Awesome Followers

27 July 2013

Anak Dara Aku Dah Besar Wei!!!!!

Cepat gile masa berlalu. Sedar tak sedar Mieya Ezzara almost two years tahun ni. Cepat membesar. Sobs sobs.

Actually,dia bukan lah anak kandung aku. Anak adik perempuan aku. Anak sedara lah kennn. Tapi,dia membesar dengan kami-kami ni. Dia panggil aku mama. Kakak aku dipanggil mummy. Ibu aku dipanggil bibu. Eh. Pelik nau bunyi tapi memang dia panggil gitu.

Gile tak sayang kat cekenit ni. Keletah dia boleh bikin pengsan. Kalau time dapat dia bercakap. Sila lah tadah telinga nak cuba fahamkan ulas butir bicara dia. Pelat woi!

Bila hati dia riang gembira,kita boleh suruh dia buat je pun. Ambil itu,ambil ini. Nyanyi. Joget. Dia selalu joget gangnam style and zapin. Okay,zapin tu tipu. Tapi aku selalu nyanyikan dia lagu Three Bears,korean punya lagu kanak-kanak. Siap ada joget mak ai. Dan pasti sangat dia akan tiru nyanyi plus joget.

Tapi kalau dia badmood,nak suruh suruh senyum nampak gigi pun kemain payah. Jangan harap! Nanti dia akan merengek cakap " nanakkkkkk... nanakkkkkk..." sampai kita yang give up. Paling koman pun kena lempang je dengan dia.

Raya ke dua ni nak celeb birthday dia on advance. Birthday betul dia 1/9. Sebab kalau celeb time raya lagi meriah kootttttt. Kot lah. Siap nak buat tema fairytale bagai. Walhal Zara ni ganas brutal kemain. Memakcik dia yang lebih kekdahnya.

Semoga Zara membesar jadi yang berguna. Tak bikin pening kepala huru hara. Jadi orang gile kaya. Boleh tumpang. Bhahahhaha.

Mama and odda sayang Zaraaaaa!

25 July 2013

Junko Furuta .... Yang Sadis!

Kenal dia? Maaf,aku pun tak kenal. Aku terbaca cerita dia dalam blog Sarah pasal gadis ni. Makanya terpanggil jugak nak menulis perihal dia. Kan,taknak kalah kan. Haha. Sebenarnya nak simpan untuk bacaan sendiri or untuk tatapan anak-anak bila dah ada nanti. Sebagai peringatan. Eceh kau. Berangan!
***** p/s : sila tabahkan hati jiwa bagai ketika baca *****
Siapa dia?
Nama mangsa : Junko Furuta
Umur mangsa ketika itu : 17 tahun
Masa kejadian : November 22, 1988
Tempat: Jepun
Kes beliau: diculik, dibunuh, dirogol dan diseksa selama
44 hari.
Motif dia diculik? Tak terjawab sampai hari ni. Cerita ni gile dah lama. Sebelum aku lahir lagi. Memang ketinggalan untuk aku tahu. Jadi,mari baca kisah penyiksaan dia sebelum mati. Day by day.....
Hari pertama(22 Nov 1988):
-Die diculik dan disimpan sebagai tawanan di dalam
rumah.Dan die dikehendaki menjadi gF pada salah
seorang lelaki durjana tersebut.
-Die dipaksa menelefon ibubapa die dan menipu
mengatakan die telah melarikan diri.
-Dirogol seanyak 400 kali.
-Diberi makan lipas dan minum air kencing
-Dipaksa masturbate
-Dipaksa bogel depan laki durjana tuh
-Dibakar dengan pemetik api (aku rase die di bakar
bahagian2 tertentu)
-Benda-benda asing dimasukkan kedalam vagina/
montot beliau.
Hari ke-11 (1 Dis 1988):
-Dipukul banyak kali hingga tak terhitung bilangannya.
-Muke die ditonyoh ke lantai konkrit dan dilompat.
-Tangan die diikat ke atas dan dijadikan tempat
'punching bag'.
-Hidung die penuh dengan darah dan die tak boleh
bernafas melalui hidung tetapi bernafas melalui mulut
sahaja.
-Dumbbell(alatan dalam gym) di jatuhkan di atas perut
die.
-Die muntah apabila cuba hendak minum air (perut die
sudah tak mampu untuk menerima air)
-Cuba untuk melarikan diri tetapi tak berjaya dan
hukumannya lengan die dibakar gune puntung rokok.
-Cecair mudah terbakar dituangkan ke atas kaki nya dan
dinyalakan api.
-Botol dimasukkan ke dalam montot die dan
menyebabkan montot die cedera.
Hari ke-20 (10 Dis 1988):
-Die tak berupaya untuk berjalan akibat dari kaki die
yang cedera teruk kene bakar.
-Dipukul oleh batang buluh
-Batang bunga ai dimasukkan ke dalam montot die dan
dinyalakan.
-Tangan die dihentam dengan pemberat dan kuku jari
die dipecahkan.
-Dipukul oleh batang kayu golf
-Batang rokok dimasukkan ke dalam vagina die pulak
-Dipukul dengan batang besi beberapabanyak kali
-Time tuh musim sejuk berlaku dan dipaksa tido di luar
kat balkoni
-Pencucuk sate dimasukkan ke dalam vagina dan
montot die menyebabkan pendarahan
Hari ke-30:
-Lilin panas di titis ke muke die
-Kelopak mate beliau dibakar gune pemetik api
-Ditikam gune jarum jahit baju di dade die
-Nipple kiri die dipotong gune playar
-Mentol lampu panas dimasukkan ke dalam vagina
-Pendarahan yang banyak disebabkan ditusuk gunting
-die tak mampu kencing dengan betul
-Luka die yang teruk menyebabkan die mengambil mase
sejam untuk turun tangga untuk menggunakan tandas
-Gegendang telinga hancur same sekali
-Size otak die mengecil same sekali
Hari ke-40:
Die merayu supaya dibunuh sahaja janganlahh seksa die
lagi.
Januari 1 1989:
-die mengucapkan Hepi New Year seorang diri.
-Badan sudah cacat
-Tak mampu bergerak atas tanah lagi
Hari ke-44 (Januari 4 1989):
-Lelaki durjana tersebut pukul die menggunakan barbell
(alatan dalam gym)
walaupun badan die sudah cacat abes
-Die berdarah teruk dekat mulut dan hidung
-Mereka telah meletakkan api lilin dekat muke dan mate
die
-Minyak pemetik api di tuangkan di kaki,lengan,muke
dan perut.Kemudian die di bakar.Seksaan die yang
terakhir selama 2 jam.
-Akhirnya die mati
*********************************************************
Kaum gadis wanita ladies semua,berhati-hati. Jangan jadi mangsa seterusnya. Jaga diri.

