Awesome Followers

23 June 2014

Bla..Bla..Bla..

Hari ni kemain aku semangat bangun pagi. Pukul 6 dah bangun okay. Selalunya Subuh dah hujung-hujung baru terpisat-pisat bijik mata. Kemain syaitonnn. Tapi hari ni memang aku meletakkan pingat,piala,emas segala bagai kat leher lah. Kagum dengan diri sendiri ni. Lepas ni moga tak culas la ye bangun sahur. Dah nak puasa kan. Selamat berpuasa! *tetiba sangat*

Bulan puasa ni macam nak berjualan. Macam ye,macam. Sebab semalam buat lagi pudding caramel. Wah,menjadi sangat. Cantik gile tak lembik mintak kena baling ke longkang. Yang sebelum ni pun ada buat. MashaAllah,nak makan pun rasa segan. Gila buruk ghopenya. Tapi rasa tetap ohsem okay. Memang kalau makan terbedip-bedip mata menahan kesedapan. Gitu.

So,macam nak jual pudding. Tapi kau jangan lah nak berlagak sangat bajet pudding tu satu benda je kau nak jual then boleh menjana pendapatan kau. Memang mintak maki sangat lah kan. Aku mula lah berkira-kira nak jual lauk-pauk. Tapi angan-angan tu terpaksa diketepikan dek kerana aku bekerja. Dan aku masukkan sekali chocolate crepe. Yang pudding and chocolate crepe tu boleh buat malam then petang hantar tumpang ke kedai orang. Tak pun,bukak tempahan. Ha kau,kemain bercita-cita tinggi. Kang bila tak jadi makanan tu,bersila sambil menangis depan tong sampah kat dapur. Tapi ye lah,aku kata MACAM NAK BERJUALAN. Hahahahaha.

Hujung bulan ni jugak terasa nak beli mesin jahit. Sebab aku suka design baju. Agak banyak design aku yang bersepah-sepah kat almari rumah. Kadang-kadang aku naik muak tengok,aku buat alas periuk. Kau mampu? Hahahaha. Tapi serius ye,tahun lepas baju raya aku design sendiri sendiri. Aku bagi orang lain jahit sebab tak ada mesin jahit kan. And masa aku pakai baju tu ke kenduri kahwin sepupu beliau awal bulan ni,orang duk pandang aku pelik je. Sebab design dia memang pelik. Lantak lah,asalkan aku selesa. 

Siapa yang bersalin ceasar? Ada rasa sakit kat bawah pinggang tu tak sampai nak bangun pun bertakbir macam aku? Ya Allah,kemain sakit. Memang menangis setiap kali sakit tu datang. Nak bangun kena mengengsot dulu capai kabinet tv,baru bangun perlahan-lahan. Kadang-kadang mintak tolong beliau angkatkan. Berjalan pun pegang dinding and slow bak hang. Kalau aku ke dapur,Sunan pulak menangis kat depan,memang sampai nyaring suara laksamana tu tunggu mama lembab nak mam tak sampai-sampai. Terkadang takut jugak,kalau lama-lama macam ni,kemungkinan nak lumpuh tu ada ke?? Waaaa,kesian anak aku nanti. Otak kalau tak fikir merapu tak sah.

Cerita pasal anak menangis. Ya Allah,memang aku sukaaaaaaa gilaaaaaa dengar anak aku menangis. Suka tengok muka dia time terjebik-jebik tu. Lepas tu gomol lagi laju-laju sampai dia betul-betul meraung. Hahahaha. Saiko gila aku ni. Tapi kenyataan,bila Sunan menangis beriye,nanti dia peluk kuat-kuat and kadang-kadang tangan dia usap-usap pipi aku. Tak pun dia lagakan pipi ke mulut aku. Suruh cium gamaknya. Nasib lah Sunan dapat mama senget macam ni. 

Eh,dah la. Letih pulak merakah tak bertempat.

No comments: