Awesome Followers

26 November 2013

Kebiasaan Ini Semua

dalam keluarga aku,keluarga PAKCIK KAMA ditekankan di sini ye. ye lah,awak dah ada 3 keluarga kan. kena lah kita ni menekankan mana yang patut. gittew.
keluarga Pakcik kama memang suka kalau nak berak ke,nak kencing ke,nak makan ke,nak tidur ke,nak mandi ke,mesti akan cakap. contoh macam ni...

" Nak kencing lah ."
" Mandi lah. "
" Nak shopping lah. " * okay,hak ni bohong. kalau shopping sendiri-sendiri diam je. haha!*

gitu la kekdah nya kami-kami ni. 
dah biasa sangat macam ni.
tapi bila kami semua ingat balik lepas tu,berdekah-dekah ketawa.
even tak pasti langsung kat celah mana kelakarnye mendalah tu. pfftttt.

so,dijadikan cerita,disebabkan dah terbiasa gini,selalu terlepas cakap dengan anak buah keluarga belah mertua ni. tadi dengan Ayu.
selamber je budak ni jawab,
" Pergi je lah. "
ok fioneeeeeeeeeeeee...
ittew nak anje-anje je kan. *juling*

lepas tu,Ayu cakap...
" Ayu selalu jugak tercakap macam Mak Uda ni kat mama dengan ayah. ayah buat selambe je tapi mama jawab..........................................


" PERGI JE LAH. BUKAN MAMA YANG BASUH BERAK KORANG."

hahahahahahahahahhahahahahaha!

25 November 2013

Macam-Macam Perasaan!

semalam aku dapat satu novel dari Nana. memang aku ada mintak la nak pinjam. sekarang memang aku rajin kemain baca novel. sehari satu novel. sampai Asya pun kagum.
ada riak di situ. mari lah buang jejauh. hahahaha!
serius,novel tu memang sedih melampau.
selama ni aku baca Sunan je boleh buat meleleh air mata.
tak sangka novel cintan-cintan gini pun buat air mata nak cepat mengalir.
tak mengalir lagi ok,sempat cover. ego sangat!

cerita dia tentang suami yang selalu abaikan isteri. dia sayang and cinta sangat isteri dia tu yang dulunya driver dia. jangan heran. memang gitu jalan cerita dia. isteri tu jadi driver si suami ni before jadi isteri.
tapi biasalah orang kaya,busy aje manjang. nak keluar jenjalan dengan bini pun kemain payah.
bila bini nak keluar berjalan sensorang,dia tak bagi. cemburu hoi.
lepas tu disebabkan adik and bekas tunang laki ni masuk dalam hidup dorang and buat fitnah macam-macam,laki ni maki bini dia then cerai.
ok,malas nak cerita pepanjang. sila cari sendiri and baca. tajuk dia CINTA KAU DAN AKU.
gambar depan ada kasut converse hitam and cap kuning. 

lepas tu kat tv semalam cerita hindustan ada cerita BIWI NO.1.
salman khan and karisma kapoor. memang favourite even abah nyampah sangat dengan salman khan yang sasa ketak-ketak tu. motip sangat!
cerita tu plak pasal suami yang curang dengan isteri dia lepas tu tak nak balik rumah.
anak-anak pun dia macam taknak jumpa.

hei la,semua cerita pasal isteri kena tinggal.
sensitip ittew ni au. ittew pun cenggitu jugak.
okay lah sebab beliau kena kerja. dah seminggu lebih tak balik. kena stay kat Langat.
takpe,hati kan dah kental. takmo nangis2 bagai kennnn.
even dalam hati rindu tak menahan rasa nak jerit satu donia je.

petang tu dalam pukul 5 lebih,tengah aku syok-syok golek baca novel yang lagi sikit nak habis tu,ada satu tangan nak bukak tingkap rumah. aku cecepat bangun even dah tahu sangat gerangan tangan siapa kah ittew.
bukak je pintu,ini muka ala manyak sinyum. tak de dah simpan-simpan.
melompat tergedik depan beliau. aww,surprise okay.
ittew dah la ghindu 18jutamillionlemon tau!
terus je beliau ajak jenjalan pepusing macam dolu-dolu tu. eceh,macam berkurun sangat tak jenjalan gitu.

tapi tapi tapi.....
pukul 10 malam camtu beliau dah kena balik ke Langat semula. nak nangis tapi tak boleh tunjuk depan beliau.
nanti beliau susah hati. terus taknak pi kerja jejauh lagi. takmo takmo.
kate tahun depan nak beli rumah sendiri. kena gigih la kerja. kennnn...
so,aku hantar lah pemergian beliau dengan senyuman paling lebar yang pesetik kat beliau. siap flying kiss berganda lagi. pergi la sayang...

malam tadi mimpi yang masyaAllah sedih sampai bnagun pun teresak-esak nangis. mencik gini.
lately memang rajin mimpi yang sendu sedan ni. pembawakan over.
aku mimpi beliau nikah satu lagi. akad nikah plak kat rumah aku.
pakai baju akad nikah kami dulu. perempuan tu pun pakai baju aku. hey la!
lepas tu beliau buat muka tak kisah ke aku. tak ke @#*&^%$^&^ tu.
hai la badan............



21 November 2013

Mimpi Yang Hilangkan Selera Makan Nasi!

abah selalu pesan,kalau mimpi buruk diamkan aje. tapi kalau dah namanye perempuan,cepat je nak share dengan semua orang. baik hati sangat ni. pfftttt..
seriously,memang mimpi aku tu menakutkan. lagi seram daripada cerita hantu ke hape. 
lagi seram daripada cerita Highland Towers tu.
tapi tak tertanding seramnye kes budak kena sorok kat Villa Nabila tu. hahahaha!
okay over tapi MEMANG SANGAT SERAM BAGI AKU.

mimpi dia macam ni........

kat area kampung kuantan ni ada satu acara marathon. hak ni pengaruh cerita Coklat Marathon yang duk main 2,3 kali kat tv tu.
aku and ipar-duai aku pun join lah sekali.
yang kelakar nya,DS Najib Razak pun ada. pakai baju warna merah. 
serius tak menahan.

so,setiap kali ada sukan or whatsoever kan,mesti ada makan-makan.
ada lah gerai-gerai sepanjang jalan tu.
ada kehepsi,kedai buah,pizza,bla bla bla..
semua FREEEEEEEE!
tak memasal KFC and Pizza pun free.
dah nama pun mimpi. dia main masuk ikut sedap je kan.

so,aku pilih kedai buah. entah kenapa tak terliur pun nak jamah coleslaw or kentang lenyek tu.
padahal awak memang hantu benda tu.
akak buah tu bagi aku buah nenas.
dah letih sangat,aku telan je lah.
separuh jalan aku makan tu,aku macam tersedar. cepat-cepat aku muntah kan balik.
tapi kan dah macam terlambat. dah ada yang masuk perut.
serius macam terasa-terasa dia hiris yang dalam perut ni.
aku pun berlari ke tandas.

tengok-tengok je dah berdarah. dah gugur.
meraung tak hengat rasanye time tu.
aku minta tolong orang tapi tak siapa nak peduli sangat.
dorang macam... "oh,gugur? hummmmm"

aku terus terbangun daripada tidur. terkesan. terasa.
memang hilang selera aku nak jamah makanan berat hari ni.
Ya Allah,takutnya. 




14 November 2013

Tisu Sangat!

lately aku mudah sentap. sangat mudah okay.
biasa sangat hati ni. lembik kemain. sebelum ni gagah perkasa je kan. oh!
maybe pembawakan anak kut. ada kemungkinan ke??

contoh sentap aku :

beliau balik lambat sikit,sentap.
beliau lambat jawab call or berkali-kali call x angkat or fon off,sentap.
perut lapar tak tahu nak makan ape,sentap. *ini realiti even over*
tak dapat beli karipap sardine cik kam yg sedap tu pun sentap.
lepas tu mula air mata ni nak mengalir lelaju. 

hei,kau dah kenape farah??
ngadesssssss!!!!!

so,beliau macam dah agak faham ketisuan hati aku ni lately.
mohon lah faham kalau tak nak aku meraung sambil hentak-hentak tangan.
hentak tangan je pun yang mampu. nak hentak lain takut sakit. gittew.

jadinya,aku ambil pendekatan yang mudah untuk hilangkan aura-aura sentap tisu bagai aku ni adalaha dengan.............

-
-
-
-
-
-
-
-
 TIDUR!

ada yang nak sentap dengan peel aku tak??



29 October 2013

Hari-Hari Yang Risau!

sedia maklum,suami iols SELALU kerja luar kawasan.
means,luar dari kawasan Kuala Selangor ni.
terkadang Shah Alam.
terkadang Port Klang.
terkadang Ulu Langat.
terkadang Karak.
terkadang Gua Musang.
terkadang Melaka.
okay,terlalu banyak terkadang. phewwww!
tapi memang SANGAT JARANG ADA DEKAT-DEKAT SINI.

jadi,bila beliau pergi kerja,hati aku akan berdebar sepanjang masa.
kalau beliau berdua,aku fine fine aje. berteman.
ni hak bila beliau sorang-sorang.
nak-nak pulak datang angin beliau nak naik motor.
bertambah dengan hujan bagai. licin kan.
kemain jantung aku tahap nak berstapler. RISAU!
selagi beliau tak mesej cakap dah sampai,tak senang duduk.

time beliau balik kerja pun aku akan otomatik jadi macam tu.
dalam hati menghitung pelbagai kemungkinan kalau beliau macam agak lewat dari masa yang sepatutnya.
bukan suka-suka nak pikir -ve ke hape kan,SEMULAJADI.
dah lah beliau selalu gerak time nak malam. gelap.
beliau bawak berhemah pun *iyekan aje*,belum tentu orang lain akan berhemah jugak.

so,hari-hari memang jadi cabaran buat hati.
silap-silap haribulan aku dapat sakit jantung.
asyik nak risau je.



28 October 2013

Alahai!

orang paling excited pasal kemengandungan aku ni kalau ikut rasa aku,makteh aku.
adik perempuan abah aku.
gila excited!
siap plan memacam untuk cucu sulong dia ni.
ye la,even ada Zarra and Mika,kiranya aku ni dianggap anak kandung dia dah.
so anak aku ni nanti cucu sulong dia lah.

ibu aku kata,makteh aku nak buat macam-macam.
lenggang perut or erti kata lain,doa selamat.
or bahasa omputihnye baby shower.
aku macam,ok fioneeee. meriah gittew.

ada lagi satu majlis yang dia kata nak buat.
aku tak ingat plak majlis apenye.
tapi dia jugak lah nak sponsor.
iols ikutkan aje.

pak itam aku,adik abah aku,lagi lah.
dia tahu je aku pregnant,dia buat makan-makan.
siap keluar belanja banyak.
anak gadis kesayangan gittew. ouch.
ok perasan.

tapi serious..
semuanya dilimpahi dengan kesyukuran.
terima kasih!!!

23 October 2013

KECOH!!!

semalam dengan hari ni adalah hari kecoh kami berdua.
kemain lagi kan.

semalam dalam pukul 9 lebih gitu,aku nak masuk toilet.
hampir tergelincir nak jatuh tapi sempat paut pada pintu.
kalau lah aku jatuh,tak tau nak khabar la kan.
beliau punya bebel.
bla..bla..bla..
and aku serembehkan muka tanpa bunyi tapi bermaksud.....
"lantai tu yang salah."
sendiri cuai,nak salahkan lantai yang tak berdosa.
fioneee...

dalam pukul 3.30 pagi macam tu,aku bangun nak ke toilet.
beliau belum tidur lagi. sibuk ngadap game.
dalam mamai-mamai,aku ternampak la ada satu benda kecik atas lantai tapi bermata.
ape lagi,berlari tak cukup lantai gayanye.
"katak!!!!!"
aku rasa orang sebelah-sebelah boleh dengar.
beliau terus macam,
kau dah kenapa jerit-jerit?
but still beliau tolong halaukan katak tu.
siap suruh beliau teman ke toilet.
and katak tu beliau kurung dalam bilik belakang sebab katak tu lari masuk bilik tu.

pagi tadi,aku kemain malas nak kerja.
lepas tu konon mengadu dapatlah kesian dengan beliau.
jawapan beliau adalah.............
"taknak kerja,lepas ni tak payah kerja langsung. asyik datang tak datang je"
dush! tepat ke muka. dengan muka toye,bangun lah jugak.
dah siap,tegaskan kat beliau supaya buang katak tu sebelum pergi kerja.
nak jugak tunjuk protes.
huh!

20 October 2013

Aku Yang Tertabah

Kadang-kadang hidup ni,jalan ni,terlalu berat kan.
Terkadang rasa tak tertanggung. Rasa nak jerit.
Tak dapat makan pun boleh menangis.
Itu peel aku.
Tapi bukan sengaja aku mintak. Reflect.

Bila aku rasa lost,aku pandang perut aku.
Bukan sebab dia berlemak lebih ke apa okay. Even itu kenyataan sangat.
Aku pandang,aku tau ada senyawa yang tumpang di sini.
Yang selalu berharap aku kuat untuk dia.
Bukan untuk orang lain.

Kadang-kadang rasa macam nak pack semua baju and lari balik ke pangkuan ibu abah.
Sebab kat situ je aku rasa diri aku selamat.
Bukan kerana aku rasa tak selamat dengan suami. Sangat selamat.
Cuma instinct seorang anak yang merasa sakit.
Di depan dia orang aku rasa semua yang terbeban jatuh. Hilang.
Hanya menatap wajah.

Berada jauh,selalu seorang,banyak mengajar erti kuat.
Tambahan adanya yang sangat perlukan aku untuk cekal.
Andai aku diberi pilihan,rasa nak lena lama. Gittew.

7 October 2013

Gila Malas!

lately semua benda aku jadi malas. like seriously,kau dah kenapa Farah??
nak basuh pinggan pun kekadang nak kena fikir 18 juta kali. padahal benda remeh je.
so kena lah longgok dulu kat sink kumpul kekuatan nak basuh.
dulu aku tak macam ni pun okay. lepas makan WAJIB aku akan basuh secara automatik.
tak pernah nak miss basuh even sudu je pun.

baju...
lagi lah bertimbun dalam bakul kotor. ya Allah,kemain menyampah aku tengok baju-baju tu.
ye lah,rumah awak mana ada mesin basuh lagi.
paling koman pun aku akan rendam je baju tu dulu lepas tu kalau beliau balik,beliau akan offer diri nak basuhkan. bersyukur ada suami yang memahami.
lagipun aku memang tak boleh bau sabun basuh tu. busuk kemain. *alasan!*

paling aku rajin sekarang adalah....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

TENGOK TV!!!!!!

pukul 5 pm - 6 pm : Love Is Going (cerita cina)
pukul 7 pm - 8 pm : Curse of The Royal Harem (cerita cina)
CERITA WAJIB TONTON HARI-HARI!

entah kenapa aku jadi minat cerita bersiri cina ni. cerita melayu memang tak terjengah dek mata la kan. sorry to say lah. mungkin pembawakan. iye kan aje. 

memang orang mengandung ni pemalas ke hape??
hahahahahhahaha!!!!

17 September 2013

Bertuah Okay!

sekarang kalau jam dah sampai pukul 9 malam,jangan harap aku dapat nak jejak kaki ke dapur goreng telur ke,masak air ke,cuci pinggan ke ape. nak panaskan lauk untuk beliau pun tidak. sebab beliau akan halau aku duduk depan baring-baring tengok tv. kena berehat. awww...

bukan lah aku nak manja lebih ke ape kan. dah memang laki aku sangat prihatin. beliau takut aku letih melampau yang boleh jejaskan kandungan aku. memang sekarang aku cepat sangat letih and mengah. okay alasan pompuan malas. hahahaha..

pernah sehari tu aku duduk baring je.
beliau lah yang cuci karpet.
jemur karpet.
mop dapur.
basuh pinggan.
serius,terharu sangat. alhamdulillah.

bila malam,pinggan ada yang tak berbasuh,beliau yang basuhkan. lepas tu susun pinggan yang ada dalam penapis pinggan ke rak pinggan. 
kelentung kelentang lah bunyi dapur tu.
ada jugak aku jenguk-jenguk.
berwibawa je tengok perlakuan beliau.
*sila jangan jeles*

even beliau letih balik kerja,still layan jugak kerja rumah yang ada.
memang beliau layan aku bak princess gojes okay.
oh laaaaa...

14 September 2013

Kesian Dan Mimpi Yang Mohon Benar

assalamualaikum..

since aku berbadan dua,selera makan agak kurang. tak ada lah nak pelahap sangat makn ke ngidam ke ape kan. rasa agak lemah jugak badan tapi still tak duduk diam. boleh je ke hulu ke hilir macam tak mengandung.

suami aku plak yang melampau alahan beliau. demam. hilang terus selera makan. asyik letih 24/7. kesian tengok beliau. setiap malam minyak cap kapak WAJIB ada dengan beliau bila nak tidur. asal pening terus tenyeh. bila malam je bau minyak seluruh rumah. gittew.

bila dah pregnant ni,beliau memang tak bagi sangat buat kerja berat-berat. contoh. rumah aku tak ada mesin basuh. baru pindah kan. itu je yg tak ada lg. hujung bulan baru nak beli. beliau siap suruh aku basuh baju kat rumah mak. lahai. baju ada seciput. gile tak senonoh nak angkut ke sana. sebab aku pernah basuh baju pakai tangan. beliau punya risau plus bebel. comel je. aummm.

sebelum dapat tahu aku pregnant,beliau ada mimpi. beliau mimpi ada dua ekor anak burung dalam sarang yang cantik gile. semangat beliau gambarkan kat aku. okay,adakah itu petanda? alhamdulillah,memang pun. beliau siap harap anak kembar. sebab abah aku lahir kembar. mungkin sebab itu beliau yang beralahan teruk. okay tak kelakar.

harap sangat alahan beliau tu cepat hilang. biar aku tanggung takpe. tak payah aku kerja teruk sangat. hahahaha. statement pompuan malas. okbai.


12 September 2013

Selamat Datang!

alhamdulillah..
selepas 5 bln lebih dilempar pertanyaan bila nak berisi,hari ni aku boleh jawab dalam sebak yang haru,

" sekarang dah bla bla bla bulan."

manusia paling gile happy sampai tidur pun senyum,opkos suami aku. gile excited!
dia yang ingatkan aku bila nak makan vitamin (even ada yg pesan jgn makan sebab baby gemuk nanti). tapi kena telan jugak sebab tak nak beliau bebel. fioneee...

start motor pun dah kena dia yang start. tak boleh nak start sendiri. sebab penyetat dia kemain payah. sampai aku kena berdiri dulu baru pijak kekuat. tak ke boleh effect kandungan aku tu. bila beliau startkan,gile rasa macam boss. haha.

tapi sangat bersyukur sebab aku tak banyak sangat alahan or mengidam apa-apa. loya plus muntah pun memang sangat jarang. loya ada tapi muntah belum ada. alhamdulillah. tekak and badan ni macam faham yang beliau tak 24jam ada dengan aku. sangat bekerjasama. terkadang letih je yang mengundang. mengantuk kemain (padahal hari-hari pun mengantuk aje).

sekarang,hari-hari rasa macam bermakna. tunggu setiap detik yang datang dengan sangat excited. tak tergambar dengan kata-kata bila kita tahu ada satu nyawa lagi dalam diri kita. alhamdulillah.

kepada yang selalu mendoakan,terima kasih. 
kepada yang selalu bagi dorongan time aku down sebab asakan kenapa lambat,terima kasih.
kepada yang bagi nasihat itu ini,terima kasih.

kita sama-sama tunggu.

25 August 2013

Kena Tinggal Yang Memeluatkan. Apekah??

Assalamualaikum...

Maghrib yang Ahad. Alone. Sunyi kemain.
Serius 'mati'.

Suami outstation lagi since dua hari lepas. Ke Karak je pun tapi still dalam kategori outstation sbb jauh dati HQ Mourex. Dan-dan weekend nak kena pasang enjin bagai. Macam tak boleh tunggu weekdays kan. Enjin jalan pun bukan loji air langat fasa 2 tu siap onthespot. Oh kongajo sangat statement.

Since kahwin,memang giiiiileeeeeeeee banyak hari kena tinggal. Oh okay,awak jiwa kental. Apedehal kan. Gitu la kekdahnya aku melayan hati yang hakikatnya menjerit minta dibawak sekali ke hulu ke hilir. Pffftttt.

Tapi kali ni punya kena tinggal,terasa macam meluat kemain. Entah. Rasa macam menyampah sangat dengan jumbo besar gabak kat tunnel tu. Menyampah dengan Atlas Copco yang suruh beliau pergi. Gile mencik!

So,whole day ni,memadangkan hari Ahad yang cuti ni,aku perap diri dalam bilik. Keluar time nak makan and mandi and basuh jemur baju kemas rumah sikit-sikit je. Kau boleh nampak tak ketaksenonohan aku kat sini. Mujur mak mertua aku tak cakap banyak.

Cepat lah esok. Cepat lah Isnin. Cepatlah beliau balik.

15 August 2013

Kau Siapa? Dia Siapa? Kita Siapa?

Lately banyak sangat perang di media sosial.
Kau sokong tu. Aku sokong ni.
Kau bash aku. Aku bash kau.
Apa sudahnya?
Bertaki. Bergaduh. Memaki. Mengkafirkan.

Terbaru isu pergolakan di Mesir. Rakyat Mesir dibunuh secara terbuka dan berleluasa.
Baby.
Kanak-kanak.
Wanita.
Orang tua.
Orang Islam.
BERLELUASA!

MasyaAllah. Hebat ujian & dugaan mereka.

Jadi,dalam situasi sekarang ni,ramai lah yang berminat nak post kat facebook or twitter or whatsoever lagi media sosial yang ada. Melaporkan setiap kejadian. Aku tak terkecuali. Sama-sama nak share.

Bila ada yang post,ada yang comment. Oh tak apa nak comment. Memang ruangan comment tu untuk tujuan tu. Bukan tujuan memancing ye kan. Sekurang-kurangnya ramai yang turut mendoakan dan meng-amin-kan kesejahteraan rakyat sana. Sila. Sila.

Yang tak sedapp bila ada yang mempolitikkan situasi sana dengan politik di Malaysia. Aku macam...

"Hey,kau dah ngape hah?"

Bagi aku,Mesir,Mesir lah. Malaysia,Malaysia lah. Buat apa kau nak campurkan. Jarak pun jauh. Berjuta batu. Jauh okay. Saaaaaaangaaaaaattttttt jauh! Situasi kat sana memang tak ada kena mengena dengan politik Malaysia. Jadi,sila jangan usik. Letak tepi.

Kau siapa nak kata PM kita tak ambil tahu hal sana?
Kau siapa nak kata siapa yang ikut PM tu sama dengan je naik jadi zionis?
Kau siapa nak menidakkan akidah orang lain?
Kau siapa nak mengkafirkan orang lain?
DAH MAKSUM SANGAT??

Kau tahu ke PM tak ambil tahu hal orang Islam sejagat? Kau berkepit dengan beliau ke 24/7? Kalau ye,baru aku tabik kau. Mana kau tahu kalau-kalau beliau sendiri turun dahi cecah sejadah mohon keamanan bagi Mesir. Tak siapa antara kita yang tahu.

Makanya,kalau nak comment or post or segala bagai pasal isu keamanan sejagat Islam,jauhkan dari politik. Tak manis adik abang akak pakcik makcik. Tak seronok lah. Islam jangan dipolitikkan.

Dan jangan mengkafirkan atau mengyahudikan orang lain. Kamu pun tak jauh dah tu dari sifat yang dikhabarkan. INGAT,KITA BUKAN TUHAN.

** jom bersama-sama doakan keamanan bagi Mesir dan keselamatan rakyat mereka. Bagi yang terkorban,innalillah hiwainnalillah hirojiun. Amin."

9 August 2013

Kita Merancang,Allah Menentukan

Assalamualaikum..

Selamat hari raya!!!
Maaf kalau seandainya selama ni ada yang mengguris hati and perasaan korang *tipikal ucapan raya. Ahaks!*

Kemain tajuk. Tak boleh nak epik sangat dah kan. Nampak berilmiah sangat sekali sekala tak apa. Indah je mata nak menjelajah keseluruhan.
Nampak tak permainan dia??

Tahun ni,tahun pertama aku and beliau sambut Aidilfitri sebgai suami isteri. Terasa sangat dewasa ok. Gosokkan baju suami. Siapkan songkok suami. Betulkan butang baju melayu suami. Kasi stail rambut suami (yang ni rutin harian. Memang aku penggaya rambut beliau). Gittew.

Sebelum ni kan mana pernah. Awak buat segala untuk diri sendiri. Tak ada nye pepagi raya kau nak kecoh gosokkan baju orang lain. Nak pakai,gosok sendiri. Kejam tak? Kejam kannnnnnn. Itu penting. Kita bersiap lama!

Tahun ni as a plan,raya pertama kat rumah mak kuala selangor. Malam tu baru gerak balik karak. Raya kedua nak celeb bday zara mcm yang aku cerita entry lepas. Ok set. Plan memang dah cantik kemain. Tersusun rapi.

Kiranya pagi raya pertama tu kitaorang laki bini merayap lah dulu beraya rumah mak-mak sedara yang ada. Beliau ada 3 orang makcik (adik beradik mak) yang tinggal dekat dengan rumah mak. So sekali trip dah boleh setel lah gayanya. Zap zap zap,siap. Gitu la kekdahnya.

Last-last segala plan ke laut. Tersangat lah ke laut dalam nun di sana. Hapah pun tarak. Pajero rosak plus beliau kena standby untuk outstation ke gua musang. Makanya abah ibu yang kena ambil aku bawak balik karak. Pagi raya pertama (semalam) tu jugak. Beliau tak ikut.

Aku macam.......

"HEY,NI RAYA TAU TAK. RAYA! MANA ACI SORANG SINI SORANG SANA. TAK ACI!"

Nak tak nak,kena la hadap jugak. Takkan aku nak menangis hentak-hentak tanah kan. Beliau pun suruh aku balik beraya kat karak. Kendian beliau menyusul. Bila kendian beliau tu,tidak lah dipastikan bila.

Boleh kau bayangkan hati aku time tu macam mana? Aku tarik beliau masuk bilik lepas tu mengongoi la aku macam zara hilang puting dia. Buruk gila aku rasa. Tapi takpa,beliau tetap sayang *kedip mata*. Then,aku tinggalkan chanchan untuk teman beliau. Semoga dia boleh diharap.

Apa-apa pun,Allah ada jagakan beliau. Jagakan aku. Jagakan kami. Amin.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

27 July 2013

Anak Dara Aku Dah Besar Wei!!!!!

Cepat gile masa berlalu. Sedar tak sedar Mieya Ezzara almost two years tahun ni. Cepat membesar. Sobs sobs.

Actually,dia bukan lah anak kandung aku. Anak adik perempuan aku. Anak sedara lah kennn. Tapi,dia membesar dengan kami-kami ni. Dia panggil aku mama. Kakak aku dipanggil mummy. Ibu aku dipanggil bibu. Eh. Pelik nau bunyi tapi memang dia panggil gitu.

Gile tak sayang kat cekenit ni. Keletah dia boleh bikin pengsan. Kalau time dapat dia bercakap. Sila lah tadah telinga nak cuba fahamkan ulas butir bicara dia. Pelat woi!

Bila hati dia riang gembira,kita boleh suruh dia buat je pun. Ambil itu,ambil ini. Nyanyi. Joget. Dia selalu joget gangnam style and zapin. Okay,zapin tu tipu. Tapi aku selalu nyanyikan dia lagu Three Bears,korean punya lagu kanak-kanak. Siap ada joget mak ai. Dan pasti sangat dia akan tiru nyanyi plus joget.

Tapi kalau dia badmood,nak suruh suruh senyum nampak gigi pun kemain payah. Jangan harap! Nanti dia akan merengek cakap " nanakkkkkk... nanakkkkkk..." sampai kita yang give up. Paling koman pun kena lempang je dengan dia.

Raya ke dua ni nak celeb birthday dia on advance. Birthday betul dia 1/9. Sebab kalau celeb time raya lagi meriah kootttttt. Kot lah. Siap nak buat tema fairytale bagai. Walhal Zara ni ganas brutal kemain. Memakcik dia yang lebih kekdahnya.

Semoga Zara membesar jadi yang berguna. Tak bikin pening kepala huru hara. Jadi orang gile kaya. Boleh tumpang. Bhahahhaha.

Mama and odda sayang Zaraaaaa!

25 July 2013

Junko Furuta .... Yang Sadis!

Kenal dia? Maaf,aku pun tak kenal. Aku terbaca cerita dia dalam blog Sarah pasal gadis ni. Makanya terpanggil jugak nak menulis perihal dia. Kan,taknak kalah kan. Haha. Sebenarnya nak simpan untuk bacaan sendiri or untuk tatapan anak-anak bila dah ada nanti. Sebagai peringatan. Eceh kau. Berangan!
***** p/s : sila tabahkan hati jiwa bagai ketika baca *****
Siapa dia?
Nama mangsa : Junko Furuta
Umur mangsa ketika itu : 17 tahun
Masa kejadian : November 22, 1988
Tempat: Jepun
Kes beliau: diculik, dibunuh, dirogol dan diseksa selama
44 hari.
Motif dia diculik? Tak terjawab sampai hari ni. Cerita ni gile dah lama. Sebelum aku lahir lagi. Memang ketinggalan untuk aku tahu. Jadi,mari baca kisah penyiksaan dia sebelum mati. Day by day.....
Hari pertama(22 Nov 1988):
-Die diculik dan disimpan sebagai tawanan di dalam
rumah.Dan die dikehendaki menjadi gF pada salah
seorang lelaki durjana tersebut.
-Die dipaksa menelefon ibubapa die dan menipu
mengatakan die telah melarikan diri.
-Dirogol seanyak 400 kali.
-Diberi makan lipas dan minum air kencing
-Dipaksa masturbate
-Dipaksa bogel depan laki durjana tuh
-Dibakar dengan pemetik api (aku rase die di bakar
bahagian2 tertentu)
-Benda-benda asing dimasukkan kedalam vagina/
montot beliau.
Hari ke-11 (1 Dis 1988):
-Dipukul banyak kali hingga tak terhitung bilangannya.
-Muke die ditonyoh ke lantai konkrit dan dilompat.
-Tangan die diikat ke atas dan dijadikan tempat
'punching bag'.
-Hidung die penuh dengan darah dan die tak boleh
bernafas melalui hidung tetapi bernafas melalui mulut
sahaja.
-Dumbbell(alatan dalam gym) di jatuhkan di atas perut
die.
-Die muntah apabila cuba hendak minum air (perut die
sudah tak mampu untuk menerima air)
-Cuba untuk melarikan diri tetapi tak berjaya dan
hukumannya lengan die dibakar gune puntung rokok.
-Cecair mudah terbakar dituangkan ke atas kaki nya dan
dinyalakan api.
-Botol dimasukkan ke dalam montot die dan
menyebabkan montot die cedera.
Hari ke-20 (10 Dis 1988):
-Die tak berupaya untuk berjalan akibat dari kaki die
yang cedera teruk kene bakar.
-Dipukul oleh batang buluh
-Batang bunga ai dimasukkan ke dalam montot die dan
dinyalakan.
-Tangan die dihentam dengan pemberat dan kuku jari
die dipecahkan.
-Dipukul oleh batang kayu golf
-Batang rokok dimasukkan ke dalam vagina die pulak
-Dipukul dengan batang besi beberapabanyak kali
-Time tuh musim sejuk berlaku dan dipaksa tido di luar
kat balkoni
-Pencucuk sate dimasukkan ke dalam vagina dan
montot die menyebabkan pendarahan
Hari ke-30:
-Lilin panas di titis ke muke die
-Kelopak mate beliau dibakar gune pemetik api
-Ditikam gune jarum jahit baju di dade die
-Nipple kiri die dipotong gune playar
-Mentol lampu panas dimasukkan ke dalam vagina
-Pendarahan yang banyak disebabkan ditusuk gunting
-die tak mampu kencing dengan betul
-Luka die yang teruk menyebabkan die mengambil mase
sejam untuk turun tangga untuk menggunakan tandas
-Gegendang telinga hancur same sekali
-Size otak die mengecil same sekali
Hari ke-40:
Die merayu supaya dibunuh sahaja janganlahh seksa die
lagi.
Januari 1 1989:
-die mengucapkan Hepi New Year seorang diri.
-Badan sudah cacat
-Tak mampu bergerak atas tanah lagi
Hari ke-44 (Januari 4 1989):
-Lelaki durjana tersebut pukul die menggunakan barbell
(alatan dalam gym)
walaupun badan die sudah cacat abes
-Die berdarah teruk dekat mulut dan hidung
-Mereka telah meletakkan api lilin dekat muke dan mate
die
-Minyak pemetik api di tuangkan di kaki,lengan,muke
dan perut.Kemudian die di bakar.Seksaan die yang
terakhir selama 2 jam.
-Akhirnya die mati
*********************************************************
Kaum gadis wanita ladies semua,berhati-hati. Jangan jadi mangsa seterusnya. Jaga diri.

Minggu Lepas --- Semalam --- Hari Ini ....... Punya Cerita

Minggu Lepas :
Khamis lepas aku jadi wakil biras aku untuk duduk dengar taklimat plus beratur sikit punya panjang nak daftar untuk tender makanan kantin sekolah. Pukul 7.30 pagi aku dah bertandang rumah biras aku sebab katanya pukul 7.30 dah nak gerak. Awak pun ye ye je awal. Last last,pukul 8++ jugak keluar. Tipikal la tu.
Terus gerak ke bangunan belia dan umno Shah Alam. Gile ramai orang. Pestaim aku join mendalah gini. Kita orang biasa2 je. Bukan kontraktor ke hape ken. Sador diri ni. Pakai pun wedges cabuk kemain. Orang lain pakai cecantik angat. Pfffftttt...
Dah sampai,kena daftar. Ramai kemain orang yang nak dengar taklimat. Iye lah,ada rezeki dapat la ye dak. Masyukkkk kata biras aku. Mau tak masyuk. Boleh cecah juta2 profit dia. Kalau aku pun nak. Tapi apa kan daya. Mampu ke?????
Siap daftar,aku duduk dalam dewan. Muka mengantuk tahap mintak kena pijak dah rasa. Orang lain ramai yang datang bergang. Aku? ALONE. Gila kesian dengan diri aku sendiri. Mulut memang dalam sejarah,terkunci rapat. Then orang tu start bagi taklimat. Bla bla bla bla bla dan bla lagi.
Habis taklimat,kena beratur lagi. Nak ambil stamp SPP Negeri Selangor. Ramai lagi. Bertabah aje lah. Phewwww... Awak ni lah ketot omei angat je. Orang tak nampak. Ohpelisssss!
Semalam :
Semalam kerja. Kat workshop memang tak ada orang. Lampu pun just lampu ofis yang pasang. Tangan di pulak gatal kemain bukak youtube cerita hantu. Kau bayangkan.
Gila terasa orang duk perati aku. Tapi hati kental lagi tengok plak gambar budak yang meninggal kena tembak tu. Bertambah cuak jantung kite.
Tepat pukul 4.30 pm,lepas biras aku dtg sekejap then balik,aku pun blah. Gile nak tunggu lagi. Memang seriau!
Hari ini :
Malam tadi aku pi kedai. Balik tu,memang menonong je masuk rumah. Nak bedal eskem magnum punya pasal. Memang tak fikir apa dah. Lepas tu tidur. Pergh,gile huduh perangai.
Pagi tadi,mak ketuk puntu bilik. Mak tanya,
" beg duit ni memang dari malam tadi ke dalam bakul motor?"
Waaaaa.. Gile tak perasan. Cecepat cek duit. Alhamdulillah,satu sen pun tak bersentuh. Kebesaran Allah. Cuai!
** dapat tahu bedak TANAKA,MAIXARA and ada lagi produk kecantikan tak ada sijil KKM. AWAS!

17 July 2013

Rutin

terkadang yang selalu secara tak sengaja akan jadi rutin yang sengaja.
yang dulu kau tak pernah buat,gila malas nak buat,kau jadi otomatik buat.

contoh :

selama ni kau tak pernah nak bangun pagi kalau tak ada apa yang penting. bila dah kahwin,kau akan bangun untuk iring suami kau ke depan pintu sebab dia nak pi kerja.

tak miss pun.

*****

rutin yang seronok. rasa bersinar je pagi tu.
lepas tu kalau kau nak membuta balik ke apa,silakan.

dengan effort yang macam ni,suami jadi sangat semangat nak kerja.
lantak lah muka bini dia serabai jadah ke apa. kisah?
bini kau.
kalau nak dia bangun cantik-cantik macam jolie,beli kan lah beauty umaira ke kan.
pffffffttttttt.


dulu masa aku kerja,aku ada bos korean. Mr.Youn nama dia.
setiap pagi sebelum start waktu kerja,dia akan gosok gigi.
tak miss langsung. kitaorang perati je.
dalam hati macam,"PEHAL ORANG TUA NI? KAT RUMAH TAK GOSOK KE?"
ghopenya memang setiap kali lepas makan dia akan gosok gigi.
pagi.
tengah hari.
petang.
memang dia siap standby ubat gigi and berus gigi satu kat dalam laci.

*
*
*
*
*
*

rutin harian wajib aku.

1. bangun tidur,kejutkan suami.
2. tunggu suami siap mandi. sediakan baju bagai.
3. tunggu suami bersiap. dia bersiap ngalahkan perempuan. gila lama.
4. iring suami ke pintu. tunggu dia start pajero.
5. pajero tak boleh start,aku tolong tolak. ( ini tipu )
6. dah pastikan suami kerja,pergi mandi. berendam lelama. ( sangat lah tipu )
7. bersiap,buka lemari baju yang gila besar ada juta-juta baju. ( over tipu )
8. kerja.
9. malam nanti tunggu suami balik kerja plak.
10. shopping sakan. ( tolong lah percaya penipuan ini )

dulu tak ada nya aku nak berutin gini masa duduk kat karak.
sejak pindah ke kuala selangor ni je lah aku buat gini.
kalau dulu................
blufffffffttt....


16 July 2013

Dilema Seorang Aku

Dulu masa bertunang,semua sibuk pakat tanya bila nak kahwin.
Padahal baru sebulan dua je kut bertunang. 
Dah ada yang sibuk-sibuk nak tanya tarikh nikah plak. 
Awak ni mampu senyum. Takpe,dorang excited.

Bila dah nikah,masih berbunyi lagi mereka-mereka bila nak mengandung.
Nak pulak bila dah 4 bulan kahwin tapi masih tak mengandung or tanda-tanda tu ada kan.
Boleh plak dorang membanding tarakan aku dengan orang-orang yang bunting pelamin tu.
Lagi bertambah lebar senyum awak even nampak sangat payah.

Siapa tak nak merasa adanya nyawa dalam rahim ni kan.
Rugilah kalau perempuan yang dah berkahwin tapi tak nak langsung merasa.
Aku tergolong dalam kelompok perempuan berkahwin yang eager gila nak merasa.
Tapi Allah belum bagi lagi rezeki tu kat aku. BELUM.

Beliau lagi lah excited nak tunggu. Lagi lebih dari aku.
Kadang-kadang sedih tengok dia macam hampa setiap bulan even dia tak ketara tunjuk.
So kena bagi kata-kata perangsang and motivasi kat diri memasing setiap kali.
Itu je mampu kami buat. Belum ada rezeki Allah nak bagi.
Awal lagi ni pun. Jauh lagi jalan.
Ayat semangat paling buat hati tenang and boleh gelak-gelak balik.

Allah merancang sesuatu itu dengan sangat cantik.
Aku and suami selalu positif. Sangat positif.
Allah tak bagi kami anak kandung tapi Allah hadiahkan kami anak angkat.
Even tak duduk sama tapi mampu buat hati tenang bila teringat Mika.
Allah nak kami belajar dulu. Sikit-sikit.

Allah tak bagi aku anak sendiri tapi Allah bagi aku suami yang sangat memahami.
Yang memanjakan aku tanpa jemu. Setiap detik yang ada.
Yang bersama aku susah senangnya aku. Tak merungut.
Dia yang selalu ada menenangkan bila soalan-soalan gini dilemparkan.
Dia ada.

Jalan Allah itu luas.
Perancangan Allah itu indah.
Bersabar itu hasilnya manis.





Peluang

hari ini,tika ini,tika hati terasa nak terkeluar berlari,bertambah dengan rindunya dekat arwah abang.

setiap Ramadhan,terselit air mata kehilangan.
tanpa terlepas.
kerana di bulan barakah ini dia disahut bertemu pencipta.

andai diberi peluang. peluang yang selalu diminta. tipikal kita.
ingin sekali tubuh itu dipeluk. merasa kehangatan terakhir kali sang abang.
ingin benar dahi itu dicium. agar dia tahu kasihnya aku kepada dia.
ingin lihat senyumnya dia.
tawanya dia.
marahnya dia.
SEMUA ITU ANDAI.

damai lah kau. 
kau abang yang satu-satunya.

Al-Fatihah.

13 July 2013

SONTOT!

Korang tahu ape itu SONTOT?
Sontot tu ketot plus chubby.
Ini laki aku punya bahasa nak gambarkan aku.
Kongajo kan?
Takpe,iolls terima dengan red-doooooo.
Sontot-sontot ni jugak yang dia suka.
Cinta rindu bagai. Pfffttt..
Sila muntah.

Entah mana dia dapat idea nak panggil aku gitu entah.
Nak kata aku pendek nau,macam tak. 
151cm tu kira tinggi la jugak kan.
Melebihi paras 150cm kira okay la.
Maaf mana yang tinggi kurang 150cm.
Sila usaha lagi.
Pergh,berlagak nak mampus.

Chubby tu ye. Sangat lah kan.
Nak sampai tahap gemuk pun ada ni. Dah makan je lepas kahwin ni.
Salah dia jugak. Paksa-paksa aku makan bagai.
Ce bagi dorongan supaya aku ni mampu mengawal pemakanan.
Dia lah ni punca semua yang tersontot ni.

AKU SONTOT COMEL OKAY.
KORANG?
hahahahahahahahahahahahhahahahaha


11 July 2013

Selamat Hari Lahir Seorang Kakak Yang Hebat.

Selamat hari lahirnya kakak aku yang satu-satunya.
REENA KAMARUDIN.
Dia yang pertama ajar aku cara mem-belog. Yang tolong buatkan,tolong hiaskan. Yang tolong aku yang tak tahu apa bendanya blog alah ni.
Terima kasih.
Dia kakak yang hebat!
Kalau rasa tak ada topup,duit kering,message je dia. Berdesup kredit masuk. Kita cakap nanti bayar. Walhal. Buat-buat lupe je. Bila dia Mintak,kita buat dunno. Nanti dia diam. Hebat kan kesabaran tu. Haha.
Banyak hebatnya nak aku cerita. Kang aku cerita berjela menyampah plak orang nak baca. Dia plak bertambah hebat kembangannya. Maka,tak payah nak berhebat sangat menulis betapa hebatnya dia. Pffttt..
By the way. Dia selalu ada dengan aku no matter what. Susah senang suka duka gelak nangis bagai. Dia ada.
Kalau ada masalah,tak tahu nak rujuk siapa,dia ada. Aku luahkan even dia tak berapa membantu. Aku lega.
Kalau ada masalah duit,dia tengah berduit,Mintak je. Kompem dapat. Dia ada.
Dia selalu ada mengembalikan keanak-anakan aku yang terkadang hilang. Sebab dia ada sifat tu selalu. Dia ada.
Semua perihal,dia ada.
Cengeng. Kaki sentap. Berdikari. Berani. Gagah.
DIA ADA.
Selamat hari lahir kakakku yang satu-satunya.
KAU SELALU ADA.
SEMOGA KAU SELALU ADA UNTUK KAMI-KAMI YANG ADIK INI. SEMOGA KAU HIDUP BAHAGIA. SEMOGA KAU DILINDUNGI SELALU. SEMOGA ALLAH SELALU ADA DENGAN KAU. SEMOGA KAU HIDUP BERATUS TAHUN LAGI. SEMOGA!

10 July 2013

Puasa Yang Pertama - Banyak Pertamanya.

Selamat berRamadhan!
Alhamdulillah,datang lagi tahun ni.

Tahun ni,Ramadhan aku banyak yang pertamanya. Gilos banyak. Seronok aku kira banyaknya yang pertama. Okay over.

Kali pertama aku sambut puasa sebagai seorang isteri kepada Mohd Akemar Bin Abu Bakar. Sebelum ni sambut puasa sebagai tunang orang,tak banyak beza daripada ber-single. Ye dak?
Ini pertama yang pertama-tamanya.

Ramadhan tahun ni aku sambut jauuuuuuhhhhhh dari ibu abah paiz kakngah syira semua. Memang sebelum sebelum ni masa aku sekolah and belajar pun jauh tapi hak kali ni,sejak dah tiga tahun ni,aku kan duduk dengan dorang je. So memang tak miss puasa dengan dorang. Berbuka pun sama-sama. Sendu.

Tadi aku masak. Haaa.. Memang yang pertama kali. Sebelum ni ibu masak. Tak pun main tunjuk kat bazaar je. Nak itu nak ini. Lauk memang berjenis atas meja. Banyak banyak sedap mata mandang. TAPI! Hari ni aku mampu masak dua lauk je. DUA LAUK JE TAU!

Berbuka tanpa kuih!
Dulu gile banyak kuih time berbuka. Sampai tak termakan. Lompat tikam. Cek mek molek. Keria. Ah sedak ah sedak ah. Hari ni,pertama kalinya aku tak nampah kuih pun depan mata. TAK ADA. Tak ade la lepas makan cekup keria terus ke ape. Nehi.

Kurma dah memang wajib time berbuka kan. Percayalah. Aku berbuka tanpa kurma. Memang pertama kali. Dah tak dapat ikut satu sunnah Rasulullah hari ni. Esok make sure ada kurma.

Paling gile yang pertama-tama,aku berbuka berdua je dengan mak mertua. Sunyi. Senyap. Krik krik je dengar. Masing-masing tunduk hadap nasi. Kalau kat rumah abah,bising kemain kat meja. Riuh. Bercakap sambil makan. Cot cet cot cet. Siap. Tak sedar dah habis makan. Tadi,nak habiskan sepinggan nasi pun rasa lama. Haih.

Dan hari ni aku berbuka tanpa suami. Tak sempat nak balik sebab outstation ke Nilai. Okfioneeeeee.

SELAMAT BER-RAMADHAN!

5 July 2013

Perati

Aku suka perati orang. Gila kau suka. Tapi orang tak boleh perati aku.
Gitu kekdahnya perangai.
Tapi tahap perati aku tak lah kronik nau.
Takde lah sampai dok tenung muka orang tu lelama.
Ataupun seploh minit orang tu depan aku,seploh minit aku perati.
Oh sangat lah tak berkenan.
Setakat perati gitu-gitu tapi berisi.
Faham?

Sejak aku tolong akak ipar aku ni,pelbagai lah orang yang datang singgah.
Tua,muda,kecik,besar,hitam,putih,gatal,diam.
Semua pesen ada. Boleh singgah tengok.
Join perati sekali dengan aku.




4 July 2013

Yang Manja Itu Aku

Masa kecik aku bukan lah anak yang bapak gila manja tahap hentak-hentak kaki kalau tak dapat benda yang aku nak.
Or yang asyik berkepit dengan abah ibu 24/7.
Sangat lah tidak.
Sejak baby aku dah duduk dengan mak saudara aku.
Makanya,adalah kemungkinan untuk aku dimanja oleh makteh dan pakcu dan pak itam.
Kemain adalah. Padahal.

Aku berada dalam kategori berdikari.
Aku nak,aku buat.
Duduk asrama. Jauh sikit dari family.
Dah biasa. Even pernah menangis nak balik masa memula dulu.
Masa memula jeeeee...

Then sekarang aku dah kahwin.
Seriously,AKU SANGAT LAH MANJA DENGAN BELIAU.
Memang pakar merengek sejak kahwin ni. Kalah Mieya.
Kalau nak satu barang tu,nak jugak.
Sila lah jangan cakap tidak.
Memang aku muncung tahap boleh ukur jalan.
Mohon lah cuba kennn.
Beliau ni plak jenis tegas tak tentu hala. Time dapat tegas lah.
Kalau tidak,dia lagi lebih merengek. Mencik.

Paling tak boleh blah,beliau selalu belikan aku mainan.
???????????????



28 June 2013

Tika Ini

Bersepah kat media massa berkenaan segelintir mekeluk yang aku tak faham ape kekdahnya perangai. Motip kau? Attention seekers!

Malas nak cakap banyak. Menyampah. Sakit hati. Meluat. Sedih. Apekah?

Ergh.

27 June 2013

Abah Saya Handsome!

Kalau aku duduk kat kedai,ada pakcik-pakcik yang datang minum,kompem aku dok perati dorang.
Bukan sexual harassment ke ape ye.
Saja suka usha.
Tak ada niat nak pasang sugar daddy ke hape.
Apatah lagi call girl.
Kennn..

Bila tengok dorang,teringat abah.
Rinduuuuuuuu....
Serius rindu.
Aku bukan anak manja abah sangat tapi rindu nak tatap muka abah tu sentiasa tebal.
Yelah,kami-kami tetap anak abah.

Pakcik-pakcik ni ada yang dah berumur 60-an.
Ada jugak yang baru 50-an.
Tapi rupa dorang dah macam 70-an pun ada.
Kemain nampak tua.
Tak macam abah pun.

Abah,walaupun umur dah 63,dia tetap tegap.
Segak.
Tak terbongkok-bongkok.
Jalan pun laju kemain.
Lagi laju kalau dia shopping and terjumpa kedai mancing and kedai kasut.
Main tinggal je kami kat belakang.
Dress-up abah pun smart sangat.
Tak ada lah nak pakai seluar slack,baju kemeja kotak-kotak,melepak kedai or berjalan.
Kalau berjalan saja-saja,abah pakai jeans and tshirt.
Kalau kenduri,abah pakai jugak slack tapi jarang lah. Selalu jeans je.

Abah suka tanya anak-anak kalau dia dah siap.
" Handsome tak abah?" 
Lepas tu senyum. 
Lagi meleret kalau kami jawab handsome.
Bukan nak ampu ye. Kenyataan.
Kemain puji abah sendiri.

Aku bersyukur sangat Allah bagi kelebihan ini kat abah.
Yelah.
Abah tak merokok.
Abah tak hidup bergantung dengan ubat.
Abah rajin bersukan. Semua jenis sukan abah main.
Sampai lah ke saat ni.

Semoga Allah panjangkan lagi umur abah and ibu untuk 200 tahun lagi.
aminnnnn..

Abah ibu. Ubat hati.

26 June 2013

Orang Yang Agak-agak!

Aku baru perasan. Kat kampung Kuantan ni ramai insan yang agak-agak. Faham tak agak-agak? Kurang sempurna akal mereka tepatnya. Serius ramai yang aku sempat tahu.

Abaaa.. Abaaa..
Hak ni duduk depan rumah mak. Umur dah 19 tahun tapi biasa lah,macam kanak-kanak.

Kerja dia mengintai anak akak Dahlia sebelah rumah. Sangat manja dengan abah dia. Sebab tu selalu boleh dengar dia panggil abaaa.. abaaa..

Lias berbasikal..
Yang sorang ni ada basikal. Tempat wajib lepak,jeti kelip-kelip. Pantang jumpa perempuan,Kompem dia usha. Aku pernah kena. I is tatuit.

Orang hoi!..
Abang ni pantang ada orang lalu depan rumah dia. Tak kejar,dia jerit. Lepas tu gelak-gelak. Seram kau.

Hari ni dia datang kedai. Memula aku tak cam. Bila kak Ita bagitau,meremang tengkuk. Patut aku ambil order dia buat muka blur.

Leong teh..
Dia ni cina. Kerja workshop sebelah kedai Ayong. Workshop tu abang dia punya.

Dalam sehari,ada lah dalam 6-7 kali dia datang minum teh kat kedai. Sampai kak Ita naik fedup. Belum sejuk cawan yang tadi,dah order baru.

Kalau malas sangat,kak Ita bagi teh o ais je. Nak minum. Tak nak blah. Senang kate kak Ita.

Sahak bekas ashkerrrr..
Ada orang kata dia ni elok. Sihat. Menyamar jadi gila. Iye ke tidak entah. Kate orang je. Sebab ada yang pernah nampak dia Okay je kat KL.

Sebelum ni dia memang askar. Duduk Sarawak. Bercinta dengan orang sana. Nak balik semenanjung tapi gf dia tak bagi. Pugai-pugai terus. Tu yang jadi gitu.

Dia datang makan kat kedai. Ambil lauk sedap-sedap. Lepas tuuuuu..... Dia mintak orang lain bayarkan. Tanpa rasa bersalah. Terbaik!

Serius aku takut tapi kesian pun ada. Dah takdir kan. Mampu jauhkan diri je. Kejam.

25 June 2013

sayang isteri tinggal-tinggalkan

Tajuk kemain legend. Nak sendu aje bunyi.
Mengada-ngada.
Teringat ayat seorang adik kat laman sosial aku bila aku update status pasal beliau yang seeeeelaaaaluuuuuu kerja luar dan meninggalkan aku di rumah.
Sedih tau. SEDIH.

Suami aku seorang yang yang mempunyai jadual kerja tak menentu.
Amat tak menentu.
Sekejap ke sini. Sekejap ke sana.
Macam hantu raya pun ada. Klon pun ada.
Rushing aje terkadang.
Tengok kesian pun ada. Tapi beliau macam tak reti penat.

Terkadang pernah beliau kena pergi dua tempat dalam satu hari. Bayangkan.
Pernah jugak beliau kena pi Kuantan lepas tu bila dah balik,kena pi Gua Musang pulak.
Memang beliau rajin ke Gua Musang. Tengokkan power crusher Atlas Copco.
Sensorang. Penat. Mengantuk.
Aku risau tapi kang ada je jawapan beliau. Malas nak bertaki lebih.
Aku jugak yang sentap.

Selama beliau bekerja begini begitu ni,sekali je aku pernah ikut. Ke Gua Musang.
Pestaim beliau kena outstation lepas kahwin. Gila kau aku nak tinggal je.
Makanya ngekor lah aku. 
Itu je lah aku pernah ikut. Selebihnya...
TERPERUK LAH AKU KAT RUMAH!

Bila dia bagitau kena outstation,aku mula buat drama. Muncung panjang boleh mintak diikat.
Jadi bahan sentap tahap ibelih punya perangai.
Kalau bernasib baik,aku suruh dia hantar aku balik Karak.
Tak ada lah aku nak tinggal kat Selangor ni sensorang.
Punye beruk perangai aku.

Tapi itu minggu lepas lepas lepas lepas punya cerita.
Sekarang aku dah mampu pasrah kena tinggal.
Boleh senyum je lagi depan beliau.
Nampak red-dhoooo aku tu terserlah.
Supaya beliau dalam kerja dengan tenang kononnya.
Padahal,dalam hati.
Menjerit menangis merengek takut kena tinggal.
Ngeh!

23 June 2013

Bingai

Teringat peristiwa semalam. Sumpah sangat menggeramkan hati. Rasa macam nak pijak-pijak je lelaki tu. Hati sedih pun ada.
Bingai.

Pagi semalam,kat kedai Ayong,ada sorang lelaki ni datang. Mamat anak jiran mak ni bagi lah salam kat dia. Tapi lelaki ni buat tak tahu je. Makanya,terjadilah perbualan pendek ni.

"Black,kita ni orang islam. Jawab lah salam aku."

Nak tahu ape jawapan Black tu?

"Siapa islam? Kau lah islam. Aku tak. Aku kapir."

Dengan suara yang gila kuat. Semua orang dalam kedai boleh dengar dengan jelas. Sangat jelas.

Aku macam...

KAU NI PEHAL SITAN??

Bangga betul dia menuturkan bicara macam tu.

Bingai.

21 June 2013

Di Anggap Hebat Memang Hebat

Hari ni anak sedara aku bawa balik sticker yang boleh tabur serbuk warna warni tu. Aku pantang jumpa benda cecomel senggitu. Tangan gatal nak buat. Kalau kat funfair ada,situ je aku bertempek. Comel sangat. Pergh.

So,penuh ketekunan aku buat. Anak-anak sedara dok kerumun aku. Lagi tekun diaorg perati aku. Mulut masing-masing asyik cakap,"cantik lah ode." Fioneee.. Ode ni memang cantik kenn. Tak bagitau pun dah tau. Haha.

Dah Siap tu,Ami,yang kecik tadika tu datang.

"Fuyyo,cantik. Ode hebat lah."

Kembang kuncup hati. Mau tak hebat. Dah banyak kali itu dihadapnya. Expert terus.

Lepas tu Ami bagi robot suruh pasang. Memang aku tak berapa reti tapi sebab tak nak hampakan Ami,tibai aje lah. Terkontang kanting lah awak ni ha. Transformer punya robot. Menggagau sekejap.

Bila dah Siap,Ami cakap..

"Ode hebat lah. Tukar jadi kereta pulak boleh?"

Aku pun buat lah. Pun siap. Zap zap zap je. Okay berlagak.

"Yeay,Ode hebat! Ami pun nak jadi hebat. Ami buat jugak lah."

Dia pun bukak pasang balik. Bila dah siap, dia bagi aku tengok. Tersengih je.

"Ami pun hebat macam Ode."

Lagi lebar sengih aku. Mana tak hebat. Mainan dengan awak ni tak berpisah. Pantang ada. Nanti dah ada anak,mau aku berebut dengan dorg.

Hahahaha..

20 June 2013

Iron Ladies

Sekarang aku start kerja dengan biras aku. Kerja aku memang senang gila. Senang tahap gelak bedebah lepak lepak duduk duduk dapat gaji. Gila best.

Tapi bila aku tak ada kerja,aku tolong akak ipar aku kat kedai makan dia. Well,sefamily dok bertempek kat situ. Kerja situ. Tak ke mana.

Mak.
Kak Ita (kakak beliau).

So,aku dah tergolong sama ni. Bertempek jugak. Nak kerja jauh sikit,sikit je jauhnya,beliau tak kasi. Risau katenye. Amende nak risau pun aku tak faham. Kerja je pun. Bukan berperang. Manjakan sangat bini ni. Oh sweet. Haha.

Kedai makan kakak ipar yang aku panggil Ayong ni buka pukul 6.45am. Kemain awal. Okay,cari rezeki kena awal. Ye dak. Makanya,mak dengan Ayong bangun pukul 4 untuk masak makanan pagi. Awal gegila. Time ni aku meghentuh lagi.

Hari ni aku duduk kedai je. Tolong apa patut. So Ayong ajar aku bungkus nasi lemak. Dalam hati kata..

"Eleh, senang je ni."

Ye lah, selalu tengok makcik izan berjual nasi lemak kat taman rumah aku tu. Zap zap zap. Siap bungkus. Gitu lah kenn yang ada dalam paleotak aku ni.

Naaaa.. Time aku try bungkus tu, kelibut jadinya. Barai. Penyek. Serabut. Tak kemas. Tadi bongkak kemain hati. Haktui betul. Tapi pestaimer. Orang tak boleh marah. Kalau gaya mengampu. Siap amoi cina pusing balik suruh tukar bungkusan. Aku gelak je control cuak. Hahahahahaha.

Ayong ni gila superb. Dia lah buat itu,buat ini. Beli barang. Basuh baju. Jemur baju. Jaga anak. Jaga suami. Semua dalam 1. Gila kental. Berniaga lagi. Kalau aku,pengsan dah. Tapi dia mampu senyum lagi. Senyum je. Tabik la.

Mak pun cenggitu. Balik dari kedai kang buat kerja rumah. Masa ada aku,aku lah yang buat. Aku dah kerja,dia ambil balik tugas tu. Tak reti penat. Kagum.

Esok kena prektis  bungkus nasi lemak lagi. Kasi molek,come lote. Baru tak malu.

19 June 2013

Fakta Yang Bukan Fakta Sebenarnya Yang Buat Aku Errrrr..

kemain tajuk.
panjang berjela kunuk nak bagi sedap.
okay fioneeeee..

jiran sebelah rumah mak ni yang aku panggil Acik Lijah ada bela sekor monyet. anak monyet je pun lagi.
serius comel. kecik je.
nama dia atan.
aku pun tak faham kenapa asal monyet je kena letak nama atan la,awang la.
ce letak paul ke,megat ke.
maaf. over.

si atan ni bijak. cerdik. hebat.
dia faham kalau kita bercakap pasal dia. kalau panggil nama dia,kompem bersahut.
atan ni ada tabiat hisap jari kaki kalau nak tidur. tabiat dia lah tu.
bila kita orang perasan,dia malu-malu.
lepas tu,mesti ada yang cakap macam ni..
"yelah,dia pun manusia jugak dulu. kena sumpah dengan sang kelembai,jadi lah gini."

aku terus macam....
KAU NI DAH KENAPA HAH??
memang nak je aku bidas tapi kang kata aku bijak pandai sangat. dipulaunye aku kang.

kenapa lah ada yang bermentaliti macam orang barat jugak ni? walau nampak tak sama tapi teori lebih kurang je.
terbalikkan aje.
hurrrrr....

15 June 2013

Bolong

Segigih mana untuk jadi yang baik. Tetap kelihatan tidak baik . .

Seteguh mana hati mengkhabarkan ceria. Tetap ada
yang luka . .

Sabar itu penghujungnya tiada.
Aku punya hati juga.
Faham. Selam. Rasa.
Ada seketul daging di situ.
Ada.

Ia berisi.
Ada rasa yang sedikit.
Tidak kosong.

Kau.
Ya,kau yang merenung.
Hati ini berisi.
Ada.

Ia tidak bolong.

14 June 2013

Dia Adalah Mertua Yang Best!

Selalu dalam cerita-cerita melayu,orang akan momokkan kita dengan betapa kejamnya mak mertua. Macam dalam cerita Kasim Selamat tu.

Tak berharta.
Benci.

Tak berpelajaran.
Benci.

Tak bekerja.
Benci.

Semua kalau boleh nak kasi cerita,mak mertua suka membenci. Mengkejami. Memilih kasih. Typical pemikiran. Selalunya yang merasa begini,akan rasa neraka gila hidup bermertua. Sadis.

Entry ni bukan nak memuji mak mertua aku amd family mertua ke hapa. Oh tidak. Saja nak share. Nak buang mentaliti sesetengah insan yang bakal berkahwin bahawasanya mempunyai keluarga mertua adalah sangat musibat.

Sepanjang aku duduk dengan mertua,tak pernah sekalipun mak bermasam muka dengan aku. Setiap kali pandang aku,dia akan senyum. Menampakkan lesung pipit yang diwariskan kepada beliau.

Kalau aku basuh baju yang ada sekali baju dia and adik ipar aku,dia akan kata...

"Kenapa basuh baju mak dengan Adil? Banyak tu. Susah-susah Anim je."

Kalau aku masak...

"Mak tak kisah pun kalau Anim tak masak. Mak boleh bawak lauk dari kedai. Kadang-kadang dekat rumah ni bukan ada yang nak makan. Kalau anim nak masak,masak sikit je."

Kalau anak-anak sedara beliau yang mak jaga buat bising time tengah hari...

"Jangan bising. Mokde nak rehat. Kesian mokde penat. Biarkan mokde tidur sekejap. Jangan kacau."

Kalau mak keluar shopping ke apa,confirm dia akan belikan aku kain pasang or tudung. Sangat rajin membeli. Terkadang tak berbuat pun ada.

Kalau aku ada kat Karak,and keluarga mertua aku keluar makan,mak akan call. Bagitahu nak keluar makan and wish for me to be with them. Selalu sangat.

Ini lah mak. Tak pernah meninggi suara. Tak pernah bermasam muka. Tak pernah memilih kasih. Tak pernah buat aku rasa terpinggir.

Aku bersyukur tak pernah terlibat dengan momokan mertua jahat. Adanya mak yang macam ni,kehidupan bermertua sangat heaven. Serius.

Cari lah pasangan yang keluarganya tak memilih.
Tak banyak songeh.
Tak berkira.

Nescaya anda bahagia.

8 June 2013

Entry lewat pagi yang rindu...

Almost 2:30 am.

Tapi mata masih ternganga luas. Mengantuk tapi tak teringin nak tidur. Malas. Lemau. Okay,tak masuk akal.

Rasa teruja menunggu pagi sebenarnya. Beliau balik dari Gua Musang. Outstation seminggu. Aku balik Karak. Gila nak duduk K.Selangor sendirian. Mati jiwa and akal sangat!

Setiap hari dalam seminggu ni,tak jemu aku tanya...

"Amal balik bila?"

Even aku tahu jawapan tetap takkan berubah dari beliau. Rindu sebenarnya...

"Sabtu."

Tanpa jemu beliau jawab soalan aku. Sabar. Tenang. Tak merungut sikit pun. Alhamdulillah. Beliau dapat terima kemanjaan aku yang ngada bila dengan beliau.

Dan.....

Hari ini Sabtu.

Beliau pulang.
Safe journey buah hati.

24 April 2013

Seram Sejuk Sengal

Assalamualaikum...

Dah lama tak mengarut. Busy busy busy!

So,hari ni,di pagi yang indah permai ini,di kampung kuantan kuala selangor ini,aku nak share cerita malam tadi. Wah kau,mukadimah cantik je. Makanya,mari lah berjoin dengar lipur lara ku ini.

Penting ke nak cerita? Oh tidak lah berapa penting tapi sifat suka mengeshare aku ni dah berada di tahap paling kritikal. Memang malam tadi malam paling erghhhh! Sila teruskan....

Malam tadi beliau keluar ke kedai. Dalam pukul 1 lebih gittew. Ape dibuatnye? Kaum lelaki,habis rokok bagai kehilangan nyawa lagaknya. Begitu lah yang terjadi kepada suami saya ini. Benci!

Memula memang aku tentang habis-habisan niat tak murni dia tu. Sebab musabab sangat lah ketara. Budak taska pun mampu fikir dengan bernas. Tengah malam,sorang-sorang kat rumah bila kena tinggal. Tak ke bahaya tu. Tapi beliau ni idak fikir sangat pun gamaknya. Dalam kepala tu rokok lagi utama. Sentap awak ni.

Last-last,terpaksa juga bagi dia keluar. Kalau dah buat muka bajet comel sambil tarik muncung yang tak berapa nak jadi tu,nak tak nak bagi je la. Asyik merajuk sentap,letih nak melayan. Ngade betul.

Sudahnya,tinggal la aku dengan Sitam (kucing beliau). Dah la belakang rumah mertua aku ni pokok sawit banyak. Sunyi. Sepi. Hanya ditemani unggas malam. Seriau. Sinchan tak lekang dari pelukan. Bau dia mampu merangsang otak okay. Macam-macam bunyi ada. Nak keluar kang tak tentu arah pulak. Duduk je diam-diam dengan Sitam and Sinchan.

Beliau janji 5 minit tapi hampir 2 jam baru balik. Alasan? Melepak kat depan. Awak punya bengang. Langsung malas nak cakap. Menangis je mampu (sebab pernah ada pengalaman tinggal sorang-sorang kat rumah then kena kacau. Boleh usha entry lepas.) Pujuk punya pujuk,cair jugak. Perempuan okay. Lumrah!

Klimaks dia bila pintu bilik kena tolak. Niat hati nak betulkan kipas tapi melompat balik atas katil diikuti dengan jeritan paling nyaring plus merdu sangat. Bergegar boleh kampung tu. Memang gigil habis. Ghopenya Sitam yang tolak sebab dia kejar kekatu. Memang erghhhhh! Trauma tak hilang.

Temanya,balik sana kena hantar beliau ke klinik. Kasi hembus tahao ketagihan merokok. Kasi berhenti! Huh!

6 April 2013

Alhamdulillah....

Assalamualaikum...

29/3/2013...

Tarikh di mana aku bertukar status.
Daripada bujang kepada berpasangan.
Daripada miss kepada mrs.

Dulu,
Abah yang menjadi imam.
Abah yang menjadi naungan.
Abah yang menjadi tempat bergantungan.

Dulu,
Ibu menjadi tempat mengadu.
Ibu menjadi cheff terhebat.
Ibu menjadi pakar motivasi.

Dulu,
Kakak dan adik menjadi sahabat.
Kakak dan adik menjadi teman bergurau.
Kakak dan adik menjadi teman bergosip.

Kini,
Segalanya berubah.
Naunganku berubah.
Hidupku berubah.

Kini,
Beliau tempat bermanja.
Beliau tempat bernaung.
Beliau tempat bergantung.

Kini,
Beliau sahabat.
Beliau teman.
Beliau kekasih.
Beliau pembela.
Beliau penjaga.

Setiap derap langkah aku,
Setiap detak yang berdegup,
Setiap coretan hidup yang ditempuh,
Pasti ada beliau.

Terima kasih Allah kerana hadiahkan beliau.

19 March 2013

Dikejar!

Assalamualaikum..

Pergh,dah lama gile rasenye aku tak membelog kan diri. Malas. Takde masa. Busy gila. Antara alasan yang munasabah sangat buat masa ni.

Teringat nak share moment kena kejar dek anjing 2,3 minggu lepas. Hahahaha. Sampai terangkat kaki aku.

Begini ceritanya....

Aku and adik sedara aku berjemaah ke kedai naik motor. Motor tu plak maha lembab tetapi bunyinye maha kuat tak hengat. Selesai beli,meround la kat dalam taman area kedai tu.

Kebetulan kami lalu depan rumah cina ni. Depan tu ada la dalam 5,6 orang cina yang bertempek depan rumah. Then ada sekor anjing yang nampak comel je dari jauh. Anjing tu pun macam tak ada la nak tunjuk ekspresi bengis ke hape.

Sebaik sahaja kami melalui beliau,dengan tak semena-mena dia menyalak. Memula ingat beliau cuma menyalak. Kami masih coooooool je lagi. Tiba-tiba......

Anjing yang ala-ala comel tu dah ada sebelah kami. Siap menyalak kuat. Adik sedara aku press trotle bapak kuat. Habis laju dah rasa. Nasib tak langgar pasu bunga rumah kap lam ya nga.

