Awesome Followers

6 December 2016

RINDU ANAK HOI!

Jumaat 25/11/2016 hari tu, makcik, pakcik, anak-anak dia, adik aku Syira and Mieya datang sini. Rindu Don katanya plus berhajat nak bawa balik Sunan ke Karak sebab atok Bayi rindu. Ye lah, dah lama juga tak balik sana. Asyik kerja tak sudah plus kereta tak siap repair lagi. Biasalah kalau suamiku foreman ni. Nak buat sendiri kate ko tapi haremmm. Buat kerja lain dulu.

Jenis Sunan ni, kalau tak ada aku, dia TAK AKAN PERGI BERJALAN KE MANA-MANA. Yes, that's my boy. Bayangkan kalau nak berak ke, nak pi minum air ke, nak mandi ke, nak pergi kedai maklong yang belakang rumah tu je ke, mesti akan bagitahu dulu. Paling teruk dia heret aku sekali. Anje angat tu.

So plan nak bawa Sunan tu ke laut bila start je masuk kereta, dia dah cari aku dulu. Padahal aku nak kunci pintu je pun sebab petang tu dorang nak pusing-pusing. Dah adik aku and makcik aku ni risau. Dok mikir macam mana nak bawa dia. Pakcik aku dah cakap, memang susah. Buatnya tengah jalan nanti melalak nak mama macam mana kan.

Lastly, dorang decide nak ambil Don pinjam seminggu. Berat gak hati ni nak lepas. Baby lagi weh. Mujur dia dah stop susu badan. Bukan tak nak susukan tau. Since aku makan ubat perancang tu, susu aku drop lepas tu kering langsung. Puas aku ikhtiar makan and minum macam-macam tapi tak boleh. Last-last redha je lah.

Masuk hari ni dah seminggu lebih Don kat sana. Rindu hoiii. Tak sabar nak ambil dia Jumaat ni. Si Sunan mula-mula je dok cari adik dia. Lama-lama lupa langsung sebab seronok tak payah kongsi kasih sayang gamaknya. Hahaha.

Hurmmm.. Tunggu ai ye Don.


29 November 2016

SEKALI LAGI -- SEJARAH BERULANG

Hai korang --

Ingat tak dulu aku pernah cerita pasal kilang lama aku yang dah tutup sebab bankrupt tu? Yang kat Bentong Pahang tu? Oh, alhamdulillah, pampasan dah dapat minggu lepas. Even tak banyak mana, okaylah dapat buat belanja. Terus iols sambar oven sebiji. Hihihi. Okay, okay, sambung balik.

Sekarang aku still kerja kilang tapi kilang sawit. Almost setahun. 1/12/2016 ni genaplah. Tapinya....

KILANG NI PUN NAK TUTUP JUGA!!!

Hahaha.

Aku tak tahu lah aku ni manjai ke apa. CPP dulu tu pun, aku masuk almost setahun, tutup. KKPOMB ni pulak jadi benda yang sama. Tapi tak bankrupt, just nak tutup. Tak tahu lah gelak ke nak apa. Hahaha.

Khamis ni dah start bagi notis and termination letter kat semua pekerja, kecuali aku. Dan semua pun akan dapat pampasan, kecuali aku. 

Kenapa?

Haaa, kat sini lah aku start rasa serba salah dengan semua members yang ada kat kilang ni. Minggu lepas boss aku yang muda ni panggil aku privately meeting, just aku dengan dia. Dia ada bagitahu perlu untuk maintain account company dalam 5/6 bulan lepas kilang tutup. And the person yang dorang dah decide is aku. AKU. Then lepas tu dia offer untuk replace tempat mak dia uruskan insurance company yang mak dia jalankan kat Bangsar tu. 

Mak dia dah tua. Dah tak larat sangat. So kena cari orang gantikan untuk buat runner aktifkan insurance, handle account company and gaji bagai. Disebabkan aku pernah kerja insurance, dia offer untuk aku sambung uruskan hal-hal itu semua. Gantikan mak dia. Tapi once a week je lah aku kena naik sana. Selebihnya aku uruskan dari sini sajork (Kuala Selangor). 

Boss aku ni tak mampu sebab too  much company lagi dia nak handle. Kilang sawit je ada 2 lagi nak kena jaga. Self service laundry lagi. Dekat area Kuala Selangor ni je pun ada 4 biji. Kuala Selangor, Tanjong Karang, Batang Berjuntai and Jeram, Sungai Buloh. Belum yang kat KL lagi. So sangat banyak beban dia.

Semalam, sekali lagi dia panggil aku privately. Discuss pasal termination letter, bila nak bagi, macam mana pampasan dorang bayar etc. Then tiba-tiba dia cakap dia dah decide nak ajak aku jadi business partner dia tapi job aku just handle account je. Kalau ada mana-mana company dia yang lain ada kerja berkaitan account, terus pass kat aku. Mak aih. Tahukah beliau bahawa aku stil confuse antara debit and credit? Hahahaha.

6 bulan, aku just maintain kerja kat office. Jawab call, payment bagai etc. But, most of the time, aku kena datang office SORANG-SORANG! Ye lah, dah semua kena berhenti kerja. Scary kalau fikir benda ni. But the best part is, aku boleh bawa Sunan. Yeayyyy!!! Harus ada orang teman aku kat sini. Kang kalau aku sorang, buatnya aku tengah menaip kat computer aku, dia dok sibuk menaip kat computer kosong sana. Terkincit mak nak.

Lepas 6 bulan, kalau semua smooth, aku boleh sambung kerja kat rumah. Hoorayyyy!!! Ada masa-masa tertentu je aku kena datang office atau kena jadi runner kat KL nu hah. Terbayang juga keseronokan dapat flexible job ni. Huhuhu.

Tapi tu lah.

Kesian sangat dengan pekerja lain. Mana yang duduk quarters ni, yang tak ada rumah lain, menggagau nak cari rumah. Satu hal pula. Terkenang kan member-member office ni pula, sedih menggunung hoi. Lepas ni sunyi sepi lah suasana. Pasang lagu Big Bang pun boleh menangis nanti. Huwaaa.. Tak terbayang weh.

Teringat dulu macam mana perit bila kilang tiba-tiba stop operation. 

Sekarang merasa lagi.

RIP.

11 November 2016

ALAHAI SUNAN

Jarang dah cerita pasal anak. Asyik cerita pasal entiti je kan. Hahaha. Nak main smule pun battery dah kong. Kita tulis entry lah. 

Sunan dah 2 tahun 7 bulan. Dah besar. Dah boleh kerja. Eh. Hahaha. Gurau gurau. Since ada adik, dia dah boleh sangat diharap buat itu buat ini. Sekejap kang, "Abang, tolong ambilkan pampers Don." Sekejap lagi kang, "Abang, tolong ambil tuala Don." Bla bla bla. Kadang-kadang naik fed up mamat tu. 

Bila sampai malas dia, jangan kau suruh dia bergerak seinci pun. Memang nan hado lah. Cara aku kalau nak suruh dia tolong dalam keadaan malas is panggil dia abang buaya. Contohnya macam "Abang buaya, tolong ambilkan botol susu adik buaya tu." Haaa, gitu. Laju lah dia pi ambil dalam keadaan meniarap macam buaya. Hahaha. Kenapa panggil dia buaya? Sebab dalam banyak-banyak binatang dalam dunia, dia paling suka buaya. Sampai cakap sayang buaya. Kau rasa?

Mengamuk nombor satu. Kau lambat suap dia makan pun boleh jada gaduh okay. Lambat buat susu, lambat tukar channel tv, tak riba kan dia masa dia nak menyusu bila sampai angin dia nak beriba. Huisshh, urut dada mak kau ni nak. Pernah dia mengamuk sebab meehun yang dia nak makan tak dapat masuk dalam mulut sebab nak sangat pakai chopstick. Aku kengkonon makan pakai chopstick, dia pun nak. Tapi tak reti. Then meraung. Hahaha. Malas layan. Last-last aku juga kena suapkan pakai bendalah tu. Banyak juga makan dia.

Since ada adik ni, manja dia melampaui batasan Gunung Everest. Huuuu, sangat manja. Dulu tidur tak suka peluk. Sekarang dia sendiri akan peluk badan kita. Ada masa dia nak menyusu sambil kita yang pegangkan botol dia. Ada masa dia nak beriba sepanjang tengok tv. Naik lenguh peha mak ni ha. Tak pe lah nak, mama redhoooo.

Sunan sangat ganas okay. Dalam manja pun dia boleh jadi raksasa sekelip mata. Dia suka suruh kita lilitkan napkin kat kedua-dua pergelangan tangan. Lepas tu dia masukkan tangan dalam bantal kecil yang bersarung kengkonon captain America punya perisai. Haaa, terus lah dia membuas. Kalau tak ada papa, mama jadi mangsa. Kalau mama busy kat dapur, Don lah yang kena. Si Don ni pula jenis sengih gelak je memanjang. Kalau dia meraung menjerit tu maknanya Sunan dah beralih watak menjadi buaya atau zombie. Pipi Don jadi mangsa.

Pernah sekali tu dia gigit pipi Don sampai Don ni menangis non stop almost sejam. Dia diam sekejap lepas tu sambung sendu. Punya sentap kena gigit masa tu. Nak tahu apa alasan Sunan? Geram sangat. Pipi gemuk kata dia. Hahaha. Kadang-kadang pipi aku pun jadi mangsa. Nak bagitahu yang pipi aku gemuk ke macam mana tu? 

Dulu kan aku ada cerita yang Sunan tak suka layan tv. Haa, sekarang rasakan. Jangan kau harap nak tengok channel lain kalau dah terbuka siaran 550 atau 611. Kalau cerita time tu tak menarik minat dia, fine. Kalau dia macam suka, sila padamkan angan-angan nak tengok cerita lain. Kalau kartun, aku okay je. Dah mak nye kepala kartun juga. Tapi bila sampai bab ultraman, mama surrender. Dulu minat ultraman Taro je. Sekarang ni banyak sangat dah ultraman nye. Ginga lah, Cosmos lah, itu lah, ini lah. Ai tak kuasa.

Kata orang, bila dah ada anak kedua, anak pertama selalu dipinggirkan. Aku rasa tak okay. Anak kedua lagi terpinggir. Mana tak nya, Sunan dapat 99% perhatian. Hahaha. Kesian Don. Kalau time kita nak manjakan Don, dia mula datang mengendeng nak itu nak ini. Kalau tak dilayan, dia tantrum. Haaa, masa ni mama boleh jadi raksasa bayang. Hahaha. Pernah sekali tu, kami nak pi kedai naik motor. Macam biasa aku pangku don, dia duduk kat bakul depan. Eh, tetiba dia mengamuk nak duduk tengah-tengah antara papa and mama. Dah Don nak campak mana? Solusi nya, kami tinggalkan Don kat mak. Sorry Don. Nanti dah besar Don duduk dalam bakul. 

Sebenarnya Sunan ni hati dia lembut. Dia mudah cepat sayang. Mengamuk bagai tu sebab dia nak kan perhatian. Dia rasa macam dia dah tak diperlukan sejak ada adik. Eh, no no ye. Mama papa layan sama rata. Papa tu lagi lah. Dulu ada juga beliau marah Sunan kalau Sunan mengamuk buat perangai bagai. Sekarang nan hado ye. Beliau cuma panggil nama Sunan dengan lemah gemalai je. Lepas tu peluk cium. Mula-mula aku hangin juga sebab anak buat perangai, beliau tak nak marah. Lama-lama aku faham. Emosi dia akan lagi terusik kalau kena marah. Baik lah.

Nakal ke, ganas ke, terlampau manja ke, Sunan is kawan aku paling rapat. Kalah beliau. Aku suka bercerita dengan dia. Cerita apa yang aku buat sepanjang hari kat office. Suka tanya pendapat dia pasal penampilan aku. Sebab dia selalu akan cakap mama cantik. Hahahahahaha. Budak-budak tak menipu okay. Nanti-nanti dia akan cakap,"Abang pun comel." Haaa, habislah puji diri sendiri. 

Semoga membesar menjadi anak yang soleh ye Sunan. Awak kawan baik mama paling ohsem sebab selalu puji mama. Kihkihkih.
Muuaaahhh!!!



Adik beradik aku kata muka aku yang ni sebijik Sunan. Aku yang blah kanan tu ofcos. Hahaha.

4 November 2016

TO WHOM IT MAY CONCERN

Assalamualaikum..

Dato' Sri --

Terima kasih untuk semua kenaikan yang berlaku pantas sekelip mata ibarat tsunami yang membadai pantai. Kami sebagai rakyat marhaen amat berbesar hati dengan penambahan belanja yang bakal kami keluarkan demi kelangsungan hidup harian. Tak cukup tapak tangan, padang matsirat terasa ingin kami tadahkan.

Dato' sri --

Kami rakyat marhaen memang rata-rata bergaji 5 ribu ke atas. Masing-masing mempunyai 3 atau 4 buah kereta yang menjalar ter-parking di hadapan rumah. Masing-masing mampu membeli 'cash' rumah kediaman tanpa perlu membayar pinjaman perumahan yang tinggi setiap bulan. Anak-anak muda sudah mampu mendapatkan rumah sendiri dengan harga rumah yang tinggi tersebut. Kami bersyukur.

Dato' sri --

Apa lah sangat dengan makan ayam, daging, ikan segar sehari-hari. Ikan masin dan nasi kosong sudah cukup mengisi perut lapar kami yang meminta untuk diisi. Mungkin ada yang tinggal di kampung lagi selera menjamah pucuk-pucuk kampung sehari-hari. Bagi yang bekerja sebagai penoreh getah, harga getah yang sangat rendah mampu menampung kehidupan mereka. Kami masih bersyukur.

Dato' sri --

Sekiranya masih ada peluang untuk kenaikan, kami berbesar hati menyeru Dato' Sri supaya jangan berlengah untuk rebut peluang tersebut. Kami rakyat marhaen masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa untuk segala kenaikan yang berlaku. Jangan risau -- kami rakyat tidak susah kerana jalan raya masih lagi sesak dengan kenderaan kami dan airport turut dipenuhkan dengan kami rakyat marhaen untuk menunaikan umrah.

Saya mohon agar dato' sri tidak terkesan hati dengan kata-kata syukur dari kami rakyat marhaen yang kais pagi belum tentu petang nanti dapat makan. Kami cuma ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dato' sri kerana memberi peluang kepada kami merasa kesempitan hidup seperti mana nenek moyang kami sewaktu penjajahan terdahulu.

Cuma satu ingin kami ingatkan.

Rakyat terdahulu dijajah kuasa asing.

Takutlah sekiranya dato' sri terlupa.

Yang tulus ikhlas,
RAKYAT YANG 'KAYA'

24 October 2016

SERAM : MENJADI-JADI!

Sesiapa yang follow blog sendu aku ni, mesti dah tahu yang dua tiga menjak ni aku asyik kena gangguan. Sabtu lepas makcu (adik bongsu abah) datang rumah and dia pun cakap rumah aku ni 'panas'. Macam ada something yang tak kena.
Aku tak tahu lah pernah cerita ke tidak yang aku pernah dua kali mimpi menyusukan baby. Aku tanya member kolej aku yang ada bakat dalam perubatan Islam ni. Then bersungguh-sungguh dia suruh aku pi 'scan' sebab memang itu tanda-tanda gangguan jin/sihir. Nak kata saka, tak ada dalam keturunan yang membela.

Kat kilang aku ni pun ada sorang yang pandai perubatan tradisional. Pernah sekali dia tetiba cakap ada sesuatu tak kena dengan aku and rumahtangga aku. Dia tanya, aku laki bini selalu bergaduh tak even hal sekecil kuman pun. Aku senyum je lah. Memang pun okay. Hahaha. Pasal remote pun boleh buat drama air mata. Kahkahkah. Then dia pun offer nak tolong tengokkan lebih jauh. Tapi aku tak pergi-pergi. Entah lah, berat kaki nak pergi.

Minggu lepas, Khamis kalau tak silap, adik aku (Syira) dengar suara aku bergelak ketawa dengan beliau kat dapur. Sedangkan masa tu kami laki bini tidur dalam bilik. Huuuu.. Suara siapa yang membuat onar time tu??

Malam tadi, dalam pukul 3.30 pagi, aku terbangun lepas dapat mimpi yang macam real. Faham tak? Kau rasa macam bermimpi tapi kadang-kadang rasa real pun ye. Aku mimpi ada jin atau something lah yang pegang tangan aku kiri kanan. Aku bergelut nak lepas tapi dia boleh menyeringai. Dia tak ada mata and hidung, just mulut. Aku terbangun and rasa lenguh satu badan plus letih mencungap.

Haaa... Masa bangun ni lah benda paling seram jadi. Aku anak beranak tidur depan tv malam tadi. Beliau tidur atas sikit dari kitaorang. Betul-betul dekat sofa. Guess what apa yang ada? Ada budak melompat-lompat atas sofa kat kepala beliau sambil mengira satu dua tiga and gelak-gelak. Kaku terus weh. Nak kata aku mimpi lagi masa tu, aku dah sedar tapi mamai-mamai. Argh, terngiang-ngiang suara dia. 

Entah lah sampai bila nak kena hadap. Makin aku lawan dengan solat and mengaji bagai, makin dia berani. Letih juga nak layan.

And sekarang sebelum aku siap menulis ni, ada hembusan nafas orang lelaki lalu depan hidung. Apakah??

17 October 2016

KOLEJ

Pagi-pagi dah terkenang zaman kolej. Semua gara-gara printed out sijil-sijil yang ada and then papp! Ter-renung lama transkrip sendu iols tu ha. Hahahaha. Pernah failed sekali, Principles of Investment. Time tu down sangat sebab abang baru lepas meninggal. Tak boleh fokus. Huuuuuu..

Aku ingat lagi masa mula-mula nak masuk kolej ni, Kolej Islam Antarabangsa. Main pasrah je lepas aku sorokkan surat dari satu U ni sebab dapat course yang aku gila tak suka. Tapi aku rasa kalau aku masuk juga U tu, dah jadi IR aku ni kot. Pffft, perasan nak mams. Ah lantakkan. Allah dah atur cantik dah ni.

Hari pendaftaran, aku pi dengan ibu, abah, kakngah. Daftar bla bla bla, then kena pi hostel. Hostel aku ni letaknya kat Jalan Kuching. And kolej aku kat Batu Muda, Gombak. Tak ke jauh? Sampai hostel, cop katil siap-siap. Kahkahkah. Satu bilik ada dua katil doubledecker. Means satu bilik 4 orang. Aku sebilik dengan Nisah, Mimi and sorang lagi aku tak ingat or memang tak ada orang ke empat. OMG! Macam mana boleh lupa ni??

Settle semua, aku balik Karak semula sebab esoknya tu nak kena pi Tanjung Lumpur ambil duit. Dulu sesiapa anak Pahang yang dapat sambung belajar, dapat RM500 dari Yayasan Pahang. Sekarang tak tahu lah ada lagi ke tidak macam tu. Lepas ambil duit tu, Isnin depan tu baru aku balik kolej. Orientasi kalau tak silap aku Sabtu and Ahad. Aku tak join. Walah!

Aku balik hostel masa semua housemates ada kelas. Tinggal sorang je masa tu, Kak Zurin. Oh, hostel aku ni sebenarnya apartment. Satu rumah ada 3 bilik. Okay, siap semua letak barang, Kak Zurin tu terangkan kat aku pasal rules. Tak boleh balik lewat selepas 11pm, tak boleh itu, tak boleh ini. And, dia cakap dalam rumah ni semua kena speaking. What the?? Aku tengok dia pun cakap melayu je. Hahaha. Paling kelakar ibu aku lah masa si Zurin tu cakap macam tu. Boleh dia jawab macam ni, "Tak jadi masalah pun kalau Fara ni speaking. BI dia masa SPM A2." Kahkahkah. Sabar je lah. Pandai berlagak pula ibu aku.

Malam tu ada sesi suai kenal. Berkumpul dekat hall then kenalkan diri masing-masing. Lepas tu aku masuk bilik menyendiri. Sangat tak mesra okay. Malas yang iye nye. Aku mengantuk. Nampak tak sombong aku tu tahap mana? Hahaha. Lantakkan sana. Esok start kelas macam biasa. I need a rest tahap dewa sebab selalunya mood persekitaran baru aku bergantung kepada tahap kemengantukan aku. Kalau aku mengantuk, memang aku tak feel nak rasa benda baru. Gitu.

Peraturan tak boleh balik lewat and tak boleh keluar sesuka hati itu adalah sangat sedey bagi aku. Tahu sedey itu apa? Dalam loghat Pahang, sedey tu bermaksud, ambil mudah. Hari kedua pun aku dah keluar naik motor dengan kawan aku pergi beli barang keperluan sebab ada yang tertinggal. Kau rasa? Tak berbulu hati akak tu? Lantakkan. Kalau dah member ramai duduk dekat, mampu ke tak roger-roger ajak melepak?

Sepanjang aku belajar kat kolej, aku rasa aku sangat kurang kawan. Aku suka buat hal sendiri. Aku berkawan pun dengan budak rumah aku and budak kelas aku masa sem 1. Berapa kerat sangat lah kan. Entah lah. Nak kata anti sosial, elok je aku pi melepak dengan member-member pangkah burung. Kahkahkahkah. Yang ni satu lagi lawak antarabangsa yang aku akan gelak berdekah kalau ingat. Tak boleh blah join pangkah burung. Malam minggu je pi function kat Bukit Jalil or Shah Alam. Adoi lah. Noob gila rasa time tu. Hahahahahahahaha.

Aku ingat lagi aku bergaduh dengan sorang mamat ni yang mana time tu dia bf aku. Dia ejek bestfriend aku kat library time tu. Terus aku panggil dia ajak bertekak kat luar library. Habis bertekak, aku blah pi KLCC. Motif lari jauh? Ni pun satu hal bangang. Konon nak tenangkan hati lah kan. Aku call Sujak, anak arwah Ismail Din tu suruh datang jumpa aku. Sujak ni kawan sekelas aku masa form 4 kat Teknik Gombak. Memang kamceng sangat-sangat. Sujak suruh tunggu dia kat CM. Sampai CM Sujak belanja seluar sebagai penyejuk hati. Hahahahahahahahaha. Padahal paksa. Kesian. Mana entah seluar tu sekarang. 

Masa sem 6 aku berambus dari hostel and duduk menyewa kat Casmaria belakang Giant Batu Caves. Aku ajak Ana duduk sekali. Duduk sini hari-hari gigih jalan kaki makan sup sedap. Sedap nak mati weh sup dia. Cili kicap bagai. Member aku cakap ada lagi kedai tu. Nanti ingat nak ajak beliau pi makan kat sana kalau wujud lagi lah. Dah bertahun kot. Ades, terbayang.

Lepas tu aku pindah ke Taman Koperasi Polis, depan kolej. Aku sebilik dengan Zira. Zira ni classmate aku masa sem 1 sampai sem 4. Member gossip dalam kelas termasuk Henon, Along and Wani. Time class, buat lirik bangang conteng kertas. Ada lagi lirik-lirik tu kat rumah ibu. Nanti balik nak cari. Geli kalau baca balik. Haha. 

Last sem 7, aku pindah keluar ikut Fira dengan D. Ni bestfriend aku masa pindah rumah. Kena keluar dari rumah lama sebab owner rumah nak rumah dia balik. So kami sewa bilik kat taman tu juga. Tapi bilik dia besar. Zira pun ikut sekali masa ni. Fira and D ni bukan student. Dah bekerja. 

Duduk dengan diaorang ni memang banyak pengalaman yang aku dapat. Naik bas ke N9, balik rumah Fira sebab nak ambil kereta lah. Hampir accident masa nak drive balik ke KL lah. Dah kalau pagi-pagi subuh kau kena drive balik, mau tak mengantuk. Fira ni harap je ada lesen. Drive takut. So jadi mangsa is aku. Pernah aku ikut dua orang ni balik Muar sebab makcik D kahwin. Tukang drive tu aku lah. Dengan tak mandi nya sebab nak cepat sampai punya pasal. Sememeh je masa turun breakfast kat R&R Ayer Keroh. Hahahaha. 

Masuk Sem 8, kami pindah ke rumah banglo kat Batu Muda tu. Duduk menyewa bahagian atas banglo tu je. Haaa, kat rumah ni lah kami asyik kena kacau dengan hantu. Last-last berambus keluar. Aku berulang je dari Karak ke KL untuk pi kelas sebab kelas seminggu 3 hari je. Satu kelas je pun. Itu pun kelas repeat yang gagal dulu.

2011 aku grad and convo. Akhirnya dapat juga even banyak dugaan. Entah apa dugaan pun tak tahu lah. Hahahaha. Padahal dugaan malas je pun. Bangun pagi nak pi kelas kena bergaduh dengan bantal dulu baru boleh bangun. LOL!

Thanks untuk semua lecturers yang pernah ajar aku dulu. Paling aku ingat is sir yang ajar kelas Arab. Seminggu sekali je aku masuk kelas dia weh. Pun dia bagi full attendant. Masa exam siap bagi kami orang jawapan. But masa nak final exam sem tu, aku tak datang kelas dia. Terus tak tahu jawapan apa. But guess what? Aku still dapat B-. Tak tahu lah macam mana padahal aku cincai je. Bahasa Arab yang aku tahu pun is Ainun, cahaya mata. Itu pun sebab si Henon asyik ulang benda yang sama kat rumah hostel dulu. Hahahaha.

Eh, ana uhibbuka pun aku tahu lah. 

Hurmmm.. Macam rindu nak belajar balik *sigh*

15 October 2016

SERAM : SIAPA TU WEI??

Haaa.. lagi satu cerita seram yang fresh sebab berlaku malam tadi. MALAM TADI okay. Entah lah kenapa dua tiga menjak ni terasa macam asyik diekori entiti. Sunan tu kalau malam, kat rumah, menangis-nangis bila pandang bilik utama which is bilik kami laki bini. Hantu hantu kata dia. Kadang-kadang tengah tengok tv, dia melompat kat kita sambil jerit hantu banyak kat dapur. Kau rasa?

Okay, back to the main story ----

Semalam petang lepas balik kerja, Syira (adik aku) tunjukkan tangan Don yang banyak bintik-bintik kasar warna merah. Risau juga. Takut HFMD je. Terus ajak beliau pi hospital lepas maghrib tu. Rupanya allergic. Takut tempat tidur dia ada hama or something. Mana tak nya, si abang rajin bergelumang atas tu.

So lepas settle urusan hospital, Syira and beliau teringin nak makan satay. Tapi beliau nak satay yang ada kat Bukit Badong, Ijok tu ha. Dari hospital Tg. Karang nak ke sana adalah dalam 30 minit. Kalau dari rumah aku, Kg. Kuantan, tak sejauh tu rasanya.

Dah sampai kedai satay tu, beliau and Sunan turun pi order and tunggu. Aku dengan Syira duduk je dalam kereta. Tengah aku susukan Don, tiba-tiba perempuan ni suruh aku tengok kat tiang belakang pokok mangga besar. Kitaorang parking tepi simpang jalan besar tapi depan simpang tu ada pokok mangga and belakang pokok mangga tu ada pondok tapi nampak macam rumah stor yang kecil. 

Syira : De, ada orang perhatikan kita lah. Siapa wei?

Aku : Mana?

Syira : Tu lah, belakang tiang tu. Haa, tengok tu. Dia asyik perhatikan kita.

Aku : Mana ada apa. Tiang je tu. Kau salah tengok kot (dah start meremang dah sebab aku pandang situ and guess what aku nampak apa? kain putih sajork bergerak-gerak plus ada rambut. masih cuba berlagak tenang ) 

Syira : Ya Allah, orang lah. Aku nampak rambut dia and dia bergerak-gerak and intai-intai. Dah lama dia berdiri kat situ (bengong kan perempuan ni. Lurus bebenor dah kenapa?? Pejadah pula orang nak berdiri tengah gelap gelita tu and main cak-cak dengan kami)

Aku : That's not human lah wei. NOT HUMAN! (dah tak mampu nak bertenang sebab aku nampak the whole body of benda tu and Don tiba-tiba menjerit menangis)

Then beliau sampai and masuk kereta. Si Syira ni tak habis-habis cakap pasal tu and asyik lah memandang tempat tadi. Aku yang dah tahu ni suruh beliau start kereta and blah cepat. Beliau dah bebel-bebel marah. Masa kereta bergerak tu baru adik aku ni macam sedar yang benda tu bukan manusia. Laju-laju dia tutup tingkap. Padan muka. Cakap aku tak nak dengar. Lepas tu asyik berzikir astaghfirullah tak habis-habis. Hahaha. And Sunan pandang belakang terus menjerit takut katanya. Tu lah, lain kali jangan pandang belakang. Kahkahkah.

Sampai rumah, aku pesan kat Syira basuh kaki dulu sebelum masuk. Takut-takut lah kan dia mengikut. Kalau basuh kaki and baca apa yang patut tu, maybe selamat. Aku fikir gitu lah kan. Tapi idok ye. Pintu belakang rumah aku asyik kena ketuk bertalu-talu dari pukul 12 am - 12.30 am. Lantakkan sana. Janji tak masuk dalam rumah.

Nanti ada duit nak buat doa selamat lah kat rumah tu. Menjadi-jadi gangguan dia. Geram pula rasanya.

6 October 2016

SERAM : TANGAN SIAPA??

Lama tak share cerita seram so hari ni nak share benda seram paling fresh dari oven rumah jiran sebelah. Sebab rumah aku tak ada oven. Hahahaha!

Pagi tadi dalam pukul 7, aku tengah siap-siap nak pi kerja. Beliau tengah golek-goleK atas katil and Sunan menyusu. Adik aku, Syira tengah mandi. Oh ya, buat masa ni minah tu duduk rumah aku sampai December untuk jagakan Don. Okay sambung ...

Aku masuk bilik nak ambil extension sebab malam tadi beliau pakai. Alang-alang nak kerahkan beliau mandi cepat. Sebab jenis beliau, dah hujung-hujung kang baru lah nak berak bagai. Mula lah aku asyik stress toleh jam tanpa henti.

Aku renggangkan pintu bilik tapi aku berdiri betul-betul tepi pintu. Lengan aku memang kena tombol pintu tu and aku boleh nampak luar dengan jelas. Tengah aku dok bebel-bebel tu, tiba-tiba ada satu tangan orang dewasa capai tombol pintu and terus tutupkan. Aku buka balik sebab nak keluar. Aku mati-mati ingatkan adik aku tu. Aku tengok lampu bilik air menyala lagi and dia tengah bergembira nyanyi lagu BigBang dalam tu.

Aku tanya lah dia, ada tak tutup pintu bilik aku tadi. Dia mati-mati jawab tak ada and baru ni lah keluar bilik air. Ah sudah, tangan siapa pula? Tapi aku betul-betul yakin, memang aku jelas nampak tangan tu. Siang kot, bukan malam. Segala deria aku berfungsi okay.

Aku cerita kat beliau. Dan-dan lah beliau kengkonon bercakap dengan belakang badan beliau sendiri and tanya kenapa keluar. Saiko kan laki aku. Dia fikir dia Voldemort?

Tapi serius.

TANGAN SIAPA??!! 

4 October 2016

SELAMAT DATANG DON ARAFAT BIN MOHD AKEMAR

Nak juga acah-acah blog glamer share pengalaman bersalin. Macam lah orang peduli. Haha. Ah, lantak sana. Nak baca, baca. Tak nak, sudah. Aku merapu juga.

Due aku sepatutnya 14hb August tapi disebabkan ada certain problem, dicepatkan sehari, 13hb August. Eleh, sehari je pun. Doktor memang tak nak tunggu kennn. Sampai hati. Kalau tak, rasa hebat sangat dah bersalin ikut the exact date. Huuu.. Tak bersyukur langsung. Mujur kau bersalin Fara. Hahahaha.

Pregnant kali ni memang banyak sangat dugaan kesihatan. HB aku tak pernah cantik start 5 months and above. Selalu bawah 11. Sedih sangat. Selalu kena bebel. Nak kata tak makan ubat, selalu je makan. Makanan yang boleh buat tambah darah pun aku telan. Tapi HB begitu lah juga. Rupanya thalasemia (pembawa). Masa dah 37 minggu, HB aku drop mendadak. So doktor bagi chance sampai next week nya tu. Kalau still sama, kena buat transmisi darah. Oh no. Bergegas lah aku ni makan bayam merah banyak-banyak. Hahaha. Nasib baik minggu depannya tu darah aku naik even tak banyak.

Aku start cuti kerja 1hb August. Tak larat dah nak bertapa kat office. Lagi pun kena check up selalu. Takkan nak ambil cuti je. Alang-alang, cuti terus. 6hb August baby kurang gerak so aku ajak beliau pi Hospital Tg. Karang. Kena admitted sehari. Petang 7hb dah keluar. Masa ni dah detected BP aku mencanak naik. Tapi tak ada pun doktor or nurse situ ambil pusing. Maybe tak ada masalah. Start situ aku kerap sakit kepala rasa nak hantuk-hantuk and ketap gigi kuat-kuat. Sakit woi. Bukan pening biasa tu. 

11hb August, Khamis (39 minggu). 
Masa regular check up kat Klinik Desa, BP aku tinggi. Ada lah dalam sejam aku bertapa kat situ sebab nak ulang-ulang check. Sekejap baring, sekejap bangun. Tapi tak juga turun-turun. Terus nurse refer Klinik Kesihatan Kuala Selangor. Sampai sana pun sama juga. Kena baring, check lagi. Duduk, pun ambil bacaan lagi. Then jumpa doktor sebab BP tak turun. Doktor terus refer pakar Hosp Sungai Buloh sebab takut risiko eclampsia. Kaki aku pun bengkak, air kencing kotor. Memang risiko sawan tu ada. So memang kena paksa bersalin esoknya atau lusa. And, jam-jam tu juga kena warded. Huwaaa.. Tak suka gila. Nak menangis dah rasanya. Bukan apa. Nak kena tinggalkan Sunan tu yang payah. Sedih gila.

Dah siap semua, naik ambulans and terus ke HSB. Duduk lah bertapa kat high risk area(hra) tu untuk pemantauan. Hari pertama memang sangat meletihkan emosi okay. Nak menangis tapi malu. Rindu anak wei. Hahaha. Tapi sakit kepala melampau-lampau membatasi rasa emosi tu kadang-kadang. Sampai nak dinner pun, nurse yang hantarkan makanan ke katil. Sebab dekat labour room/hra ni, makanan tak dihantar ke katil. Kena berjalan sendiri ke pantry. Tapi dah azab sangat sakitnya sampai terkeluar air mata sebab pedih, nurse yag bawakan. Tq sangat-sangat lah. Siapa kata nurse HSB tak berperikemanusiaan? Alhamdulillah, semua baik-baik okay.

12hb August, Jumaat.
Aku kena naik ward untuk induce sebab nak keluarkan baby. BP aku still tinggi, tak pandai nak turun-turun. Aku rasa dah habis kosong kepala otak ni ha. Memang tak fikir apa-apa untuk elakkan tekanan tapi tetap lah macam tu juga. Petang tu doktor pakar turun hra and checked semua patients yang ada dalam tu. Semua patients ada dalam 6 orang termasuk aku and paling menyayat hati is, kelima-lima dorang dibenarkan balik petang tu juga. Huwaaa.. Tersayat hati ai. Nak balik tak boleh. Cuma mampu tersenyum dalam kedukaan sajork. Hahaha. Pukul 6 macam tu, aku naik ward atas. Dah lah barang banyak kemain. Semua nurse asyik tegur. Memang aku sengaja bawa sekaligus. Malas nak bawa 2,3 kali. Beliau tu bukan boleh percaya sangat. Kang ada je yang tertinggal. Eh, ter-mengata pula. Sorryyyy..

Ward atas penuh sebenarnya. So aku duduk di katil extension tepi tingkap. Panasnya jangan cakap lah kan. Kipas sayup-sayup jauh. Memang rasa macam pelarian sangat dah time tu. Hahaha. Masa doktor datang buat pemantauan BP, aku jawab je penyumbang BP tinggi ni adalah kepanasan. Dia mampu ber-huhuhu je dengan aku. Memang ye okay. Panas sampai ke kepala. Jadi kau nak harapkan BP aku turun menyejuk ke macam mana? Mujurlah ada patient yang kena masuk OT time tu so dapatlah aku pindah katil yang berudara sejuk dan nyaman. Malam tu dapatlah aku tidur dengan lena sebab masa kat hra pun panas juga. Tempat tu tak ada kipas atas. Yang ada air cooler je tapi jauh. Rasa angin tu dekat tapi jauh gittewww. Tapi macam biasalah, nama pun kau 'sakit'. Memang nurse asyik bertandang lah kan ambil BP and check baby. Jalan still tak buka.

13hb August, Sabtu.
Hari ni dah 39 minggu 1 hari. Esok genap 40 minggu. Yeahhh.. And pagi dalam pukul 8.30 macam tu, doktor datang masukkan ubat induce. Aku still boleh cool lagi. Start 12.30 pm, contraction datang. Ni first time aku rasa sakit bersalin okay. Aku bawa berjalan tapi macam panjat gunung rasa dia. Letih tahan sakit tu. Tapi makan tetap laju. Haha. Nak ambil tenaga konon nak meneran kejap lagi sebab fikir boleh bersalin normal. Aku boleh lagi gelak-gelak sebab nak tahan sakit punya pasal. Jalan baru buka 1cm. Then suddenly heart beat baby drop, tak cantik. Bergegas lah doktor muda tu panggil doktor yang sorang lagi. Lepas tu panggil pula pakar. Pakar kata, heartbeat dah normal balik. Okay, lega. Selang 10 minit datang lagi tengok ecg aku. Lagi sekali jadi macam tadi. Bergegas balik dia panggil doktor lain. Bergilir-gilir doktor datang. Dekat 2,3 orang juga. Terus dia pecahkan air ketuban aku. Masa ni aku rasa nak meraung dah. Sakit ya Rabbi. Aku mampu sebut Allah Allah je. Tapi sekejap je sakit tu. Ecg normal balik.

Kali ke-3 datang pantau, jadi lagi sekali. Kali ni doktor check jalan, baru 4cm. Dia kata tak boleh tunggu dah sebab fetal distress. Even ai bukan budak medic, tahu lah juga apekebenda jadah tu. Kena masuk OT jam tu juga. Aku tanya nak tunggu suami tak sebab takut perlukan signature dia. Doktor kata tak payah. Takut risiko menunggu lama. Aku call beliau and bagitahu then pass phone ke doktor. Doktor terangkan dalam phone je. Lepas tu doktor muda tadi bagi form suruh aku sign. Sebelum tu dia bagi makan ubat air yang kalau minum tu, rasa kebas segala yang ada. Hahaha. Aku bercakap pun macam orang kena stroke okay. Salin baju bagai, aku dah tak ingat apa. Rasa mengantuk gila. 

Dorang tolak aku ke OT pun, aku tak sedar. Tahu-tahu je dah sampai. Badan memang berat sangat rasa. Berbeza dengan Sunan dulu. Aku still boleh bercakap and sedar dalam tu. Memang doktor ajak aku berborak sebab takut aku tidur. Tapi kali ni memang tak. Aku rasa mengantuk tahap dewa.  And masa doktor cucuk epi, aku macam hilang sabar. Tak boleh relax. Dokor tenangkan aku banyak kali. Maybe sebab BP aku tinggi, doktor biarkan je aku tidur sebab aku boleh dengar lagi perbualan dorang. Yang sorang tu risau aku tidur. Yang sorang tu kata biarkan. Lantakkan sana. Aku sedar je bila doktor perempuan yang sorang tu kejutkan aku and suruh tengok jantina baby yang dia dukung tu. Aku jawab boy, terus pengsan balik. Kahkahkah. Langsung tak ada sentimental. Memang mental.

Dua jam selepas keluar OT, beliau datang masa aku dah duduk ward. Beliau kejutkan aku. Mata mengantuk tapi tak nak derhaka punya pasal, bangun je lah. Ayat pertama beliau is, " KENAPA TERDAMPAR MACAM DUGONG?" Kongajo sangat kan. Hahaha. Tapi beliau cakap aku memang kelakar masa tu. Baring tanpa bantal, terkapar macam orang kalah perang. Berdengkur siap pakej. Dah lah tirai tak bertutup. Waktu melawat pula tu. Huwaaaa.. Malu gila kalau diingat balik. Cis. Sampai hati nurse tak tutupkan. Hahaha.. Lepas tu beliau ambilkan Don bawa jumpa aku. Aku tengok sekali imbas je sebab memang lalok sangat-sangat. Beliau balik, aku sambung tidur. Don menangis, aku minta orang sebelah panggilkan nurse. Aku tak boleh bergerak lagi sebab bius tak hilang. Pukul 4am baru nurse datang suruh tukar baju and pad then dia bagi Don kat aku suruh susukan. Masa ni kesan bius dah hilang sikit. Boleh bergerak dah.

14hb August, Ahad.
Aku pindah masuk ward yang dalam bilik tu ada 4 katil je. Masa aku masuk tu, semua katil penuh. Tapi petang tu juga dua orang katil depan aku ni boleh balik. Tinggal aku dengan akak kat sebelah. Memang seram kalau nak fikir hantu okay. Hahaha. Mujur malam tu akak tu tak boleh tidur sebab anak dia meragam. Aku dengan Don juga yang tenang tidur aman damai.

15hb August, Isnin.
Dah boleh balik. Don and aku dua-dua sihat. Bangga gila rasa dapat balik. Huahuahua. Rindu kat Sunan tahap apa dah time tu. 

.
.
.
.
.

DON ARAFAT --

Aku ambil nama Don tu sempena nama arwah moyang aku, Imam Don. Arafat, sebab aku suka peribadi seorang Yasser Arafat. And Arafat tu sendiri maksudnya elok iaitu Yang Terkenal. Eh. Hahaha. Nampak sangat mak kau ni gila glamer. Kahkahkah.

Alhamdulillah, Don bebas daripada jaundice. Sehari tu je lah yang ada lepas tu clear. Tak banyak ragam and asyik kena mengalah dengan abang yang macam monster. Sikit-sikit nak dilepuknya adik tu. Tapi hari pertama jumpa lah. Lepas tu jadi abang yang penyayang pula. Pantang Don menangis, mesti Sunan akan pujuk. Siap cakap,"JANGAN NANGIS, ABANG ADA." Nak gelak pun ada. Pernah sekali dia nak nyusukan adik dia tu. Adoi lah. 

Don ni kulit dia kurang cerah, tak macam Sunan tapi hidung mancung. Dia ada lesung pipit macam beliau, Sunan tak ada. Kira macam Sunan 100% copy paste aku and Don ikut beliau. Gittew. Eh, tak kira lah ikut sapa pun, janji sihat and membesar dengan jayanya.

Semoga Don Arafat membesar jadi anak berguna. Maybe boleh ikut jejak langkah great-great grandfather dia, jadi imam yang bertauliah. Biar sama-sama ada nama yang sama, Imam Don. Tapi jadilah apa pun, mama tak kisah. Asalkan tak tinggal agama dan iman, mama bersyukur sangat. Kalau dapat bagi duit beribu sebulan kat mama pun dah okay. Eh! Kahkahkahkah. Gurau sajork.

Lots Of Love,
Mama.




15 July 2016

ENTRY BERSEPAH

***** kan aku dah cakap -- sebulan sekali buat entry baru. LOL! *****

...................................................................................................................................................................

SELAMAT HARI RAYA UOLS!!!

 Macam biasa raya tahun ni beraya rumah MIL dulu then raya kedua baru gerak balik Karak. Dapat lah lama-lama sikit kat sana. Memang taktik menjadi okay. Tapi ni beliau sakat aku nak beraya sana dulu tahun depan baru beraya sini. Hoih, gila ke hapa? No no no. Nak tengok aku meroyan hempas badan silakan. Hahahaha. Dah lah duduk kat sini. Nak beraya lama-lama kat sini juga. Simpang. Kihkihkih.

Last day before raya tu aku kerja lagi tapi sampai pukul 3 je. Tak kuasa lah nak lama-lama hadap office ni. Mood raya even tak ada sangat, still nak balik rumah. Lagipun kereta aku rosak. Nak kena kerahkan beliau siapkan petang tu juga. Kalau tak, menangis beraya duduk rumah. Memang pisang lah bak kata anak remaja zaman sekarang.

Kereta aku start meragam 3 minggu lepas. Tersadai je tak betulkan. Aku nak hantar bengkel, beliau tak bagi. Beliau memang boleh betulkan tapi tu lah. Berkurun lama baru dapat nak buat. Kereta lori orang lain berduyun-duyun nak kena siapkan dulu. Baiklah. Tapi serius lah, duit pun mengalir macam air terjun. Mula-mula driveshaft patah. Dah okay tu, gearbox pula buat hal. Kau bayang kan berapa satu gearbox tu? Bila beliau kata gearbox rosak, rasa nak pengsan dah. Huwaaa.. Nasib baik dapat settle. Phewww!

Disebabkan kereta siap petang raya, malam tu baru kami laki bini pi shopping raya. Hahahaha. Orang lain dah siap bersimpuh masak-masak, kami baru terhegeh-hegeh nak beli barang raya. Ala, lagipun bukan ada benda sangat nak beli pun. Macam biasa beliau nak beli seluar dekat Tanjong Karang tu. FIL aku panggil kedai Lee je. Harga berpatutan and kau boleh siap-siap alter seluar tu kat situ dalam masa beberapa minit je. Sekejap sangat.

Dah settle perihal seluar beliau, nak cari sepasang lagi baju Sunan buat pakai pagi raya. Jubah yang akak aku beli ada kat Karak. Bila masa nya pula aku nak pi ambil and pakai pagi raya. Niat nak pi uptown malam raya kat Tanjong Karang tu tapi mengenangkan kebanjiran manusia, idok lah lalu nak merempuh lautan insan itu semua. Moh lah kita ke Tesco sahaja. Situ pun berlambak baju. Aku pun sempat grab selipar and sehelai je blause. Itu pun beliau yang paksa. Baiklah.

Pagi raya tu kami laki bini bangun lambat. Letih nau nau rasanya badan. Siap-siap terus pi rumah MIL. Sampai terus makan okay. Kongajo sangat perangai. So tunggu dulu adik beradik yang lain sampai baru berarak pi rumah mak-mak sedara beliau yang lain. Part ni paling seksa. Dengan perut memboyot, bangun duduk menjadi satu penyiksaan okay. Dah lah cepat mengah. Huwaaaa... Nak menangis rasa. Siap semua beraya, terus ajak beliau balik rumah. Mandikan Sunan and terus terbongkang anak beranak. 6.30 petang baru bangun ye. Hahahhaa. Sunan bangun je terus dia merengek ajak pi rumah nenek. Mandikan dia and terus melepak rumah mak sampai pukul 10 malam.

Pagi-pagi raya kedua aku dah bangun kemaskan beg nak balik Karak. Kejutkan beliau suruh siap and aku pi beli sarapan dengan Sunan. Siap breakfast terus gerak balik Karak but singgah rumah mak dulu salam-salam. Tengok berita, jalan sibuk kat area tol Gombak. Terus telan air liur. Huish, raya kedua pun banyak kereta lagi.

Sampai kat Sri Gombak, memang jalan jem ya amat. Terus decide ikut jalan lama. Cepat sikit sampai. Lagipun member aku Hazi dah tunggu kat rumah dengan laki and anak dia. Aku dah cakap tak payah tunggu sebab takut lambat. Dia pun nak balik Chini kampung laki dia. Aku sampai je rumah ibu abah, eh, dia ada tunggu lagi. Terus rasa terharu. Hahaha. Lama gila tak jumpa minah ni. Last jumpa masa kahwin dia hari tu. Dua tahun lepas okay. Borak-borak setenngah jam, dia nak gerak dah. Ye lah, dah almost dua jam dia bertapa kat rumah aku tu. Nasib baik abah ibu aku dah anggap dia macam anak sendiri. Anytime dia boleh datang and lepak even aku tak ada. Hahahaha.

Raya kedua tu aku just pi rumah makteh and makcik. Tak tahu dah rumah mana nak pi. Rumah kawan-kawan langsung aku tak jenguk. Bukan tak nak tapi tu lah. Faktor ke-larat-an aku ni ha. Mujur dorang faham. Dorang sendiri datang rumah aku bertandang. Itu pun aku hidang kuih and air je. Kalau larat memang aku hidang sepuluh jenis makanan dah. Hahahaha. Berangan lebih. Nak masak satu hidangan pun menangis.

Raya ketiga ikut ibu abah pi rumah kawan dia kat Temerloh and Mentakab. Then raya ke empat beraya rumah mak anjang, adik abah yang duduk Bentong tu. Raya ke lima aku dah balik Selangor. Pun lalu jalan lama sebab jalan sibuk. Sampai Kuala Selangor terus cari KFC nak melantak. Lapar tak sudah-sudah kami laki bini ni.

Selasa pi check up kat klinik Kuala Selangor, HB turun lagi. Huwaaaa.. Bila nak cantik ni??? Dari awal pregnant sampai nak beranak dah, gitu je lah HB ni ha. Pasrah betul. Baby dah engaged kata doktor.Next week Isnin kena jumpa pakar nak check luka operate bersalinkan Sunan dulu then baru tahu doktor suggest kan cara bersalin apa yang aku kena buat nanti. Either normal or operate lagi. Lantak lah mana-mana pun asalkan selamat. Ye idok?

Ingat tak entry yang aku tulis pasal jantan durjana tu? Sekarang member aku tu dah lari ikut makcik dia Isnin hari tu. Pagi-pagi dah datang rumah aku nak bagi tahu yang dia dah tak dapat jaga Sunan mulai Selasa. Sedih pun ada juga tapi aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Kesian dia anak beranak asyik kena maki hamun sepak terajang dengan jantan tu. Hujung bulan ni kalau ada rezeki dia balik Sabah terus. InsyaAllah, ada masa aku boleh pi melawat dia. Dia lah member bersembang aku sepanjang masa ni. Bila dah tak ada ni, sunyi sangat. Dah lah tak ramai kawan kat sini.

Semalam pinggang rasa memulas sangat-sangat. Kaki dah bengkak sangat-sangat. Mak kata baby bagi hint dah ni. Bila-bila masa je kata mak. Baik lah, bersedia je lah ni,

11 June 2016

BORAK PUASA KE ENAM

Lepas ni boleh lah update blog sebulan sekali atau dua bulan sekali. Dasar pemalas. LOL!

*********************************************************************************
Dah masuk puasa ke enam kan. Tapi disebabkan pregnant and ada masalah kekurangan darah (Thalassemia), tak mampu nak puasa penuh. Hari pertama puasa sampai pukul 2 je lepas tu terumbang ambing bagai dibadai ombak. Hampir jatuh sebab pitam kat office. Mujur boss prihatin. Dibelikan kita ni makanan. Jangan risau, boss kita cina. Hahaha. Lepas tu tak berani nak ambil risiko. Tak apa lah. Ganti je lah nanti.

Kami baru pindah ke rumah baru Ahad lepas. So disebabkan tak beli lagi kabinet letak dapur masak, idok lah aku ni memasak. Hari tu aku nak beli tapi beliau kata nak buatkan. Sampai ke sudah tak berbuat. Ah, lantakkan sana. Jangan salahkan I kalau tak memasak. So beli je makanan kat luar. Eh, sebenarnya lagi jimat aku rasa. Masak nasi siap-siap then beli je lauk kat Kak Kam. Settle.

Sepanjang bulan Ramadhan ni kami laki bini still mampu tahan diri daripada bertempel kat bazar Ramadhan. Aku lah yang malasnya. Beliau ada juga ajak tapi disebabkan aku ni mudah sangat mengah and letih, sila campak hasrat nak merayap kat bazar tu ye. Karang ada pula drama air mata minta kena dukung tengah orang ramai. Oh I is cannot. Tak larat sangat. Lagipun bazar kuala ni ramai nau nau orang. Bersesak-sesak.

Tapi hari ni nak balik Karak. Maybe lah mampu ke bazar sana sebab tak crowded sangat orang.

Okay lah, boleh lah.

15 April 2016

BORAK KOSONG

Macam dah lama tak menulis. Sementara nak tunggu masa balik ni, marilah kita kasi habis masa dengan mem-blog. Nak compile kan file audit, entah zaman bila ahso tu nak bagi aku docs untuk settle kan account. Dari bulan satu lagi ter delay.

Baby makin aktif dalam perut ni. Aku lagi selesa panggil dia Kenanga. Memang kalau lahir je nanti nak bagi nama tu kalau perempuan. Mudah-mudahan. Kenanga dah rajin tendang terajang. Dah 5 bulan lebih, haruslah pandai kan. Setiap kali dia bergerak, boleh nampak kegiatan tu kat perut aku. Tersungkit sana, tersungkit sini. Geli pun ada. Bila letak tangan Sunan kat perut time Kenanga bergerak, cepat-cepat dia tarik. Takut katanya. Sabar je lah.

Sunan dah nampak besar sangat. Semua benda nak buat sendiri. Tapi time tidur harus kepit kepala mama kat celah ketiak dia dulu. Hahaha. Before tidur and bangun pagi mesti " SAYANG MAMA " yang keluar dulu dari mulut dia. Sebab tu aku tunggu-tunggu time ni. Dia bangun tidur je mesti aku pastikan aku atau beliau kena ada tepi Sunan. Kalau tak dia akan badmood and mencari-cari. Sedih tengok dia macam tu.

Hujung bulan ni last kot kami duduk Selangor. Beliau ajak balik Karak and duduk kat sana pulak. Kerja dengan pakcik and tolong abah kat kebun. Sambil-sambil kumpul modal berniaga sendiri.Aku mana-mana pun okay je asalkan beliau and anak-anak ada dengan aku. Just MIL lah yang selalu sendu bila terkenang kami anak-beranak nak pindah jauh. Dia tak boleh tak ada Sunan katanya. Ye lah, dulu masa kami tak duduk dengan dia, kalau sehari kami tak datang rumah dia, dia confirm datang rumah tengok Sunan. Tak lama mana pun. 5 minit pun jadi lah katanya. Takpe lah mak. Nanti tiap minggu kami balik ye.

Kereta masuk bengkel. Entah bila lah nak siap sebab minggu lepas beliau demam panas. Tergendala nak buat sebab beliau yang tolong Amin tu siapkan. Kalau dah nama mekanik, memang tak senang kalau orang lain buat kereta sendiri. Nak jugak dipantau sendiri. Lantakkan sana. Tapi tu lah. Time kereta tak ada ni latekak teringin itu ini. Benci tau!

4 April 2016

JANTAN PUAKA

Selalu nya aku jarang ambil kisah hal orang. Jarang peduli. Kalau orang bercerita pun, aku dengar and diam. Lagipun beliau memang tak suka aku dok bercerita hal orang sana sini. And memang family aku macam ibu semua tu pun jenis macam ni. Cerita, cerita jugak tapi berbatas lah. Habis situ je jalan dia. Tapi kali ni aku memang tak menahan nak bercerita. Mungkin ada penyelesaian yang orang boleh share. And aku really really mohon sangat penyelesaiannya!

Macam ni kisah dia ---

*** DISCLAIMER : BUKAN NIAT NAK MENGAIBKAN SESIAPA. CUMA SEBAGAI IKTIBAR AND MENCARI PENYELESAIAN ***

Aku ada kawan. Biar aku namakan dia N (bukan nama sebenar). Ada suami, ada anak-anak (3 orang). Dulu aku tak pernah rapat dengan dia. Lately je yang kitaorang memang banyak borak sama-sama. And dia start cerita masalah rumah tangga yang dia tengah alami. Memang dari luar nampak dia okay hua hua gelak dengan kita tapi dalaman dia aku boleh katakan jiwa dia 100% hancur lebur. Semua gara-gara suami.

Dia kahwin dengan Z (suami) 7 tahun lepas. Dah terlanjur pregnant. Z memang nak bertanggungjawab atas kandungan tu. Okaylah, nampak baik nya dia kat situ. Dorang kahwin koboi. Tukang nikah, saksi, wali -- siap. Z tak bagi satu sen pun duit mas kahwin and N cakap dorang tak ada tandatangan apa-apa dokumen sah perkahwinan. Aku tak tahu nak komen apa-apa pasal pernikahan dorang tu. Sah atau tak, wallahualam.

Cerita duka start dari situ. Sebelum nikah, Z memang rajin kerja. Tapi lepas nikah dah berubah. Duit belanja pun dia tak bagi. Yang dia tahu cari perempuan. Pernah kantoi dengan N masa Z berdating dengan ex gf dia kat KL. Dengan keadaan sarat mengandung, dengan naluri seorang isteri, dia jejak suami dia kat situ. Jumpa. Paling menyakitkan hati, Z boleh back up ex gf dia and suruh N balik rumah sendiri. Boleh kau bayangkan hati perempuan tu macam mana?

Disebabkan Z malas bekerja, dalam pantang pun N terpaksa bekerja untuk bayar sewa rumah and makan pakai dia anak beranak. Keluar wad je terus kerja. Masa tu anak sulung lahir pre-mate. Anak dalam ward, dia sibuk menyental lantai kedai makan untuk sesuap nasi. Masa dia cerita pasal ni, aku dah sebak tahan air mata. Besarnya dugaan dia Ya Allah. Tapi dia tak menangis pun masa bercerita. Kuat sangat.

Sekarang dah almost 7 tahun kahwin. Perangai Z menjadi-jadi. Dia dah kahwin satu lagi tapi sekarang dah jarang balik rumah bini no.2 dia sebab tak ada duit. Kalau dia berduit, jangan harap N anak beranak dapat merasa duit tu. Semua dia laburkan kat luar. Balik rumah bila duit dah habis je. Then minta duit N nak buat belanja beli rokok bagai. N mengaku, dah berbulan-bulan Z tak pernah bagi nafkah zahir. Kalau batin tu hari-hari kalau boleh Z ni nak. Memang jahanam perangai. Bil air, elektrik, semua N yang sediakan. Lagi sakit hati, Z pandai buat hutang. Last-last N yang kena tanggung.

Sepak terajang maki hamun tak payah cakap. Tak bagi duit, sepak. Tak masak, maki hamun. Bukan N ni tak nak masak. Kadang-kadang lauk pun tak ada kat rumah. Nak harapkan Z beli lauk, memang tak lah. Beras pun Z tak pernah beli. Mujur lah N ni pandai cari duit. Jaga orang sakit, buat kerja khemah. Paling dahsyat, kalau N tak nak layan nafsu Z, makan penerajang. Ni yang latest dia cerita kat aku. Z terajang belakang N sebab tak nak layan dia. Bukan N tak nak layan tapi dia tak sihat. Pun lah kena. Time tu aku dah sumpah seranah suami dia. Automatik aku panggil suami dia binatang. Aku dah tak boleh tahan.

Semalam, N cerita dengan aku sambil menangis. Tak pernah dia bercerita and menangis depan aku. Anak sulung dia mengadu dekat suami dia yang N ada jumpa isteri no.2 Z. Tapi itu cerita 2 tahun lepas. Terus N kena pukul. Aku pandang anak sulung dia tu kecik besar kecik besar je dah. Kebetulan beliau pun ada sekali time tu. Aku tengok beliau dah ketap-ketap bibir tahan geram. Aku direct je cakap. Kalau kau ni anak aku, aku cilikan je mulut kau. Dia boleh buat muka selamba. Menyirap darah aku.

Aku tanya dekat anak dia yang lain. Kalau korang nakal, mama yang kena pukul dengan abah korang. Tak kesian ke kat mama? Kau tahu apa jawapan dorang? TAK! Allahurabbi. Aku dah geram tahap nak tampar budak-budak tu. Memang kalau anak-anak dorang nakal, Z akan pukul N jugak. Kalau anak jatuh, luka, N akan jadi mangsa pukul lepas tu. Kau rasa? Dia ingat N tu bantal? Suka-suka hati buat anak orang macam tu even dia isteri kau?

Dan semalam dia luahkan nekad nak lari. Memang banyak kali dia bagitahu aku tapi dia cuba bersabar demi anak-anak dia tapi bila anak -anak dah buat macam ni dekat dia, apa lagi yang dia ada? Kalau dia pergi pun, dia akan bawa yang bongsu sebab kecil sangat lagi. Dia nak tinggalkan yang 2 orang tu dekat mak mertua and suami dia, biar dorang jaga. Pernah dulu dia lari balik kampung and tinggalkan anak-anak. Yang kecil tu je macam merana. Kurus keding tak nak makan. Bila N balik semula, yang kecil tu juga lah menangis cakap rindu sayang bagai. Tak nak kena tinggal lagi. Yang abang and kakak? LANGSUNG TAK PEDULI KAN MAK DIA.

Dalam hati dia cuma ada benci terhadap Z. Dia bertahan sebab tak tahu mana nak pergi. Kampung dia jauh,Sabah. Perlukan duit untuk balik. Mana dia nak cari duit beli tiket? Family dia bukan orang senang nak tolong. Aku pernah cakap kat dia. Andai aku dapat duit pampasan kilang lama aku, aku sanggup belikan dia tiket untuk balik sana. Bukan niat aku nak pisahkan dia dengan suami tapi permintaan dia sendiri yang dah tak sanggup menderita macam ni. Z pernah ugut N ni. Kalau N lari and dia terjumpa satu hari nanti, dia nak santaukan je bagi mati. Gila betul saiko dia ni.

Dia nak sekolahkan anak-anak dia kat sana. Mula-mula aku tak faham kenapa mesti sekolah kat sana. Lepas dia tunjuk surat beranak anak-anak dia, baru aku faham. Anak-anak dia semua didaftarkan BUKAN WARGANEGARA (sebab N pun pakai IC merah sebagai warganegara Filipina) and semua ber-bin/binti kan ABDULLAH. Aku dah tak reti nak cakap apa. Z tak pernah ambil berat hal ni. Dia tak peduli. Sepatutnya anak sulung dia darjah satu tahun ni tapi dia cakap belum. Bulan 7 ni baru 7 tahun and tahun depan baru darjah 1. Kau rasa? Berbuih dah mulut ni dok terangkan kat Z pasal umur bagai ni. Tak jalan.

Sekarang ni kepala aku dok ligat fikir macam mana nak tolong N. Kesian aku dah tak tertanggung. Setiap kali bercerita, aku mampu usap belakang dia. Tapi sampai bila? Kami laki bini nekad nak tolong N tapi itu lah, apa je daya yang kami ada? N dah kerap sangat mengeluh tentang nasib dia. Bukan dia tak cuba tapi jalan yang dia cuba selalu mati. Allahuakbar, permudahkan lah.

Abah selalu cakap --
Setiap ayah yang kahwinkan anak-anak perempuan mereka bukan untuk tengok anak-anak tu susah menderita. Tak ada mak ayah yang sanggup tengok anak mereka sengsara sebab jantan. 

Sebab tu aku tak layan drama melayu yang lelaki bapak kaya ceo jumpa perempuan biasa-biasa then buat bini and bahagia bla bla bla. Sebab aku dah hadap sendiri kisah hidup perempuan yang sangat sengsara sebab jantan dayus macam Z tu. 

Aku harap satu hari nanti kalau aku dapat bantu N ni, aku nak bantu ramai lagi isteri yang menderita sama macam dia. Semoga mudah segala jalan hendaknya.

2 April 2016

ANAKKU NAMPAK HANTU

Tajuk tak boleh nak filem sangat ke? Hahahaha. Tapi ini serius. Korang yang ada anak kecil, pernah tak terlibat dengan perkara macam ni dengan anak korang? Tiba-tiba dorang tunjuk-tunjuk and cakap hantu-hantu bagai ni? Macam mana nak handle? Huarghhhh.. Orang kata normal sebab budak memang boleh nampak kan? Tapi Sunan masa baby tak pernah pulak dia menangis sambil mata melilau pandang ke sana ke sini. Dah besar ni lah baru nak perasan dia macam nampak.

Aku perasan Sunan nampak benda-benda ghaib ni since dia setahun 9 bulan kalau tak silap. Time tu dia dah pandai cakap kakak. Kejadian masa aku duduk rumah sewa lagi. Time nak tidur, Sunan akan bercakap and gelak-gelak. Bila aku tanya, dia akan tunjuk kat bahagian atas bilik tidur sambil cakap kakak, kakak. Sunan jnis dia kalau ada je orang berambut panjang tak kira lelaki ke perempuan, dia akan panggil kakak. Kau rasa masa dia cakap macam tu and tunjuk-tunjuk tu aku tak seram? Dasar penakut macam aku ni memang. 

Lama-lama tu dia macam dah lupa benda-benda macam tu. Sampailah kami pindah masuk rumah mak. Hari pertama and kedua dia okay lagi. Masuk hari ketiga dia buat hal balik. Merata dia tunjuk kakak dalam rumah tu. Mati lah nak. Lepas tu dia dah pandai sebut HANTU. Aku laki bini memang tak pernah sebut pun perkataan tu dekat dia. Momok pun aku tak pernah cakap depan dia okay. So aku tanya BS. BS pun memang tak pernah langsung tercakap pasal hantu ke apa dengan Sunan and even depan anak-anak dia, dia tak pernah cakap. Anak-anak BS aku pun memang tak pernah lah aku dengar sebut perkataan tu. Dah macam mana Sunan boleh sebut? 

Pernah sekali tu tengah tengok tv, Sunan tetibacakap kakak and laju-laju satu badan dia cover dengan selimut. Lepas tu dia gelak-gelak sendiri. Ada masa dia akan duduk diam membatu dalam tu. Senyap tak berbunyi. Bila aku selak selimut tu, dia akan buat suara perlahan-lahan and sometimes dia akan letak jari kat bibir suruh senyap and mata dia akan melilau pandang sana sini. Mula-mula aku rasa ini normal kot sebab maybe dia ada imaginary friend. Lantakkan sana. Ada sekali tu aku bangun dalam pukul 2 pagi ++ sebab Sunan nak susu. Sunan pada mulanya baring je. Tiba-tiba dia bangun meluru dapur and panggil aku. Padahal aku dekat meja ruang tamu tengah bancuh susu. Aku terus kejar dia kdapur. Dia nampak je aku, punya lah menjerit nangis-nangis sambil peluk kuat-kuat. Sah lah dia nampak 'aku' ke dapur sebab tu dia pi sana sedangkan aku tercongok je kat ruang tamu tu.

Selasa malam lepas kami laki bini bawak dia pi fun fair kat Pasir Penambang. Nak pi sana kena lalu Kampung Teluk Penyamun and Kampung Sepakat. Jalan tu gelap, kurang lampu jalan. Time tu pulak kereta kurang padahal baru pukul 8. Sebelum sampai kawasan tu Sunan okay je nyanyi-nyanyi gurau dengan bapak dia. Sampai je situ tiba-tiba dia peluk aku kuat and melekap muka kat dada aku. Aku ingat dia sentap dengan bapak dia so aku suruh lah beliau pujuk tapi sebenarnya tak. Sekejap-sekejap dia pandang atas luar tingkap and lekap balik muka kat dada aku. Berlarutan lah adegan tu sampai lepas tempat gelap. Masuk je pekan, dia dah okay balik. 

Masa nak balik tu sekali lagi jadi macam tu. Aku tak puas hati, aku tanya Sunan nampak apa, kat mana. Dia tunjuk luar tingkap tapi muka still tak angkat. Dia duduk melekap. Sampai rumah, beliau basuh kaki Sunan kat luar and Sunan terus meluru masuk rumah. Terus ceria balik gusti-gusti dengan apaknye. 

Malam tadi tengah aku tengok tv, Sunan yang duduk luar dengan apaknya tiba-tiba masuk melompat atas badan aku. Macam biasa aku ingat dia sentap. Aku panggil lah beliau and tanya dia buat apa kat Sunan. Beliau kata tak ada apa pun. Beliau pun perasan Sunan tiba-tiba berlari masuk ke rumah. Aku tanya Sunan kenapa. Dia kata dia takut. TAKUT okay. Tak pernah aku dengar dia cakap perkataan tu. Lepas tu dia pandang luar kat pintu and tekup muka. Banyak kali dia ulang macam tu. Aku cuba angkat muka dia and pass dia kat papa. Last-last dia menangis. Sayu pulak tu. Anak aku ni jarang menangis. Kalau tak sentap dengan papa, memang payah menangis. Kalau jatuh pun, hek sikit je mengadu lepas tu okay. Tak sampai seminit pun. Ini tak. Kami suruh dia describe benda tu. Terus dia buat dengan tangan dia and siap buat bunyi lagi.

Kesian pun ada tengok dia macam ni. Selalu juga aku baca ayat-ayat quran kat telinga dia masa dia tengah mamai-mamai nak tidur. Surah yassin pun beliau dah start pasang setiap malam. Tengok lah sampai bila Sunan macam ni.

Nampak nya aku kena kurangkan obses dengan cerita hantu. Hahahaha.

25 March 2016

NENEK

Masa aku kecik, memang pantang lah kalau ibu suruh balik Raub (kampung ibu). Semacam ada bala menghempap kepala okay. TAK SUKA! Entah apa yang tak suka sangat tu entahlah. Padahal ramai je kawan kat sana sedangkan kat Karak ni sepupu dua orang tu je lah (Leha & Ain) yang jadi kawan nye pun.  Kalau hari pertama sampai tu, mula lah aku rebel atas tangga batu merah depan pintu rumah nenek tu. Lepas tu bila azan je confirm menangis melalak teringat makteh and pakcu. Ye lah, aku membesar dengan dorang kan. Tapi yang aku tak faham kenapa time azan aku kena melalak. Mesti orang ingat aku kerasukan time tu. Hahahhahaha.

Tapi hari pertama je lah rebel nya tu. Masuk hari kedua, member kampung dah jenguk rumah nenek, terus sawan tak ingat dunia. Lepas sarapan bawa ke tengah hari dok main kat tanah. Lepas makan sambung balik main sampai petang.  Duduk rumah nenek macam kau duduk asrama tau dari segi pemakanan. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang and makan malam. Lepas tu kang malam nanti sambil tengok tv makan lagi. Lengkap! Mana lah cucu-cucu dia ni tak gemuk bagai juara? Paling win nasi goreng bodoh nenek. Aku panggil nasi goreng bodoh sebab nampak simple sangat tapi rasa kemain sedap. Nenek memang suka jamu orang makan. Kadang-kadang member kampung situ yang juga cucu sedara dia datang makan kat rumah. Seronok makan ramai-ramai. Sebab kitaorang tak ada sepupu lain. 

Ibu ada dua orang adik-beradik je, dia and arwah pakngah. Kitaorang ada 5 beradik je. Pakngah pulak tak kahwin so tak ada anak. Time raya memang muka kami berlima je lah kat rumah nenek tu. Gile sendu. Tengok orang lain kemain meriah dengan sanak saudara. Kadang-kadang kitaorang suka-suka berlakon jadi sepupu sepapat. Gila saiko. Tapi dalam tengah hari tu ada lah anak saudara nenek ni datang dengan anak-anak dia. Nenek dengan mak pakteh ni adik beradik. Rumah dorang kat belakang rumah nenek tapi rumah tu dah semak samun. Tak boleh pakai lagi. So bila raya, rumah nenek jadi port dorang adik-beradik. Tapi tu lah. Tak suka dengan anak lelaki dia yang sorang tu. Entah apa nama dia. Kalau kita tengah tengok tv, suka-suka dia je main alih siaran. Nasib baik tetamu. Kalau tak aku dah hempuk dah. Entah macam mana lah rupa dorang sekarang ni. Since nenek meninggal, memang lost contact langsung.

Hobi nenek duduk tepi tingkap. Nenek akan pastikan setiap petang lepas pukul 6.30 dah tak ada sesiapa pun kat laman rumah. Pintu tingkap semua kunci rapat. Semua kena siap mandi sebelum maghrib. Tapi memang kitaorang tak pernah mandi malam pun. Bilik air nenek mengamalkan sistem open air. Atap kat atas memang separuh tak ada ye. Kau gila nak mandi malam-malam? Buatnya ada ponti terbang ngintai kau mandi? Hahaha. Nak kencing pun sebelum pukul 10. Kalau semua orang dah tidur then tetiba kau nak terkencing, sila padamkan niat kau. Tahan je lah sampai pagi. Tak ada sesiapa nak temankan kau ye. Semua tidur mati. Nak berak lagi lah. Jamban luar rumah. Kalau terpaksa sangat, kejutkan pakngah suruh teman.

Masa aku dah sekolah menengah, nenek start sakit. Masa tu aku tingkatan 5. Nenek dah nyanyuk sikit. Pernah sekali tu dia membebel pasal pembaziran. Dia suruh tutup peti ais kalau tak guna. Mati-mati kami cakap dah tutup peti ais tu nek. Tetap lah dia kata belum sebab dia nampak still terpasang. Rupa-rupanya dia cakap pasal kipas dapur. Nak gelak pun ada. Lepas tu dia macam dah tak larat sangat. Ibu decide nak bawak balik nenek duduk kat Karak lepas discuss dengan pakngah. Nenek duduk sebilik dengan aku and Syira. Still hobi termenung tepi tingkap tu jadi kegemaran. So kami sediakan kerusi satu untuk dia duduk. And hobi kitaorang cari kutu nenek. 

Nenek ni seorang yang pembersih tau. Masa muda ratu kebaya lagi. Nak gelak pun ada masa kawan-kawan nenek bercerita. Diaorang kata nenek paling cun dalam kampung tu dulu. Lepas dengar cerita tu, terus kami adik-beradik pandang badan masing-masing. Kenapa tak ada tokoh ramping ratu kebaya pun kami ni? Hahahaha. Badan macam batang pokok jati, ada hati nak jadi batang pinang. Boleh pergi menangis sana. Okay back to the story. Masa nenek sakit, kepala dia ada banyak kutu. Maybe sebab banyak baring. Entah lah. So memang ralit lah cari kutu nenek. 

Aku habis SPM, nenek meninggal. So kebumi kat kampung abah. Jauh dari kubur atok Hassan, suami nenek. Tak apa lah kata pakngah. Buat apa nak bawak jenazah jalan jauh lagi untuk dikebumikan. Kesian nenek kata pakngah. Aku, kakngah, Syira and ibu yang sendiri mandikan nenek. Orang luar ada sorang je, Makteh Ani. Memang orang penting pengurusan jenazah perempuan. Pertama kali aku mandikan jenazah time tu. Tengok muka nenek tenang je. Air mata memang tak keluar sangat time tu. Tak tahu kenapa. Maybe sebab kitaorang dah jaga nenek lama. Tak ada rasa terkilan sangat. Dia dah selamat.

Sekarang paling rindu suasana nak raya kat rumah nenek. Petang raya tu pakngah dah standby mercun and bunga api berkotak-kotak. Malam lepas pakngah balik bertakbir, terus berperang mercun. Padahal mercun katak je pun. Hahahaha. Tunggu pengumuman raya kat depan tv nenek paling seronok. Confirm je esok raya, bergegar papan rumah nenek. Melompat macam orang gila. Lepas tu tolong nenek lap balang-balang raya, masukkan kuih raya bagai. Ibu and nenek sibuk buat ketupat and rendang and kuah kacang. Lepas siap ziarah semua masa raya pertama, petang tu balik Karak. Nenek confirm akan duduk kat tangga batu and tengok kitaorang gerak balik and lambai-lambai. Setiap kali kitaorang nak balik semula ke Karak lah rutin nenek kat tangga batu tu and lambai kitaorang sampai hilang dari pandangan. Ohmai, rindunyaaaaaa...

Selasa malam Rabu lepas, aku mimpi nenek. Sejak nenek meninggal, aku jarang sangat dapat mimpi pasal nenek. Tapi pasal abang aku, kerap sangat. Kalau aku mimpi nenek pun, sekejap-sekejap je. Tapi malam tu aku mimpi lama.

Kami sekeluarga balik Raub. And aku manusia paling happy dapat jumpa nenek. Sampai je depan rumah nenek, aku terus meluru peluk cium nenek. Terasa sangat aku cium dua-dua pipi nenek. Lembut, wangi. Macam selalu. Nenek masak tomyam. So semua pun bergegas ke dapur nak makan. Nenek siap suruh aku makan banyak-banyak untuk cicit dia dalam perut ni. Allahu. Macam real. Rabu tu satu hari aku kemurungan. Balik kerja, malam lepas makan, baring kat sofa and mula menangis. Rindu sangat-sangat.

Dulu masa ada nenek aku tak berapa nak hargai nenek. Disuruh balik Raub merengus. Padan muka. 
Hahahahahaha *lap air mata*

18 March 2016

POTTY TRAIN

Sunan dah almost dua tahun. Bulan depan genap lah. So kami laki bini terfikir nak potty train dia awal sikit. Tak payah nak tunggu betul-betul dua tahun baru buat. Lagipun adik dia keluar nanti dah boleh jimat diaper. Sunan pun dah pandai cakap kalau berak ke atau mandi. Tapi sebut kencing tu tak lah pandai. Ahad lepas kami start train dia time siang.

Hari pertama tu tukar seluar je dah dekat sepuluh helai. Its okay. Awal-awal memang macam tu. Dia tak reti cakap nak kencing. Potty train ni kena banyak sabar kata orang. Tapi masa nak tidur siang tu dia ambil pampers and unjuk kat aku suruh pakaikan. Rupanya nak tidur. Baiklah. And kami laki bini keep repeated kalau nak kencing lari pi toilet. 

Isnin aku dah start kerja. BS yang sambung train Sunan. Bersyukur sangat aku dapat BS yang memahami macam ni. Petang tu masa balik kerja dia kata Sunan dah boleh kurangkan penggunaan seluar. Happy dengar. So sign dia kalau nak tahu Sunan nak kencing ke apa, tengok dia pegang tak anu dia. Hahahaha. Macam kelakar pun ada.

Semalam masa aku tengah tengok tv petang, Sunan berlari pi dapur masa tengah main kat depan. Aku usha lah. Tengok seluar dia dah tersadai kat lantai and dia mencangkung kencing dalam toilet. Tapi ada sedikit basah lah kat seluar dia tu. Takpe lah nak. Awak dah usaha. Gembira hati.

So masih panjang lagi perjalanan potty train Sunan ni. Semoga terus istiqamah lah hendaknya. Nanti aku buat entry lagi kalau Sunan dah 100% potty train.

14 March 2016

BFF SANGAT!

Laki aku ni ada sorang bff, Roger nama dia yang sama kerja dengan beliau dulu. Tapi dulu kiranya Roger ni boss beliau lah. Rapatnya mengalahkan adik beradik. Masa kahwin kami dulu, sanggup dia datang dari Sweden tu semata-mata kenduri ni. Roger duduk kat Sweden lepas projek tunnel dia tu habis tapi still kerja dalam company yang sama.

2 minggu lepas, Ahad, birthday beliau. Tengah hari tu Roger buat surprised datang rumah bawa cake bagai as a gift lah. Mula lah beliau tersendu sendirian. Kelakar pulak rasanya time tu. Roger datang dengan isteri dia Mei Mei and anak dorang Oscar. Tapi laki aku panggil Romei. Selamba beliau je main tukar nama anak orang. Tapi sudahnya kami semua panggil Oscar tu Romei. Ya Allah kalau tengok anak dorang. Rasa nak panggang-panggang je. Gebu kemain. So Roger plan nak makan satay the other week. Okaylah, mari lah turutkan sahaja kehendak dia. Bukan selalu dia datang sini pun. Kalau ada pun, Mei Mei je sebab rumah family dia dekat Pasir Penambang tu ha. 

So Jumaat lepas kitaorang dinner kat Satay Hut Tanjung Karang. Romei tak ikut sebab dah tidur. Aku first time makan situ. Laki aku dengan Roger memang selalu sangat lah masa dulu. Memang terkejut okay tengok satay besar dia. Aku makan dua cucuk pun dah tak boleh pergi lagi. Besarrrrrrr! Harga pun RM1.60. Kalau aku makan laki bini plus Sunan je, kompem tak boleh order lebih dari 5 cucuk. Menangis nak habiskan tau.



Gambar sumber google je. Segan nak snap gambar masa makan sebab tak ada sorang pun antara kami yang pegang phone masa makan tu. Hahaha. Bukan habit dorang. Lagipun aku memang bukan jenis suka ambil gambar makanan. Tak ada motif. Eh tetiba sangat.

Aku order satay je. Roger order nasi goreng pattaya and laki aku tak nak makan nasi sebab kat rumah dah makan. Dah si Roger ajak laki aku kongsi nasi dia. Like a old time kata dia. Dulu masa kerja kat site Langat, dorang berdua ni pernah makan sepuluh keping roti canai, bahagi dua dalam satu masa. Sorang lima keping. Bela saka ke apa? Rokok pun nak share. Laki aku hisap gudang garam je. Boleh si Roger ni tukar rokok yang dah separuh laki aku hisap tu dengan dia punya rokok. Tak faham aku. 

Ni hari ni Roger ajak laki aku teman dia pi company dia kat Shah Alam tu sebab nak hantar report. Lantak kau lah sana. Aku tak heran pun kalau beliau dengan Roger. Tapi tu lah. Masing-masing berborak macam itik dengan ayam. Yang sorang ni orang Sweden pelat English. Yang sorang ni  Melayu lidah kebas speaking. Hahahah!

11 March 2016

Lesunya.......

Pregnant kali ni memang mencabar sikit. Even still sama macam pregnantkan Sunan dulu ; tak muntah, tak loya tak alahan semua, tapi penat dia melampau-lampau. Padahal aku tak buat kerja berat apa pun. Duduk kat ofis pun just DUDUK. Kurang sangat bergerak sana-sini. Tapi letih dia macam kau berlari turun naik bukit.

Masa awal-awal dulu paling dahsyat. Aku hari-hari sakit kepala. Bukan sakit kepala biasa-biasa tu. Sakit kepala yang boleh buat kau rasa tak nak buka mata langsung. Bila pejam kejap mata tu, rasa berdenyut melampau-lampau sampai mengalir air mata. 

Bila balik kerja aku dah total 100% collapse. Tak pernah lah aku balik boleh pi dapur terus ke apa. Sampai depan pintu terus landing atas sofa baring kejap sementara bs tak hantar Sunan lagi. Kadang-kadang tudung pun tak sempat buka. Dah lah duduk dengan mil. Malu tu aku campak tepi sebab sakit penat tu punya pasal. Oh ya, aku duduk dengan mil sementara tunggu masuk rumah baru awal bulan 4 ni nanti. So plan nak berpantang sendiri je. Senang.

Sabtu aku half day kerja. Balik tu terus tukar baju and tidur. Kalau dulu ada lah juga terlintas dalam kepala nak keluar berjalan lepas balik kerja. Sekarang no no no ye. Terbayang bantal dah time tu. Ahad memang aku pulun rest. Sunan pun aku paksa tidur siang tu juga. Kalau tak memang payah dia nak tidur kalau dengan aku. 

Setiap kali check up mesti kena bebel sebab HB tak cantik. Second check up kat klinik Kuala Selangor, dua kali aku kena ambil darah. Kali pertama sebagai prosedur biasa check up. Kali kedua bila dah jumpa doktor and dia cakap tak cantik so kena ambil sekali lagi untuk ujian. Ok lah ok lah. Ambil darah, balik. Tunggu sebulan lagi untuk result.

Semalam nurse call bagitau pasal keputusan ujian darah tu. Sangat-sangat tak memuaskan. Aku tak berapa nak hadam dia cakap apa tapi yang pasti kena jumpa doktor lagi Selasa depan and ambil darah lagi untuk analisis. Hadap kan aje lah. 

Sebenarnya masa mengandungkan Sunan dulu pun HB aku sangat teruk bila hujung-hujung tu. Tapi biasalah kandungan makin membesar. Sepatutnya kena refer hospital juga tapi tak sempat appointment, Sunan dah keluar. So ingatkan dah setel lah tapi membawa ke pregnant kedua ni ha.

Patut lah aku rasa letih lesu melampau-lampau. Kadang-kadang tu nak bercakap pun tak larat. Rasa nak tidur je manjang. Hurmmmm... Semoga sembuh lah cepat.

4 March 2016

BERSIARAN WEI!!!

Warghhhh.. Lamanya tak mem-blog. Malas plus kekangan internet yang menjadi-jadi. Ye lah, pinjam pc ofis je ni ha. 

Sekarang dah kerja tempat baru sebagai account assistant cum hr assistant. Eh, macamlah orang nak ambil tahu kerja kau. Hahaha. Lantakkan, nak cerita juga. So far okay lah. Tapi sebulan dua ni pening mengadap income tax and audit. Semua kena buat sendiri. Awak mana pernah buat semua tu. Terkial-kial lah nak siapkan maklumat. Mujur boss rajin menolong. Kalau tak memang ke laut lah file audit aku. So aku rasa lepas ni nak apply kerja yang tak ada kena mengena dengan akaun. Nak jadi saintis pula. Vehrangan tahap dewa!

Anak?
Sunan dah membesar dengan jayanya. Mulut becok tahap aku kadang-kadang malas layan. Dah start suka tengok kartun upin ipin and boboiboy. Oklah dari tak suka tengok langsung. Kalau tak kang resah juga aku anak tak suka kartun. Aku tengok anak orang lain gigih je hadap tv layan kartun bagai-bagai. Tapi tu lah. Seminit dua je lah Sunan ni mampu duduk diam tengok. Selebihnya dia gusti aku. Pasrah lah. Ni nak dapat adik ni bulan 8 nanti. Habis di gustinya adik tu nanti. 

Nanti-nati lah sambung entry lain. Dah tak tahu nak update apa.

Salam.