ihsan gambar dari google |
Haaa.. Berganda pulak entry aku kan. Ah,sila abaikan. Hari ni biar aku update bebanyak. Lepas ni entah bila pulak aku mampu nak mengapdate. Bila dah sampai penyakit ketandusan idea nanti,apa pun tak boleh.
Siapa kat sini tengok drama Julia ni? Aku tengok!!! *kembang-kembang hidung bangga* Bukan setakat aku,my abah,my ibu & Cemieya pun layan. Kalau my abah,pukul 6.30 petang dah balik rumah dari kebun. Aku pun sama dengan je. Time-time tu dah siap mandi,tunggu Maghrib. Masuk je azan,zup,terus angkat takbir. Keikhlasan tu macam berterabur. Sitan jek!
Tepat jam 7,dah tercogok depan tv. Muka berkobar-kobar bersinar nak tunggu Nabila Huda. Sebab aku sangat minat Nabila dalam cerita ni. Gorgeous! Kalau aku ada terlepas scene,my abah akan tolong ceritakan. My abah siap dah hafal lagu tema Julia tu. Hebat rasa my abah tu. Selalunya dia lah yang paling tak minat drama melayu. My abah hantu hindustan dolu-dolu.
Bukan setakat family aku je gila Julia,family bakal mertua aku pun sama je.
Mak MB : Best kan cerita Julia tu Nim. Acik tak pernah mis. Abang Firdaus,Ayong,Arin,Ita pun sama.
Aku : Tau takpe Cik. Abah Anim pun sama lah.
Mak MB : Last episod tu Acik boleh menangis. Tergelak sendiri kalau fikir.
Aku : *mampu gelak*
Si Nisha anak saudara MB yang baru 2 tahun tu pun siap tahu lagu Sudah Cukup Sudah tu. 'Kup..kup..dah' je hari-hari. Hebat tak hebat cerita ni punya pengaruh.
Bila dah habis cerita ni,my abah siap cakap.
CERITA NI PALING BEST KAKDE!
Lepas ni entah best ke tak cerita jam 7 slot apebenda entah tu. Wait and see aje la!
No comments:
Post a Comment