Awesome Followers

24 November 2017

MY KIDS, MY WAY

Kemain bongkak tajuk kau Fara. LOL. Alah, bukan ada apa pun. Saja nak membebel tetengah malam pasal anak-anak. Dah lama tak bercerita secara details tentang 2 ketul mat lekap tu. Why mat lekap? Sebab nya masing-masing nak bertempek je dengan mama kalau ada mama depan mata. Tabah lah mama nya ni.

Aku suka tengok reality show pasal anak-anak. Macam Return of Superman and Dad Where Are We Going? tu. Aku suka tengok cara parents bebudak tu didik and ajar anak-anak. Bukan lah bermaksud orang Malaysia tak bagus cara didikan tapi payah nak tengok yang reality show macam tu. Yang memang tertumpu kepada keupayaan anak-anak. Gittew.

Aku dah start ajar Sunan pi kedai sendiri but dengan pengawasan aku. Aku akan follow dia senyap-senyap and tengok apa yang dia buat and cakap dengan tokey kedai. Mula-mula macam kelakar sebab lain yang aku suruh, lain yang dia cakap. Contoh macam aku suruh beli telur 5 biji tapi dia cakap kat tokey tu, 3 biji. Mujur lah benda yang sama, just kuantiti berbeza. Jadi lah nak.

Jenis aku, orang boleh tegur salah anak aku. Kalau anak aku tetiba meliar tak tentu pasal, sila lah nak marah pun. BUT dengan kata yang betul. Aku cukup pantang orang ber-aku kau dengan anak-anak aku. Fine kalau kau cakap dengan family kau -- anak-anak kau, tapi bukan anak-anak aku. Sebab aku tak suka dengar ayat AKU KAU tu keluar dari mulut anak-anak. Budak kan suka terikut. Nak pula sejenis Sunan ni. Haih, mengurut dada betul aku. Semua benda nak tiru and buat.

Ada segelintir orang yang suka menyampuk dalam urusan harian aku and anak-anak. Contoh macam fashion rambut macam mana aku kena guntingkan untuk Sunan, susu apa yang aku kena bagi anak-anak minum, sekolah mana aku kena hantar Sunan nanti, umur berapa kena start sekolah and yada yada yada. Bukan bermaksud aku tak alert tapi entah. Aku suka cara aku. Aku dah susun cantik plan untuk anak-anak aku. Bukan aku tak hargai tapi aku and anak-anak selesa, dah cukup bagi aku.

Sunan, aku akui sangat lasak. Dia tak boleh duduk diam seminit pun. Melainkan dia tidur. So halaman belakang yang sekangkang kera tu akan jadi taman permainan dia. Biasalah, bertanah and berpasir. Budak kan memang digalakkan untuk explore. Kalau anak korang jenis yang putih bersih suci murni, tapi bukan anak aku. Korang boleh prevent anak korang bergelumang lumpur, tapi tak jalan dengan Sunan. Sebab itu kebahagiaan dia. Tipu lah kalau aku cakap aku tak tercuit geram kat hati tengok Sunan berlemuih gitu tapi apa nak buat, dah dia happy main macam tu. Asalkan tak berbahaya. Kotor boleh cuci. Macam iklan sabun tu. Kahkahkah.

Bukan aku tak hargai bila ada yang prihatin tapi tu lah, keperihatinan tu kadang-kadang tak bertempat. Hahahahaha. Aku ni jenis dia semua perkara. Malas nak cakap lebih. Orang cakap, aku angguk and senyum. Kalau rasa benda betul, aku praktikkan. Bukan lah aku tolak mentah-mentah. Ada juga yang positive aku adapt. Tapi kalau rasa mengarut sungguh, aku bolayan je. Lepas tu aku cari lah alasan lain kenapa tak follow instruction tu. Kahkahkah. Sejenis perangai yang mengurut dada gini lah.

Bagi aku, lain orang lain cara. Kalau kau didik anak kau macam tu, itu hak kau. Aku pun malas nak masuk campur. Sebab tak semua yang boleh terima cara kita. Macam aku, ye aku didik and ajar anak aku dengan agak terbuka. Bukan lah terbuka apa. Aku buat anak-anak aku as kawan. Even dorang kecil lagi but aku suka je. Ye lah, dengan siapa lagi aku nak berkawan? Dorang je lah yang mampu layan and hadap perangai aku ni. Hahahaha. 




No comments: