Awesome Followers

2 December 2011

~~ Episod seram 2 : Ofis ni berhantu ke? Bah.1 ~~





Lokasi : Ofis QC & QC lab
Masa : Waktu bekerja
Hari : Sabtu
Pelakon : Aku,Aki (bekas QC Assistant)


Masa ni aku baru je lagi kerja sini. Tak sampai seminggu. Orang baru,mestilah duduk dalam ofis je. Nak merayap,macam tak senonoh plak kan. So,aku duduk lah sorang-sorang sebab yang lain pergi meeting. Memang rasa mati kutu dah. Tengah aku syok-syok termenung kat meja aku,tiba-tiba aku dengar bunyi."Tup..tup..tup.." Bunyi keyboard laptop Mr Youn ( HOD QC ) macam ada orang menaip. Kebetulan pakcik Korean ni pun join meeting. Aku pasang telinga lama gila nak cam. Selepas 5 minit,bunyi kerusi dia plak. Macam ada orang nak bangun and tolak kerusi ke belakang. Aku rasa habis pucat dah muka aku time tu. Aku terus call Aki. Datang je Aki,aku dengan jayanya bercerita tanpa henti.


" Aki,tadi kan (bla..bla..bla...)"


" Alah,benda biasa tu. Kena biasakan diri lepas ni. Kite orang kat sini dah banyak kali kena. Tahan je lah. Ni tempat dia.."


Panjang lebar Aki terangkan kat aku. Selalu kena?? Aku akan terlibat sama ke apa ni? Eeewww...


"Krekkk... Gang!"


Pintu lab sebelah ada orang bukak and tutup kuat-kuat. Masing-masing tunggu and pandang pintu ofis. Kot-kot ada orang akan masuk (memang boleh nampak dari tempat aku pintu lab). Selepas 2 minit pun still tak ada orang. Aku pandang Aki,Aki pandang aku. Masing-masing diam tak cakap apa-apa..


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

No comments: