An nyong ha seyo..!!!
Jom mengarut pasal cinta plak hari ni. Pernah jatuh cinta? Mesti la pernah kan? Ops,maybe ada yang tak pernah. Budak suci lah katakan. Or maybe belum masanya lagi. Bagi yang dah pernah jatuh cinta,confirm ke tu cinta? Mesti ada yang tak puas hati dengan ayat aku ni kan. Hahaha.. Relax lah,kita usha dulu.
1. Cinta tak semestinya memiliki
Cerita 1 :
Ada seorang sahabat pernah bagitahu aku pasal kenyataan ni. Yup,kenyataan.. Aku pernah berkawan rapat dengan seorang insan ni. Student salah satu universiti terkenal tempatan. Biar aku namakan dia K. Dia jugak sahabat baik kepada sahabat aku ni tadi. Aku and K memang rapat. Setiap masalah aku confirm aku rujuk dekat dia. Kenapa? Sebab dia mesti bagi nasihat berlandaskan hukum agama. Almaklumlah,dia pelajar jurusan agama. Kiranya dia ni kaunselor aku lah. Kami selalu berbual di telefon untuk menyelesaikan sesuatu masalah. But one day,masa aku call dia,aku jadi tergamam bila dengar suara dia. Habis berpeluh satu badan. Lutut menggeletar gila babeng. Aku menangis and perasaan takut and gementar jadi satu. Terus aku matikan panggilan and berlari naik ke dorm. Selama seminggu aku tak bercakap dengan K. After that aku cerita dengan sahabat aku yang tadi. Nak tau apa jawapan dia? " Adik Far,itu lah cinta. Perasaan yang datang tanpa kita sedar,yang datang sendiri dari hati." Aku terdiam. Sebab aku tak pernah tau pun semua tu. Selepas beberapa hari,K call aku. Mesti korang ingat dia nak tanya pasal kejadian hari tu kan? Oh tidak.. Dia minta supaya persahabatan kami diputuskan. Itu je ayat dia and dia terus letak telefon. Aku menangis selepas beberapa jam (lambat terima effect. Haha..). Terasa kosong sangat-sangat. Masa aku tengah syok menangis,sahabat aku call. Dia pelik kenapa K menangis. Aku pun cerita lah semuanya. Memang tak boleh simpan rahsia kan? Hahahahahha.. And sampai sekarang aku masih ingat kenyataan yang dia bagi kat aku. " Cinta tak semestinya memiliki. Kalau kita sayang dia,lepaskan dia pergi. Kalau cinta tu milik kita,dia akan datang balik.. Belajar untuk redha." Yup,memang sakit tapi aku cuba. Sampai sekarang aku tak pernah dengar cerita pasal K lagi. Memang betul,cinta tak semestinya memiliki..
2. Cinta tu memang milik mereka
Cerita 2 :
Seseorang pernah bercerita dengan aku kisah satu pasangan ni. Mereka bercinta hampir 10 tahun. Sangat lama kan? Salute...!!! Selepas beberapa tahun,mereka ambil keputusan untuk berpisah. Sebab apa? Sebab ada pihak ketiga yang tak habis-habis dok ganggu hubungan mereka. Tak ada istilah curang okay. Just tak tahan dengan gangguan. Selepas berpisah,mereka tetap berkawan. And tak ada pun antara mereka yang berusaha untuk cari pengganti. Hati dah tertutup untuk terima orang lain. Awal tahun lepas si perempuan ni akhirnya bertunang and awal tahun ni dah berkahwin. Teka dengan siapa? Yup,dengan bekas teman lelaki dia dulu. Setelah 2 tahun berpisah,mereka tetap bersatu. Memang Allah dah takdirkan cinta tu untuk mereka. Sampai syurga pun cinta tu milik mereka...
Kalau rindu and takut untuk kehilangan tu cinta ke eh? Tak jugak.. Ada sesetengah orang takut kehilangan seseorang sebab dia tak nak sunyi. Takut merasa sunyi. Rindu tu satu perasaan normal. Dengan kawan-kawan pun boleh jadi rindu kan.. Huhuh...
So,renung-renungkan lah.. Kalau korang rasa korang jatuh cinta,jangan takut nak luahkan. Takut nanti korang melepas. Hahaha.. Tak salah mencuba kan? Mana lah tau dia pun suka dekat korang. Jangan nanti korang dah hilang dia baru nak mennyesal.. Peace..!!
#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~
No comments:
Post a Comment