Awesome Followers

27 July 2013

Anak Dara Aku Dah Besar Wei!!!!!

Cepat gile masa berlalu. Sedar tak sedar Mieya Ezzara almost two years tahun ni. Cepat membesar. Sobs sobs.

Actually,dia bukan lah anak kandung aku. Anak adik perempuan aku. Anak sedara lah kennn. Tapi,dia membesar dengan kami-kami ni. Dia panggil aku mama. Kakak aku dipanggil mummy. Ibu aku dipanggil bibu. Eh. Pelik nau bunyi tapi memang dia panggil gitu.

Gile tak sayang kat cekenit ni. Keletah dia boleh bikin pengsan. Kalau time dapat dia bercakap. Sila lah tadah telinga nak cuba fahamkan ulas butir bicara dia. Pelat woi!

Bila hati dia riang gembira,kita boleh suruh dia buat je pun. Ambil itu,ambil ini. Nyanyi. Joget. Dia selalu joget gangnam style and zapin. Okay,zapin tu tipu. Tapi aku selalu nyanyikan dia lagu Three Bears,korean punya lagu kanak-kanak. Siap ada joget mak ai. Dan pasti sangat dia akan tiru nyanyi plus joget.

Tapi kalau dia badmood,nak suruh suruh senyum nampak gigi pun kemain payah. Jangan harap! Nanti dia akan merengek cakap " nanakkkkkk... nanakkkkkk..." sampai kita yang give up. Paling koman pun kena lempang je dengan dia.

Raya ke dua ni nak celeb birthday dia on advance. Birthday betul dia 1/9. Sebab kalau celeb time raya lagi meriah kootttttt. Kot lah. Siap nak buat tema fairytale bagai. Walhal Zara ni ganas brutal kemain. Memakcik dia yang lebih kekdahnya.

Semoga Zara membesar jadi yang berguna. Tak bikin pening kepala huru hara. Jadi orang gile kaya. Boleh tumpang. Bhahahhaha.

Mama and odda sayang Zaraaaaa!

No comments: