Awesome Followers

25 July 2013

Minggu Lepas --- Semalam --- Hari Ini ....... Punya Cerita

Minggu Lepas :
Khamis lepas aku jadi wakil biras aku untuk duduk dengar taklimat plus beratur sikit punya panjang nak daftar untuk tender makanan kantin sekolah. Pukul 7.30 pagi aku dah bertandang rumah biras aku sebab katanya pukul 7.30 dah nak gerak. Awak pun ye ye je awal. Last last,pukul 8++ jugak keluar. Tipikal la tu.
Terus gerak ke bangunan belia dan umno Shah Alam. Gile ramai orang. Pestaim aku join mendalah gini. Kita orang biasa2 je. Bukan kontraktor ke hape ken. Sador diri ni. Pakai pun wedges cabuk kemain. Orang lain pakai cecantik angat. Pfffftttt...
Dah sampai,kena daftar. Ramai kemain orang yang nak dengar taklimat. Iye lah,ada rezeki dapat la ye dak. Masyukkkk kata biras aku. Mau tak masyuk. Boleh cecah juta2 profit dia. Kalau aku pun nak. Tapi apa kan daya. Mampu ke?????
Siap daftar,aku duduk dalam dewan. Muka mengantuk tahap mintak kena pijak dah rasa. Orang lain ramai yang datang bergang. Aku? ALONE. Gila kesian dengan diri aku sendiri. Mulut memang dalam sejarah,terkunci rapat. Then orang tu start bagi taklimat. Bla bla bla bla bla dan bla lagi.
Habis taklimat,kena beratur lagi. Nak ambil stamp SPP Negeri Selangor. Ramai lagi. Bertabah aje lah. Phewwww... Awak ni lah ketot omei angat je. Orang tak nampak. Ohpelisssss!
Semalam :
Semalam kerja. Kat workshop memang tak ada orang. Lampu pun just lampu ofis yang pasang. Tangan di pulak gatal kemain bukak youtube cerita hantu. Kau bayangkan.
Gila terasa orang duk perati aku. Tapi hati kental lagi tengok plak gambar budak yang meninggal kena tembak tu. Bertambah cuak jantung kite.
Tepat pukul 4.30 pm,lepas biras aku dtg sekejap then balik,aku pun blah. Gile nak tunggu lagi. Memang seriau!
Hari ini :
Malam tadi aku pi kedai. Balik tu,memang menonong je masuk rumah. Nak bedal eskem magnum punya pasal. Memang tak fikir apa dah. Lepas tu tidur. Pergh,gile huduh perangai.
Pagi tadi,mak ketuk puntu bilik. Mak tanya,
" beg duit ni memang dari malam tadi ke dalam bakul motor?"
Waaaaa.. Gile tak perasan. Cecepat cek duit. Alhamdulillah,satu sen pun tak bersentuh. Kebesaran Allah. Cuai!
** dapat tahu bedak TANAKA,MAIXARA and ada lagi produk kecantikan tak ada sijil KKM. AWAS!

No comments: