Awesome Followers

24 November 2017

MY KIDS, MY WAY

Kemain bongkak tajuk kau Fara. LOL. Alah, bukan ada apa pun. Saja nak membebel tetengah malam pasal anak-anak. Dah lama tak bercerita secara details tentang 2 ketul mat lekap tu. Why mat lekap? Sebab nya masing-masing nak bertempek je dengan mama kalau ada mama depan mata. Tabah lah mama nya ni.

Aku suka tengok reality show pasal anak-anak. Macam Return of Superman and Dad Where Are We Going? tu. Aku suka tengok cara parents bebudak tu didik and ajar anak-anak. Bukan lah bermaksud orang Malaysia tak bagus cara didikan tapi payah nak tengok yang reality show macam tu. Yang memang tertumpu kepada keupayaan anak-anak. Gittew.

Aku dah start ajar Sunan pi kedai sendiri but dengan pengawasan aku. Aku akan follow dia senyap-senyap and tengok apa yang dia buat and cakap dengan tokey kedai. Mula-mula macam kelakar sebab lain yang aku suruh, lain yang dia cakap. Contoh macam aku suruh beli telur 5 biji tapi dia cakap kat tokey tu, 3 biji. Mujur lah benda yang sama, just kuantiti berbeza. Jadi lah nak.

Jenis aku, orang boleh tegur salah anak aku. Kalau anak aku tetiba meliar tak tentu pasal, sila lah nak marah pun. BUT dengan kata yang betul. Aku cukup pantang orang ber-aku kau dengan anak-anak aku. Fine kalau kau cakap dengan family kau -- anak-anak kau, tapi bukan anak-anak aku. Sebab aku tak suka dengar ayat AKU KAU tu keluar dari mulut anak-anak. Budak kan suka terikut. Nak pula sejenis Sunan ni. Haih, mengurut dada betul aku. Semua benda nak tiru and buat.

Ada segelintir orang yang suka menyampuk dalam urusan harian aku and anak-anak. Contoh macam fashion rambut macam mana aku kena guntingkan untuk Sunan, susu apa yang aku kena bagi anak-anak minum, sekolah mana aku kena hantar Sunan nanti, umur berapa kena start sekolah and yada yada yada. Bukan bermaksud aku tak alert tapi entah. Aku suka cara aku. Aku dah susun cantik plan untuk anak-anak aku. Bukan aku tak hargai tapi aku and anak-anak selesa, dah cukup bagi aku.

Sunan, aku akui sangat lasak. Dia tak boleh duduk diam seminit pun. Melainkan dia tidur. So halaman belakang yang sekangkang kera tu akan jadi taman permainan dia. Biasalah, bertanah and berpasir. Budak kan memang digalakkan untuk explore. Kalau anak korang jenis yang putih bersih suci murni, tapi bukan anak aku. Korang boleh prevent anak korang bergelumang lumpur, tapi tak jalan dengan Sunan. Sebab itu kebahagiaan dia. Tipu lah kalau aku cakap aku tak tercuit geram kat hati tengok Sunan berlemuih gitu tapi apa nak buat, dah dia happy main macam tu. Asalkan tak berbahaya. Kotor boleh cuci. Macam iklan sabun tu. Kahkahkah.

Bukan aku tak hargai bila ada yang prihatin tapi tu lah, keperihatinan tu kadang-kadang tak bertempat. Hahahahaha. Aku ni jenis dia semua perkara. Malas nak cakap lebih. Orang cakap, aku angguk and senyum. Kalau rasa benda betul, aku praktikkan. Bukan lah aku tolak mentah-mentah. Ada juga yang positive aku adapt. Tapi kalau rasa mengarut sungguh, aku bolayan je. Lepas tu aku cari lah alasan lain kenapa tak follow instruction tu. Kahkahkah. Sejenis perangai yang mengurut dada gini lah.

Bagi aku, lain orang lain cara. Kalau kau didik anak kau macam tu, itu hak kau. Aku pun malas nak masuk campur. Sebab tak semua yang boleh terima cara kita. Macam aku, ye aku didik and ajar anak aku dengan agak terbuka. Bukan lah terbuka apa. Aku buat anak-anak aku as kawan. Even dorang kecil lagi but aku suka je. Ye lah, dengan siapa lagi aku nak berkawan? Dorang je lah yang mampu layan and hadap perangai aku ni. Hahahaha. 




22 November 2017

SELAMAT PETANG WEH!

See, I told ya. Hahahaha. Memang tak tahu nak letak tajuk apa kekdahnya ni. Lantakkan sana. Janji aku menulis. Kuikuikui.

Hari ni aku kerja kat Rothiemay. One of my boss estate. Tapi sekejap je pun aku pi. Sampai sana 9.30 am. Zap zap zap buat kerja (key in data), 10.30 am dah siap. Borak-borak sikit dengan director and manager situ, terus blah. Mengumpat boss aku sebenarnya. Hahaha. Sebab dorang hairan kenapa boss aku selalu busy. Tak ada masa nak singgah lama kadang-kadang. Apa, korang ingat uncles Chinese tak reti ber-gossip ke? Hahahahaha.

Sampai rumah, terus masak lunch. Ayam masak kicap je hari ni. Jadi lah, syukurrrr. Malas nak fikir remeh temeh. Kahkahkah.

Siap makan, aku buat kerja akaun dobi boss aku pula. Ni baru siap masukkan sales bulanan. Huhaiii.. Seronok tengok duit beratus-ratus ribu dalam akaun. Semoga nanti dalam akaun aku pun begitu. Fuhh poyo ayat. Tapi jom amin ramai-ramai. Aaaamiiiinnnnnn....

Malam ni memang aku tak masak lah. Sunan pun tak nak makan dah katanya. Baik lah nak. Jom lah kita kurus bersama. Se'eh dah perut mama ni. Entah bila nak kurus pun entah lah. Anganan je lah.

Petang-petang gini dengar pula lagu dari Gold punya siaran radio. Dia punya feeling, ke langit pergi dia. Mula lah imagine bukan-bukan. Rumah kat atas bukit ladang gandum. Depan sikit ada laut. Ada pokok oak tepi rumah dengan buai bergayut. Letak meja kopi kat taman bunga tepi rumah sambil minum petang and layan angin bertiup lembut. Huwarggghhh! Best gila hoi.

Hahahahaha.

Korang buat apa je hari ni?

21 November 2017

SELAMAT TENGAH HARI KORANG!!!

Entah ni entry ke berapa aku asyik buat tajuk tengah hari lah, pagi lah, malam lah. Hahaha. Nampak nau tak ada idea tapi nak juga menulis. Sebabnyaaaaa.................. ADSENSE DAH APPROVED!!! Hiphip hooraayyyy. Even tak lah mengharapkan beratus-ratus macam blogger lain yang gained beriban dengan blogging, kira macam syukurrrrr sangat. Ah poyo ah Fara.

So, hari ni boss mari office. Dia dah pesan siap-siap suruh bawa laptop. Nak kena buat kerja account company dia yang satu lagi lah tu. Its okay, aku fine fine je. Hahaha. Tu yang gigih update blog tetengah hari di musim kerja ni. Hari lain aku memang sejenis malas nak bawa laptop ke office. Pakai computer office je. Tapi memandangkan software untuk account yang ni tak boleh buka pakai komputer office, terpaksa lah.

Kata nya hari ni ada orang nak datang tengok kilang. Katanya lah. Semalam pun dah ada 1 group yang datang. Kilang aku ni dalam process jual beli. Dah letak signboard depan tu ha. Kira secara rasminya kilang akan dijual termasuk plantation. Sedih pula rasa hati. Kuikuikui.

Semalam aku masak sardin cili api and goreng telur dadar tapi tak habis. Bukan tak habis. Tak berusik langsung. So pagi tadi aku panaskan je termasuk nasi. Kot lah Sunan nak makan kang. Senang lah Kak Asha (anak buah aku) tu kasi je ke dia. Ni tadi aku nak pi kerja, kemain ceria melambai mesra. Setakat ni dia dah muhasabah diri bahawasanya mama kena kerja setiap pagi demi mencari rezeki. Gittew.

Malam ni nak masak apa je? Ha, mula lah syndrome suri rumah tang bab memasak. Hare betul. Nak masak lauk apa pun boleh jadi migraine ye. I is kenot think. Hari-hari masak yang sama pun bosan. Masa ada Don, lagi lah. Sup ayam - ayam halia - ayam kicap. Begitulah kitaran masakan seorang mama dalam seminggu. Sunan pun dah pandai complaint. Asyik ayam je kata dia. Dia memang tak makan ayam. Tapi kalau ikan, laju je dia. Pandai pula tu asingkan tulang. Cuba mak kau ni ha masa kecil. Pantang makan ikan, tercekik tulang tu dah jadi kewajipan ye. Tapi tu lah, ikan mahal nau nau zaman sekarang ni. Plus aku memang jarang makan ikan. Aku makan patin and keli je. Hahaha. Udang pun memang aku tak masak kat rumah. Hari tu ada sekali gorengkan udang telur yang besar tu. Sunan makan terus naik bintat kat sekeliling bibir and leher dia. So lepas tu, no more udang. Kita geng allergy seafood. Mohon sedar diri lah. 

Aku baru lepas settle tulis cheques. Kemain banyak. Si kerani tua tu pandai lepaskan diri. Dia kata MBB Kuala Selangor kurang duit so kena pakai Kapar punya. Kuala Selangor punya chq book pada dia, Kapar dengan boss aku. So nak tak nak boss aku kena kerahkan aku buat chq. Aku dah lah pantang menulis chq. Takut salah tulis ke apa. Tangan dok ketaq je. Padahal bukan berdosa apa pun. Salah, cancel kan je lah ye dok. Ini tak. Macam membunuh orang pula perasaan salah buat chq tu. Pooraahh. Entah apa-apa lah. Mental disorder, gini lah. And luckily mood dia kemain baik hari ni. Sebab pagi-pagi dia datang, aku dah ber-gossip pasal dealer sebelah kena samun minggu lepas. 

Ha, kes samun tu satu hal. Kat office aku ni dah lah tak ada orang. Aku je lah yang rajin mereput kat sini. Si kerani tua tu ikut dan dia nak keluar masuk. Risau aku. Kes samun tu dah lah dekat je dengan kilang aku ni. Buat nya dia aim sini pula. Matilanak mulut cabul. Hahaha. Terbelah kepala anak buah tokey tu, dengar ceritanya. Minggu sebelum tu ada 2 orang lelaki berbangsa bukan melayu yang try nak masuk kawasan kilang aku ni. Bila storekeeper aku tanya nak apa and suruh dorang blah, boleh pula dorang maki brader tu. Hoih, aku yang cuak. Then minggu lepas juga deretan kedai depan Giant Pasir Penambang tu kena pecah masuk. 5 kedai sekali jalan. Fuhhh. Kuala Selangor dah tak aman.

Panjang pula membebel hari ni. Mementang adsense approved. Kahkahkah.

Engkorang buat apa je hari ni?

11 November 2017

EH, SEKEJAP NYA DAH SABTU

Hai korang!

Sekejap je dah tengah hari Sabtu. 
I is kenot terima kenyataan. 
Apa je yang aku buat hari ni?

Bangun pagi.
Kemas rumah.
Masak-memasak.
Hari ni masak terung masak merah and telur dadar je. Jadi lahhhhh.
Hadap kerja.

Duh!
Lame gila hidup seorang Fara ni. Adakah ini kerana aku sudah menjangkau peringkat tua? Hilang sense of jimba? 
Oh tidak. 
Hal ini kerana seorang Fara tidak mempunyai kawan yang sepakat seiya sekata untuk berlibur hari ini. 
Hahahaha. Bagus punya penerangan.

Petang ni apa nak buat ye?
Merendek naik motor dengan Sunan?
Tengok sungai then mula imagine macam-macam?
Haih. 
Bahana tengok video buaya makan orang lah ni semalam. 
Ngeri woih!

Bercita-cita nak buat kuih peneram then jual. Even aku bukan pemakan kuih tersebut. Tapi...Entah. Rasa nak mencuba buat. Kalau buat ada ke orang nak beli? Orang nak ke makan?
Ah, belum cuba belum tahu.
Tengok lah nanti kalau berjaya melaksanakan cita-cita tersebut.
Sebab selalunya aku akan delete je screenshot resipi tu tadi.
Kahkahkahkahkah.

So, korang nak buat apa je hari ni?

9 November 2017

SELAMAT PAGI!!!

Ha kau. Kemain pagi-pagi alam dah menulis blog. Hahaha. 

Tadi dah siap mandi, siap kemas rumah sikit. Tengok jam --eh awal lagi lah pun nak pi kerja. Paling koman pun kang, 8.30 am baru terhegeh-hegeh nak keluar rumah. Pi kerja awal pun bukan ada benda sangat pun nak di buat. Asyik-asyik belek Smule je lah kang. Dah follow aku ke belum? Boleh follow ye. Hahahahaha.

Pagi ni rasa bersemangat sikit. Even ada juga 2,3 masalah yang muncul tapi macam malas nak ambil kisah pula. Lantakkan sana. Dah penat fikir masalah. Asyik nak meroyan je dalam blog ni. Menyampah pula orang baca kang. Korang menyampah tak? 

Hari ni korang masak apa untuk lunch and dinner? Aku macam biasa, akan termanggu berseorangan di tepi peti ais untuk memikirkan nak masak apa untuk dinner. Masak sekali sehari pun pening tak tahu nak masak apa. Macam mana lah suri rumah yang memang selalu masak kat rumah tu? Sebab kadang-kadang aku tak masak pun. Tapau je sebab dah letih sangat.

Hari ni aku kena call PERKESO untuk one of our staff untuk claim kemalangan dia. Sebenarnya bukan kemalangan teruk pun. Dia terjatuh masa keluar office nak ke parking kereta. So lutut dia ada luka seciput and kaki kanan dia lenguh. Dia kata boleh claim. Hoih. Kalau aku tahu boleh claim benda-benda macam tu, dah lama aku claim semua hal. Hahahaha. 

Korang pula nak buat apa hari ni?

7 November 2017

SEMBANG PETANG

Hari ni balik kerja awal. Okay fine memang selalu awal pun kalau tak ada boss or tak kena ke Bangsar. Sebab memang tak banyak kerja pun nak buat sekarang. Tak macam dulu tu. Nak lunch pun kadang-kadang tak sempat.

So balik tadi kemas rumah.

Basuh pinggan.
Basuh baju.
Basuh toilet and bathroom.
Masak nasi.
Defrost kan ayam -- konon nak goreng je nanti. Lepas tu goreng kacang panjang cili api. Dap!
Mandi.

And now menghadap laptop.

Sebenarnya tengah menghadap PMS ni. Tak pernah-pernah senggugut teruk macam ni. Tiba pula kali ni, rasa sakit macam nak hentak orang ramai. Makan pun tak selera. Hoih, macam bagus juga ni. Hahaha.

Pinggang and tapak kaki sakit gilos. Ya ampun, nak berdiri pun fikir dua tiga kali. Sakitnya lahai. Sakit beranak pun tak macam ni. Kah!

Okay lah, nak bertapa depan tv. Mencari keajaiban memasak nanti. Heh! Nampak nau mencari alasan tak nak masak.

6 November 2017

ADAKAH INI NAMANYA TEKANAN KERJA?

Hari ni macam biasa kena pi Bangsar. 
Siapa yang follow IG and Facebook aku tahu lah yang aku kerap ride ke Bangsar. Dalam seminggu tu 1 or 2 kali. Kat sana aku buat kerja insurance mak boss aku. Buat account in major but sometime ada lah juga tolong buat renewal. 

Mula-mula dulu rasa seronok. Ye lah, benda baru kan. Even before this aku pernah kerja insurance but tak ada lah involved secara langsung. Just made a call then if customer agree, tunggu je lah approval. Masa tu lah jantung kau nak berdebar kemain. Takut credit/debit card customer declined ke apa kan.

Makin lama aku buat insurance dengan boss aku ni, aku rasa macam makin hilang minat terus nak kerja. Rasa macam lemau tak memasal. Nak bangun pagi pun rasa malas. Rasa unmotivated! Which is itu sangat tak bagus.

Sebenarnya bukan dengan insurance ni je, dengan kilang sawit ni pun. Rasa macam dah tak boleh blah. Hilang rasa. Maybe sebab tekanan yang berterusan. Ye ye, aku tahu dalam resume ada tulis pasal can handle work stress. Aku tekan kan, WORK STRESS. So sepatutnya berkaitan dengan kerja aku je lah kan? Ini tak. Banyak anasir lain yang aku kena hadap. I is penat.

So tadi masa atas motor, aku banyak mengelamun and berfikir. But don't worry, aku masih peka dengan keadaan sekeliling ye. Just minda aku menerawang ke mana-mana. Bukan dengan aku. Macam-macam yang aku fikir. Entah. Rasa macam, cukup lah. Aku ni tak larat sangat dah. Hahahaha. Mengalahkan kerja menteri penatnya tu.

Aku ada try usha kerja lain. Tapi bila aku fikir pasal boss aku, aku jadi tak sampai hati. Hahahaha. Padahal agaknya dia tak kisah pun kau ada ke tak. Agaknya lagi kurang beban stress dia kalau aku tak ada. 
LOL!

Entah lah.

Masih mengharap semangat sekalian alam untuk teruskan perjuangan hidup ni.
Kemain harapan.
Hahahahaha.