Khamis lepas, aku bertekak dengan kerani tua tu. Pasalnya, dia nak password wi-fi. Okay fine, aku bagi kan. Aku siap tulis kat whiteboard. So bila-bila dia nak, dia boleh refer situ je. Ye lah, wi-fi kan sekali kau save, selamanya kau akan connect. Dah lah time tu aku tengah sibuk sikit. Boss nak account settle sampai bulan 10 then kena email kan kat dia. E'eh ahso tua tu buat perangai. Dia hulur kertas and pen, suruh aku salin pula kat situ. Perghhh. Besar cekadak betul. Menyirap dah time tu.
Then dia memekak pasal kerja-kerja lain yang aku buat. Kalau aku kerja dengan boss aku pun, dah kenapa kan? Bukan kilang ni yang bayar gaji aku pun untuk kerja-kerja tu. And paling penting, bukan dia pun yang kena bayarkan. Dia ugut-ugut nak bagitahu boss tua kekasih hatinya tu. Eh silakan. Bukan aku buat salah pun. Aku pun ugut lah nak bagitau kegiatan dia kat boss aku pula. Apa, ingat aku tak pandai main ugut-ugut juga ke? Hahahahaaha. Ada ke dia cakap kerja aku sekarang sepatutnya berkaitan dengan computer, printer and fax je. Kena tolong dia lah maksudnya tu. Amboi amboi amboi. Sedap kemain mengalahkan dia boss.
Semalam dia datang, kemain baik bak hang. Takut lettew. Alah, aku ni jenis yang bolayan sebenarnya tapi kalau dah melampau, memang kena maki lah. Tapi marah aku cepat reda. Kalau orang buat baik, baik lah aku. Kalau bagi tahik, aku bagi kau loji kumbahan pula. Gittew.
Sebenarnya aku macam dah tak ada hati nak kerja sini. Bangun pagi tu rasa malas gila nak pi kerja. Tapi mengenangkan sumber rezeki buat masa ni, gagahkan juga hati ni. Rasa macam nak cari kerja lain tapi....entah lah. Memang lah kat mana-mana tempat kerja pun ada tekanan tapi kalau tekanan kerja aku tak jadi hal tau. Ni tekanan disebabkan orang gila, memang aku tak boleh nak bertolak ansur. Aku elok je buat kerja aku sendiri-sendiri tak kacau orang. Yang dah sibuk nak mengacau kerja aku dah kenapa kan? Sabar je lah.
Nak cari kerja lain bukan senang zaman sekarang ni. Apply position diploma, kata kelayakan tak cukup. Minta position SPM, kata position untuk lulusan SPM je. Dulu masa lepas SPM, minta kerja, dia kata tak layak sebab tak ada pengalaman. I is kenot faham. Hahahaha. Tapi aku tetap sejenis yang gigih mencari pekerjaan okay. Aku ada account LinkedIn tau and boss aku one of my follower kat situ. Dengan selamba aku dok ligan usha kerja kosong kat situ and main share semua jawatan kosong yang ada. Dah confirm lah boss aku nampak tapi aku buat tak tahu je. Sebab main reason aku buat account tu untuk survey vacancy. Aci lah kan.
Kerja yang ada ni bukan tak best. Best je sebenarnya. Ye lah, datang and balik ikut suka hati aku je. Nak cuti anytime pun senang. Nak masuk lambat and balik awal pun boleh. Sebab masa kerja flexible sangat sekarang. Tapi tu lah. Tu si tua tu yang buat perangai. Kalau dia elok je diam tak buat hal, aku boleh bertahan 10 tahun lagi lah kat kilang ni. Hahahaha. Kemain bongkak statement kau fara. Lantakkan sana.
Eh dah lah. Nak sambung ber-smule. See, tak ada kerja kan.
So, korang buat apa je tu?
No comments:
Post a Comment