Awesome Followers

15 July 2016

ENTRY BERSEPAH

***** kan aku dah cakap -- sebulan sekali buat entry baru. LOL! *****

...................................................................................................................................................................

SELAMAT HARI RAYA UOLS!!!

 Macam biasa raya tahun ni beraya rumah MIL dulu then raya kedua baru gerak balik Karak. Dapat lah lama-lama sikit kat sana. Memang taktik menjadi okay. Tapi ni beliau sakat aku nak beraya sana dulu tahun depan baru beraya sini. Hoih, gila ke hapa? No no no. Nak tengok aku meroyan hempas badan silakan. Hahahaha. Dah lah duduk kat sini. Nak beraya lama-lama kat sini juga. Simpang. Kihkihkih.

Last day before raya tu aku kerja lagi tapi sampai pukul 3 je. Tak kuasa lah nak lama-lama hadap office ni. Mood raya even tak ada sangat, still nak balik rumah. Lagipun kereta aku rosak. Nak kena kerahkan beliau siapkan petang tu juga. Kalau tak, menangis beraya duduk rumah. Memang pisang lah bak kata anak remaja zaman sekarang.

Kereta aku start meragam 3 minggu lepas. Tersadai je tak betulkan. Aku nak hantar bengkel, beliau tak bagi. Beliau memang boleh betulkan tapi tu lah. Berkurun lama baru dapat nak buat. Kereta lori orang lain berduyun-duyun nak kena siapkan dulu. Baiklah. Tapi serius lah, duit pun mengalir macam air terjun. Mula-mula driveshaft patah. Dah okay tu, gearbox pula buat hal. Kau bayang kan berapa satu gearbox tu? Bila beliau kata gearbox rosak, rasa nak pengsan dah. Huwaaa.. Nasib baik dapat settle. Phewww!

Disebabkan kereta siap petang raya, malam tu baru kami laki bini pi shopping raya. Hahahaha. Orang lain dah siap bersimpuh masak-masak, kami baru terhegeh-hegeh nak beli barang raya. Ala, lagipun bukan ada benda sangat nak beli pun. Macam biasa beliau nak beli seluar dekat Tanjong Karang tu. FIL aku panggil kedai Lee je. Harga berpatutan and kau boleh siap-siap alter seluar tu kat situ dalam masa beberapa minit je. Sekejap sangat.

Dah settle perihal seluar beliau, nak cari sepasang lagi baju Sunan buat pakai pagi raya. Jubah yang akak aku beli ada kat Karak. Bila masa nya pula aku nak pi ambil and pakai pagi raya. Niat nak pi uptown malam raya kat Tanjong Karang tu tapi mengenangkan kebanjiran manusia, idok lah lalu nak merempuh lautan insan itu semua. Moh lah kita ke Tesco sahaja. Situ pun berlambak baju. Aku pun sempat grab selipar and sehelai je blause. Itu pun beliau yang paksa. Baiklah.

Pagi raya tu kami laki bini bangun lambat. Letih nau nau rasanya badan. Siap-siap terus pi rumah MIL. Sampai terus makan okay. Kongajo sangat perangai. So tunggu dulu adik beradik yang lain sampai baru berarak pi rumah mak-mak sedara beliau yang lain. Part ni paling seksa. Dengan perut memboyot, bangun duduk menjadi satu penyiksaan okay. Dah lah cepat mengah. Huwaaaa... Nak menangis rasa. Siap semua beraya, terus ajak beliau balik rumah. Mandikan Sunan and terus terbongkang anak beranak. 6.30 petang baru bangun ye. Hahahhaa. Sunan bangun je terus dia merengek ajak pi rumah nenek. Mandikan dia and terus melepak rumah mak sampai pukul 10 malam.

Pagi-pagi raya kedua aku dah bangun kemaskan beg nak balik Karak. Kejutkan beliau suruh siap and aku pi beli sarapan dengan Sunan. Siap breakfast terus gerak balik Karak but singgah rumah mak dulu salam-salam. Tengok berita, jalan sibuk kat area tol Gombak. Terus telan air liur. Huish, raya kedua pun banyak kereta lagi.

Sampai kat Sri Gombak, memang jalan jem ya amat. Terus decide ikut jalan lama. Cepat sikit sampai. Lagipun member aku Hazi dah tunggu kat rumah dengan laki and anak dia. Aku dah cakap tak payah tunggu sebab takut lambat. Dia pun nak balik Chini kampung laki dia. Aku sampai je rumah ibu abah, eh, dia ada tunggu lagi. Terus rasa terharu. Hahaha. Lama gila tak jumpa minah ni. Last jumpa masa kahwin dia hari tu. Dua tahun lepas okay. Borak-borak setenngah jam, dia nak gerak dah. Ye lah, dah almost dua jam dia bertapa kat rumah aku tu. Nasib baik abah ibu aku dah anggap dia macam anak sendiri. Anytime dia boleh datang and lepak even aku tak ada. Hahahaha.

Raya kedua tu aku just pi rumah makteh and makcik. Tak tahu dah rumah mana nak pi. Rumah kawan-kawan langsung aku tak jenguk. Bukan tak nak tapi tu lah. Faktor ke-larat-an aku ni ha. Mujur dorang faham. Dorang sendiri datang rumah aku bertandang. Itu pun aku hidang kuih and air je. Kalau larat memang aku hidang sepuluh jenis makanan dah. Hahahaha. Berangan lebih. Nak masak satu hidangan pun menangis.

Raya ketiga ikut ibu abah pi rumah kawan dia kat Temerloh and Mentakab. Then raya ke empat beraya rumah mak anjang, adik abah yang duduk Bentong tu. Raya ke lima aku dah balik Selangor. Pun lalu jalan lama sebab jalan sibuk. Sampai Kuala Selangor terus cari KFC nak melantak. Lapar tak sudah-sudah kami laki bini ni.

Selasa pi check up kat klinik Kuala Selangor, HB turun lagi. Huwaaaa.. Bila nak cantik ni??? Dari awal pregnant sampai nak beranak dah, gitu je lah HB ni ha. Pasrah betul. Baby dah engaged kata doktor.Next week Isnin kena jumpa pakar nak check luka operate bersalinkan Sunan dulu then baru tahu doktor suggest kan cara bersalin apa yang aku kena buat nanti. Either normal or operate lagi. Lantak lah mana-mana pun asalkan selamat. Ye idok?

Ingat tak entry yang aku tulis pasal jantan durjana tu? Sekarang member aku tu dah lari ikut makcik dia Isnin hari tu. Pagi-pagi dah datang rumah aku nak bagi tahu yang dia dah tak dapat jaga Sunan mulai Selasa. Sedih pun ada juga tapi aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Kesian dia anak beranak asyik kena maki hamun sepak terajang dengan jantan tu. Hujung bulan ni kalau ada rezeki dia balik Sabah terus. InsyaAllah, ada masa aku boleh pi melawat dia. Dia lah member bersembang aku sepanjang masa ni. Bila dah tak ada ni, sunyi sangat. Dah lah tak ramai kawan kat sini.

Semalam pinggang rasa memulas sangat-sangat. Kaki dah bengkak sangat-sangat. Mak kata baby bagi hint dah ni. Bila-bila masa je kata mak. Baik lah, bersedia je lah ni,

No comments: