Awesome Followers

11 February 2017

MIMPI

Dulu masa aku umur 12 tahun, aku dapat satu mimpi ni. And sejak dari malam tu, aku boleh dikatakan kerap dapat mimpi bukan yang sama tapi orang yang sama.

Okay, macam ni gambaran mimpi and orang dalam mimpi tu ;

Ada sorang lelaki dewasa, pakai kemeja lengan panjang warna pink and lengan kemeja tu dilipat sampai siku, berseluar slack hitam. Dia datang jumpa aku dengan proton Satria warna kelabu. First time dia datang jumpa aku, masa aku tengah leka main bawah pokok manggis kat rumah makteh.

Dia gelarkan diri dia Abang Shahrul. And konon aku ni adik dia. Hahaha. Agak lama dia teman aku main masa tu. And dia minta diri nak pergi and janji dengan aku akan datang selalu jumpa aku. Dia pergi naik ferry. Kahkahkah. Celah mana ada laut kat Sempa tu? Paling bangang is aku menangis teresak-esak tak bagi dia pergi. Bangun tidur pun still menangis lagi. Sampai basah bantal.

Percayalah.
Sampai aku besar dah kahwin and ada anak ni pun, abang tu akan datang dalam mimpi aku.

Selalunya dia akan datang masa aku tengah struggle nak hadap benda-benda penting macam exam or test yang tiba-tiba. Pesanan dia setiap kali is, "jangan gentar. Tuhan ada"
Always.

Masa abang aku meninggal, dia datang and pesan jangan sedih. Hoi, gila tak sedih bila darah daging kau sendiri dipanggil Illahi? 

Aku tak pernah bercerita dengan sesiapa even adik beradik aku. Confirm kena gelak and bahan sepanjang zaman. Sebab aku pun anggap mainan tidur je. 
Lantakkan sana.

Tapi malam tadi, sejak aku bersalinkan Sunan and itu jadi yang last dia muncul, dia datang balik. Still baju yang sama (tak ada duit gamaknya nak beli baju baru). Panjang pesanan dia. Sampai saat aku menulis ni, terngiang-ngiang setiap ayat yang dia katakan. Cukup lah kalau aku share-kan sedikit ;

"Jangan simpan marah. Jiwa tambah luka. Tuhan sentiasa ada. Biarkan."

Itu sahaja.


No comments: