Hi korang.
Tengah demam plus selesema. Kepala berat nak tidur je tapi mohon menangis kesepian kerana kerja tengah banyak. Ni pun melencong sikit online and update blog yang suam ni.
Al-kisahnya, start dari Sunan lah pembawakan demam ni. Dia yang start selesema batuk bagai. Lepas tu rasa kesian gila, malam je meracau. Siang elok je dia jadi ultraman bagai. So kalau aku cakap kat orang yang Sunan tengah demam, sah dorang tak percaya. Dia tu demam ke tak demam ke, sama je lasaknya.
So pagi semalam masa dia bangun tidur, aku kiss mulut dia. Yes, bau air liur basi anak sangat nyaman okay. Cuba kau cium mulut orang dewasa yang ada air liur basi. Pengsan woih. Haha. Masa kiss tu aku niat doa, Tuhan pindahkan demam dia sikit ke aku. Aku main cuba je. Sebab kesian sangat. Makan pun tak lalu.
Entah lah.
Kuasa Tuhan kan. Doa seorang mak barangkali. Sampai office jadi seram sejuk. Kepala jadi berat and start sok sek sok sek. Semalam memang aku lemau gila. Balik rumah, siap makan malam bagai, pukul 10 dah tidur. Kalau tak, selagi tak tengah malam, dok lah tengok tv tu. Sunan pun aku paksa tidur. Menangis mamat tu kena paksa. Kah!
And hari ni sama je kejadian nya. Rasa nak tidur jeeee. Pening lalat. Jenis pening yang tak berapa kuat tu tapi kau rasa tak selesa kat kepala and mata. Faham ke idok? Mohon faham sendiri lah ye.
Semalam masa kat office, aku tak perasan pun yang aku tinggal sorang-sorang. Boss aku yang Kian Yoong tu keluar kejap. Si Ahso kerani tua tu pun entah ke mana. Kereta tak ada.
Belakang office aku ni, ada office untuk big boss yang datang seminggu sekali tu je, store, meeting room, toilet boss and hall untuk duduk-duduk lepak (aku tak pernah duduk lepak pun). Kira bersambung je lah dengan ruang office aku ni. Yang pisahkan kitaorang just hallway tapi still berbumbung yang sama.
Tengah ralit buat kerja, aku dengar orang berjalan lalu lalang kat hallway belakang ni. Jenis macam seret kaki tapi laju-laju jalan dia. Aku tahu tak ada orang pun kat belakang tu so aku buat diam. Malas nak layan. Kebetulan Maghrib 15/02/2017, pintu belakang rumah aku yang kat dapur tu kena gegar/ketuk dek entah sapa-sapa. Bila aku buka, orang yilek. Angin je ada. Pagar elok je berikat kunci. Lantakkan sana. Rupanya sampai ke office dia usik.
Si Ahso ni pulak semalam buat kecoh pasal almari kat lab terbuka luas. Dia tanya aku ada tak aku masuk lab and buka kan almari tu. FYI, kunci lab tu dia je yang ada. So dia je ada access ke situ. Aku jawab lah tak ada. Dah jadi misteri kat situ. Hahahaha.
Okay lah, nak sambung buat creditor ni. Kian Yoong nak tengok 0.00 masa end of financial year nanti. So gigih aku jadi akauntan tak bertauliah ni and menyiasat segala bagai invoice and payment.
Bye korang.
No comments:
Post a Comment