Awesome Followers

30 September 2014

SUPERMOM!

6.00 am :
- Sunan dah bangun untuk susu. Alang-alang susukan dia sampai 6.30 am,mandi and solat,siap-siap pergi kerja.
- Kemas rumah dulu sementara tunggu masa untuk kejutkan beliau yang tidur balik after solat Subuh yang mana dia tak pernah miss tak tidur. Apa salahnya kalau berjaga terus ye dak?

7.30 am :
- Kejutkan beliau yang mana mengambil masa seploh minit sebab kalau dah tidur memang kemain payah nak bangun. Kalau keadaan mendesak,terpaksa tipu kengkonon dah pukul 7.55 am and kompem beliau bergegas bangun. Then bila dah siap mandi and tengok jam,baru pukul 7.45 am. Dan beliau terus hadiahkan jelingan tajam. Bhahahahahaha.
- Siapkan Sunan sambil berdangdut melalak pepagi. Ini biasa.

7.55 am :
- Pergi kerja. Mujur tempat kerja depan taman ni je. Kalau tak jangan harap nak keluar rumah time ni and sampai sharp pukul 8 am kalau kerja tempat lain.

8.00 am :
- Sampai ofis,bukak segala suis yang ada,hidupkan pc,hidupkan laptop,hidupkan printer.
- Susun kerja yang nak dibuat (kalau ada).
- Letak Sunan dalam stroller,layankan dua tiga minit,kasi kain peralit dia,buat kerja.
- Tunggu abang biras sampai untuk bagi kerja. Ai memang menadah kerja hari-hari. Takut dikata makan gaji buta. Gitu. Baikkan ai. Hahaha.

9.00 am :
- Tidurkan Sunan. Sekarang Sunan prefer tidur berbedung. Baru dia lena sesangat. Dulu masa awal-awal,kalau berbedung,terus jadi roti canai. Meraung-raung taknak. Pasrah je mama ni.
- Mula buat kerja dengan kemain fokus. Percayalah,kalau aku betul-betul fokus,invoices bertimbun pun sejam je aku boleh siapkan. Invoice untuk esok pun hari ni boleh siap.

10.00 am :
- Sunan terjaga,nak susu. So kena susukan dulu. Kalau tak,mulut dia macam ayam berak kapur. Membebel non-stop. Bingit telinga okay. Siap jerit-jerit lagi. Sabaaaaaarrrrrrr je lah. Macam pompuan ko ni nak. Then dah kenyang,dia dah behave and boleh bermuafakat untuk tak buat kecoh.

- Sambung buat kerja.
- Kalau Sunan berak,kena basuhkan. Then kasi dia selesa kat bawah. Bentang tilam tebal-tebal,biar dia bergolek sakan kat situ. Jangan kacau mama.
- Mama buat kerja sambil berfacebook or berbelog. Itu rutin. Kekadang melalak bukak youtube,nyanyi lagu kohreah sangat syok sendiri.

1.00 pm :
- Rehat and solat.

2.00 pm :
- Sambung lagi buat kerja yang macam tak suka habis tu. Still beryoutube nyanyi-nyanyi.

- Sunan bangun tidur,merengek ajak main. Okay lah,kita agah-agah main. Tapi tak jalan sangat. Sekejap je dia gembira-gembira. Mintak dipangku. Okay,mama pangku. Masa muafakat dah habis kata dia.
- Buat kerja which is menaip,memprint and memfotostat dengan Sunan diriba dan dikelek. Aku pakai satu tangan je buat semua ni. Hengko bayangkan. Mampu? Hahaha.
- Setel kerja,layan baby rhythm kat youtube. Sunan memang suka gila kalau aku bukak lagu-lagu ni. Dia usha je kartun-kartun tu.

5.00 pm :
- Siap-siap nak balik. Tutup semua suis yang ada.
- Jom lah kita balik. Rumah kesayangan menanti kita.

- Sampai rumah,buka kan tv,biar Sunan layan Spongebob. Okay,mama pun layan sama. Memang kepala kartun. Senang nanti tak berebut remote dengan anak bila dia nak tengok kartun. Papa pun sekaki. Ok sangat. Haha.
- Sunan layan sinetron pulak. Sementara dia ralit,mama buat kerja lelaju.
* Masak nasi.
* Kemas bilik (memang jangan harap sempat nak kemas bila pepagi).
* Keluarkan lauk yang nak dimasak. 
- Sunan merengek lagi sebab tak ada orang dengan dia. Ok,kita teman dia tengok tv.

6.30 pm :
- Sunan nak tidur. Kita tidurkan dia dulu. Sekarang kemain senang dia nak tidur. Bungkus badan dia,letak towel kecik dia tu kat pipi,terus lelap. Oh anak.

- Mama sambung bertukang kat dapur. Tempat paling best dalam rumah aku yang aku rasa. Boleh? Kekadang kalau memalam Sunan and papa dah tidur,aku boleh duduk kat dapur tu termenung. Ape ke peel pun aku tak reti. Bhahaha.
- Papa balik,cium anak and jenguk dapur. Tengok aku masak apa. Kalau beliau rasa tak berkenan kat hati,beliau bege-bege,usik-usik,tambah tolak mana yang berkenan kat hati. Pasrah aje aku ni.

- Mandi,solat,hidangkan makanan.
- Sementara Sunan tidur,better makan dengan segera. Kalau tak,jangan harap kau nak makan dengan tenang tanpa dengan rengekan dia. Dulu lagi parah. Pukul 11 baru dapat makan kalau dia tak tidur. Bulan puasa dulu pun cenggitu. Pukul 10 baru aku berbuka. Kau mampu? Ketar segala badan dek lapar *nangis*

- Sekarang hebat. Lepas isyak terus terbongkang anak beranak dalam bilik. Hahaha. Bergelap dah rumah ai. Kalau kau datang pukul 9 pm gitu,maap lah ye kalau tak berjawab salam. Kami anak beranak dah pengsan.

11.00 am :
- Sunan terbangun nak nyusu.
- Susukan then sambung tidur.

3.00 am :
- Sunan bangun lagi nak nyusu. Since membesar ni,memang dia kuat kemain nyusu. Badan pun naik macam kena pam.
- Susukan then tidur balik.

6.00 am :
- Sunan bangun nak susu lagi. Alang2 .......................*sama macam jalan di atas*.............................

Kemain panjang jurnal harian. Hahaha. Poyo nak mam pompuan ni. Macam orang berminat nak tahu. Tapi serius,sejak ada anak ni,rasa macam,"wei,hebat gile aku." Gitu.

Okbai!

notakaki : entri ni mengambil masa 4 hari untuk siap gara-gara masa tak berapa nak mengizinkan lately. nampak kan?? pffftt..

10 September 2014

Pap Smear -- Saya Sudah. Anda??

Kemain tajuk penulisan ai hari ini. Mempromosi sangat bunyi nya. Mementang sudah. Iya lah,first time kate ko. Macam rasa hebat pulak. Hahaha!

Sebenarnya appointment aku sepatutnya just untuk check up doktor sebab aku ambil pil perancang. First time buat buku mesti kena jumpa doktor. Aku kan beranak cesar. So WAJIB ambil perancang sebab takut terbabas. Gile ko kalau aku pregnant lagi dalam masa setahun? Kalau ikut hati memang nak. Kalau bersalin normal lah. Tapi ni keluar ikut tingkap,kena jugak tahan. Nanti doktor marah. Sebab jahit-jahit sulaman bagai ambil masa nak baik. Sunan,mohon sabar nak dapat adik k. Tunggu dah derejah 1 baru mama bagi adik buat tinju.

Appointment aku pukul 2 pm. Pagi-pagi dah bagitahu biras yang aku nak halfday. Well,macam biasa,memang senang bak hang nak dapat. Ingat boleh ke kau suke-suke hati nak datang,suke-suke hati nak cuti kendian baru inform,suke-suke hati nak halfday mengejut and suke-suke hati bawak anak ke ofis kalau kerja dengan orang lain? Tak nye hado dapat. Sebab tu kalau aku fikir nak cari kerja lain buat masa ni sebab Sunan baby sangat lagi,rasa macam rugi. Bukan tak ada kerja lain tapi tu lah. Ok,jom kembali ke pangkal cerita.

Aku pergi klinik sendiri je. Sunan tinggal dengan MIL. Beliau tak dapat nak hantar sebab berlambak engine kat workshop. Hover! Haha. First time ni okay aku drive sendiri ke bandar kuale. Memula beliau pun macm waswas. Eh,boleh ke? Betul ke boleh? Boleh ke betul? Dush! Macam tak reti pulak bini dia ni pernah drive ke Muar and Gua Musang. Lagi jauh. Setakat bandar kuale tu,pedehal. Pergh,berlagak. Padahal tadi tangan kaki ade ketar. Bandar orang,bukan bandar awok.

Semalam masa nurse call,aku ingat dia suruh datang untuk check up je. Ghopenya kena buat pap smear sekali. Mana-mana perempuan yang pernah mengandung and bersalin,memang kena buat. Ujian pangkal rahim ayat senangnya. Aku pun macam,oh,ok lah. Buat je lah. So sampai je ke klinik,macam biasa tunggu giliran. Orang kemain ramai. Lepas tu macam teringat. Oh,hari Rabu. Memang akan ramai orang. Since aku mengandung lagi,kalau kena check up hari Rabu,confirm ramai. 

Dah nama klinik ibu dan anak,mesti ramai mak bapak bawak baby and anak. Tengok mak dalam pantang bawak baby untuk check up,terimbas pulak kenangan memula bersalin. Warghhh... rindu okay. Warded sebab Suan jaundice,daily check up,follow up. Rindu ok,rindu. Sunan,why u grow up so fast?? Haha. Pastu tetiba rindu anak. Lambat gile rasa masa berlalu nak balik. Mengundang penampo je perasaan mak sewel ni. 

Bila nama aku kena panggil,laju je aku masuk bilik check up. Ayat pertama aku tanya nurse tu,sakit tak buat pap smear? Ades,ngape ngko Fara? Macam bebudak baru nak cucuk BCG je soal ke nurse. Then baik je nurse tu jawab. Ngilu sikit je. Haaa,diam terus aku. Aku tak suka benda-benda ngilu ni. Cuba kau gores kuku kat papan hitam kalau nak tengok aku hempuk kau dengan meja. Gitu lah kekdahnya. Lepas tu dia suruh aku baring and tanya,tahu tak cara nak bersalin punya posisi. Mana lah aku tau ye dak. Ada lah nurse ajar dulu tapi tak dipraktikkan,lupa lah aku ni. Tapi tadi dia ajar. Aku memang pantang orang pegang kaki. Rasa macam nak terajang je tapi sebab ini mesti,redha kan je lah. Tapi eh,tak sampai lima minit pun. Dia masukkan alat macam nak ukur bukaan time nak bersalin tu tak sampai dua minit then keluarkan balik. Kita tunggu 6 bulan untuk result.

Dah siap pap smear,,tunggu giliran jumpa doktor pulak. Mujur sekejap je tunggu. Tak sampai seploh minit,terus nombor kena panggil. Masuk-masuk je,dah duduk,terus doktor tanya ada masalah apa-apa tak since makan ubat tu. Laju je aku jawab ada. Serius wei,badan aku naik gatal-gatal alergik tu. Terseksa ya amat. Tergaru-garu macam kera. Sabar je lah. Aku tunjuk tempat-tempat naik gatal tu,tempat yang senag nampak macam kat kaki and tangan. Terus dia buat muka simpati. Haha! Memang aku ni first case lah alergik ubat perancang. Then dia rujuk doktor pakar. Terus aku dapat advise tak payah makan ubat sampai betul-betul okay. Dah okay,datang balik ambil ubat jenis lain. Ataupun pasang alat kat pintu rahim. Gitu. Lagi dua minggu kita maghi lagi deh.

Esok hantar Sunan pulak check up. Kena half day sekali lagi. Nasib lah abang biras dapat pekerja macam aku ni. Haha!