Masa aku kecik, memang pantang lah kalau ibu suruh balik Raub (kampung ibu). Semacam ada bala menghempap kepala okay. TAK SUKA! Entah apa yang tak suka sangat tu entahlah. Padahal ramai je kawan kat sana sedangkan kat Karak ni sepupu dua orang tu je lah (Leha & Ain) yang jadi kawan nye pun. Kalau hari pertama sampai tu, mula lah aku rebel atas tangga batu merah depan pintu rumah nenek tu. Lepas tu bila azan je confirm menangis melalak teringat makteh and pakcu. Ye lah, aku membesar dengan dorang kan. Tapi yang aku tak faham kenapa time azan aku kena melalak. Mesti orang ingat aku kerasukan time tu. Hahahhahaha.
Tapi hari pertama je lah rebel nya tu. Masuk hari kedua, member kampung dah jenguk rumah nenek, terus sawan tak ingat dunia. Lepas sarapan bawa ke tengah hari dok main kat tanah. Lepas makan sambung balik main sampai petang. Duduk rumah nenek macam kau duduk asrama tau dari segi pemakanan. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang and makan malam. Lepas tu kang malam nanti sambil tengok tv makan lagi. Lengkap! Mana lah cucu-cucu dia ni tak gemuk bagai juara? Paling win nasi goreng bodoh nenek. Aku panggil nasi goreng bodoh sebab nampak simple sangat tapi rasa kemain sedap. Nenek memang suka jamu orang makan. Kadang-kadang member kampung situ yang juga cucu sedara dia datang makan kat rumah. Seronok makan ramai-ramai. Sebab kitaorang tak ada sepupu lain.
Ibu ada dua orang adik-beradik je, dia and arwah pakngah. Kitaorang ada 5 beradik je. Pakngah pulak tak kahwin so tak ada anak. Time raya memang muka kami berlima je lah kat rumah nenek tu. Gile sendu. Tengok orang lain kemain meriah dengan sanak saudara. Kadang-kadang kitaorang suka-suka berlakon jadi sepupu sepapat. Gila saiko. Tapi dalam tengah hari tu ada lah anak saudara nenek ni datang dengan anak-anak dia. Nenek dengan mak pakteh ni adik beradik. Rumah dorang kat belakang rumah nenek tapi rumah tu dah semak samun. Tak boleh pakai lagi. So bila raya, rumah nenek jadi port dorang adik-beradik. Tapi tu lah. Tak suka dengan anak lelaki dia yang sorang tu. Entah apa nama dia. Kalau kita tengah tengok tv, suka-suka dia je main alih siaran. Nasib baik tetamu. Kalau tak aku dah hempuk dah. Entah macam mana lah rupa dorang sekarang ni. Since nenek meninggal, memang lost contact langsung.
Hobi nenek duduk tepi tingkap. Nenek akan pastikan setiap petang lepas pukul 6.30 dah tak ada sesiapa pun kat laman rumah. Pintu tingkap semua kunci rapat. Semua kena siap mandi sebelum maghrib. Tapi memang kitaorang tak pernah mandi malam pun. Bilik air nenek mengamalkan sistem open air. Atap kat atas memang separuh tak ada ye. Kau gila nak mandi malam-malam? Buatnya ada ponti terbang ngintai kau mandi? Hahaha. Nak kencing pun sebelum pukul 10. Kalau semua orang dah tidur then tetiba kau nak terkencing, sila padamkan niat kau. Tahan je lah sampai pagi. Tak ada sesiapa nak temankan kau ye. Semua tidur mati. Nak berak lagi lah. Jamban luar rumah. Kalau terpaksa sangat, kejutkan pakngah suruh teman.
Masa aku dah sekolah menengah, nenek start sakit. Masa tu aku tingkatan 5. Nenek dah nyanyuk sikit. Pernah sekali tu dia membebel pasal pembaziran. Dia suruh tutup peti ais kalau tak guna. Mati-mati kami cakap dah tutup peti ais tu nek. Tetap lah dia kata belum sebab dia nampak still terpasang. Rupa-rupanya dia cakap pasal kipas dapur. Nak gelak pun ada. Lepas tu dia macam dah tak larat sangat. Ibu decide nak bawak balik nenek duduk kat Karak lepas discuss dengan pakngah. Nenek duduk sebilik dengan aku and Syira. Still hobi termenung tepi tingkap tu jadi kegemaran. So kami sediakan kerusi satu untuk dia duduk. And hobi kitaorang cari kutu nenek.
Nenek ni seorang yang pembersih tau. Masa muda ratu kebaya lagi. Nak gelak pun ada masa kawan-kawan nenek bercerita. Diaorang kata nenek paling cun dalam kampung tu dulu. Lepas dengar cerita tu, terus kami adik-beradik pandang badan masing-masing. Kenapa tak ada tokoh ramping ratu kebaya pun kami ni? Hahahaha. Badan macam batang pokok jati, ada hati nak jadi batang pinang. Boleh pergi menangis sana. Okay back to the story. Masa nenek sakit, kepala dia ada banyak kutu. Maybe sebab banyak baring. Entah lah. So memang ralit lah cari kutu nenek.
Aku habis SPM, nenek meninggal. So kebumi kat kampung abah. Jauh dari kubur atok Hassan, suami nenek. Tak apa lah kata pakngah. Buat apa nak bawak jenazah jalan jauh lagi untuk dikebumikan. Kesian nenek kata pakngah. Aku, kakngah, Syira and ibu yang sendiri mandikan nenek. Orang luar ada sorang je, Makteh Ani. Memang orang penting pengurusan jenazah perempuan. Pertama kali aku mandikan jenazah time tu. Tengok muka nenek tenang je. Air mata memang tak keluar sangat time tu. Tak tahu kenapa. Maybe sebab kitaorang dah jaga nenek lama. Tak ada rasa terkilan sangat. Dia dah selamat.
Sekarang paling rindu suasana nak raya kat rumah nenek. Petang raya tu pakngah dah standby mercun and bunga api berkotak-kotak. Malam lepas pakngah balik bertakbir, terus berperang mercun. Padahal mercun katak je pun. Hahahaha. Tunggu pengumuman raya kat depan tv nenek paling seronok. Confirm je esok raya, bergegar papan rumah nenek. Melompat macam orang gila. Lepas tu tolong nenek lap balang-balang raya, masukkan kuih raya bagai. Ibu and nenek sibuk buat ketupat and rendang and kuah kacang. Lepas siap ziarah semua masa raya pertama, petang tu balik Karak. Nenek confirm akan duduk kat tangga batu and tengok kitaorang gerak balik and lambai-lambai. Setiap kali kitaorang nak balik semula ke Karak lah rutin nenek kat tangga batu tu and lambai kitaorang sampai hilang dari pandangan. Ohmai, rindunyaaaaaa...
Selasa malam Rabu lepas, aku mimpi nenek. Sejak nenek meninggal, aku jarang sangat dapat mimpi pasal nenek. Tapi pasal abang aku, kerap sangat. Kalau aku mimpi nenek pun, sekejap-sekejap je. Tapi malam tu aku mimpi lama.
Kami sekeluarga balik Raub. And aku manusia paling happy dapat jumpa nenek. Sampai je depan rumah nenek, aku terus meluru peluk cium nenek. Terasa sangat aku cium dua-dua pipi nenek. Lembut, wangi. Macam selalu. Nenek masak tomyam. So semua pun bergegas ke dapur nak makan. Nenek siap suruh aku makan banyak-banyak untuk cicit dia dalam perut ni. Allahu. Macam real. Rabu tu satu hari aku kemurungan. Balik kerja, malam lepas makan, baring kat sofa and mula menangis. Rindu sangat-sangat.
Dulu masa ada nenek aku tak berapa nak hargai nenek. Disuruh balik Raub merengus. Padan muka.
Hahahahahaha *lap air mata*
No comments:
Post a Comment