Entah lah.
Sejak akhir-akhir ni banyak sangat memori datang bertimpa-timpa.
Kadang tengah makan pun kau boleh terfikir benda 5,6 tahun lepas.
Tengah termenung lagi lah. LOL.
Almaklumlah, tempat kerja adalah tempat yang sesuai untuk mengelamun dek kerana nan hado kerja yang nak dibuat.
Eh, ada je sebenarnya tapi disebabkan kilang nak tutup, semangat nak bekerja keras tu pun tertutup.
Boleh gitu? Kah!
Teringat waktu bujang dulu.
Waktu kerja as insurance advisor under AmBank kat Kuantan.
Seminggu sekali pergi sana 2/3 hari.
Bukan lah ada yang best sangat pun kat sana.
Entah.
Just rasa macam berbunga hati bila ingat. Hahahaha.
Kerja kat MBSB.
Ugh.
Macam malas nak ingat.
Okay kita skip.
Teringat waktu repeat subject kat kolej dulu.
Berulang dari Karak - KL - Karak setiap hari.
Menyusur jalan dari Perhentian Pekeliling and tunggu bus no.10 (kalau tak silap) kat depan bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tu.
Maybe sebab suasana tu petang.
Rasa damai even hirup pikuk kota menerjah gegendang telinga.
Travelled sorang-sorang pergi Ganu.
Ah.
Ini yang paling aku rindu.
Menghabiskan masa dengan pemandangan.
And paling tak boleh blah menahan hadas kecil dari Hentian Putra sampai ke Jabor kalau tak silap.
Adoi lah.
.
.
.
Entah lah.
Maybe sebab kebanyakkan suasana yang aku teringat tu terjadi waktu petang.
Waktu sentimental bagi aku.
Sebab waktu petang juga pernah merenggut gembira seisi keluarga.
Sebab tu masa cuti, kalau boleh aku tak nak habiskan masa petang dalam rumah.
Segala macam atok nenek kenangan datang bertandang.
Which is sangat tak selesa bagi aku.
End up - - Menangis.
No comments:
Post a Comment