Honestly, almost seminggu lebih dapur aku tak berasap. Setakat masak air, tak di kira okay. Hahaha. Nampak pemalas sangat rasanya. Tapi balik kerja dah penat sejak buat kerja untuk 3 company ni. Beliau pun macam ada tolak ansur, makan lah kat luar. Kikiki. Teruk nau nau perangai.
So semalam decide nak masak. Cukup-cukup lah sifat syaitonnirrajim tu nak memalas tak memasal. Tekad sangat semalam beli ayam siap-siap. Kentang, cili padi, santan. Kengkonon nak masak gulai lemak ayam pedas-pedas kaw kaw. Sampai rumah cakap kat beliau nak masak tu. Terus beliau jebikkan aje. Nak makan ayam kung pou kata dia. Baiklah -.-"
Mujur bahan-bahan dah lengkap kat rumah tu untuk masak bendalah tu. Takde lah aku nak ulang alik ke kedai kan. I is malas. Sarung apron then bergusti kat dapur sana. Sunan duduk diam-diam depan tv sambil papa dia upahkan airkrim secawan. Masuk dalam tengok dia kejap, pengsan. Comot kemain! Tapi lantakkan. Asal bahagia aman sentosa. Nanti papa lapkan. Hahahahaa.
Ni resipi cincai kung pou aku. Boleh try kalau nak.
Bahan - bahan :
Ayam - aku ambil banyak isi then potong kecil-kecil.
Cili kering - potong kecil-kecil
Sos tiram
Kicap
Tepung jagung
Bawang besar
Bawang kecil
Cara - cara :
1. Basuh ayam yang dah dipotong kecil-kecil tu then gaulkan dengan tepung jagung. Ikut suka nak banyak mana. Laki aku suka garing ayam tu so letak lebih.
2. Goreng ayam. Sambil goreng ayam tu, boleh siang apa yang patut ; bawang besar, bawang putih. Siap goreng ayam, ketepikan.
3. Goreng cili kering sampai garing. Jangan hangus. Nanti pahit. Ketepikan.
4. Goreng bawang besar and bawang putih. Dah naik bau, masukkan ayam tadi bersekali dengan cili kering.
5. Masukkan sos tiram ikut suka banyak mana then masukkan kicap sedikit asalkan warna ayam tadi berubah gelap. Gaul rata dan masukkan garam sedikit sebab sos tiram dah masin. Gaul rata.
6. Angkat. Siap untuk dihidangkan.
Senang amat kan. Beliau boleh makan makanan ni je tanpa lauk lain. Memang tak berkuah pun okay je. Sunan pun laju je semalam nganga bila aku hulur nasi ke mulut. Sedap lah tu. Hahaha. Perasan sangat ni. Eh, sila cuba okay.
No comments:
Post a Comment