Awesome Followers

16 December 2014

MIMPI

Sekarang ni aku jarang mimpi. Eh,memang tak ada lah mimpi rasanya. Tidur aku kosong. Bangun pagi otak fresh. Tak fikir apa. Serius.
Tapi malam tadi aku mimpi. Yang buat aku dok fikir sampai ke jamban berkerut dahi memikir maksud dia.
Betapa dahsyat nya situasi dalam mimpi tu *tambah sound effect*.

Aku mimpi ditadahkan dengan keadaan manusia yang dibangunkan selepas ditiupnya sangkakala. Bukan yang betul. Macam aku dibagi tengok thriller sebuah cerita yang akan jadi nanti. Macam kau tengok filem. Mesti akan ada thriller dulu kan  before keluar filem kat pawagam. Macam tu lah.

Ada seorang lelaki -- berpewatakan biasa.
Bawa aku round satu kawasan. Luas. Tak ada pokok. Tanah lapang sahaja.
Ada dua kubur yang aku nampak.
Sebenarnya -- yang aku dikasi tunjuk.
Dua jasad. Berkapan. Ditanam. 
Yang mana salah seorang tu muka dia mirip pemimpin dunia. Aku kenal.
Yes. Aku disaksikan dengan upacara pengkebumian.

Selepas dikebumikan,dalam masa beberapa minit,tanah bergoncang.
Jasad-jasad tu terkeluar dari kubur. 
Yang mirip pemimpin dunia tu jasadnya berdarah.
Kalau fikir logik,mana ada darah dah sebab orang dah mati kan.
Kapan yang menutup mirip pemimpin dunia tu terbuka. Koyak rabak dalam erti kata yang tepat.
Muka dia macam menanggung beban.
Jasad yang satu lagi tu putih bersih. Even dia orang biasa-biasa. Tak disanjung dunia.

Aku tak sempat tanya apa dosa dan pahala setiap satunya.
Aku dibagi tengok sampai situ. Tak lebih.

Lepas tengok semua tu,aku berjalan balik. Yang mana balik aku tu tak bertuju. Tak tahu mana nak pergi.
Dalam hati memberontak untuk hapuskan semua dosa. Yang aku tak tahu cara. 
Aku mengomel macam onggile. 
Tiba-tiba satu suara menegur sekaligus membagi jawapan yang aku kehendakkan.
"BUAT SOLAT SUNAT TAUBAT. TAUBAT NASUHA."

Aku diam. 
Berhenti berjalan.

Menangis.

15 December 2014

Struggle Week!

Minggu lepas Sunan demam. Agak panas jugak temp. dia. Kebetulan aku pun dah start selesema Isnin lepas. Mana demam tak jengah. Ahad balik Karak sebab Isnin ada interview Majlis Daerah Raub. Tolong doakan dapat ye sebab abah memang berharap sangat aku dapat kerja gov. Bulan lepas (26hb) dah pergi ujian menaip. Ingat tak lepas dah sebab macam banyak sangat ketar. Haha. Aku pun buat derk je pasal ujian tu. Alih-alih dapat surat interview. Hikhikhik.

Ok,sambung balik. Ahad tu balik dalam tengah hari. Macam rush-rush jugak sebab sepatutnya balik Sabtu tapi beliau ada hal. So kena balik Ahad jugak. Ibu abah dah pesan berjuta kali. Balik juga katanya. Kalau petang pun tak ada lagi,nak datang sini angkut aku. Nampak tak kesungguhan di situ? Beliau just hantar je then petang tu balik sekali dengan kakak and adik aku. So malam tu terus ajak ibu abah jenjalan menghilangkan kesunyian hati. Bhahahah. Poyo gila di situ.

Pagi tu dah bangun pukul 5 lebih. Tak ada lah nervous ke hapa sebab macam dah biasa kot. Tak ada lah berpeluh bagai ke. Biasa je. Masa dah sampai pun still okay je jantung. Tak berdegup kencang ke hape. Biasa je. Just google apa yang patut pasal MDR tu je. Buat ulangkaji sikit kate ko. Kang tak lah tergagap nak menjawab.

Bila dah sampai turn aku,memang dia baaaaaanyaaakkkk tanya pasal MDR ok. Mujur aku mampu jawab dengan tenang. Mana yang tak dapat tu,aku say sorry je. Abah dah pesan awal-awal supaya cakap macam tu. Nasib baik aku bukan jenis bebal. Lupa semua. Kalau buatnya aku dok tersengih aje. Haha.

Balik dari interview,dalam pukul 4 macam tu gerak balik Kuala Selangor. Beliau outstation ke KLIA. Buat kerja kat sana. Ibu abah tidur semalaman before balik esoknya. Selasa tu lah aku dengan Sunan start demam. Sunan lah paling kesian. Panas sangat badan dia. Pasang surut lah jugak. Merengek je kerja dia. Selama ni kalau demam pun still boleh bergelak tawa and selera makan pun macam raksasa. ni demam,semua pun tak nak. Nak berkepit je. Masak pun aku angkut dia okay.

Beliau balik hari Selasa malam. Rabu tu beliau pulak dapat sakit pinggang sebab angkat barang berat. Aku dapat tahu pun petang sangat dah. So terpaksa lah ke klinik swasta. Itu pun kena paksa okay. Kalau tak,tak nak nye. Macam abah jugak. Liat klinik. Sabaarrrrrrr aje lah.

Sunan pulak dah start naik bintik-bintik merah masa Jumaat lepas. Demam panas dah surut,naik campak pulak. Patutlah. Nak kena campak rupanya. Kesian dia asyik menangis sebab miang gatal bagai. Orang kata tak boleh mandikan. So tak lah aku mandi. Tapi sedih lah tengok dia tak selesa. Aku lap lap je. Dia macam lega sikit and dah boleh main-main even asyik terhek hek. 



Sabtu lepas ke rumah angah,abang beliau, sebab ada kenduri Ahad tu. So datang hantar mak and tolong sikit-sikit. Hajat nak tidur sana sebab ayong and family tidur sana jugak tapi disebabkan Sunan tak sedap badan,tak jadi lah. Before balik dari rumah angah,aku call nurse yang selalu check Sunan tu. Tanya boleh mandi ke tak. Dia kata boleh je. Terus balik rumah and mandikan dia. Terus segar okay and siap boleh bergelak ketawa tak hengat donia. Esok bangun pagi dah surut bintik-bintik dia. Alhamdulillah.

Ahad tu sepupu Sunan si Amin buat cukur jambul and aqiqah. Tetiba pulak angah suruh Sunan join sekali. Aku macam malas sebab Sunan dah buat pun masa dalam hari dulu. Even tak buat kenduri,Sunan bercukur dengan nenek sedara dia and siap dingajikan and dizikirkan sekali. So,siap! Aku pentingkan sunat dulu. Aqiqah tunggu tahun depan kut. Plan nak buat sekali birthday dia dengan Mika and Mieya. 

Sunan memang jenis tak suka orang pegang kepala dia. Semalam masa orang nak gunting rambut,dia boleh mengelinjang and menjerit tak nak. Kepala tergeleng-geleng. Sampai ada makcik-makcik yang takut nak potong. Mana yang paksa tu,suruh pegang jugak kepala. Menjerit kuat dia. Dah semua dok gelakkan dia. Haha. Adoi lah anak. And dia just pakai tshirt and pants jeans pendek je okay. Pernah baby buat cukur jambul pakai cenggitu? Haha. Sebab baju melayu dia Amin pakai. Majlis dia kan.

Eh,campak Sunan dah baik. Tinggal kat tangan and kaki je sikit lagi. Weeee...

Okay lah.
Nak sambung kemaskini BR1M bebudak workshop ni.
Byeeee!

10 December 2014

Tatang Anak Macam Pinggan Kaca

Jangan tatang anak macam minyak yang penuh!

Ah sudah. Ramai lah yang bash aku kalau terjumpa post ni. 
Haha.

Apa kata kita tukar minyak tu jadi pinggan kaca? Soka soka hati je kau kan fara nak tukar peribahasa bagai. 

Aku tatang Sunan macam pinggan kaca.
Aku dukung dia macam aku tengah angkut sepinggan yang gabak besar dengan sangat hati-hati. 
Takut jatuh. 
Berderai.
Bila nak letak dia,aku letak sangat perlahan. 
Takut tersumbing.

Kenapa aku kata tatang anak macam pinggan kaca -- bukan minyak?

Minyak cepat panas. Sama macam manusia -- cepat naik angin.
Tak mustahil satu hari nanti anak kau tiba-tiba mengamuk sakan sebab tak dapat cekedis.
Dibuatnya rajuk sampai malam sebab kebetulan masa tu kau tak ada cash.
Haru!
Andaikan anak itu minyak -- macam mana kau nak redakan dia secepat kilat?
Boleh kau bayangkan kau pegang minyak panas dengan togel je.
Mesti kau nak tunggu dia sejuk dulu baru berani kau nak lumur bagai. Betul?

Pinggan kaca kau tak perlu nak tunggu sejuk untuk kau pegang. Kau boleh lapikkan.
And panas dia tak lama. Kau boleh curah air untuk sejukkan. No probs at all. Aiceh!

Ibarat lah pinggan tu manusia. Bila dia start marah,kau boleh sejukkan dia dengan air. Bagi air sejuk dalam peti ais untuk redakan bahang marah tu. Or kau minta dia berwudhuk. Gitu.
Kalau budak? Ye lah,kecik ya amat nak faham semua tu.
Tak jadi masalah. 
Kau peluk dia kuat-kuat. 
Zikirkan. 
Nyanyikan lagu puji-pujian Tuhan dan Rasul. 
Ngajikan.

Pinggan mudah retak kalau salah jagaannya.
Sama macam anak -- kita mak bapak yang perlu jaga tanpa cacatkan.
Kalau kita main hentam keromo bab penjagaan,jadi hentam keromo jugak lah anak kau membesar.
Kalau kau jenis asal boleh,anak kau membesar dengan asal ada.

Aku tahu aku baru ada anak. Sikit sangat pun pengalaman sepanjang 8 bulan jadi mama.
Tapi aku banyak belajar dari pengalaman. Aku tengok orang keliling. Aku belajar.
Mana yang aku boleh adapt -- aku ambil.
Mana yang sangat Nauzubillah -- aku tak pandang.

Kalau kau cakap jerit-jerit kat anak,anak kau akan balas dengan jeritan juga.
Kalau kau bodohkan anak kau,dia akan ikut membodohkan orang lain.
Kalau kau kaki pukul anak,anak kau akan jadi sangat memberontak -- terus hilang kawalan tak dengar cakap.

Tapi ye lah --
Anak-anak membesar. Semakin besar,alam sekeliling memainkan peranan lagi besar.
Kadang-kadang mak pak dah corak sehabis cantik,tetap anak mensetan bila besar.
Last-last bila anak buat salah,tetap akan disebut-sebut mak bapak si anak.

Mana adilnya?

7 December 2014

Day 31 : Apa yang anda dapat dengan berblog?

DAPAT MENGARUT!!!

Hahahaha.

Aku ni tak banyak kawan nak ajak bersembang. Banyak je benda aku nak cerita tapi tu lah.... tak ada kawan nak dengar cerita-cerita aku ni. So,kita tulis lah dalam ni.

Sebenarnya,blog aku ni tak lah famous mana berjuta orang nak follow and baca. Saja je perasan sendiri.

Hahahaha.

Kepada yang follow blog ni,terima kasih.

Terima kasih sebab sudi ikut blog yang tak ada identiti ni.
Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca (kalau baca lah) tulisan yang merapu macam ni.

Hikhikhik.

Aku suka menulis.
Itu sahaja.

Habih ceghitaaaa <------------ anak="" ariffin.="" azali="" div="" ismail="" lepat="">

6 December 2014

Day 30 : Perkara menarik yang anda berbangga tahun ini

Kenapa aku rasa susunan ayat tajuk tu macam tak kena je? Haha. Sepatutnya Perkara menarik tahun ini yang anda banggakan. Baru betul. Ni sah gugel translate je ni. LOL.

Perkara menarik tahun ini yang aku banggakan --

MELAIRKAN SUNAN ANDIKA!

Yes.. 
Ini perkara yang paling aku banggakan. Sekeping jiwa yang bersih. Yang sampai masa aku corakkan jalan dia. Yang akan aku pimpin supaya tak tersungkur di jalan hitam. Selama mampu aku baktikan. Nanti bila aku dah pergi,biar dia tahu mana manis and mana puaka. Cari jalan sendiri.

Aku melahirkan Sunan tanpa rasa sakit. Langsung tak ada tanda-tanda kontraksi masa mula-mula air ketuban aku dah pecah. Just rasa geli-geli sebab aku memang jenis tak suka langsung basah-basah. Hehe. Dalam kereta nak ke hospital pun relax je lagi bergelak tawa bagai. Siap nak singgah makan ayam golek. Boleh? Haha.

Just rasa tak selesa perut bila doktor cek jalan rahim aku. Sumpah rasa nak terajang je. Hahaha. Disebabkan aku kena cesar,dia masukkan tiub kencing. Puuuunnnn lah aku tak selesa. Time tu lah rasa nak berak lah,hape lah. 

But in the end,aku dengar tangisan dia. 
The giggling is over sebab sepanjang operasi tu,aku asyik ketap gigi sebab nak tahan getar.
Mau tak gentar. Hidup dan mati time tu. Dah lah aku sedar. Buatnya dia terpotong usu aku? LOL.

Ini yang aku banggakan --

Tengok dia membesar depan mata.
Membesar di tangan sendiri.
Pujuk dia bila menangis.
Peluk dia bila dia takut.
Usap dia bila dia tidur ----- EVEN AKU BEKERJA.

Terbang lah ikut haluan sayapmu anak.
Biar jatuh. Agar kau tahu erti sakit. Supaya tak mendepang dada selalu.
Hidup tak selalu ada bahagia. Akan diselit sedikit celaka.
Tabah. Kau akan jumpa jalan.
Kalau gelap,kembali pada fitrah.

TUHAN.

5 December 2014

Day 29 : Bunga kegemaran dan ertinya untuk anda

Sesungguhnya aku tak suka bunga so memang aku tak ada bunga kegemaran.

Sekian,terima kasih.


4 December 2014

Day 28 : 5 perkara bermula dengan "andainya"

Andainya aku belajar rajin-rajin masa UPSR ---

Confirm 5 A's dalam tangan! 
Masuk sekolah bagus.
Environment belajar pun dasat.
Mesti sekarang aku dah jadi professor.
Sebab orang kata permulaan kejayaan daripada UPSR. Eh!

Tapi ye lah..
Belajar kat Harvard sekalipun,kalau dah malas............................... *isi sendiri*

Andainya aku tak malas bersenam ---

Mesti aku maintain kurus macam dulu-dulu. Dulu kan aku rajin joging bagai.
Sekarang dah kahwin,tak ada masa. Padahal kau MALAS!
Huwaaaaa.....

Menangis kenang lemak sendiri yang terkumpul mesra di badan.

Andainya pagi tadi aku jemur baju yang hampir kering tu kat dalam rumah ---

Sekarang kan musim hujan. Tapi tadi masa aku keluar rumah (pagi), sangat cerah okay.
Ni tadi tengah hari berderai hujan.
Lencun balik lah tu kang.

Andainya aku tidur awal malam tadi ---

Malam tadi ada cerita Dil Hai Tumhara. Memang favorite aku cerita tu. Selama ni aku tengok sekerat-sekerat je kat youtube. Sedih kan.
So malam tadi dapat lah tengok sampai habis. Pukul 1 am jugak lah.
Dah sekarang ni aku terkuap-kuap ngantuk. 
Adoiiii...

Andainya aku tak sibuk dengan entri #30daysblogchallenge ni ---

Kakak aku lah ni pi tag aku bagai. Hahaha.
Kalau tak sebabkan benda ni,mesti banyak dah kerja aku siap.
Ni tak.. asyik tergendala je.
Kemain kau kan menyalahkan benda ni pulak. Dah dasar kau suka buat benda bertangguh.

Hahahahahhahaha!

3 December 2014

GLOOMY ME

Hujan lebat!

Kalau tak kerana aku bekerja..
Kalau tak kerana title mak-mak yang aku sandang ni..
Kalau lah aku kat Karak..

Dah lama aku hambakan diri dalam setiap curahan air yang menitik deras tu.
Dah lama aku baring bergolek menikmati setiap inci air yang bertakung di jalan.
Dah lama aku berlari menghayati setiap tajamnya tusukan percikan di muka.

* * * * * * * * * * * * * * * * * 

Too much KALAU.
*sigh*

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Actually hari ni rasa sangat lemau. Semua benda tak betul.
Semua benda tak rasa ada di tempat yang sepatutnya.

Rasa macam nak berlari keluar.
Hidupkan enjin kereta dan pecut tanpa hala tujuan.
Berhenti bila minyak habis.

Boleh?

Day 27 : Mood anda hari ini

SERVER DOWN!

Mengantuk.
Lesu.
Serba tak kena.

Aku mengalami kemurungan hari ini. Hahaha.

Anak buah tanya itu ini pun aku jawab emm..emm..
Kesian bebudak.

Nasib lahhhhh...

2 December 2014

Day 26 : Gajet Kepunyaan Anda

I am not the gadget maniac. Hehehe. Speaking pula.
But yes,aku memang bukan gila gajet.
Aku just ada smartphone and laptop je.
Ekekekekkee.

Okay lah dari tak ada.


1 December 2014

Day 25 : Berita terkini hari ini yang anda baca


  1. Mangsa culik di Selayang ditemui dikerat, ditanam di Bidor ...

    www.utusan.com.my/.../mangsa-culik-di-selayang-ditemui-dikerat-ditana...




Kenapa orang sangat kejam sekarang ni?

Nyawa tu dah macam buah betik dah bagi dia orang gamaknya.
Hurmmmm...

30 November 2014

Day 24 : Rumah impian anda

Aku nak rumah macam the Hobbits tu. Comel je. Waaa... Suka tau!
Tapi tolong jangan nak vehrangan. Kau tu gemuk,mana muat. 
Kekekeke.

Rumah impian --

Lengkap!
Itu je lah kut yang aku nak.

Ada dapur yang luas sebab aku suka masak. Lengkap semua.
Ada library.
Ada ruang mainan Sunan and anak-anak lain. Hamboiiihhh..
Ada bath tub dalam bilik air.
Ada jakuzi.
Ada kolam renang.

Hahahahahhaa.
Berangan setinggi gunung.
Tapi..tapi..tapi... InsyaAllah..................... Nak atau tak nak je kan.
Kena rajin usaha!

Bagi aku --

Rumah yang ada family yang bahagia,even kau duduk bawah jambatan pun,dah kira rumah impian. 
Macam kokping kata lah kan.
Rumah tu bila adanya family. Even bawah langit kosong sekalipun.
Tetap rumah.

29 November 2014

Day 23 : Pekerjaan yang anda ingin selain kerja anda sekarang

Aku nak jawab suri rumah sepenuh masa. Ada sesiapa nak gelak tak? Haha. 

Before ni memang bercadang nak berhenti kerja bila Sunan lahir. Tapi dek kerana banyak sangat kekangan,kena hold dulu.
Aku jeles sebenarnya tengok isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa ni. Boleh habiskan sepenuh masa tumpukan perhatian pada family je. Tak perlu nak fikir benda-benda lain.

Aku cakap macam ni sebab aku ni jenis yang akan selalu fikir hal kerja kat rumah. Kalau aku tak fikir pun,beliau akan balik and mula cerita bab kerja yang tergendala macam timesheet tak buat bla bla bla. Ye lah,kerja sama tempat kan. Letih otak!

Aku prefer letih fizikal 100% time siang and malam boleh relax sesangat. Siang tu nak pulun basuh baju sampai kering tapak tangan ke,basuh pinggan sampai berkilat ke,mop lantai sampai clear boleh buat cermin ke.... apadahal kan? Banyak masa.

Ini tak --

Aku kerja.
Subuh dah bangun.
Siap-siapkan barang yang nak dibawa ke ofis sebab Sunan ikut. (ini satu kelebihan kerja aku -- bawa anak)
Pukul 7 kemas--kemas sikit rumah yang bersepah malam tadi. Kalau ada pinggan,balik baru decide basuh. 
Kejutkan Sunan and siapkan dia.
Pukul 8 pergi kerja.
Bertungkus-lumus almost 8 hours kat ofis. Kalau terpaksa ot,ot sampai pukul 5.30 or 6 or lebih.
Balik rumah,mandikan Sunan,susukan,tidurkan. Kalau tak tidur,memang menangis aku sambil buat kerja.
Start kemas rumah.
Basuh pinggan pun sekadar bersih.
Mop lantai sekali seminggu.
Basuh baju 3 hari sekali.
Masak.
Makan.
Tidur. Yang mana hanya 40% je boleh dikira lena.

Esok -- ceritanya sama lagi.

Yes,letih otak and fizikal sekali gus. 

Tapi ye lah..
Semua kerja ada risiko. Kita yang corak jalan hidup. Kita kena tanggung.
Tak ada lah nak mengeluh sangat bagai. 

Berjela panjang lebar aku cerita. 
Padahal nak bagitahu yang aku nak kerja sebagai suri rumah sepenuh masa je.
Kekekekeke.

28 November 2014

Day 22 : Destinasi Percutian Impian

Bora Bora!!!

Okay,itu je nak cakap.
Hahahaha.

Layan gambar ni je okay ---







Bernanah mata tengok semua ni. InsyaAllah,satu hari nanti aku akan terjun tiruk kat sini.
Asalkan tak disambut jerung sudah.
Hahaha!

27 November 2014

Day 21 : Tempat Yang Anda Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi

Mekah al Mukarramah!

Cliche' je jawapan. Siapa yang tak nak pergi Mekah kan? Ke ada orang Islam yang tak nak jejak kaki ke sana? Aku rasa semua nak kan. Hehehe.

Okay--

Seriously,aku tak banyak idam tempat nak pergi. Tapi masa kecik..okay,tak kecik sangat lah. Masa tingkatan 1,kakak aku ada bawak balik satu poster tasik ni. Tasik Serene Emerald kat Kanada tu. Sumpah cantik sangat. Berangan je bila nak dapat sampai.


Selain ni,aku berangan nak pergi atas gunung yang menghijau,berdepan laut. Yang mana waktu malam boleh buat campfire and duduk keliling api sambil tengok dolphin melompat-lompat and bunyi ikan paus pembunuh macam free willy tu menyanyi. Aku sure ada tempat ni just kena cari je. Hahaha. Mimpi tak sudah Farah ni.

Yang pasti,tengah gigih plan nak ke Sweden ni. Masa bersanding tahun lepas,bos merangkap abang angkat beliau si Roger yang datang jauh dari Sweden tu ada ajak ke sana. Tapi kekangan segala yang ada,biar lah dulu. Tunggu Sunan besar sikit ke apa kan. Hehehe.

Yang pasti Italy and France memang aku dengan kakak aku berangan nak pergi sangat! 

26 November 2014

Day 20 : Quote Kegemaran Anda

"WHEN YOU FAIL TO PLAN,YOU PLAN TO FAIL!"

Aku ingat lagi kata-kata cikgu penolong kanan hal ehwal murid aku masa sekolah rendah. Dia banyak kali ulang okay sampai terpaku kemas dalam otak.

So,rancanglah. Even tak menjadi pun rancangan tu,sekurang-kurangnya korang dah mencuba and maybe akan ada benda lain untuk korang.

Kalau tak merancang,macam mana nak tahu kan.

25 November 2014

Day 19 : 1 resipi kegemaran anda

Aku suka makan ikan patin. Tak Pahang lah kalau tak makan. Haha. Tapi aku tak suka sangat patin masak tempoyak. Aku suka masak kuning cili api. Buat kaw-kaw pedas sampai terbalik bibir. Ibu yang ajar ni. Jom aku kongsi.

Bahan-bahan :

Ikan patin (ikut korang lah nak banyak mana. sebaldi pun boleh)
Cili api (aku selalu buat pedas so dalam 20 biji. Ikut korang lah nak pedas mana)
Serai 1 batang
Daun kunyit 1 helai
Bawang besar 1 biji (dihiris kasar)
Kunyit serbuk
Asam keping

Cara-cara :

1. Potong ikan ikut suka besar mana. Nak potong 4 ke,potong 2 ke. Terpulang. Basuh bersih-bersih. Letak tepi.

2. Tumbuk cili. Aku selalu tak tumbuk hancur sangat. Sedang-sedang je. Pun terpulang korang.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Dah panas,tumiskan bawang sampai naik bau.

4. Masukkan cili tadi. Goreng jangan sampai garing tau. Lepas tu masukkan air 2 cawan.

5. Masukkan serai yang dititik and daun kunyit. Dalam 5 minit,masukkan ikan.

6. Letakkan kunyit serbuk sampai warna jadi kuning ala-ala tempoyak tu. Kalau tak kuning sangat (pucat),nampak tak sedap. Hahaha.

7. Masukkan asam keping and garam secukup rasa.

8. Gaul rata and tunggu sampai ikan tu masak betul. Dalam 15 minit macam tu,tutup api. SIAP!

Kompem terbalik bibir okay kalau pedas sangat. Hahaha.
Selamat mencuba!



24 November 2014

Day 18 : Siri TV kegemaran anda

Okay,sangat banyak yang nak aku senaraikan kat sini. Sila bertabah lah ye scroll down sampai habis. Tak nak habiskan pun tak apa. Ai okay je. Hikhik.

1. F.R.I.E.N.D.S


Cerita bersiri pertama yang aku tengok. Masa ni sekolah rendah lagi kalau tak silap. Suka la haih dengan cerita ni. Setiap Khamis kot masa dulu kat NTV7. Ayat paling epik : "Whatchu doing.." Hahaha..

2. Charmed


Paling menggila masa dulu ni. Lepas tengok,berangan ada kuasa. Aku bercita-cita nak jadi macam Piper sebab boleh freeze kan masa. And ada suami whitelighter yang handsome. Sumpah kelakar. Cerita ni setiap Jumaat pukul 10malam. Pun kat NTV7. 

3. Survivor


Cerita ni lepas cerita Charmed. Pukul 11. Banyak siri yang ni. Aku tak miss dari siri 1 sampai lah yang celebrity punya. Cerita tentang ikhtiar hidup dalam hutan. Ada dua puak and kena berlawan untuk dapatkan imuniti. 

4. Angels


Pertama kali aku kenal David Boreanaz dalam cerita ni lah. Dia jadi setan tapi nama dia Angel. Acane tu? Haha. Dia bukak persatuan hantu setan unuk tangkap hantu setan jugak. Dia geng baik. Cerita ni kat tv2 setiap selasa pukul 10malam.

5. Popular


Lepas cerita Angels,sambung cerita ni. Pukul 11 tv2. Pasal anak remaja kat high school. Macam biasa lah,ada mean girls bagai. Tapi mean girls yang sorang tu (Brooke) Akan jadi adik beradik tiri musuh ketat dia,Sam sebab bapak Brooke kawen dengan mak Sam.

6. Boston Public


Cerita ni kelakar ekstrim. Unsur ganas toksah cakap lah. Ada episod yang tetiba student bawak pistol nak tembak cikgu. Cerita ni main lepas Popular. Memang hari Selasa hari bersengkang mata okay.

7. Malcolm in The Middle


Family yang huru-hara. Sangat! Mak suka menjerit-jerit tak keruan. Anak-anak gile nakal. Paling nakal,Reese. Suka buli adik-adik. Hahaha. Cerita ni setiap Rabu pukul 9.30 malam NTV7.

8. Everybody Loves Raymond


Habis Malcolm,cerita ni pulak. Ada anak kembar yang comel sesangat. Pun family huru-hara. Bapak dia suka sangat buat blur tapi suka perli orang. Boleh? Haha.

9. How I Met Your Mother


Bila masuk era baru gini,ecewah...haha..kita layan cerita ni pulak. Nak tunggu sampai finale sebab nak tahu siapa isteri Ted. Last-last finale dia tak gempak mana pun. Hehehe.. Challenge accepted!

10. The Goldbergs


Aku suka cerita family macam ni. Mujur ada yang latest sekarang. Sumpah kalau tengok cerita ni tak gelak,memang ada something kat usus kau. Hahahaha. Mak suka menyibuk hal anak-anak. Ada satu episod tu,anak dia Barry tak dapat masuk talent time,dia pergi jumpa cikgu sampai cikgu anak tu give up. Si ayah pulak ada kedai perabot. Balik kerja terus bukak seluar and tengok tv dengan pakai spender je. Satu family suka jerit-jerit.

11. 2 Broke Girls


Lepas the goldbergs,cerita ni. Memang setiap selasa aku standby depan tv. Cerita ni pukul 10.30 pm kat 8tv. So bersengkang mata lah hari selasa tu. Tapi aku tak syorkan mak bapak tengok cerita ni dengan anak-anak. Kang ada anak-anak yang tersipu-sipu malu. Hahaha. Max (rambut hitam) memang gelandangan sangat sebab hidup dia sangat kacau bilau. Dapat bf gila kaya tapi lepas dapat tahu bf dia kaya,dia clash. Padahal bf dia sangat sayangkan dia. Haha. Terbalik betul otak Max ni. Yang Caroline (blonde) ni dari orang kaya terus jatuh miskin sebab ayah dia menipu duit and kena penjara. Sangat malu nak bagi nama family kat orang sebab takut orang tahu dia siapa. Hahaha.

12. Julia


Aku jarang tengok drama bersiri melayu and hadam bebetul cerita tu. Tapi bila aku tengok and betul-betul hayati,means cerita tu memang best. Abah aku pun suka gile cerita ni. Memang cerita ni sangat lah best sampaikan abah suka. Sebab abah tak suka drama melayu. Hehehe. Cerita ni je lah yang tunjuk perempuan tak perlu nak menangis meratap hiba sangat bila kena tinggal dengan laki. Bila 1 family meninggal excident pun,dia boleh tahan kuat lagi. Sangat kagum! Padahal,fana ini semua. Hahaha.

13. Running Man


Cerita pecah perut nama dia ni. Hahahha. Tengok muka memasing pun dah boleh bikin gelak bergegar kepala lutut. Tapi kat rumah aku ni tak ada astro. So kena tunggu Sabtu and Ahad lah kan kat tv2. Kalau kat rumah ibu tu,boleh lah tengok berjuta kali sebab astro kan suka ulang bejuta kali. Hahaha.

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sebenarnya,banyak je lagi cerita yang jadi kegemaran aku tapi yang aku senaraikan ni yang paling aku menggile tengok. Hahaha. 

Macam cerita Miss Tress Hermanas,Mi Gorda Bella,Yo Soy Betty La Fea,Mara Clara... Pun aku layan jugak and suka. Ok,sila jangan tamak. Nanti orang muntah baca belog kau.

Hahaha!

23 November 2014

Day 17 : 5 perkara yang anda rindukan.. apa sahaja!

Ini kalau nak disenaraikan,bersepah yang aku rindu. Banyak lah. Ok,jom list satu persatu sampai 5. Kira dengan ai okay. Eh poyo nak mam pompuan ni.

1. Kamarul Azreen bin Kamarudin!

The only abang yang aku ada. Setiap saat,minit,jam,hari,minggu,bulan,tahun --- tak pernah hilang sikit pun rindu kat dia. Belum puas rasa bermanja dengan dia. Secepat itu dia pergi bertemu pencipta. Eh,malas nak taip panjang-panjang pasal abang. Ni pun dah sebak. Kang aku nangis sendu-sendu. 

Abang,aku rinduuuuuu... 
Al-fatihah!

2. Kurus.

Dulu,masa tiga empat tahu lepas,aku kurus tau. Kalau size jeans tu,29 relax lagi lah aku sarung tanpa muka berkerut. Sekarang?? Size 34 pun belum tentu aku muat. Huwaaaaa.... Kenapakah? Puas dah jaga makan bagai pun tak lah nak kurus sangat. Ai is sedih tau.

3. Belajar.

Yes,aku rindu nak belajar. Rindu nak duduk kat dalam kelas sambil dengar lecturer mengajar tapi tak semua aku grab sebab banyak main dari fokus. Tapi tetap rindu nak salin nota yang sebenarnya hanyalah contengan berseni. Haha. Tu lah.. Masa belajar dulu tak nak belajar betul-betul. Padan muka.

Niat nak sambung belajar tu ada tapi kena bagi Sunan besar sikit baru mudah. Kesian dia nanti tak terfokus *alasan*.

4. Tidur yang cukup.

Boleh tak nak rindu dia? Hahaha. Since kahwin and ada anak,memang sukar lah nak ada tidur yang cukup. Macam tidur awal tapi bangun tengah hari. Itu definisi cukup lah bagi aku. Bhahahahahaha. Setan gile perangai. Adoii.. Tak lah aku mengeluh tidur tak cukup ada anak ni. Ye lah,tidur awal,bangun kang 3,4 kali semalam. Dah tersekat-sekat. So harap nak tidur lena sampai pagi tu tak lah. Weekend pun macam tu. Sunan jenis bangun awal. Kalau lepas Subuh tu aku nak tidur balik,dapat 5 minit je. Kang dia pulak bangun main sampai pukul 11. Nangis aku tahan mata. LOL.

5. Berniaga burger.

Sangat rindu! Teringin nak angkut stall beger aku tu and letak depan rumah sini then niaga. Allah.. Kalau dapat lah,memang aku menangis sambil masak. Tapi beliau tak bagi. Fine,kena lah patuh. Hukhukhuk.

*
*
*
*
*
*
*
*

Entah,banyak sangat nak dirindu ni. 
Boleh?

22 November 2014

Day 16 : Siapa Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Sepuluh tahun lagi ------

Aku mungkin seorang mak yang ada lebih dari 2 anak. Hahaha. 
Aku dapat bayangkan kalau aku ada anak 4. Mesti haruk pikuk rumah aku hari-hari melayan anak-anak. Tengah hari kompem baju compang camping,berkain batik,bau hapoi gile. Malam je lawa-lawa sebab laki balik harus kena ayu. Baru laki tak muntah kenn. Hahaha.. Time tu aku dah berhenti kerja and just tumpukan pada family. Memang itu angan-angan aku. Oh seronoknya. 

Atau aku mungkin dah jadi businesswoman berjaya. InsyaAllah. Bukak kedai makan,jadi tukang arah itu ini. Gile best woi. Hari-hari fikir esok nak buat menu baru apa. Vehrangan!

Eh,yang pasti aku akan jadi suri rumah sepenuh masa and melayan anak-anak dan suami.
Itu aku yakin.
Bhahahaha!

21 November 2014

Day 15 : Surat Kepada Seseorang... Sesiapa Sahaja!

Kehadapan yang bukan kebelakang anakku Sunan Andika yang juga bukan anakku Sazali *moga tidak membesar seperti dia* (amin),

Saya mula jatuh cinta dengan awak longggggg time ago before adanya awak. Pepatah 'TAK KENAL MAKA TAK CINTA' tu tak relevan langsung bagi saya. Sebab sebelum tahu akan adanya awak,saya terlebih dahulu angankan awak. Saya terlebih dahulu fikirkan awak. Saya terlebih dahulu bayangkan awak. Memang ketara ke-saiko-an saya tapi mohon lah awak menerima saya dengan sepenuh adanya.

Sejak saya tahu adanya awak dalam rahim saya,saya tahu Allah pilihkan saya untuk menjadi penjaga awak. Saya takut dan excited dalam masa yang sama. Sejak adanya awak,saya belajar untuk tak jadi cengeng membabi buta. Eh,nak jadi mak-mak kena matang. Tak boleh nak sentap tak tentu pasal. Sesuatu sangat. Padahallll...... Sambil tulis entry ni sambil menangis.

Lahirnya awak memberi saya satu hidup baru. Okay,semua mak-mak pun akan cakap benda yang sama bila dapat anak pertama. Cliche keeennnnn.. Tapi hoi,memang kenyataan okay. Mak-mak je akan faham macam mana perasaan bertarung nyawa untuk satu nyawa yang baru. Even saya tak merasa bersalin normal yang boleh buat orang menitikkan keringat jantan and mengeluarkan suara soprano terjerit-jerit bagai macam dalam cerita omputeh tu. Tapi saya tetap merasa ditolak atas stretcher untuk ke operation room.

Sunan Andika --
Sedaya upaya saya cuba bagi yang terbaik untuk awak. Sedaya upaya saya cuba sediakan segalanya untuk awak. Kalau boleh saya nak awak lengkap semuanya. Biar saya susah bergadai,awak tetap akan saya dahulukan. Masa saya cuma punya beliau,saya jenis yang kaki redah. Saya jenis yang tak pernah kisah. Apa yang ada,itu kita tarah. Itu dulu.. Sekarang punya awak,semuanya kena ubah.
Dah macam pantun 4 kerat bunyi nya.

Tapi mohon bila besar nanti awak tak minta sebuah istana mahligai permata kerana nanti saya cuma mampu bagi mahligai dari air mataku. Ataupun awak minta pelangi 7 warna untuk jadi perhiasan kerana takut saya akan bagi awak 'pangggg' sekali.

Sunan Andika --
Makna yang indah di sebalik nama. Saya pilih untuk jiwa baru yang menemani hari-hari saya. Dunia ini bermacam rencah. Tak indah sentiasa. Sebelum lahirnya awak ke dunia,saya berjanji susah senang biar sentiasa. Biar saya genggam erat jari jemari kecil awak mengharungi segala yang ada. Agar biar jari jemari awak itu akan menggenggam jemari saya bila tua.

Saya tak minta segulung ijazah atau master atau PHD kerana saya tidak meletakkan harga kasih sayang saya di atas kertas sebegitu. Saya cuma meletak harga kasih sayang saya di atas kertas berwarna ungu atau hijau. Merah mungkin akan dipertimbangkan. Hahahaha. Gurau..gurau.. Jadi lah apa pun asalkan berguna untuk agama,bangsa dan negara. Biar dibangga kerana ketundukan awak membina kejayaan. Jangan dikeji kerana kebongkakan awak menempuh dunia.

Sunan Andika --
Andai suatu hari nanti sudah sampai waktunya awak bertemu seorang dara,jangan saya dilupakan. Saya tetap akan menjadi teman wanita tua awak sampai bila-bila. Yang selalu temani awak dalam suka dan duka. Yang sentiasa ada untuk melihat jatuh bangun awak. Yang akan selalu menangis bersama andai awak terluka. Yang akan selalu juga ketawa bila awak gembira. Andai saya dilupakan di saat awak berada di puncak bahagia,saya cuma mendokan yang baik-baik sahaja. Tapi sekiranya hati awak terluka merana,pandang saya dan berlarilah ke dalam pelukan saya.

Sunan Andika --
Membesarlah menjadi lelaki yang sejati. Membesarlah menjadi lelaki yang dihormati. Ikutlah rentak kaki dengan yakin namun jangan lari dari landasan Illahi. Walau apa pun yang awak lalui,agama biar di depan hati. Andai awak mati jalan,pandang langit tadah tangan. Minta petunjuk Allah yang takkan pernah salah. Saya tak mungkin selamanya ada untuk dijadikan penunjuk jalan. Saya mungkin 'pergi' apabila tua berkedut menjengah.

Atau mungkin saya tak sempat tua....

Biar berjuta tahun mendatang,awak tetap laksamana hati saya.





Yang benar,
mama awak...

20 November 2014

Day 14 : Cerita Kasut Saya

Percaya tak kalau aku cakap,sekarang ni aku just ada wedges cabuk yang bawak pergi jamban tu yang harga dia 9.90 tu? Yang kalau kena air,memang akan basah almost an hour. Haaa,itu je pun yang aku ada. Ini tahan lah macam ada rupa sikit. Masa mula-mula bersalin dulu,aku ada selipar baldu biasa yang flat gegila tu. Selipar tu jugak aku pakai pada raya pertama. Baju kemain vogue the vas. Sekali pandang kaki...mintak menangis okay. Hahaha. Bukan tak mampu nak beli selipar or kasut baru,nafsu je yang tak ada. Selalunya kalau awal-awal bulan memang dah plan membuak-buak nak beli bila dapat gaji nanti. Tapi bila dah gaji,terus hilang keinginan. Pandang kedai kasut pun tak mahu. Gitu.

Kalau ada pun kasut dalam kereta tu,kasut adik aku yang perempuan. And ada lah sepasang kasut flat yang akak aku sedekahkan kat aku. Pun aku baru pakai sekali. Lepas tu entah mana-mana aku letak. Kat dalam bilik belakang ke? Kat dalam bonet ke? Kat dalam jamban ke? Entah.. Mana aku campak pun dah lupa. Or maybe laki aku letak kat mana-mana sebab memang aku tak nampak dah kasut tu seminggu dua ni. 

Sebenarnya agak trauma nak pakai kasut yang kita tak nampak dalam dia tu ada apa. Kut-kut ada ular sawa ke. Hahaha. Pernah masa sekolah kasut aku ada katak. Aku pun idok lah tahu and main sarung je. Sekali terasa lembik-lembik bernadi kat dalam tu. Terus aku campak terajang jauh-jauh. Sumpah terngiang-ngiang lagi perasaan tu. Hoi,geli. Okay,katak bukan setakat pernah ada dalam kasut aku. Dalam beg sekolah pun pernah ada. Menjerit aku satu kelas masa nak ambil buku. Tak faham aku macam mana ada katak dalam tu.

Itu je lah kut yang aku mampu cerita pasal kasut. Tak ada pun kenangan yang best berlinang air mata bila terkenangkan kasut. Yang pasti,wedges lama aku pernah kena curi dengan anjing 3 bulan lepas. Sebelah je yang tinggal. Lepas tu yang sebelah ni pun dia curi seminggu kendian. So kalau sesiapa ternampak anjing berwedges,mohon laporkan kepada aku. LOL!

Eh,hujung bulan ni kena juga beli kasut lawa.
Pfftttt!

19 November 2014

Day 13 : 5 blog kegemaran anda

Aku buat sekali lalu dengan pantas lah okay. Sebab banyak kerja menanti. Hahaha.


2. kasihaleeya.blogspot.com  by Kak Filla



5. inibelogsaya.blogspot.com by hanis zalikha

*
*
*
*
*
*
*

Ok dah. 
memang aku boleh hadap sehari-hari untuk godek belog2 ni semua.

Selamat membaca!

18 November 2014

Day 12 : 5 wishlist anda

Setiap tahun nak mula tahun baru,semua orang tanam azam. Tapi aku tak reti lah nak berazam bagai ni. memang blur. So setiap tahun aku berazam untuk tanam azam tapi tak pernah berjaya. Boleh? Hahaha. Cerita pasal wishlist... emmmm.... Pun macam eh,ada ke? Ke tak ada? Hoi Fara! Pathetic nya hidup kau. LOL! Tapi keinginan tu ada lah. Membuak-buak. Eh,sama lah tu kan dengan wishlist. Dush!

1. Pergi Gua Musang.

Percaya lah aku nak sangat pergi Gua Musang. Setiap kali aku suarakan ke beliau,mesti beliau tanya apa ada kat sana. Tahun lepas aku dah pergi masa teman beliau outstation. Our first alone honeymoon gitu. Before ni kan dengan family. Pergi Cameron angkut sekali semua. So masa pi Gua Musang dapat lah ajet-ajet pengantin baru. Hahaha. So,jawapan bagi apa yang ada kat Gua Musang is sentimental value. 

Sampai lewat kat sana then hotel semua penuh time tu. Yang ada hotel gile bajet tahap rumah pelacuran yang bila kau cuba nak lelap mata,kau dengar bunyi gedegangggg orang tutup pintu. Terus tak tidur. and bilik air dia. MasyaAllah.. Aku rela tahan berak okay malam tu. 
Lepak kat kerusi depan hotel yang semenggah sikit time malam and bercerita hala tuju hidup and imbau segala kenangan yang ada berdua. 

Yes,itu semua sentimental value. 
Nak pergi Gua Musanggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

2. Photo shoot kat kawasan menghijau.

Ni kena tunggu Sunan besar sikit. Ala,sesekali bajet retis apa salahnya. Ingat Fynn Jamal je boleh? Ai pun boleh hokkay. Hahaha. Cepat besar and berjalan wahai Sunan.

3. Birthday party Sunan ala-ala pendekar.

Aku dah discuss dengan akak and ibu aku pasal ni. So plan lah untuk sekalikan sambut birthday Sunan and Mika sebab dekat-dekat. Aku teringin nak tengok Sunan pakai baju melayu cotton,bersamping,bertengkolok,lengan baju berlipat paras siku and kaki seluar pun berlipat. Macam orang dolu-dolu tu. Ni kena tunggu tahun depan. 

4. Muka bebas jerawat. 

Sekarang aku tengah pakai sabun burung layang-layang. Aku pakai dengan konsisten okay. Bukan senang nak tengok aku istiqamah dalam bab penjagaan muka ni. Haha. Dah sebulan lebih aku pakai and tak pakai bedak pun. Muka ada sikit glowing even jerawat masih ada 2 ketul. Ni baru tumbuh semalam. Adoiii... Atas dahi tepi ubun-ubun pulak tu. Kau bayangkan aku tersikat situ. Menangis keluar hingus kau. So,sila lah nyah cepat wahai jerawat.

5. Beli oven and mesin jahit.

Aku suka masak kek. Sekarang aku buat yang senang-senang macam kau masak then letak dalam peti dah beku boleh makan. So teringin nak beli oven and masak kek banyak-banyak and cuba jual. Vehrangan is nombor satu aku ni. Haha.Selain memasak,aku suka menjahit. Aku ada banyak design baju. Bercita-cita sangat nak realisasikan design tu jadi yang real. Ni kena tunggu Sunan besar baru boleh menjahit bagai gamaknya. Hehehe.

Ok dah. Ini je kut wishlist aku. Pun lah aku blur nak perah otak apa yang aku nak.
Eh sekarang teringin nak makan sambal jering ibu.
Okbai.


17 November 2014

Day 11 : Kenangan lucu semasa zaman kanak-kanak

Kenangan paling buat semua orang gelak is masa aku kena kejar dengan abah keliling rumah. Kakak aku lah yang rajin sangat flashback pasal kejadian tu. Adoii.. Serius kalau aku duduk sorang-sorang pun and teringat,boleh jadi sewel menggelak sensorang. 

Cerita dia masa tu aku sekolah rendah je lagi. Darjah 5. Time tu akak aku 15 tahun,nak PMR so kena lah tuisyen. Hari pertama dia nak pi tuisyen malam tu,abah aku hantar. Aku nak ikut tapi abah tak bagi. Budak...kalau benda yang dia nak tak dapat,opkos memberontak. So,dengan hati membara bengang,terkeluar lah perkataan ,"ABAH BODOH" dengan jeritan yang kuat. Hahahaha. Tak paham aku kenapa aku boleh cakap macam tu.

Bila abah dengar je,terus lah orang tua tu keluar dari kereta and capai ranting kayu,nak kejar aku. Habis,ingat aku nak rileks je menyerah kalah? Oh no. Aku lari lah keliling rumah. Dah lah malam,gelap. Entah macam mana lah aku mampu berlari dalam keadaan macam tu. Dah sampai 3 kali kut tawaf rumah,aku letih,aku stop. Abah pun terus sebat kaki aku banyak kali. Yang tak boleh blah nya,aku siap cakap macam ni kat abah :

"Abah pukul banyak kali pun buang masa je. Kakde tak sakit langsung."

Boleh? Hahahaha.

Terus abah surrender. Mujur abah ahli sukan so idok lah dia letih melampau ke hapa. Letih perut je tahan gelak sebab dia geli hati dengan ayat aku. Sabar je laaaa...

Memang legend lah aku bagi adik-beradik aku sebab berani cakap abah bodoh. Nasib aku tak baligh lagi. Kalau tak,neraka seinci dah tu.

So,Sunan kena lah bersiap sedia nak hambur gelak bila besar nanti dengar cerita ni.

16 November 2014

Day 10 : Apa di dalam handbag anda

Haaaa.... Kalau tengok handbag aku,dah macam tong sampah bergerak. Kemas lah berpuluh kali pun,eh,esok ada lagi sampah. Entah macam mana dia terjun ke dalam. Seram aku mikir. Haha. Padahal.... Asal tak jumpa tong sampa,sumbat dulu dalam tu. Nanti-nanti boleh buang kononnya. Konon lah. Nyudahnya ada je sampai seminggu dua. Danggggg....

Dalam handbag aku wajib ada notebook. Aku suka menulis. Tak kisah lah tulis apa. Tak tulis pun,kena jugak ada. Kalau tak rasa macam tak lengkap. Dah ada notebook,harus kena ada pen. Kekadang handbag aku dah jadi bekas pensil dah. Bukan sebatang je pen,sampai 3,4 batang kekadang. Tapi kang pakai pen yang kat luar handbag jugak.

Buku laporan kesihatan Sunan. Memang aku angkut ke hulu ke hilir. Senang. Bukan lah mintak apa-apa tapi kut-kut terdemam or tercirit or tersinggung kat mana-mana,buku dah ada boleh terus pecut ke klinik or spital. Tak payah nak balik rumah dulu ambil buku then baru pergi. Leceh..leceh..

Bedak compact. Even sekarang aku tak pakai pun bedak bagai sebab tengah pakai sabun burung layang-layang dengan konsisten,aku bawak je. Kut-kut nak tengok cili terlekat kat gigi lepas makan kat luar or tudung herot-berot kan.

Lipstick. Aku jenis pakai lipstick sekali je lepas tu tak touch up dah. Kalau pagi aku keluar and petang baru balik,tak ada lah nak pakai lagi sekali. Lantakkan lah. Sejak ada anak ni,memang aku jarang pakai. Sebab Sunan jenis suka bergomol. Dia boleh gomolkan muka dia kat mulut aku banyak kali. Or tetiba dia nak kiss bibir aku. Kalau aku ber-lipstick,aku tak dapat nak grab moment tu sangat. Gitu.

Aku rasa ini je lah barang yang memang selalu ada pun. Kalau macam purse and phone,kekadang aku pegang je or tinggalkan beg duit and bawak ic & duit je.
Pemalas kan? Hahaha.

15 November 2014

Day 9 : 5 lelaki yang menarik perhatian anda

1. My incik Beliau - Mohd Akemar bin Abu Bakar.

Sampai bebila pun tetaplah menarik perhatian ai.

2. Laksamana hati - Sunan Andika.

3. My Abah - Kamarudin bin Mohamed.

4. Abang - Kamarul Azreen Kamarudin.

5. Adik - Kamarul Faeez Kamarudin.

*
*
*
*
*

Ok done.
Memang jawapan sangat selamat.

Ai dah kahwin.
Nak expect jantan mana lagi yang menarik perhatian ai?

Bhahahahahahaha!

14 November 2014

Day 8 : 5 lagu cinta kegemaran anda

Wa cakap sama lu laa.. Wa start hafal lagu cinta-cinta ni masa wa darjah 2. Masa tu BSB tengah top melangit. So wa pun hafal lah lagu I'll never break your heart. Selalunya lagu tu and vid klip time pukul 2 ++ so memang ngam time balik sekolah. Berlari-lari lah dari luar rumah ke depan tv and bukak siaran apa entah aku dah lupa sebab siaran tu macam ghaib je. Ke NTV7. Yang aku tau memang hari-hari dalam pukul 2 ada lagu-lagu and Jumaat lagu nasyid. 

Aku dengan kakak aku memang big fan of BSB lah kate ko. Habis semua lagu dia kami nak sumbat dalam paleotak ni. Lepas tu kalau diaorang keluar tv,terjerit-jerit macam beruk sebab dapat tengok. Paling tak menahan siap cium skrin. Pfftttt... Rasa macam suci dalam debu sangat perasaan kami kat dia orang tu. Bak cinta yang mekar takkan terpadam. Gitu. And paling tak boleh blah mengabihkan buku latihan untuk buat buku lagu. Gigih salin lagu and tampal-tampal gambar retis kesayangan. Bila dah habis se-buku,ambil buku lain and tampal belakang dia. Jadi lah tebal. Bangga lah lepas tu tengok buku macam belacan tu sebab pantang dengar lagu tu kat radio,cepat-cepat buka buku buat ulangkaji. Oh,what a such lovely memory we had.

Ni carta lagu cinta kengkonon aku yang paling aku suka dan meniti di tepian bibirku saban waktu tanpa jemu :

1. Semua lagu cinta Backstreet Boys!



Aci tak aku buat macam ni. Sebab tak ada lagu cinta diaorang yang buat aku tak suka. Semuaaaaa memang feveret. As Long As You Love Me,Shape of My Heart,Quit Playing Games With My Heart and many moreeeeee.... Dulu tak ada hand phone yang ada MP3. So beli je cd/vcd/kaset. Sekarang dah ada phone canggih,bersepah lagu diaorang ni. Hidup mati memang BSB lah kengkonon. Hahahahaha...

2. This I Promise You - N'sync



Lagu ni sangat meruntun jiwa. Sendu je bila layan tetengah malam sambil pandang langit kat tepi tingkap. N'sync pun aku suka jugak dolu-dolu tapi tak menandingi BSB lah. Lagu ni lagu cinta universal. Semua orang pun boleh terlibat. Suami isteri,ibu anak,ayah anak,kawan-kawan,bf gf. Memang akan menyentuh jiwa lah dengar. Selalunya nyanyi part "and I will take,you in my arm,and hold you right where you belong..till the day my life is through,this I promise you.." ke Sunan sambil peluk dia kuat-kuat. Faham tak faham lain cerita.

3.  Bila Rindu - Ruffedge



Dulu pun menggila dengan Ruffedge. Berabih duit beli album dia orang padahal time tu aku form 2 je pun. Lupa pulak mana aku cekau duit nak beli album ni. Dah lah mahal. Ke duit biasiswa aku? Haha. Adik-adik,mohon jangan ikut contoh ini. Jangan habiskan duit biasiswa untuk benda-benda yang lagha. Aiceh! Tapi yes,the young will act like crazy bila dah angau ke sesuatu. Part paling best dalam lagu ni bila Azan melenggok kat chorus. Memang cair bawah katil wa cakap lu. Siap ulang berjuta kali kat part tu je. Lepas tu bulu roma merinding lapanblas juta kali sebab layan perasaan sangat.

4. Ratuku - Awie



Dulu aku tak peduli pun lagu ni. Tapi since kenal beliau,asyik lah telinga di tadah dengar dia nyanyi. Lama-lama pun jadi feveret aku sebab menanamkan dalam hati bahawasanya lagu ini didedikasikan untuk aku sang kekasih hati tercinta. Sila muntah. Hahaha. Aku still ingat lagi beliau nyanyikan lagu ni kat kenduri kahwin sepupu beliau masa orang ramai tengah sibuk merewang. Time tu baru bertunang. Terus lah ai tersipu-sipu malu blushing sebab sambil beliau nyanyi,beliau pandang aku. Penuh penghayatan lagi. Kakak ipar beliau time tu dah senyum-senyum kat aku. Ai lap yu lah sayammmmmm!!!!!

5. Arjuna Beta - Fynn Jamal



Lagu cinta tak semestinya wajib ke atas pasangan lelaki dan perempuan. Betul tak? Untuk anak,mak,abah pun boleh. Dulu masa tak ada Sunan,aku dengar lagu ni biasa-biasa je. Memang minat tapi sekadar sebuah lagu je bagi aku. Then sekarang dah ada anak sendiri,baru terasa lagu tu sampai ke jiwa. Siap boleh menangis lagi kalau dihayati betul-betul sampai pandang muka anak. Saiko tak? Hahaha. Tapi serius. Lagu ni melambangkan betapa tinggi cinta untuk sang anak yang memang takkan terbabas sampai mati. Lagu jiwa.

Setiap lagu ada cerita.
Setiap cerita ada kita.

Ewahhhhhh....

13 November 2014

Day 7 : Sejauh mana pendidikan penting untuk anda

Bagi aku pendidikan terbahagi kepada pelbagai definisi. Aiceh,macam cecikgu pulak. Kat sekolah atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang ada tu dikira macam pembelajaran secara formal. Kau duduk melanguk kat meja sambil dengar cikgu atau lecturer mengajar yang mana hanya 5% je singgah kat otak kau and selebihnya bersimpang siur tak tentu arah sebab mungkin kau tengah mengantuk curi ayam malam tadi *cikgu geografi aku (cikgu Chan) selalu guna ayat ni* ataupun kau lapar gaban. Ini memang selalu jadi kat aku. Kalau tengah lapar ke hapa,memang barai lah apa yang lecturer ajar time tu. Instead tulis nota kat depan yang lecturer kau bagi,kau main bingo dengan kawan sebelah. Or kau conteng kertas jadi hasil seni tahap da Vinci. Tak pun kau main fon sorok-sorok celah kangkang bawah kerusi. Gitu.

Pendidikan tak formal pulak macam kau belajar makan masa kecil dengan tengok mak bapak kau makan. Contoh lah eh,contoh. Atau pun kau tengok orang bawak kereta macam mana then kau prektis kan. Haaa...contoh. Yang tak formal ni,mana-mana pun boleh dapat. Kau tengok orang korek hidung pun kalau menarik cara dia,kau pun nak cuba. Bhahahahahaha. Tapi tu lah,pendidikan tak formal ni ada baik ada buruk. Nak pulak dalam era arus semasa yang kemain dahsyat sekarang ni. Budak-budak boleh belajar macam-macam dengan adanya gadget bagai ni. Jadi awal-awal aku dah berzikir ke telinga Sunan supaya tak minta gadget-gadget ni nanti bila besar. Mohon dijauhkan lah. 

Bagi aku,pendidikan tu penting. Even aku belajar pun suam-suam kuku,tetaplah pendidikan tu kena ada. Aku belajar sampai diploma je. InsyaAllah tahun depan nak further degree pulak. Dah bagi details kat staff iic tapi still tak hantar borang lagi. Adoiii.. Asyik tergendala je. Mungkin belum sampai seru kot. Gamaknya lah. Pffttt... Even kau belajar sikit pun dah memadai. Bangang-bangang kau pun,takkan lah ABC and 123 kau tak reti ye dak. Cuba kalau kau ni langsung taknak belajar. Kau tak nak pun berusaha kenal huruf masa kecik dulu. A boleh jadi mim okay. Takpun A tu dah jadi binatang bagi kau sebab macam kaki zirafah pun ada. Eh! Contoh okay,contoh. 

Entah lah,tak reti nak meleret sangat bab ni sebab masing-masing ada pendapat sendiri. Walau apa pun jenis pembelajaran yang kau dapat,tetap lah dalam kategori pendidikan. Belajar tu penting supaya tak dibengapkan orang kemudian hari.

Pakcik-pakcik tak ada gigi pun belajar even alif-ya-mim bunyinya buaya. 
Okay lah dari tak ada.



12 November 2014

Day 6 : Apa yang anda makan hari ini

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hari-hari pun makan nasi ayam. Ini je sempat nak fikir bila kerja menimbum minta kena siap cepat. Tapi sebenarnya malas nak pilih lauk. Panggil je anak buah datang and suruh belikan. Ai kan pehmahlessss...

Pagi tadi makan nasi lemak ayam goreng kuah sardin.

Malam nanti makan udara je.
Boleh?

11 November 2014

Day 5 : 3 perkara yang ingin disampaikan kepada bekas kekasih

1. Saya dah berkahwin dengan Mohd Akemar bin Abu Bakar setahun yang lepas dan kami bahagia selamanya tanpa ada keraguan. Kami saling sayang menyayang bagai tiada halangan yang mendatang.

2. Saya dah ada anak sorang yang diberi nama Sunan Andika yang mana saya kaut dari novel sekuel Laksamana Sunan sebab saya dan suami memang seorang yang sangat tradisional. Awak urban,mana sesuai dengan saya yang desa ni bak kata faizdickievp tu. 

3. Saya lupa awak ni yang mana satu sebab selain awak,ada seploh orang lagi yang pernah jadi bekas kekasih saya. Gitu.

*
*
*
*
*
*
*

Dah,selesai cabaran hari ini.

Bhahahahaahahahhahahaha!

10 November 2014

Day 4 : Buku Kegemaran Anda

Aku suka membaca tapi dari tenet je lah sekarang ni yang mampu. Hahaha. Tapi kalau aku membaca buku yang real or novel,maknanya buku tu best. Sebab aku bukan jenis yang suka baca novel main sebat je asalkan novel. Oh,not so me okay. Jenis aku kalau nak baca novel,memang aku akan belek first page and last page dulu. Then sinopsis kat belakang tu. Kalau rasa macam menarik,aku keep on reading. Tapi mengkala tak best even dah separuh jalan,aku skip sampai lapanblas muka surat or aku humban je jejauh sampai aku tak nampak bayang dia. Kang kalau aku nampak,aku nak baca balik. Buang masa dah kat situ.

Aku start baca novel masa sekolah rendah. First novel is Balak Blues by Ahadiat Akashah. Terus melekap mata kat situ. Aku pernah cerita pasal novel ni kat entry sebelum ni. Pasal seorang remaja lelaki yang terpaksa ikut mak bapak dia pindah ke country house then terjumpa seorang perempuan yang selalu main buai kat bawah pokok depan rumah setiap kali pemuda ni lalu. Rupa-rupanya perempuan tu dah mati long time ago sebab cinta dia dengan jejaka pilihan ditentang bapak perempuan tu. Ada sikit creepy tapi memang best gile okay. Sampai sekarang aku dok cari novel tu. Nakkkkkk......


Aku suka baca Chicken Soup for the Soul. Tak kisah lah yang teenage soul ke hapa. Asalkan soul,aku suka. Bukan yang Sol..Sol..Sol.. tu okay. Itu Johan je layan. Haha. Buku ni pasal kehidupan. Cerita berkisar hidup orang-orang yang menyumbang cerita dalam ni. Ada yang boleh buat pengajaran. Ada yang boleh air mata menitik lelaju. Ada yang boleh buat kita gelak tahap babun. Semua pun ada. Thats why aku suka sangat baca buku ni. Tak jemu. Banyak cerita dalam dia. So kalau rasa tak suka cerita si A ni,boleh skip cerita si B. Senang je. Plot lain-lain ye dok.


The most favorite book ever is koleksi Laksamana Sunan by Ramli Awang Murshid. Ya Rabbi,memang aku addict sangat dengan novel-novel ni. Sunan/Saifuddin tu mampu buat kita jadi riiiiiiiiiiiiiiiiiiinduuuuuuuuuuuuuu sangat dekat dia. Then jatuh cinta. Eh,dulu boleh lah masa bujang nak jatuh cinta bagai. Ni dah kawen,kenot kenot. Gile lah penangan dia ni. Selalu rasa macam dia tu memang wujud,ada je dekat dunia ni. Lepas tu berangan. Hahaha. Lepas tu lagi,bukak tenet and search pasal benda-benda yang pernah diceritakan oleh abang RAM dalam novel tu macam Tanah Rencong,Manggala,Kampung Punggor sampai lah ke bangsa Polips pun aku search. Bila terjumpa tu,mula lah tersengih-sengih. And sebab tu jugak nama anak aku Sunan Andika. Nama anak-beranak tu aku kaut,senang. Hahaha.



Tapi sebenarnya banyak je lagi buku kegemaran aku macam Mastika,Enid Blyton,Harry Potter. Aku taknak lah senaraikan berjela sebab nanti orang kata aku poyo pulak nak menunjuk aku rajin membaca. 

Mohon lempang.