Minggu Lepas --- Semalam --- Hari Ini ....... Punya Cerita

Minggu Lepas :
Khamis lepas aku jadi wakil biras aku untuk duduk dengar taklimat plus beratur sikit punya panjang nak daftar untuk tender makanan kantin sekolah. Pukul 7.30 pagi aku dah bertandang rumah biras aku sebab katanya pukul 7.30 dah nak gerak. Awak pun ye ye je awal. Last last,pukul 8++ jugak keluar. Tipikal la tu.
Terus gerak ke bangunan belia dan umno Shah Alam. Gile ramai orang. Pestaim aku join mendalah gini. Kita orang biasa2 je. Bukan kontraktor ke hape ken. Sador diri ni. Pakai pun wedges cabuk kemain. Orang lain pakai cecantik angat. Pfffftttt...
Dah sampai,kena daftar. Ramai kemain orang yang nak dengar taklimat. Iye lah,ada rezeki dapat la ye dak. Masyukkkk kata biras aku. Mau tak masyuk. Boleh cecah juta2 profit dia. Kalau aku pun nak. Tapi apa kan daya. Mampu ke?????
Siap daftar,aku duduk dalam dewan. Muka mengantuk tahap mintak kena pijak dah rasa. Orang lain ramai yang datang bergang. Aku? ALONE. Gila kesian dengan diri aku sendiri. Mulut memang dalam sejarah,terkunci rapat. Then orang tu start bagi taklimat. Bla bla bla bla bla dan bla lagi.
Habis taklimat,kena beratur lagi. Nak ambil stamp SPP Negeri Selangor. Ramai lagi. Bertabah aje lah. Phewwww... Awak ni lah ketot omei angat je. Orang tak nampak. Ohpelisssss!
Semalam :
Semalam kerja. Kat workshop memang tak ada orang. Lampu pun just lampu ofis yang pasang. Tangan di pulak gatal kemain bukak youtube cerita hantu. Kau bayangkan.
Gila terasa orang duk perati aku. Tapi hati kental lagi tengok plak gambar budak yang meninggal kena tembak tu. Bertambah cuak jantung kite.
Tepat pukul 4.30 pm,lepas biras aku dtg sekejap then balik,aku pun blah. Gile nak tunggu lagi. Memang seriau!
Hari ini :
Malam tadi aku pi kedai. Balik tu,memang menonong je masuk rumah. Nak bedal eskem magnum punya pasal. Memang tak fikir apa dah. Lepas tu tidur. Pergh,gile huduh perangai.
Pagi tadi,mak ketuk puntu bilik. Mak tanya,
" beg duit ni memang dari malam tadi ke dalam bakul motor?"
Waaaaa.. Gile tak perasan. Cecepat cek duit. Alhamdulillah,satu sen pun tak bersentuh. Kebesaran Allah. Cuai!
** dapat tahu bedak TANAKA,MAIXARA and ada lagi produk kecantikan tak ada sijil KKM. AWAS!

17 July 2013

Rutin

terkadang yang selalu secara tak sengaja akan jadi rutin yang sengaja.
yang dulu kau tak pernah buat,gila malas nak buat,kau jadi otomatik buat.

contoh :

selama ni kau tak pernah nak bangun pagi kalau tak ada apa yang penting. bila dah kahwin,kau akan bangun untuk iring suami kau ke depan pintu sebab dia nak pi kerja.

tak miss pun.

*****

rutin yang seronok. rasa bersinar je pagi tu.
lepas tu kalau kau nak membuta balik ke apa,silakan.

dengan effort yang macam ni,suami jadi sangat semangat nak kerja.
lantak lah muka bini dia serabai jadah ke apa. kisah?
bini kau.
kalau nak dia bangun cantik-cantik macam jolie,beli kan lah beauty umaira ke kan.
pffffffttttttt.


dulu masa aku kerja,aku ada bos korean. Mr.Youn nama dia.
setiap pagi sebelum start waktu kerja,dia akan gosok gigi.
tak miss langsung. kitaorang perati je.
dalam hati macam,"PEHAL ORANG TUA NI? KAT RUMAH TAK GOSOK KE?"
ghopenya memang setiap kali lepas makan dia akan gosok gigi.
pagi.
tengah hari.
petang.
memang dia siap standby ubat gigi and berus gigi satu kat dalam laci.

*
*
*
*
*
*

rutin harian wajib aku.

1. bangun tidur,kejutkan suami.
2. tunggu suami siap mandi. sediakan baju bagai.
3. tunggu suami bersiap. dia bersiap ngalahkan perempuan. gila lama.
4. iring suami ke pintu. tunggu dia start pajero.
5. pajero tak boleh start,aku tolong tolak. ( ini tipu )
6. dah pastikan suami kerja,pergi mandi. berendam lelama. ( sangat lah tipu )
7. bersiap,buka lemari baju yang gila besar ada juta-juta baju. ( over tipu )
8. kerja.
9. malam nanti tunggu suami balik kerja plak.
10. shopping sakan. ( tolong lah percaya penipuan ini )

dulu tak ada nya aku nak berutin gini masa duduk kat karak.
sejak pindah ke kuala selangor ni je lah aku buat gini.
kalau dulu................
blufffffffttt....


16 July 2013

Dilema Seorang Aku

Dulu masa bertunang,semua sibuk pakat tanya bila nak kahwin.
Padahal baru sebulan dua je kut bertunang. 
Dah ada yang sibuk-sibuk nak tanya tarikh nikah plak. 
Awak ni mampu senyum. Takpe,dorang excited.

Bila dah nikah,masih berbunyi lagi mereka-mereka bila nak mengandung.
Nak pulak bila dah 4 bulan kahwin tapi masih tak mengandung or tanda-tanda tu ada kan.
Boleh plak dorang membanding tarakan aku dengan orang-orang yang bunting pelamin tu.
Lagi bertambah lebar senyum awak even nampak sangat payah.

Siapa tak nak merasa adanya nyawa dalam rahim ni kan.
Rugilah kalau perempuan yang dah berkahwin tapi tak nak langsung merasa.
Aku tergolong dalam kelompok perempuan berkahwin yang eager gila nak merasa.
Tapi Allah belum bagi lagi rezeki tu kat aku. BELUM.

Beliau lagi lah excited nak tunggu. Lagi lebih dari aku.
Kadang-kadang sedih tengok dia macam hampa setiap bulan even dia tak ketara tunjuk.
So kena bagi kata-kata perangsang and motivasi kat diri memasing setiap kali.
Itu je mampu kami buat. Belum ada rezeki Allah nak bagi.
Awal lagi ni pun. Jauh lagi jalan.
Ayat semangat paling buat hati tenang and boleh gelak-gelak balik.

Allah merancang sesuatu itu dengan sangat cantik.
Aku and suami selalu positif. Sangat positif.
Allah tak bagi kami anak kandung tapi Allah hadiahkan kami anak angkat.
Even tak duduk sama tapi mampu buat hati tenang bila teringat Mika.
Allah nak kami belajar dulu. Sikit-sikit.

Allah tak bagi aku anak sendiri tapi Allah bagi aku suami yang sangat memahami.
Yang memanjakan aku tanpa jemu. Setiap detik yang ada.
Yang bersama aku susah senangnya aku. Tak merungut.
Dia yang selalu ada menenangkan bila soalan-soalan gini dilemparkan.
Dia ada.

Jalan Allah itu luas.
Perancangan Allah itu indah.
Bersabar itu hasilnya manis.





Peluang

hari ini,tika ini,tika hati terasa nak terkeluar berlari,bertambah dengan rindunya dekat arwah abang.

setiap Ramadhan,terselit air mata kehilangan.
tanpa terlepas.
kerana di bulan barakah ini dia disahut bertemu pencipta.

andai diberi peluang. peluang yang selalu diminta. tipikal kita.
ingin sekali tubuh itu dipeluk. merasa kehangatan terakhir kali sang abang.
ingin benar dahi itu dicium. agar dia tahu kasihnya aku kepada dia.
ingin lihat senyumnya dia.
tawanya dia.
marahnya dia.
SEMUA ITU ANDAI.

damai lah kau. 
kau abang yang satu-satunya.

Al-Fatihah.

13 July 2013

SONTOT!

Korang tahu ape itu SONTOT?
Sontot tu ketot plus chubby.
Ini laki aku punya bahasa nak gambarkan aku.
Kongajo kan?
Takpe,iolls terima dengan red-doooooo.
Sontot-sontot ni jugak yang dia suka.
Cinta rindu bagai. Pfffttt..
Sila muntah.

Entah mana dia dapat idea nak panggil aku gitu entah.
Nak kata aku pendek nau,macam tak. 
151cm tu kira tinggi la jugak kan.
Melebihi paras 150cm kira okay la.
Maaf mana yang tinggi kurang 150cm.
Sila usaha lagi.
Pergh,berlagak nak mampus.

Chubby tu ye. Sangat lah kan.
Nak sampai tahap gemuk pun ada ni. Dah makan je lepas kahwin ni.
Salah dia jugak. Paksa-paksa aku makan bagai.
Ce bagi dorongan supaya aku ni mampu mengawal pemakanan.
Dia lah ni punca semua yang tersontot ni.

AKU SONTOT COMEL OKAY.
KORANG?
hahahahahahahahahahahahhahahahaha


11 July 2013

Selamat Hari Lahir Seorang Kakak Yang Hebat.

Selamat hari lahirnya kakak aku yang satu-satunya.
REENA KAMARUDIN.
Dia yang pertama ajar aku cara mem-belog. Yang tolong buatkan,tolong hiaskan. Yang tolong aku yang tak tahu apa bendanya blog alah ni.
Terima kasih.
Dia kakak yang hebat!
Kalau rasa tak ada topup,duit kering,message je dia. Berdesup kredit masuk. Kita cakap nanti bayar. Walhal. Buat-buat lupe je. Bila dia Mintak,kita buat dunno. Nanti dia diam. Hebat kan kesabaran tu. Haha.
Banyak hebatnya nak aku cerita. Kang aku cerita berjela menyampah plak orang nak baca. Dia plak bertambah hebat kembangannya. Maka,tak payah nak berhebat sangat menulis betapa hebatnya dia. Pffttt..
By the way. Dia selalu ada dengan aku no matter what. Susah senang suka duka gelak nangis bagai. Dia ada.
Kalau ada masalah,tak tahu nak rujuk siapa,dia ada. Aku luahkan even dia tak berapa membantu. Aku lega.
Kalau ada masalah duit,dia tengah berduit,Mintak je. Kompem dapat. Dia ada.
Dia selalu ada mengembalikan keanak-anakan aku yang terkadang hilang. Sebab dia ada sifat tu selalu. Dia ada.
Semua perihal,dia ada.
Cengeng. Kaki sentap. Berdikari. Berani. Gagah.
DIA ADA.
Selamat hari lahir kakakku yang satu-satunya.
KAU SELALU ADA.
SEMOGA KAU SELALU ADA UNTUK KAMI-KAMI YANG ADIK INI. SEMOGA KAU HIDUP BAHAGIA. SEMOGA KAU DILINDUNGI SELALU. SEMOGA ALLAH SELALU ADA DENGAN KAU. SEMOGA KAU HIDUP BERATUS TAHUN LAGI. SEMOGA!

10 July 2013

Puasa Yang Pertama - Banyak Pertamanya.

Selamat berRamadhan!
Alhamdulillah,datang lagi tahun ni.

Tahun ni,Ramadhan aku banyak yang pertamanya. Gilos banyak. Seronok aku kira banyaknya yang pertama. Okay over.

Kali pertama aku sambut puasa sebagai seorang isteri kepada Mohd Akemar Bin Abu Bakar. Sebelum ni sambut puasa sebagai tunang orang,tak banyak beza daripada ber-single. Ye dak?
Ini pertama yang pertama-tamanya.

Ramadhan tahun ni aku sambut jauuuuuuhhhhhh dari ibu abah paiz kakngah syira semua. Memang sebelum sebelum ni masa aku sekolah and belajar pun jauh tapi hak kali ni,sejak dah tiga tahun ni,aku kan duduk dengan dorang je. So memang tak miss puasa dengan dorang. Berbuka pun sama-sama. Sendu.

Tadi aku masak. Haaa.. Memang yang pertama kali. Sebelum ni ibu masak. Tak pun main tunjuk kat bazaar je. Nak itu nak ini. Lauk memang berjenis atas meja. Banyak banyak sedap mata mandang. TAPI! Hari ni aku mampu masak dua lauk je. DUA LAUK JE TAU!

Berbuka tanpa kuih!
Dulu gile banyak kuih time berbuka. Sampai tak termakan. Lompat tikam. Cek mek molek. Keria. Ah sedak ah sedak ah. Hari ni,pertama kalinya aku tak nampah kuih pun depan mata. TAK ADA. Tak ade la lepas makan cekup keria terus ke ape. Nehi.

Kurma dah memang wajib time berbuka kan. Percayalah. Aku berbuka tanpa kurma. Memang pertama kali. Dah tak dapat ikut satu sunnah Rasulullah hari ni. Esok make sure ada kurma.

Paling gile yang pertama-tama,aku berbuka berdua je dengan mak mertua. Sunyi. Senyap. Krik krik je dengar. Masing-masing tunduk hadap nasi. Kalau kat rumah abah,bising kemain kat meja. Riuh. Bercakap sambil makan. Cot cet cot cet. Siap. Tak sedar dah habis makan. Tadi,nak habiskan sepinggan nasi pun rasa lama. Haih.

Dan hari ni aku berbuka tanpa suami. Tak sempat nak balik sebab outstation ke Nilai. Okfioneeeeee.

SELAMAT BER-RAMADHAN!

5 July 2013

Perati

Aku suka perati orang. Gila kau suka. Tapi orang tak boleh perati aku.
Gitu kekdahnya perangai.
Tapi tahap perati aku tak lah kronik nau.
Takde lah sampai dok tenung muka orang tu lelama.
Ataupun seploh minit orang tu depan aku,seploh minit aku perati.
Oh sangat lah tak berkenan.
Setakat perati gitu-gitu tapi berisi.
Faham?

Sejak aku tolong akak ipar aku ni,pelbagai lah orang yang datang singgah.
Tua,muda,kecik,besar,hitam,putih,gatal,diam.
Semua pesen ada. Boleh singgah tengok.
Join perati sekali dengan aku.




4 July 2013

Yang Manja Itu Aku

Masa kecik aku bukan lah anak yang bapak gila manja tahap hentak-hentak kaki kalau tak dapat benda yang aku nak.
Or yang asyik berkepit dengan abah ibu 24/7.
Sangat lah tidak.
Sejak baby aku dah duduk dengan mak saudara aku.
Makanya,adalah kemungkinan untuk aku dimanja oleh makteh dan pakcu dan pak itam.
Kemain adalah. Padahal.

Aku berada dalam kategori berdikari.
Aku nak,aku buat.
Duduk asrama. Jauh sikit dari family.
Dah biasa. Even pernah menangis nak balik masa memula dulu.
Masa memula jeeeee...

Then sekarang aku dah kahwin.
Seriously,AKU SANGAT LAH MANJA DENGAN BELIAU.
Memang pakar merengek sejak kahwin ni. Kalah Mieya.
Kalau nak satu barang tu,nak jugak.
Sila lah jangan cakap tidak.
Memang aku muncung tahap boleh ukur jalan.
Mohon lah cuba kennn.
Beliau ni plak jenis tegas tak tentu hala. Time dapat tegas lah.
Kalau tidak,dia lagi lebih merengek. Mencik.

Paling tak boleh blah,beliau selalu belikan aku mainan.
???????????????