Awesome Followers

28 December 2011

~~ 10 perkara perempuan benci lelaki ~~

An nyong ha seyo.. !!!


Hari ni aku buat panduan untuk kaum lelaki mengenai perempuan. Ada sepuluh list yang aku and beberapa rakan perempuan aku senaraikan untuk jenis lelaki yang perempuan benci. Bagi lelaki,take notes okay. Mana tahu boleh berkesan untuk pikat wanita idaman. Check it out!


1. Perokok tegar :


Sekiranya kamu lelaki yang merokok,kamu termasuk dalam list ni. So,jangan nak berangan untuk mendapatkan perempuan yang terang-terang bencikan perokok tegar! Kami perempuan sayangkan nyawa dan jantung kami. Kalau nak bunuh diri,sila menjauh. And FYI,kamu tak macho mana pun dengan rokok tu.


     
2. Playboy :


 Ingat senang ke nak percaya lelaki zaman sekarang? Ada yang dah berkahwin tetapi mengaku bujang. Eeewww... Tak sedar diri langsung. And ada pulak yang pasang 2/3 kat belakang kita. Annoying!




3. Gila seks :


Ada sesetengah lelaki zaman sekarang ni just nak dapatkan perempuan untuk puaskan nafsu setan dia. Memang tak boleh blah! Kalau adik perempuan dorang kena dengan lelaki lain yang sama perangai dengan dorang plak macam mana?


  
4. Penipu :
Ada sesetengah lelaki yang suka cakap tak serupa bikin. Cakap A tapi buatnye B. Mana perempuan tak bengang. Mulut manis je bila tabur janji. Last-last mungkir janji. Janji nak keluar makan sama-sama. Bila kita dah siap-siap,dia boleh cancelkan plak. Confirm hati bengkak gila!




5. Pengotor :


Payah sangat nak tengok dia dalam keadaan yang sentiasa bersih. Nak suruh mandi plak memang liat. Kuku tangan dah hitam berdaki. Bau badan tak payah cakap lah. Ish,semua perempuan pon boleh muntah kalau bau. Mana perempuan nak suka kan?




6. Panas baran/Keras kepala :
Pantang perempuan tu salah sikit,cepat je tangan naik ke badan. Kadang-kadang sampai lebam badan si perempuan tu. Semua benda nak kena dengar cakap dia. Cakap orang lain semua dia bangkang. Menang tak ada toleransi. Hello,tolak ansur lah sikit.




7. Cemburu buta :


" Awak berbual apa dengan pakcik kedai tu?" Lorh,salah ke nak beramah mesra dengan tokey kedai tempat kita beli barang tu? Kalau yang jenis macam ni,dengan binatang pun dia boleh jeles. Inikan pulak dengan lelaki lain.




 8. Perasan bagus :
Jangan tak tahu ada lelaki yang asyik perasan diri dia grade A. Padahal tak ada sangat pun yang A dalam diri dia. Saja nak menunjuk benda yang tak ada.




9. Bajet hensem :


Yang ni lagi satu jenis lelaki yang memang tak boleh blah. Kalau boleh semua perempuan dia nak kata terpikat dengan diri dia. Apa,ingat kamu tu hensem sangat macam David Beckham?




10. Kedekut :


Bila setiap kali keluar makan,mesti bayar asing. Tak pun buat tak tahu je bila time nak bayar. Terpaksa si perempuan keluarkan duit. Kalau sekali sekala tak apa,ini SELALU. Paling teruk,kalau dia kena bayarkan jugak,dah nak balik tu siap mintak claim. Gentleman sikit lah wei..


Okay,settle.. Ni antara kategori besar yang perempuan benci. Ops,ada satu lagi yang perempuan tak suka pasal lelaki. Bila lelaki tu sangat jauh dengan agamanya. So,fikirkan okay. Nanti-nanti aku buat untuk perempuan pulak.
Peace yaww...!!!


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

No comments: