Awesome Followers

21 November 2017

SELAMAT TENGAH HARI KORANG!!!

Entah ni entry ke berapa aku asyik buat tajuk tengah hari lah, pagi lah, malam lah. Hahaha. Nampak nau tak ada idea tapi nak juga menulis. Sebabnyaaaaa.................. ADSENSE DAH APPROVED!!! Hiphip hooraayyyy. Even tak lah mengharapkan beratus-ratus macam blogger lain yang gained beriban dengan blogging, kira macam syukurrrrr sangat. Ah poyo ah Fara.

So, hari ni boss mari office. Dia dah pesan siap-siap suruh bawa laptop. Nak kena buat kerja account company dia yang satu lagi lah tu. Its okay, aku fine fine je. Hahaha. Tu yang gigih update blog tetengah hari di musim kerja ni. Hari lain aku memang sejenis malas nak bawa laptop ke office. Pakai computer office je. Tapi memandangkan software untuk account yang ni tak boleh buka pakai komputer office, terpaksa lah.

Kata nya hari ni ada orang nak datang tengok kilang. Katanya lah. Semalam pun dah ada 1 group yang datang. Kilang aku ni dalam process jual beli. Dah letak signboard depan tu ha. Kira secara rasminya kilang akan dijual termasuk plantation. Sedih pula rasa hati. Kuikuikui.

Semalam aku masak sardin cili api and goreng telur dadar tapi tak habis. Bukan tak habis. Tak berusik langsung. So pagi tadi aku panaskan je termasuk nasi. Kot lah Sunan nak makan kang. Senang lah Kak Asha (anak buah aku) tu kasi je ke dia. Ni tadi aku nak pi kerja, kemain ceria melambai mesra. Setakat ni dia dah muhasabah diri bahawasanya mama kena kerja setiap pagi demi mencari rezeki. Gittew.

Malam ni nak masak apa je? Ha, mula lah syndrome suri rumah tang bab memasak. Hare betul. Nak masak lauk apa pun boleh jadi migraine ye. I is kenot think. Hari-hari masak yang sama pun bosan. Masa ada Don, lagi lah. Sup ayam - ayam halia - ayam kicap. Begitulah kitaran masakan seorang mama dalam seminggu. Sunan pun dah pandai complaint. Asyik ayam je kata dia. Dia memang tak makan ayam. Tapi kalau ikan, laju je dia. Pandai pula tu asingkan tulang. Cuba mak kau ni ha masa kecil. Pantang makan ikan, tercekik tulang tu dah jadi kewajipan ye. Tapi tu lah, ikan mahal nau nau zaman sekarang ni. Plus aku memang jarang makan ikan. Aku makan patin and keli je. Hahaha. Udang pun memang aku tak masak kat rumah. Hari tu ada sekali gorengkan udang telur yang besar tu. Sunan makan terus naik bintat kat sekeliling bibir and leher dia. So lepas tu, no more udang. Kita geng allergy seafood. Mohon sedar diri lah. 

Aku baru lepas settle tulis cheques. Kemain banyak. Si kerani tua tu pandai lepaskan diri. Dia kata MBB Kuala Selangor kurang duit so kena pakai Kapar punya. Kuala Selangor punya chq book pada dia, Kapar dengan boss aku. So nak tak nak boss aku kena kerahkan aku buat chq. Aku dah lah pantang menulis chq. Takut salah tulis ke apa. Tangan dok ketaq je. Padahal bukan berdosa apa pun. Salah, cancel kan je lah ye dok. Ini tak. Macam membunuh orang pula perasaan salah buat chq tu. Pooraahh. Entah apa-apa lah. Mental disorder, gini lah. And luckily mood dia kemain baik hari ni. Sebab pagi-pagi dia datang, aku dah ber-gossip pasal dealer sebelah kena samun minggu lepas. 

Ha, kes samun tu satu hal. Kat office aku ni dah lah tak ada orang. Aku je lah yang rajin mereput kat sini. Si kerani tua tu ikut dan dia nak keluar masuk. Risau aku. Kes samun tu dah lah dekat je dengan kilang aku ni. Buat nya dia aim sini pula. Matilanak mulut cabul. Hahaha. Terbelah kepala anak buah tokey tu, dengar ceritanya. Minggu sebelum tu ada 2 orang lelaki berbangsa bukan melayu yang try nak masuk kawasan kilang aku ni. Bila storekeeper aku tanya nak apa and suruh dorang blah, boleh pula dorang maki brader tu. Hoih, aku yang cuak. Then minggu lepas juga deretan kedai depan Giant Pasir Penambang tu kena pecah masuk. 5 kedai sekali jalan. Fuhhh. Kuala Selangor dah tak aman.

Panjang pula membebel hari ni. Mementang adsense approved. Kahkahkah.

Engkorang buat apa je hari ni?

No comments: