi korang.

Tengah demam plus selesema. Kepala berat nak tidur je tapi mohon menangis kesepian kerana kerja tengah banyak. Ni pun melencong sikit online and update blog yang suam ni.

Al-kisahnya, start dari Sunan lah pembawakan demam ni. Dia yang start selesema batuk bagai. Lepas tu rasa kesian gila, malam je meracau. Siang elok je dia jadi ultraman bagai. So kalau aku cakap kat orang yang Sunan tengah demam, sah dorang tak percaya. Dia tu demam ke tak demam ke, sama je lasaknya.

So pagi semalam masa dia bangun tidur, aku kiss mulut dia. Yes, bau air liur basi anak sangat nyaman okay. Cuba kau cium mulut orang dewasa yang ada air liur basi. Pengsan woih. Haha. Masa kiss tu aku niat doa, Tuhan pindahkan demam dia sikit ke aku. Aku main cuba je. Sebab kesian sangat. Makan pun tak lalu.

Entah lah.

Kuasa Tuhan kan. Doa seorang mak barangkali. Sampai office jadi seram sejuk. Kepala jadi berat and start sok sek sok sek. Semalam memang aku lemau gila. Balik rumah, siap makan malam bagai, pukul 10 dah tidur. Kalau tak, selagi tak tengah malam, dok lah tengok tv tu. Sunan pun aku paksa tidur. Menangis mamat tu kena paksa. Kah!

And hari ni sama je kejadian nya. Rasa nak tidur jeeee. Pening lalat. Jenis pening yang tak berapa kuat tu tapi kau rasa tak selesa kat kepala and mata. Faham ke idok? Mohon faham sendiri lah ye.

Semalam masa kat office, aku tak perasan pun yang aku tinggal sorang-sorang. Boss aku yang Kian Yoong tu keluar kejap. Si Ahso kerani tua tu pun entah ke mana. Kereta tak ada. 

Belakang office aku ni, ada office untuk big boss yang datang seminggu sekali tu je, store, meeting room, toilet boss and hall untuk duduk-duduk lepak (aku tak pernah duduk lepak pun). Kira bersambung je lah dengan ruang office aku ni. Yang pisahkan kitaorang just hallway tapi still berbumbung yang sama.

Tengah ralit buat kerja, aku dengar orang berjalan lalu lalang kat hallway belakang ni. Jenis macam seret kaki tapi laju-laju jalan dia. Aku tahu tak ada orang pun kat belakang tu so aku buat diam. Malas nak layan. Kebetulan Maghrib 15/02/2017, pintu belakang rumah aku yang kat dapur tu kena gegar/ketuk dek entah sapa-sapa. Bila aku buka, orang yilek. Angin je ada. Pagar elok je berikat kunci. Lantakkan sana. Rupanya sampai ke office dia usik.

Si Ahso ni pulak semalam buat kecoh pasal almari kat lab terbuka luas. Dia tanya aku ada tak aku masuk lab and buka kan almari tu. FYI, kunci lab tu dia je yang ada. So dia je ada access ke situ. Aku jawab lah tak ada. Dah jadi misteri kat situ. Hahahaha.

Okay lah, nak sambung buat creditor ni. Kian Yoong nak tengok 0.00 masa end of financial year nanti. So gigih aku jadi akauntan tak bertauliah ni and menyiasat segala bagai invoice and payment.

Bye korang.


11 February 2017

MIMPI

Dulu masa aku umur 12 tahun, aku dapat satu mimpi ni. And sejak dari malam tu, aku boleh dikatakan kerap dapat mimpi bukan yang sama tapi orang yang sama.

Okay, macam ni gambaran mimpi and orang dalam mimpi tu ;

Ada sorang lelaki dewasa, pakai kemeja lengan panjang warna pink and lengan kemeja tu dilipat sampai siku, berseluar slack hitam. Dia datang jumpa aku dengan proton Satria warna kelabu. First time dia datang jumpa aku, masa aku tengah leka main bawah pokok manggis kat rumah makteh.

Dia gelarkan diri dia Abang Shahrul. And konon aku ni adik dia. Hahaha. Agak lama dia teman aku main masa tu. And dia minta diri nak pergi and janji dengan aku akan datang selalu jumpa aku. Dia pergi naik ferry. Kahkahkah. Celah mana ada laut kat Sempa tu? Paling bangang is aku menangis teresak-esak tak bagi dia pergi. Bangun tidur pun still menangis lagi. Sampai basah bantal.

Percayalah.
Sampai aku besar dah kahwin and ada anak ni pun, abang tu akan datang dalam mimpi aku.

Selalunya dia akan datang masa aku tengah struggle nak hadap benda-benda penting macam exam or test yang tiba-tiba. Pesanan dia setiap kali is, "jangan gentar. Tuhan ada"
Always.

Masa abang aku meninggal, dia datang and pesan jangan sedih. Hoi, gila tak sedih bila darah daging kau sendiri dipanggil Illahi? 

Aku tak pernah bercerita dengan sesiapa even adik beradik aku. Confirm kena gelak and bahan sepanjang zaman. Sebab aku pun anggap mainan tidur je. 
Lantakkan sana.

Tapi malam tadi, sejak aku bersalinkan Sunan and itu jadi yang last dia muncul, dia datang balik. Still baju yang sama (tak ada duit gamaknya nak beli baju baru). Panjang pesanan dia. Sampai saat aku menulis ni, terngiang-ngiang setiap ayat yang dia katakan. Cukup lah kalau aku share-kan sedikit ;

"Jangan simpan marah. Jiwa tambah luka. Tuhan sentiasa ada. Biarkan."

Itu sahaja.


10 February 2017

#THROWBACK

Entah lah.
Sejak akhir-akhir ni banyak sangat memori datang bertimpa-timpa.
Kadang tengah makan pun kau boleh terfikir benda 5,6 tahun lepas.
Tengah termenung lagi lah. LOL.
Almaklumlah, tempat kerja adalah tempat yang sesuai untuk mengelamun dek kerana nan hado kerja yang nak dibuat.
Eh, ada je sebenarnya tapi disebabkan kilang nak tutup, semangat nak bekerja keras tu pun tertutup.
Boleh gitu? Kah!

Teringat waktu bujang dulu. 
Waktu kerja as insurance advisor under AmBank kat Kuantan.
Seminggu sekali pergi sana 2/3 hari.
Bukan lah ada yang best sangat pun kat sana.
Entah.
Just rasa macam berbunga hati bila ingat. Hahahaha.

Kerja kat MBSB.
Ugh.
Macam malas nak ingat.

Okay kita skip.

Teringat waktu repeat subject kat kolej dulu.
Berulang dari Karak - KL - Karak setiap hari.
Menyusur jalan dari Perhentian Pekeliling and tunggu bus no.10 (kalau tak silap) kat depan bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tu.
Maybe sebab suasana tu petang.
Rasa damai even hirup pikuk kota menerjah gegendang telinga.

Travelled sorang-sorang pergi Ganu.
Ah.
Ini yang paling aku rindu.
Menghabiskan masa dengan pemandangan.
And paling tak boleh blah menahan hadas kecil dari Hentian Putra sampai ke Jabor kalau tak silap.
Adoi lah.
.
.
.
Entah lah.

Maybe sebab kebanyakkan suasana yang aku teringat tu terjadi waktu petang.
Waktu sentimental bagi aku.
Sebab waktu petang juga pernah merenggut gembira seisi keluarga.

Sebab tu masa cuti, kalau boleh aku tak nak habiskan masa petang dalam rumah.
Segala macam atok nenek kenangan datang bertandang.
Which is sangat tak selesa bagi aku.
End up - - Menangis.

24 January 2017

TAK ADA GANG!

HAPPY NEW YEAR KORANG!!!
**Gila lembs tahun ni masuk forum **

Tajuk kau, sesuatu sangat. Hahaha. Awal-awal tahun dah meroyan tak ada gang. Kah. Bertabahlah duhai jiwa.

Jenis aku, ke mana aku tercampak, selalunya akan dapat kawan. Jarang lah jadi lone ranger ke, kera sumbang ke, apa ke. Even lah tak ramai sebab aku jenis lambat warm up, tetaplah dapat seketul dua. Tapi biasanya seketul lah. Jarang aku dapat 5 kawan serentak. Gitu.

Masa sekolah rendah, aku kawan dengan kengkawan sekelas je. Itu pun tak semua yang aku boleh get along. Homangaih, sedih nya perjalanan hidup berkawan kau. Hahaha. Lantakkan sana. Aku dok fokus dengan jadual kartun aku je dulu. Mampu? 

Sekolah menengah macam dah dapat hidayah nak berkawan ramai. Maybe sebab ramai kawan yang sekepala dengan aku. Jenis gila main redah segala even kau pengawas sekolah. Pun tak sedar diri gila kuasa. Kahkahkah. Mesti ramai yang benci aku dulu. Hampuuunnnn.

Form 4 aku pindah sekolah. Masuk asrama. Mujur ada sorang bff yang masuk sekolah sama dengan aku. Kalau tak, aku rasa orang tak tahu pun kewujudan aku. Aku suka menyendiri. SANGAT MENYENDIRI. Jarang kau dapat tengok aku melepak borak-borak ramai-ramai. Boleh kira tau berapa je yang 'rapat' dengan aku. Tak sampai 20 orang tau. Itu pun kawan dorm and kawan sekelas. Sobs.

Masa kolej, aku rasa lagi tenat keadaan sosial aku. Memang saaaaangaaaatttt sikit kawan sekolej. Aku kawan dengan budak rumah and budak kelas. Budak kelas tu means kalau sem ni aku ada kawan yang boleh 'masuk', aku kawan sem tu. Kalau sem depan, tengok lah macam mana pergi dia. Pernah sampai satu tahap aku tak berkawan langsung dalam kelas. Kau rasa? Teruk nau nau perangai aku.

Nak kata aku pendiam, macam tak. Sebab once aku dah kenal rapat, mohon tadah telinga and jiwa dengan kebangangan aku. Non-stop bercerita kalau rasa perlu. Eh. Hahahaha. See, kau rasa ada yang faham pe'el aku? 

Jujur lah, aku tak pernah ada gang yang boleh aku borak-borak sentiasa even dalam messenger and whatsapp. Aku tak ada group kengkawan yang share segala benda. Hari ni aku masak ni. Hari ni anak aku buat ni. Hari ni yada yada yada. TAK ADA. Kalau aku on FB, aku go through je and kalau ada status/post kengkawan yang menarik, aku comment or like. And percayalah, group whatsapp aku just group family aku yang sama sengal dengan aku tu. Dulu ada lah group rakan sekolah, lepas tu ghaib. Mana entah perginya. Ditelan zaman gamaknya.

Aku berkawan dengan adik-beradik and sepupu sepapat. Dengan dorang kita automatik jadi diri sendiri. Tak ada hipokrit bagai. Relax. Kau nak carut, nak hamun, silakan. Sentap mohon terjun sungai. Gitu kekdahnya.

Ada lah juga member yang rapat tapi tak ada lah sampai create group bagai or chat or lepak or sembang 24/7. Time raya kita beramah mesra lah. Kahkahkahkah. Nokharom betul perangai. Mohon lah jangan kecam aku berjemaah. Aku tak kuat okay. 

Kat tempat kerja ni lagi lah. Bulan lepas ada lah juga member lepak and borak bila boring ngadap kerja. Ni sekarang tinggal aku dengan ahso sengal ni je. Aku ngadap kau, kau ngadap aku. Kau maki aku, aku carut kau. Bergaduh bertekak mulut tak payah cakap. Mujur penumbuk tak singgah muka dia je lagi ni. Hahahaha.

Balik rumah gang dengan anak je lah. Mujur Sunan kadang-kadang gigih dengar aku bercerita and joint aku borak. Kadang-kadang lah. Selebihnya dia suruh aku jadi raksasa manakala dia Ultraman. Muka aku ni hodoh sangat ke macam raksasa? Cis.

Hurmmm, okay lah. Mujur komputer ni tak boleh bercakap. Kalau tak mesti dia caci aku dok mengadu domba kengkonon hidup sengsara tanpa sahabat. Eh.