Lama juga tak update. Hihihi.
I had a very very very hectic busy chaos days for this couple week. Wallahhhh.. Letih rasa nak pengsan setiap kali kaki jejak depan pintu rumah. Ohmai, over sangat. Haha.
Kedai coop biras aku ni kekurangan staff. Dua-dua staff yang ada dah berhenti. Sorang further study. Sorang lagi dapat kerja lagi best. Gitu. So aku terpaksa me-multitasking-kan diri aku untuk minggu lepas and minggu ni. Semua aku sebat ; Cashier, ofis, documentations bagai. Bukan apa. Kesian dekat kak ipar and biras aku tu.
Ni alhamdulillah.. Dah ada pekerja baru. Dua orang. Sekali gus datang in one day. Aku memang lepas nafas lega lelaju. Kalau tak, macam tersekat je nafas ni kat kerongkong. Boleh? Kadang-kadang tak sempat nak makan and minum. Pernah rasa nak pitam tumbang tapi gagahkan kaki untuk terus berdiri layan customers. Hidup kena berdedikasi okayyy.
Sunan paling kesian. Nowadays sangat kurang layanan untuk dia. Balik kerja kang aku dah letih tahap max. Layan baca flash cards and buku gitu-gitu je bila lepas mandi malam tu. Petang dah tak ada nak bawa pusing-pusing sangat. Aku balik kerja pun dah pukul 6pm ++. So kita main dalam rumah sajork. Itu pun tak ter-main. Mama golek-golek depan tv layan slow motion je. Pukul 8pm cenggitu dah masuk bilik membongkang tidur. Gitu lah selama seminggu. Sabtu pun pulun kerja.
Beliau outstation lagi. Kali ni ke Kerteh. Baru 2minggu kot dia kat rumah. Sebelum ke Kerteh Jumaat lepas, dia pergi Melaka 3 hari. Isnin, Selasa, Rabu. Khamis je dia ada kat rumah. Itupun balik kerja dah pukul 7pm. Nak mengeluh sangat pun tak baik. Berdosa. Kerja kena ikhlas. Just kesian Sunan.
Sekarang Sunan dah pandai sebut Allah. Semua yang dia buat ada Allah kat hujung. Nak bangun ; Allah. Nak ambil barang tinggi ; Allah. Nak duduk ; Allah. Kadang-kadang dia buat zikir. Sambil main sambil Allah Allah Allah.
Allahu --
Besar dah Sunan. Sekejap sangat. Sekarang dia tak suka tidur berpangku. Tak bebas gamaknya. Tapi kalau aku baring, dia akan meniarap atas badan aku sampai lelap. Sambil tangan dia usap pipi and pintal hidung aku. Hahaha. Sampai lemas mak kau ni nak oi.
But its okay. Nanti dah besar mana tahu kan dia dah malu nak buat semua tu. Memang aku menangis kalau dia refuse nak hug aku bila aku hantar dia kat pagar sekolah. LOLOLOL!
No comments:
Post a Comment