Kaki aku tak payah cakap la. Tinggi terangkat. Kalau boleh berdiri atas motor tu,dah buat dah rasenye. Jeritan kami mengalahkan petir time tu. Even beliau dah tak kejar,jerit tetap jerit. Haha . Gila!

Begitu lah flashback saya....

16 February 2013

Sesungguhnya Aku Malu Gelak Berdekah-Dekah

Hahahahahahahahahahhahahhhhaha. 

Hari ni hari malu sedoniaaaa!

Begini ceritanya........

Pagi tadi bershopping kat The Store. Aku sempat membeli handbag baru kaler peach okay. Semua hasil duit KWSP kakak ku si Reena Kamarudin. Toce! Toce!

Kakak ku ni beli barang perempuan satu. Then staff kat situ letakkan barang tu kat kaunter. Aku pun menapak la nak membayar.

Kakngah : Nah duit bayarkan sekali.
Aku           : ( ambil duit and capai barang yang ada atas kaunter tu termasuk 3 helai spender )

Tetiba......

Mat Bangla : eh,itu spender saya punya. Kalau kakak bayarkan,untung la saya.
Aku                 : .................*speechless* (start gelak tahap orang menang loteri)

Adik kat kaunter and dua tiga orang lagi yang ada kat situ pun join gelak berjemaah. Nak cover malu punya pasal,aku menawarkan diri untuk gelak lagi kuat. 

Sumpah aku tak tahu itu spender mat bangla tu. Dah kalau spender kaler-kaler,ada kaler pink purple bagai,mana mampu aku nak cam itu spender jantan.

Hahahahahahaha....

Mengantuk Tetapi........

Sekarang jam menunjukkan angka 4:15 am. AM okay,bukan PM. Kalau dulu masa sekolah aku selalu konpius mendalah ni. Entah tang mana yang susah nak tahu pun aku tak reti la.

Semua warga Kazans dah tidur dengan jayanya di dalam bilik memasing. Tapi aku......

Masih bersengkang mata menggodek twitter,mudah,blog dll. Sedangkan pagi nanti banyak tugas yang menanti. Apekah??

Adakah kerana bahana nescafe ais tarik yang aku hirup tadi berserta dengan sebungkus nasi goreng ayam? Atau kah kerana perut yang masih meragam mohon diisi lagi? Ohno,kalau diikutkan nafsu buaya ni,menggemuk la aku.

*Mata,please lah beri kerjasama*

27 January 2013

Apabila Makin Hampir,Pelbagai Yang Datang. STRESS!

Tajuk kalau tak menggetek lebih tak boleh kan. Sila tampar *tadah pipi*
Sedia maklum,tak lama lagi diri ku ini akan bertukar status.
Akan mengakhiri zaman bujang yang bagai happily ever after ni.
Makanya.....................
Tekanan,dugaan,ujian dll tu pun semakin hebat melanda diri.
Tension makde ni.

Kenapa nak tensi-tensi?
Bukan niat nak menyalahkan tetapi hakikat!
MB tak sesudah nak bikin panas. Beliau ingat ni Melodi ke??
Nak tidur awal tak boleh selagi tak call.
Nak keluar kena bagi laporan penuh dulu.
Kalau keluar tak boleh pandang lelaki lain.
Hey,kalau dah Shah Iskandar lalu sebelah,takkan nak buat dek je.
Baik butakan saja mata ini..
Dulu tak ada la beliau berperilaku begini begini.
Dulu harmoni je. Harmoni tangat!
Sekarang ni??
Mengada tau!

Tau la beliau cemburu.
Cemburu tu tandanya apa tentawan? *jawab sendiri.*
Tapi letih la kalau dok bertaki je manjang.
Deadline nak dekat dah ni.
Kang jangan sampai hati ini beralih arah ke arah Shah Iskandar kang. Gittew.
Ce jadi bagai aku ni. Cool jeeee... *cool sangat!*
Sudah la,rasa tension nak update belog. 
Bergetek la kau Fara!
xoxo!


          

Kebosanan yang tahap azab plus mengantuk tahap minta kena tampar

Sedia maklum,aku join kursus kahwin. 26-27 januari. Bangun pepagi seawal 6.30. Keluar rumah pukul 7. Betapa rushing berkejar nak bersiap. Sampai tempat kursus kat masjid jamek bentong ni hampir pukul lapan. Muka tak payah cakap lah. Jembek tahap apa dah. Mengantuk tahap yahudi rasa. Umur meningkat ni memang tak la nak dengar ceramah berjela. Besar kecik besar kecik je aku tengok muka ustaz ustazah bagai tu. Mengantuk!

17 January 2013

Me and peblum. A trial okay.

Test! Test! Test!
Peblum rimau first dalam collection. Terasa bangga sekejap mampu beli baju begini begini ni. Hahaha. Okay over.

Xoxo.

16 January 2013

Masa bergirrrrrrrrlyyyyyy

Sekarang,azam baru nak try segala bagai outfit yang more more more keperempuanan. Dulu tak perempuan ke,hah perempuan?? Begini... Dulu rajin nau pakai tshirt and jeans plus selendang je. Tak ade de nak pakai sangat baju-baju cenggini. Ada je dalam lemari tetapi sangat malas nak meng-interpretasi-kan ke badan yang cikebum ni. So now,this is i am. Walah!

15 January 2013

~~ About Two Months To Go ~~

Ye.. Ye.. Lagi dua bulan lagi ni. TETAPI.. Aku masih steady tak buat sebarang persiapan. terasa bagai hebat tangat-tangat. Kursus kahwin pun baru nak pergi hujung bulan ni. Ujian HIV lagi. Daftar nikah lagi.

Yang paling bersemangat waja untuk semua ppersiapan ni,mak anjang aku. Jangan kau,dia dah prepare semua. Apa??

- Cupcake
- Dulang makanan
- Senarai makanan
- Hantaran sikit-sikit

Ha,hebat tak wanita ittew? Aku?

Satu apa pun belum. LAGI HEYYYBBBAAATTTTT!

~~ Beliau Dah Bertukar ~~

Assalamualaikum..

Tada..................!!!!!!!!!!!!!!

Shantek kan beliau. Sayang lebih.

Seharian aku menyembur beliau dengan spray. Bukan setin,tapi dua tin. Dah macam foreman yang berjaya rasa. Hahahaha.

xoxo.

12 January 2013

Megaherbs yang dusta,Dr.Zubir si pendusta,AP Ayam Penyet & Landasan tren belah ke Sentul Timur yang mengundang memori.

Asssalamualaikum..
Agak lama tak menghupdate. By the way,hre I am!

On 9 Januari lepas,aku,makcik and anak teruna dia pergi ke one of company yang ada kat KL tu. Megaherbs nama dia. Nama MEGA tu nampak gah sangat kan. Ekceli,bulan 11 lepas kami dah menapak ke sana. Nak tuntut duit la kekdahnya. Kenapa? Kerana.... Makcu aku ni melabur dalam program stevia anjuran company tu.
Katanya after 6th months boleh dapat la balik pulangan tu. Tetapi.... Hampa aje la.
Then mereka staff terhormat kunuk tu bagi la voucher brnilai RM900. Suruh tuntut  bulan satu ni la.

Kepala company ni nama dia Dr.Zubir. Tapi hakikatnya dia bukan lah seorang doktor betul. See,kesian kan. Bagi je la title tu. On that time,si zubir ni dah ghaib. Yela,awak dah dapat duit beriban or maybe berjuta,blah la kan. Gittew.
Bila kami pergi 9hb tu,company tu dah berantai bagai. Kena sitakah? Idak la kami tau.

Perasan agak bagai. So,kami ke AP Ayam Penyet yg ada kat bawah KL Festival City Mall. Aku ni dah la tengah mengidam makanan tu. Terlangsai la jugak dalam kegeraman terhadap company dusta semata tu.

Dalam kekurangan sen tu jugak lah kami ni bershopping ke Masjid Jamek. Stesen LRT yang sangat aku cuba hindarkan. Time menapak ke eskalator nak tunggu tren ke sentul timur,terasa sangat mengundang memori. Sumpah mencik. Dolu-dolu,boleh lambai-lambai ke seberang stesen sambil tahan air mata kajol. Haha.

Makanya,di sini aku tekankan supaya jangan percaya dengan dr.zubir and megaherbs ni.

Sekian. Xoxo.

Megaherbs yang dusta,Dr.Zubir si pendusta,AP Ayam Penyet & Landasan tren belah ke Sentul Timur yang mengundang memori.

Asssalamualaikum..
Agak lama tak menghupdate. By the way,hre I am!

On 9 Januari lepas,aku,makcik and anak teruna dia pergi ke one of company yang ada kat KL tu. Megaherbs nama dia. Nama MEGA tu nampak gah sangat kan. Ekceli,bulan 11 lepas kami dah menapak ke sana. Nak tuntut duit la kekdahnya. Kenapa? Kerana.... Makcu aku ni melabur dalam program stevia anjuran company tu.
Katanya after 6th months boleh dapat la balik pulangan tu. Tetapi.... Hampa aje la.
Then mereka staff terhormat kunuk tu bagi la voucher brnilai RM900. Suruh tuntut  bulan satu ni la.

Kepala company ni nama dia Dr.Zubir. Tapi hakikatnya dia bukan lah seorang doktor betul. See,kesian kan. Bagi je la title tu. On that time,si zubir ni dah ghaib. Yela,awak dah dapat duit beriban or maybe berjuta,blah la kan. Gittew.
Bila kami pergi 9hb tu,company tu dah berantai bagai. Kena sitakah? Idak la kami tau.

Perasan agak bagai. So,kami ke AP Ayam Penyet yg ada kat bawah KL Festival City Mall. Aku ni dah la tengah mengidam makanan tu. Terlangsai la jugak dalam kegeraman terhadap company dusta semata tu.

Dalam kekurangan sen tu jugak lah kami ni bershopping ke Masjid Jamek. Stesen LRT yang sangat aku cuba hindarkan. Time menapak ke eskalator nak tunggu tren ke sentul timur,terasa sangat mengundang memori. Sumpah mencik. Dolu-dolu,boleh lambai-lambai ke seberang stesen sambil tahan air mata kajol. Haha.

Makanya,di sini aku tekankan supaya jangan percaya dengan dr.zubir and megaherbs ni.

Sekian. Xoxo.