Awesome Followers

10 July 2017

MARI LAH BERBORAK D WAKTU MALAM KELAM PETIR BERDENTAM DENTUM

Hai korang.

Haih, lamanya tak update. Last update bulan April. Now dah July. Dah tiga purnama chuols. Hang Tuah pun dah pergi-balik Melaka-China dah pun kalau kena gayanya ni. Kah!

Actually busy sangat lately. Kadang sampai tak ada masa dengan anak-anak. Sobs. Sedih kalau ingat. Ni pun tadi settled tidurkan kedua-dua orang heroes tu ha. Baru dapat update tanpa rasa bersalah.

Sejak aku punya masa kerja flexible ni, kerja sebenarnya makin bertambah okay. Ingat tak dulu aku ada update macam best kerja masa flexible ni? Mohon lah jangan terpedaya. Bertambah stress adalah.

Selain kerja-kerja akaun kilang aku tu, aku kena hadap lagi tiga akaun syarikat boss aku. Kau bayangkan betapa aku makin gila dengan nombor. Dia punya dateline tak beringat. Macam kes latest. Ni untuk akaun dobi Cleanpro boss aku. Dia bagi aku segala tok nenek file on Tuesday last week. Dia nak benda tu complete on Friday, the same week. Boleh bayangkan tak macam mana penderitaan aku? Hahahaha. 

And minggu ni dia nak akaun untuk kilang aku complete for audit year 2017. Ohemgee. Tahap stress aku ni dah boleh buat aku pergi gunung Kinabalu lepas tu gelongsor turun sambil jerit-jerit angkat tangan tinggi-tinggi. Mana nak handle hal kerja lagi, nak handle hal anak lagi. Ohmai. Memohon ketabahan alam semesta sangat.

Sunan pula jenis dah pandai complaint segala benda. Bila aku dah start buka laptop, dia akan bebel. "Mama ni asyik kerja je." Kesian dia. Rasa terabai agaknya. Pernah sekali tu dia cakap macam ni kat aku; "Mama asyik kerja je. Rehat lah. Nanti mama mati." Tak tahu lah nak berbangga rasa dihargai or menangis kesentapan. Kahkahkah.

Don... Yang ni pun satu hal. Nak melekap je. Selalu aku balik awal dari office, aku akan settle kan dulu semua hal rumah. Memasak, membasuh baju, menjemur baju, melipat baju, mengemas sikit-sikit. Lepas dah settle semua, baru boleh ambil dia dari rumah pengasuh. Kalau tak, sepanjang aku buat semua kerja rumah tu, dia akan melalak meraung macam kena dera. Siap package sedu sedan meratap hibaaaaaa. Pasrah mak kau ni nak.

Disebabkan rasa stress, aku bantai pi cari kerja lain. Habis segala jenis pekerjaan yang sesuai aku isi and sent resume or cv. Lantakkan sana. Sampai ke Kuching Sarawak pun aku applied. Yang tu kerja kerajaan. Kalau ada rezeki, adalah. Sampai begitu sekali tahap tekanan kerja aku ni ha. Mula-mula boleh handle, lama-lama rasa loser. Dah jadi hamba kerja rasanya. Dulu kemain nasihat laki sendiri jangan dok hambakan diri dengan kerja. Sekarang rasain. Kepala otak asyik ke situ je.

Eh, selamat hari raya korang. Baru raya ke 15 eh? Aku pun tak mengira dah raya berapa hari. Sebab aku punya raya sampai raya ke 6 je. Once balik Kuala Selangor and start kerja, makanya raya tamat. Hahahaha. 

Raya tahun ni aku balik Karak sehari awal. Dengan anak-anak, adik perempuan and Pakyai (cousin aku) je. Aku pick up Pakyai kat LRT Gombak then berdesup balik Karak ikut jalan lama sebab highway jamned. What do u expect bila dah petang raya macam tu? Idok lah rajin nak hadap berejam. Ikut jalan lama, sempat berbuka dengan family aku. 

And macam biasalah, raya aku punya job was memasak. Hoih senang kerja aku. Tak payah fikir nak sinsing lengan baju basuh pinggan. Hahahaha. Seronok. Buka PakGoog then pi market cari barang. Lepas tu berperang kat dapur. Siap, ada orang tukang hidang. Habis makan, ada orang tukang kemas. Kah!

Aktviti merendek tanpa tujuan ke Pasarayaku and lepak mamak masih diteruskan tanpa skip ye. Memang acara tahunan tu. Kalau tak buat, rasa macam raya tak lengkap. Selebihnya, merentuh kat rumah. Beraya pun ada lah dalam 6 buah rumah sepanjang raya tu. Okay lah daripada tak ada langsung.

Baiklah, nak berdodoi lelapkan mata. Mana tahu esok bangun-bangun ada seguni duit tepi tilam. Terus jadi CEO tak payah kerja. Vehrangan lah kau fara.

Assalamualaikum.


No comments: