Awesome Followers

21 November 2014

Day 15 : Surat Kepada Seseorang... Sesiapa Sahaja!

Kehadapan yang bukan kebelakang anakku Sunan Andika yang juga bukan anakku Sazali *moga tidak membesar seperti dia* (amin),

Saya mula jatuh cinta dengan awak longggggg time ago before adanya awak. Pepatah 'TAK KENAL MAKA TAK CINTA' tu tak relevan langsung bagi saya. Sebab sebelum tahu akan adanya awak,saya terlebih dahulu angankan awak. Saya terlebih dahulu fikirkan awak. Saya terlebih dahulu bayangkan awak. Memang ketara ke-saiko-an saya tapi mohon lah awak menerima saya dengan sepenuh adanya.

Sejak saya tahu adanya awak dalam rahim saya,saya tahu Allah pilihkan saya untuk menjadi penjaga awak. Saya takut dan excited dalam masa yang sama. Sejak adanya awak,saya belajar untuk tak jadi cengeng membabi buta. Eh,nak jadi mak-mak kena matang. Tak boleh nak sentap tak tentu pasal. Sesuatu sangat. Padahallll...... Sambil tulis entry ni sambil menangis.

Lahirnya awak memberi saya satu hidup baru. Okay,semua mak-mak pun akan cakap benda yang sama bila dapat anak pertama. Cliche keeennnnn.. Tapi hoi,memang kenyataan okay. Mak-mak je akan faham macam mana perasaan bertarung nyawa untuk satu nyawa yang baru. Even saya tak merasa bersalin normal yang boleh buat orang menitikkan keringat jantan and mengeluarkan suara soprano terjerit-jerit bagai macam dalam cerita omputeh tu. Tapi saya tetap merasa ditolak atas stretcher untuk ke operation room.

Sunan Andika --
Sedaya upaya saya cuba bagi yang terbaik untuk awak. Sedaya upaya saya cuba sediakan segalanya untuk awak. Kalau boleh saya nak awak lengkap semuanya. Biar saya susah bergadai,awak tetap akan saya dahulukan. Masa saya cuma punya beliau,saya jenis yang kaki redah. Saya jenis yang tak pernah kisah. Apa yang ada,itu kita tarah. Itu dulu.. Sekarang punya awak,semuanya kena ubah.
Dah macam pantun 4 kerat bunyi nya.

Tapi mohon bila besar nanti awak tak minta sebuah istana mahligai permata kerana nanti saya cuma mampu bagi mahligai dari air mataku. Ataupun awak minta pelangi 7 warna untuk jadi perhiasan kerana takut saya akan bagi awak 'pangggg' sekali.

Sunan Andika --
Makna yang indah di sebalik nama. Saya pilih untuk jiwa baru yang menemani hari-hari saya. Dunia ini bermacam rencah. Tak indah sentiasa. Sebelum lahirnya awak ke dunia,saya berjanji susah senang biar sentiasa. Biar saya genggam erat jari jemari kecil awak mengharungi segala yang ada. Agar biar jari jemari awak itu akan menggenggam jemari saya bila tua.

Saya tak minta segulung ijazah atau master atau PHD kerana saya tidak meletakkan harga kasih sayang saya di atas kertas sebegitu. Saya cuma meletak harga kasih sayang saya di atas kertas berwarna ungu atau hijau. Merah mungkin akan dipertimbangkan. Hahahaha. Gurau..gurau.. Jadi lah apa pun asalkan berguna untuk agama,bangsa dan negara. Biar dibangga kerana ketundukan awak membina kejayaan. Jangan dikeji kerana kebongkakan awak menempuh dunia.

Sunan Andika --
Andai suatu hari nanti sudah sampai waktunya awak bertemu seorang dara,jangan saya dilupakan. Saya tetap akan menjadi teman wanita tua awak sampai bila-bila. Yang selalu temani awak dalam suka dan duka. Yang sentiasa ada untuk melihat jatuh bangun awak. Yang akan selalu menangis bersama andai awak terluka. Yang akan selalu juga ketawa bila awak gembira. Andai saya dilupakan di saat awak berada di puncak bahagia,saya cuma mendokan yang baik-baik sahaja. Tapi sekiranya hati awak terluka merana,pandang saya dan berlarilah ke dalam pelukan saya.

Sunan Andika --
Membesarlah menjadi lelaki yang sejati. Membesarlah menjadi lelaki yang dihormati. Ikutlah rentak kaki dengan yakin namun jangan lari dari landasan Illahi. Walau apa pun yang awak lalui,agama biar di depan hati. Andai awak mati jalan,pandang langit tadah tangan. Minta petunjuk Allah yang takkan pernah salah. Saya tak mungkin selamanya ada untuk dijadikan penunjuk jalan. Saya mungkin 'pergi' apabila tua berkedut menjengah.

Atau mungkin saya tak sempat tua....

Biar berjuta tahun mendatang,awak tetap laksamana hati saya.





Yang benar,
mama awak...

No comments: