Awesome Followers

30 November 2014

Day 24 : Rumah impian anda

Aku nak rumah macam the Hobbits tu. Comel je. Waaa... Suka tau!
Tapi tolong jangan nak vehrangan. Kau tu gemuk,mana muat. 
Kekekeke.

Rumah impian --

Lengkap!
Itu je lah kut yang aku nak.

Ada dapur yang luas sebab aku suka masak. Lengkap semua.
Ada library.
Ada ruang mainan Sunan and anak-anak lain. Hamboiiihhh..
Ada bath tub dalam bilik air.
Ada jakuzi.
Ada kolam renang.

Hahahahahhaa.
Berangan setinggi gunung.
Tapi..tapi..tapi... InsyaAllah..................... Nak atau tak nak je kan.
Kena rajin usaha!

Bagi aku --

Rumah yang ada family yang bahagia,even kau duduk bawah jambatan pun,dah kira rumah impian. 
Macam kokping kata lah kan.
Rumah tu bila adanya family. Even bawah langit kosong sekalipun.
Tetap rumah.

29 November 2014

Day 23 : Pekerjaan yang anda ingin selain kerja anda sekarang

Aku nak jawab suri rumah sepenuh masa. Ada sesiapa nak gelak tak? Haha. 

Before ni memang bercadang nak berhenti kerja bila Sunan lahir. Tapi dek kerana banyak sangat kekangan,kena hold dulu.
Aku jeles sebenarnya tengok isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa ni. Boleh habiskan sepenuh masa tumpukan perhatian pada family je. Tak perlu nak fikir benda-benda lain.

Aku cakap macam ni sebab aku ni jenis yang akan selalu fikir hal kerja kat rumah. Kalau aku tak fikir pun,beliau akan balik and mula cerita bab kerja yang tergendala macam timesheet tak buat bla bla bla. Ye lah,kerja sama tempat kan. Letih otak!

Aku prefer letih fizikal 100% time siang and malam boleh relax sesangat. Siang tu nak pulun basuh baju sampai kering tapak tangan ke,basuh pinggan sampai berkilat ke,mop lantai sampai clear boleh buat cermin ke.... apadahal kan? Banyak masa.

Ini tak --

Aku kerja.
Subuh dah bangun.
Siap-siapkan barang yang nak dibawa ke ofis sebab Sunan ikut. (ini satu kelebihan kerja aku -- bawa anak)
Pukul 7 kemas--kemas sikit rumah yang bersepah malam tadi. Kalau ada pinggan,balik baru decide basuh. 
Kejutkan Sunan and siapkan dia.
Pukul 8 pergi kerja.
Bertungkus-lumus almost 8 hours kat ofis. Kalau terpaksa ot,ot sampai pukul 5.30 or 6 or lebih.
Balik rumah,mandikan Sunan,susukan,tidurkan. Kalau tak tidur,memang menangis aku sambil buat kerja.
Start kemas rumah.
Basuh pinggan pun sekadar bersih.
Mop lantai sekali seminggu.
Basuh baju 3 hari sekali.
Masak.
Makan.
Tidur. Yang mana hanya 40% je boleh dikira lena.

Esok -- ceritanya sama lagi.

Yes,letih otak and fizikal sekali gus. 

Tapi ye lah..
Semua kerja ada risiko. Kita yang corak jalan hidup. Kita kena tanggung.
Tak ada lah nak mengeluh sangat bagai. 

Berjela panjang lebar aku cerita. 
Padahal nak bagitahu yang aku nak kerja sebagai suri rumah sepenuh masa je.
Kekekekeke.

28 November 2014

Day 22 : Destinasi Percutian Impian

Bora Bora!!!

Okay,itu je nak cakap.
Hahahaha.

Layan gambar ni je okay ---







Bernanah mata tengok semua ni. InsyaAllah,satu hari nanti aku akan terjun tiruk kat sini.
Asalkan tak disambut jerung sudah.
Hahaha!

27 November 2014

Day 21 : Tempat Yang Anda Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi

Mekah al Mukarramah!

Cliche' je jawapan. Siapa yang tak nak pergi Mekah kan? Ke ada orang Islam yang tak nak jejak kaki ke sana? Aku rasa semua nak kan. Hehehe.

Okay--

Seriously,aku tak banyak idam tempat nak pergi. Tapi masa kecik..okay,tak kecik sangat lah. Masa tingkatan 1,kakak aku ada bawak balik satu poster tasik ni. Tasik Serene Emerald kat Kanada tu. Sumpah cantik sangat. Berangan je bila nak dapat sampai.


Selain ni,aku berangan nak pergi atas gunung yang menghijau,berdepan laut. Yang mana waktu malam boleh buat campfire and duduk keliling api sambil tengok dolphin melompat-lompat and bunyi ikan paus pembunuh macam free willy tu menyanyi. Aku sure ada tempat ni just kena cari je. Hahaha. Mimpi tak sudah Farah ni.

Yang pasti,tengah gigih plan nak ke Sweden ni. Masa bersanding tahun lepas,bos merangkap abang angkat beliau si Roger yang datang jauh dari Sweden tu ada ajak ke sana. Tapi kekangan segala yang ada,biar lah dulu. Tunggu Sunan besar sikit ke apa kan. Hehehe.

Yang pasti Italy and France memang aku dengan kakak aku berangan nak pergi sangat! 

26 November 2014

Day 20 : Quote Kegemaran Anda

"WHEN YOU FAIL TO PLAN,YOU PLAN TO FAIL!"

Aku ingat lagi kata-kata cikgu penolong kanan hal ehwal murid aku masa sekolah rendah. Dia banyak kali ulang okay sampai terpaku kemas dalam otak.

So,rancanglah. Even tak menjadi pun rancangan tu,sekurang-kurangnya korang dah mencuba and maybe akan ada benda lain untuk korang.

Kalau tak merancang,macam mana nak tahu kan.

25 November 2014

Day 19 : 1 resipi kegemaran anda

Aku suka makan ikan patin. Tak Pahang lah kalau tak makan. Haha. Tapi aku tak suka sangat patin masak tempoyak. Aku suka masak kuning cili api. Buat kaw-kaw pedas sampai terbalik bibir. Ibu yang ajar ni. Jom aku kongsi.

Bahan-bahan :

Ikan patin (ikut korang lah nak banyak mana. sebaldi pun boleh)
Cili api (aku selalu buat pedas so dalam 20 biji. Ikut korang lah nak pedas mana)
Serai 1 batang
Daun kunyit 1 helai
Bawang besar 1 biji (dihiris kasar)
Kunyit serbuk
Asam keping

Cara-cara :

1. Potong ikan ikut suka besar mana. Nak potong 4 ke,potong 2 ke. Terpulang. Basuh bersih-bersih. Letak tepi.

2. Tumbuk cili. Aku selalu tak tumbuk hancur sangat. Sedang-sedang je. Pun terpulang korang.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Dah panas,tumiskan bawang sampai naik bau.

4. Masukkan cili tadi. Goreng jangan sampai garing tau. Lepas tu masukkan air 2 cawan.

5. Masukkan serai yang dititik and daun kunyit. Dalam 5 minit,masukkan ikan.

6. Letakkan kunyit serbuk sampai warna jadi kuning ala-ala tempoyak tu. Kalau tak kuning sangat (pucat),nampak tak sedap. Hahaha.

7. Masukkan asam keping and garam secukup rasa.

8. Gaul rata and tunggu sampai ikan tu masak betul. Dalam 15 minit macam tu,tutup api. SIAP!

Kompem terbalik bibir okay kalau pedas sangat. Hahaha.
Selamat mencuba!



24 November 2014

Day 18 : Siri TV kegemaran anda

Okay,sangat banyak yang nak aku senaraikan kat sini. Sila bertabah lah ye scroll down sampai habis. Tak nak habiskan pun tak apa. Ai okay je. Hikhik.

1. F.R.I.E.N.D.S


Cerita bersiri pertama yang aku tengok. Masa ni sekolah rendah lagi kalau tak silap. Suka la haih dengan cerita ni. Setiap Khamis kot masa dulu kat NTV7. Ayat paling epik : "Whatchu doing.." Hahaha..

2. Charmed


Paling menggila masa dulu ni. Lepas tengok,berangan ada kuasa. Aku bercita-cita nak jadi macam Piper sebab boleh freeze kan masa. And ada suami whitelighter yang handsome. Sumpah kelakar. Cerita ni setiap Jumaat pukul 10malam. Pun kat NTV7. 

3. Survivor


Cerita ni lepas cerita Charmed. Pukul 11. Banyak siri yang ni. Aku tak miss dari siri 1 sampai lah yang celebrity punya. Cerita tentang ikhtiar hidup dalam hutan. Ada dua puak and kena berlawan untuk dapatkan imuniti. 

4. Angels


Pertama kali aku kenal David Boreanaz dalam cerita ni lah. Dia jadi setan tapi nama dia Angel. Acane tu? Haha. Dia bukak persatuan hantu setan unuk tangkap hantu setan jugak. Dia geng baik. Cerita ni kat tv2 setiap selasa pukul 10malam.

5. Popular


Lepas cerita Angels,sambung cerita ni. Pukul 11 tv2. Pasal anak remaja kat high school. Macam biasa lah,ada mean girls bagai. Tapi mean girls yang sorang tu (Brooke) Akan jadi adik beradik tiri musuh ketat dia,Sam sebab bapak Brooke kawen dengan mak Sam.

6. Boston Public


Cerita ni kelakar ekstrim. Unsur ganas toksah cakap lah. Ada episod yang tetiba student bawak pistol nak tembak cikgu. Cerita ni main lepas Popular. Memang hari Selasa hari bersengkang mata okay.

7. Malcolm in The Middle


Family yang huru-hara. Sangat! Mak suka menjerit-jerit tak keruan. Anak-anak gile nakal. Paling nakal,Reese. Suka buli adik-adik. Hahaha. Cerita ni setiap Rabu pukul 9.30 malam NTV7.

8. Everybody Loves Raymond


Habis Malcolm,cerita ni pulak. Ada anak kembar yang comel sesangat. Pun family huru-hara. Bapak dia suka sangat buat blur tapi suka perli orang. Boleh? Haha.

9. How I Met Your Mother


Bila masuk era baru gini,ecewah...haha..kita layan cerita ni pulak. Nak tunggu sampai finale sebab nak tahu siapa isteri Ted. Last-last finale dia tak gempak mana pun. Hehehe.. Challenge accepted!

10. The Goldbergs


Aku suka cerita family macam ni. Mujur ada yang latest sekarang. Sumpah kalau tengok cerita ni tak gelak,memang ada something kat usus kau. Hahahaha. Mak suka menyibuk hal anak-anak. Ada satu episod tu,anak dia Barry tak dapat masuk talent time,dia pergi jumpa cikgu sampai cikgu anak tu give up. Si ayah pulak ada kedai perabot. Balik kerja terus bukak seluar and tengok tv dengan pakai spender je. Satu family suka jerit-jerit.

11. 2 Broke Girls


Lepas the goldbergs,cerita ni. Memang setiap selasa aku standby depan tv. Cerita ni pukul 10.30 pm kat 8tv. So bersengkang mata lah hari selasa tu. Tapi aku tak syorkan mak bapak tengok cerita ni dengan anak-anak. Kang ada anak-anak yang tersipu-sipu malu. Hahaha. Max (rambut hitam) memang gelandangan sangat sebab hidup dia sangat kacau bilau. Dapat bf gila kaya tapi lepas dapat tahu bf dia kaya,dia clash. Padahal bf dia sangat sayangkan dia. Haha. Terbalik betul otak Max ni. Yang Caroline (blonde) ni dari orang kaya terus jatuh miskin sebab ayah dia menipu duit and kena penjara. Sangat malu nak bagi nama family kat orang sebab takut orang tahu dia siapa. Hahaha.

12. Julia


Aku jarang tengok drama bersiri melayu and hadam bebetul cerita tu. Tapi bila aku tengok and betul-betul hayati,means cerita tu memang best. Abah aku pun suka gile cerita ni. Memang cerita ni sangat lah best sampaikan abah suka. Sebab abah tak suka drama melayu. Hehehe. Cerita ni je lah yang tunjuk perempuan tak perlu nak menangis meratap hiba sangat bila kena tinggal dengan laki. Bila 1 family meninggal excident pun,dia boleh tahan kuat lagi. Sangat kagum! Padahal,fana ini semua. Hahaha.

13. Running Man


Cerita pecah perut nama dia ni. Hahahha. Tengok muka memasing pun dah boleh bikin gelak bergegar kepala lutut. Tapi kat rumah aku ni tak ada astro. So kena tunggu Sabtu and Ahad lah kan kat tv2. Kalau kat rumah ibu tu,boleh lah tengok berjuta kali sebab astro kan suka ulang bejuta kali. Hahaha.

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sebenarnya,banyak je lagi cerita yang jadi kegemaran aku tapi yang aku senaraikan ni yang paling aku menggile tengok. Hahaha. 

Macam cerita Miss Tress Hermanas,Mi Gorda Bella,Yo Soy Betty La Fea,Mara Clara... Pun aku layan jugak and suka. Ok,sila jangan tamak. Nanti orang muntah baca belog kau.

Hahaha!

23 November 2014

Day 17 : 5 perkara yang anda rindukan.. apa sahaja!

Ini kalau nak disenaraikan,bersepah yang aku rindu. Banyak lah. Ok,jom list satu persatu sampai 5. Kira dengan ai okay. Eh poyo nak mam pompuan ni.

1. Kamarul Azreen bin Kamarudin!

The only abang yang aku ada. Setiap saat,minit,jam,hari,minggu,bulan,tahun --- tak pernah hilang sikit pun rindu kat dia. Belum puas rasa bermanja dengan dia. Secepat itu dia pergi bertemu pencipta. Eh,malas nak taip panjang-panjang pasal abang. Ni pun dah sebak. Kang aku nangis sendu-sendu. 

Abang,aku rinduuuuuu... 
Al-fatihah!

2. Kurus.

Dulu,masa tiga empat tahu lepas,aku kurus tau. Kalau size jeans tu,29 relax lagi lah aku sarung tanpa muka berkerut. Sekarang?? Size 34 pun belum tentu aku muat. Huwaaaaa.... Kenapakah? Puas dah jaga makan bagai pun tak lah nak kurus sangat. Ai is sedih tau.

3. Belajar.

Yes,aku rindu nak belajar. Rindu nak duduk kat dalam kelas sambil dengar lecturer mengajar tapi tak semua aku grab sebab banyak main dari fokus. Tapi tetap rindu nak salin nota yang sebenarnya hanyalah contengan berseni. Haha. Tu lah.. Masa belajar dulu tak nak belajar betul-betul. Padan muka.

Niat nak sambung belajar tu ada tapi kena bagi Sunan besar sikit baru mudah. Kesian dia nanti tak terfokus *alasan*.

4. Tidur yang cukup.

Boleh tak nak rindu dia? Hahaha. Since kahwin and ada anak,memang sukar lah nak ada tidur yang cukup. Macam tidur awal tapi bangun tengah hari. Itu definisi cukup lah bagi aku. Bhahahahahaha. Setan gile perangai. Adoii.. Tak lah aku mengeluh tidur tak cukup ada anak ni. Ye lah,tidur awal,bangun kang 3,4 kali semalam. Dah tersekat-sekat. So harap nak tidur lena sampai pagi tu tak lah. Weekend pun macam tu. Sunan jenis bangun awal. Kalau lepas Subuh tu aku nak tidur balik,dapat 5 minit je. Kang dia pulak bangun main sampai pukul 11. Nangis aku tahan mata. LOL.

5. Berniaga burger.

Sangat rindu! Teringin nak angkut stall beger aku tu and letak depan rumah sini then niaga. Allah.. Kalau dapat lah,memang aku menangis sambil masak. Tapi beliau tak bagi. Fine,kena lah patuh. Hukhukhuk.

*
*
*
*
*
*
*
*

Entah,banyak sangat nak dirindu ni. 
Boleh?

22 November 2014

Day 16 : Siapa Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Sepuluh tahun lagi ------

Aku mungkin seorang mak yang ada lebih dari 2 anak. Hahaha. 
Aku dapat bayangkan kalau aku ada anak 4. Mesti haruk pikuk rumah aku hari-hari melayan anak-anak. Tengah hari kompem baju compang camping,berkain batik,bau hapoi gile. Malam je lawa-lawa sebab laki balik harus kena ayu. Baru laki tak muntah kenn. Hahaha.. Time tu aku dah berhenti kerja and just tumpukan pada family. Memang itu angan-angan aku. Oh seronoknya. 

Atau aku mungkin dah jadi businesswoman berjaya. InsyaAllah. Bukak kedai makan,jadi tukang arah itu ini. Gile best woi. Hari-hari fikir esok nak buat menu baru apa. Vehrangan!

Eh,yang pasti aku akan jadi suri rumah sepenuh masa and melayan anak-anak dan suami.
Itu aku yakin.
Bhahahaha!

21 November 2014

Day 15 : Surat Kepada Seseorang... Sesiapa Sahaja!

Kehadapan yang bukan kebelakang anakku Sunan Andika yang juga bukan anakku Sazali *moga tidak membesar seperti dia* (amin),

Saya mula jatuh cinta dengan awak longggggg time ago before adanya awak. Pepatah 'TAK KENAL MAKA TAK CINTA' tu tak relevan langsung bagi saya. Sebab sebelum tahu akan adanya awak,saya terlebih dahulu angankan awak. Saya terlebih dahulu fikirkan awak. Saya terlebih dahulu bayangkan awak. Memang ketara ke-saiko-an saya tapi mohon lah awak menerima saya dengan sepenuh adanya.

Sejak saya tahu adanya awak dalam rahim saya,saya tahu Allah pilihkan saya untuk menjadi penjaga awak. Saya takut dan excited dalam masa yang sama. Sejak adanya awak,saya belajar untuk tak jadi cengeng membabi buta. Eh,nak jadi mak-mak kena matang. Tak boleh nak sentap tak tentu pasal. Sesuatu sangat. Padahallll...... Sambil tulis entry ni sambil menangis.

Lahirnya awak memberi saya satu hidup baru. Okay,semua mak-mak pun akan cakap benda yang sama bila dapat anak pertama. Cliche keeennnnn.. Tapi hoi,memang kenyataan okay. Mak-mak je akan faham macam mana perasaan bertarung nyawa untuk satu nyawa yang baru. Even saya tak merasa bersalin normal yang boleh buat orang menitikkan keringat jantan and mengeluarkan suara soprano terjerit-jerit bagai macam dalam cerita omputeh tu. Tapi saya tetap merasa ditolak atas stretcher untuk ke operation room.

Sunan Andika --
Sedaya upaya saya cuba bagi yang terbaik untuk awak. Sedaya upaya saya cuba sediakan segalanya untuk awak. Kalau boleh saya nak awak lengkap semuanya. Biar saya susah bergadai,awak tetap akan saya dahulukan. Masa saya cuma punya beliau,saya jenis yang kaki redah. Saya jenis yang tak pernah kisah. Apa yang ada,itu kita tarah. Itu dulu.. Sekarang punya awak,semuanya kena ubah.
Dah macam pantun 4 kerat bunyi nya.

Tapi mohon bila besar nanti awak tak minta sebuah istana mahligai permata kerana nanti saya cuma mampu bagi mahligai dari air mataku. Ataupun awak minta pelangi 7 warna untuk jadi perhiasan kerana takut saya akan bagi awak 'pangggg' sekali.

Sunan Andika --
Makna yang indah di sebalik nama. Saya pilih untuk jiwa baru yang menemani hari-hari saya. Dunia ini bermacam rencah. Tak indah sentiasa. Sebelum lahirnya awak ke dunia,saya berjanji susah senang biar sentiasa. Biar saya genggam erat jari jemari kecil awak mengharungi segala yang ada. Agar biar jari jemari awak itu akan menggenggam jemari saya bila tua.

Saya tak minta segulung ijazah atau master atau PHD kerana saya tidak meletakkan harga kasih sayang saya di atas kertas sebegitu. Saya cuma meletak harga kasih sayang saya di atas kertas berwarna ungu atau hijau. Merah mungkin akan dipertimbangkan. Hahahaha. Gurau..gurau.. Jadi lah apa pun asalkan berguna untuk agama,bangsa dan negara. Biar dibangga kerana ketundukan awak membina kejayaan. Jangan dikeji kerana kebongkakan awak menempuh dunia.

Sunan Andika --
Andai suatu hari nanti sudah sampai waktunya awak bertemu seorang dara,jangan saya dilupakan. Saya tetap akan menjadi teman wanita tua awak sampai bila-bila. Yang selalu temani awak dalam suka dan duka. Yang sentiasa ada untuk melihat jatuh bangun awak. Yang akan selalu menangis bersama andai awak terluka. Yang akan selalu juga ketawa bila awak gembira. Andai saya dilupakan di saat awak berada di puncak bahagia,saya cuma mendokan yang baik-baik sahaja. Tapi sekiranya hati awak terluka merana,pandang saya dan berlarilah ke dalam pelukan saya.

Sunan Andika --
Membesarlah menjadi lelaki yang sejati. Membesarlah menjadi lelaki yang dihormati. Ikutlah rentak kaki dengan yakin namun jangan lari dari landasan Illahi. Walau apa pun yang awak lalui,agama biar di depan hati. Andai awak mati jalan,pandang langit tadah tangan. Minta petunjuk Allah yang takkan pernah salah. Saya tak mungkin selamanya ada untuk dijadikan penunjuk jalan. Saya mungkin 'pergi' apabila tua berkedut menjengah.

Atau mungkin saya tak sempat tua....

Biar berjuta tahun mendatang,awak tetap laksamana hati saya.





Yang benar,
mama awak...

20 November 2014

Day 14 : Cerita Kasut Saya

Percaya tak kalau aku cakap,sekarang ni aku just ada wedges cabuk yang bawak pergi jamban tu yang harga dia 9.90 tu? Yang kalau kena air,memang akan basah almost an hour. Haaa,itu je pun yang aku ada. Ini tahan lah macam ada rupa sikit. Masa mula-mula bersalin dulu,aku ada selipar baldu biasa yang flat gegila tu. Selipar tu jugak aku pakai pada raya pertama. Baju kemain vogue the vas. Sekali pandang kaki...mintak menangis okay. Hahaha. Bukan tak mampu nak beli selipar or kasut baru,nafsu je yang tak ada. Selalunya kalau awal-awal bulan memang dah plan membuak-buak nak beli bila dapat gaji nanti. Tapi bila dah gaji,terus hilang keinginan. Pandang kedai kasut pun tak mahu. Gitu.

Kalau ada pun kasut dalam kereta tu,kasut adik aku yang perempuan. And ada lah sepasang kasut flat yang akak aku sedekahkan kat aku. Pun aku baru pakai sekali. Lepas tu entah mana-mana aku letak. Kat dalam bilik belakang ke? Kat dalam bonet ke? Kat dalam jamban ke? Entah.. Mana aku campak pun dah lupa. Or maybe laki aku letak kat mana-mana sebab memang aku tak nampak dah kasut tu seminggu dua ni. 

Sebenarnya agak trauma nak pakai kasut yang kita tak nampak dalam dia tu ada apa. Kut-kut ada ular sawa ke. Hahaha. Pernah masa sekolah kasut aku ada katak. Aku pun idok lah tahu and main sarung je. Sekali terasa lembik-lembik bernadi kat dalam tu. Terus aku campak terajang jauh-jauh. Sumpah terngiang-ngiang lagi perasaan tu. Hoi,geli. Okay,katak bukan setakat pernah ada dalam kasut aku. Dalam beg sekolah pun pernah ada. Menjerit aku satu kelas masa nak ambil buku. Tak faham aku macam mana ada katak dalam tu.

Itu je lah kut yang aku mampu cerita pasal kasut. Tak ada pun kenangan yang best berlinang air mata bila terkenangkan kasut. Yang pasti,wedges lama aku pernah kena curi dengan anjing 3 bulan lepas. Sebelah je yang tinggal. Lepas tu yang sebelah ni pun dia curi seminggu kendian. So kalau sesiapa ternampak anjing berwedges,mohon laporkan kepada aku. LOL!

Eh,hujung bulan ni kena juga beli kasut lawa.
Pfftttt!

19 November 2014

Day 13 : 5 blog kegemaran anda

Aku buat sekali lalu dengan pantas lah okay. Sebab banyak kerja menanti. Hahaha.


2. kasihaleeya.blogspot.com  by Kak Filla



5. inibelogsaya.blogspot.com by hanis zalikha

*
*
*
*
*
*
*

Ok dah. 
memang aku boleh hadap sehari-hari untuk godek belog2 ni semua.

Selamat membaca!

18 November 2014

Day 12 : 5 wishlist anda

Setiap tahun nak mula tahun baru,semua orang tanam azam. Tapi aku tak reti lah nak berazam bagai ni. memang blur. So setiap tahun aku berazam untuk tanam azam tapi tak pernah berjaya. Boleh? Hahaha. Cerita pasal wishlist... emmmm.... Pun macam eh,ada ke? Ke tak ada? Hoi Fara! Pathetic nya hidup kau. LOL! Tapi keinginan tu ada lah. Membuak-buak. Eh,sama lah tu kan dengan wishlist. Dush!

1. Pergi Gua Musang.

Percaya lah aku nak sangat pergi Gua Musang. Setiap kali aku suarakan ke beliau,mesti beliau tanya apa ada kat sana. Tahun lepas aku dah pergi masa teman beliau outstation. Our first alone honeymoon gitu. Before ni kan dengan family. Pergi Cameron angkut sekali semua. So masa pi Gua Musang dapat lah ajet-ajet pengantin baru. Hahaha. So,jawapan bagi apa yang ada kat Gua Musang is sentimental value. 

Sampai lewat kat sana then hotel semua penuh time tu. Yang ada hotel gile bajet tahap rumah pelacuran yang bila kau cuba nak lelap mata,kau dengar bunyi gedegangggg orang tutup pintu. Terus tak tidur. and bilik air dia. MasyaAllah.. Aku rela tahan berak okay malam tu. 
Lepak kat kerusi depan hotel yang semenggah sikit time malam and bercerita hala tuju hidup and imbau segala kenangan yang ada berdua. 

Yes,itu semua sentimental value. 
Nak pergi Gua Musanggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

2. Photo shoot kat kawasan menghijau.

Ni kena tunggu Sunan besar sikit. Ala,sesekali bajet retis apa salahnya. Ingat Fynn Jamal je boleh? Ai pun boleh hokkay. Hahaha. Cepat besar and berjalan wahai Sunan.

3. Birthday party Sunan ala-ala pendekar.

Aku dah discuss dengan akak and ibu aku pasal ni. So plan lah untuk sekalikan sambut birthday Sunan and Mika sebab dekat-dekat. Aku teringin nak tengok Sunan pakai baju melayu cotton,bersamping,bertengkolok,lengan baju berlipat paras siku and kaki seluar pun berlipat. Macam orang dolu-dolu tu. Ni kena tunggu tahun depan. 

4. Muka bebas jerawat. 

Sekarang aku tengah pakai sabun burung layang-layang. Aku pakai dengan konsisten okay. Bukan senang nak tengok aku istiqamah dalam bab penjagaan muka ni. Haha. Dah sebulan lebih aku pakai and tak pakai bedak pun. Muka ada sikit glowing even jerawat masih ada 2 ketul. Ni baru tumbuh semalam. Adoiii... Atas dahi tepi ubun-ubun pulak tu. Kau bayangkan aku tersikat situ. Menangis keluar hingus kau. So,sila lah nyah cepat wahai jerawat.

5. Beli oven and mesin jahit.

Aku suka masak kek. Sekarang aku buat yang senang-senang macam kau masak then letak dalam peti dah beku boleh makan. So teringin nak beli oven and masak kek banyak-banyak and cuba jual. Vehrangan is nombor satu aku ni. Haha.Selain memasak,aku suka menjahit. Aku ada banyak design baju. Bercita-cita sangat nak realisasikan design tu jadi yang real. Ni kena tunggu Sunan besar baru boleh menjahit bagai gamaknya. Hehehe.

Ok dah. Ini je kut wishlist aku. Pun lah aku blur nak perah otak apa yang aku nak.
Eh sekarang teringin nak makan sambal jering ibu.
Okbai.


17 November 2014

Day 11 : Kenangan lucu semasa zaman kanak-kanak

Kenangan paling buat semua orang gelak is masa aku kena kejar dengan abah keliling rumah. Kakak aku lah yang rajin sangat flashback pasal kejadian tu. Adoii.. Serius kalau aku duduk sorang-sorang pun and teringat,boleh jadi sewel menggelak sensorang. 

Cerita dia masa tu aku sekolah rendah je lagi. Darjah 5. Time tu akak aku 15 tahun,nak PMR so kena lah tuisyen. Hari pertama dia nak pi tuisyen malam tu,abah aku hantar. Aku nak ikut tapi abah tak bagi. Budak...kalau benda yang dia nak tak dapat,opkos memberontak. So,dengan hati membara bengang,terkeluar lah perkataan ,"ABAH BODOH" dengan jeritan yang kuat. Hahahaha. Tak paham aku kenapa aku boleh cakap macam tu.

Bila abah dengar je,terus lah orang tua tu keluar dari kereta and capai ranting kayu,nak kejar aku. Habis,ingat aku nak rileks je menyerah kalah? Oh no. Aku lari lah keliling rumah. Dah lah malam,gelap. Entah macam mana lah aku mampu berlari dalam keadaan macam tu. Dah sampai 3 kali kut tawaf rumah,aku letih,aku stop. Abah pun terus sebat kaki aku banyak kali. Yang tak boleh blah nya,aku siap cakap macam ni kat abah :

"Abah pukul banyak kali pun buang masa je. Kakde tak sakit langsung."

Boleh? Hahahaha.

Terus abah surrender. Mujur abah ahli sukan so idok lah dia letih melampau ke hapa. Letih perut je tahan gelak sebab dia geli hati dengan ayat aku. Sabar je laaaa...

Memang legend lah aku bagi adik-beradik aku sebab berani cakap abah bodoh. Nasib aku tak baligh lagi. Kalau tak,neraka seinci dah tu.

So,Sunan kena lah bersiap sedia nak hambur gelak bila besar nanti dengar cerita ni.

16 November 2014

Day 10 : Apa di dalam handbag anda

Haaaa.... Kalau tengok handbag aku,dah macam tong sampah bergerak. Kemas lah berpuluh kali pun,eh,esok ada lagi sampah. Entah macam mana dia terjun ke dalam. Seram aku mikir. Haha. Padahal.... Asal tak jumpa tong sampa,sumbat dulu dalam tu. Nanti-nanti boleh buang kononnya. Konon lah. Nyudahnya ada je sampai seminggu dua. Danggggg....

Dalam handbag aku wajib ada notebook. Aku suka menulis. Tak kisah lah tulis apa. Tak tulis pun,kena jugak ada. Kalau tak rasa macam tak lengkap. Dah ada notebook,harus kena ada pen. Kekadang handbag aku dah jadi bekas pensil dah. Bukan sebatang je pen,sampai 3,4 batang kekadang. Tapi kang pakai pen yang kat luar handbag jugak.

Buku laporan kesihatan Sunan. Memang aku angkut ke hulu ke hilir. Senang. Bukan lah mintak apa-apa tapi kut-kut terdemam or tercirit or tersinggung kat mana-mana,buku dah ada boleh terus pecut ke klinik or spital. Tak payah nak balik rumah dulu ambil buku then baru pergi. Leceh..leceh..

Bedak compact. Even sekarang aku tak pakai pun bedak bagai sebab tengah pakai sabun burung layang-layang dengan konsisten,aku bawak je. Kut-kut nak tengok cili terlekat kat gigi lepas makan kat luar or tudung herot-berot kan.

Lipstick. Aku jenis pakai lipstick sekali je lepas tu tak touch up dah. Kalau pagi aku keluar and petang baru balik,tak ada lah nak pakai lagi sekali. Lantakkan lah. Sejak ada anak ni,memang aku jarang pakai. Sebab Sunan jenis suka bergomol. Dia boleh gomolkan muka dia kat mulut aku banyak kali. Or tetiba dia nak kiss bibir aku. Kalau aku ber-lipstick,aku tak dapat nak grab moment tu sangat. Gitu.

Aku rasa ini je lah barang yang memang selalu ada pun. Kalau macam purse and phone,kekadang aku pegang je or tinggalkan beg duit and bawak ic & duit je.
Pemalas kan? Hahaha.

15 November 2014

Day 9 : 5 lelaki yang menarik perhatian anda

1. My incik Beliau - Mohd Akemar bin Abu Bakar.

Sampai bebila pun tetaplah menarik perhatian ai.

2. Laksamana hati - Sunan Andika.

3. My Abah - Kamarudin bin Mohamed.

4. Abang - Kamarul Azreen Kamarudin.

5. Adik - Kamarul Faeez Kamarudin.

*
*
*
*
*

Ok done.
Memang jawapan sangat selamat.

Ai dah kahwin.
Nak expect jantan mana lagi yang menarik perhatian ai?

Bhahahahahahaha!

14 November 2014

Day 8 : 5 lagu cinta kegemaran anda

Wa cakap sama lu laa.. Wa start hafal lagu cinta-cinta ni masa wa darjah 2. Masa tu BSB tengah top melangit. So wa pun hafal lah lagu I'll never break your heart. Selalunya lagu tu and vid klip time pukul 2 ++ so memang ngam time balik sekolah. Berlari-lari lah dari luar rumah ke depan tv and bukak siaran apa entah aku dah lupa sebab siaran tu macam ghaib je. Ke NTV7. Yang aku tau memang hari-hari dalam pukul 2 ada lagu-lagu and Jumaat lagu nasyid. 

Aku dengan kakak aku memang big fan of BSB lah kate ko. Habis semua lagu dia kami nak sumbat dalam paleotak ni. Lepas tu kalau diaorang keluar tv,terjerit-jerit macam beruk sebab dapat tengok. Paling tak menahan siap cium skrin. Pfftttt... Rasa macam suci dalam debu sangat perasaan kami kat dia orang tu. Bak cinta yang mekar takkan terpadam. Gitu. And paling tak boleh blah mengabihkan buku latihan untuk buat buku lagu. Gigih salin lagu and tampal-tampal gambar retis kesayangan. Bila dah habis se-buku,ambil buku lain and tampal belakang dia. Jadi lah tebal. Bangga lah lepas tu tengok buku macam belacan tu sebab pantang dengar lagu tu kat radio,cepat-cepat buka buku buat ulangkaji. Oh,what a such lovely memory we had.

Ni carta lagu cinta kengkonon aku yang paling aku suka dan meniti di tepian bibirku saban waktu tanpa jemu :

1. Semua lagu cinta Backstreet Boys!



Aci tak aku buat macam ni. Sebab tak ada lagu cinta diaorang yang buat aku tak suka. Semuaaaaa memang feveret. As Long As You Love Me,Shape of My Heart,Quit Playing Games With My Heart and many moreeeeee.... Dulu tak ada hand phone yang ada MP3. So beli je cd/vcd/kaset. Sekarang dah ada phone canggih,bersepah lagu diaorang ni. Hidup mati memang BSB lah kengkonon. Hahahahaha...

2. This I Promise You - N'sync



Lagu ni sangat meruntun jiwa. Sendu je bila layan tetengah malam sambil pandang langit kat tepi tingkap. N'sync pun aku suka jugak dolu-dolu tapi tak menandingi BSB lah. Lagu ni lagu cinta universal. Semua orang pun boleh terlibat. Suami isteri,ibu anak,ayah anak,kawan-kawan,bf gf. Memang akan menyentuh jiwa lah dengar. Selalunya nyanyi part "and I will take,you in my arm,and hold you right where you belong..till the day my life is through,this I promise you.." ke Sunan sambil peluk dia kuat-kuat. Faham tak faham lain cerita.

3.  Bila Rindu - Ruffedge



Dulu pun menggila dengan Ruffedge. Berabih duit beli album dia orang padahal time tu aku form 2 je pun. Lupa pulak mana aku cekau duit nak beli album ni. Dah lah mahal. Ke duit biasiswa aku? Haha. Adik-adik,mohon jangan ikut contoh ini. Jangan habiskan duit biasiswa untuk benda-benda yang lagha. Aiceh! Tapi yes,the young will act like crazy bila dah angau ke sesuatu. Part paling best dalam lagu ni bila Azan melenggok kat chorus. Memang cair bawah katil wa cakap lu. Siap ulang berjuta kali kat part tu je. Lepas tu bulu roma merinding lapanblas juta kali sebab layan perasaan sangat.

4. Ratuku - Awie



Dulu aku tak peduli pun lagu ni. Tapi since kenal beliau,asyik lah telinga di tadah dengar dia nyanyi. Lama-lama pun jadi feveret aku sebab menanamkan dalam hati bahawasanya lagu ini didedikasikan untuk aku sang kekasih hati tercinta. Sila muntah. Hahaha. Aku still ingat lagi beliau nyanyikan lagu ni kat kenduri kahwin sepupu beliau masa orang ramai tengah sibuk merewang. Time tu baru bertunang. Terus lah ai tersipu-sipu malu blushing sebab sambil beliau nyanyi,beliau pandang aku. Penuh penghayatan lagi. Kakak ipar beliau time tu dah senyum-senyum kat aku. Ai lap yu lah sayammmmmm!!!!!

5. Arjuna Beta - Fynn Jamal



Lagu cinta tak semestinya wajib ke atas pasangan lelaki dan perempuan. Betul tak? Untuk anak,mak,abah pun boleh. Dulu masa tak ada Sunan,aku dengar lagu ni biasa-biasa je. Memang minat tapi sekadar sebuah lagu je bagi aku. Then sekarang dah ada anak sendiri,baru terasa lagu tu sampai ke jiwa. Siap boleh menangis lagi kalau dihayati betul-betul sampai pandang muka anak. Saiko tak? Hahaha. Tapi serius. Lagu ni melambangkan betapa tinggi cinta untuk sang anak yang memang takkan terbabas sampai mati. Lagu jiwa.

Setiap lagu ada cerita.
Setiap cerita ada kita.

Ewahhhhhh....

13 November 2014

Day 7 : Sejauh mana pendidikan penting untuk anda

Bagi aku pendidikan terbahagi kepada pelbagai definisi. Aiceh,macam cecikgu pulak. Kat sekolah atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang ada tu dikira macam pembelajaran secara formal. Kau duduk melanguk kat meja sambil dengar cikgu atau lecturer mengajar yang mana hanya 5% je singgah kat otak kau and selebihnya bersimpang siur tak tentu arah sebab mungkin kau tengah mengantuk curi ayam malam tadi *cikgu geografi aku (cikgu Chan) selalu guna ayat ni* ataupun kau lapar gaban. Ini memang selalu jadi kat aku. Kalau tengah lapar ke hapa,memang barai lah apa yang lecturer ajar time tu. Instead tulis nota kat depan yang lecturer kau bagi,kau main bingo dengan kawan sebelah. Or kau conteng kertas jadi hasil seni tahap da Vinci. Tak pun kau main fon sorok-sorok celah kangkang bawah kerusi. Gitu.

Pendidikan tak formal pulak macam kau belajar makan masa kecil dengan tengok mak bapak kau makan. Contoh lah eh,contoh. Atau pun kau tengok orang bawak kereta macam mana then kau prektis kan. Haaa...contoh. Yang tak formal ni,mana-mana pun boleh dapat. Kau tengok orang korek hidung pun kalau menarik cara dia,kau pun nak cuba. Bhahahahahaha. Tapi tu lah,pendidikan tak formal ni ada baik ada buruk. Nak pulak dalam era arus semasa yang kemain dahsyat sekarang ni. Budak-budak boleh belajar macam-macam dengan adanya gadget bagai ni. Jadi awal-awal aku dah berzikir ke telinga Sunan supaya tak minta gadget-gadget ni nanti bila besar. Mohon dijauhkan lah. 

Bagi aku,pendidikan tu penting. Even aku belajar pun suam-suam kuku,tetaplah pendidikan tu kena ada. Aku belajar sampai diploma je. InsyaAllah tahun depan nak further degree pulak. Dah bagi details kat staff iic tapi still tak hantar borang lagi. Adoiii.. Asyik tergendala je. Mungkin belum sampai seru kot. Gamaknya lah. Pffttt... Even kau belajar sikit pun dah memadai. Bangang-bangang kau pun,takkan lah ABC and 123 kau tak reti ye dak. Cuba kalau kau ni langsung taknak belajar. Kau tak nak pun berusaha kenal huruf masa kecik dulu. A boleh jadi mim okay. Takpun A tu dah jadi binatang bagi kau sebab macam kaki zirafah pun ada. Eh! Contoh okay,contoh. 

Entah lah,tak reti nak meleret sangat bab ni sebab masing-masing ada pendapat sendiri. Walau apa pun jenis pembelajaran yang kau dapat,tetap lah dalam kategori pendidikan. Belajar tu penting supaya tak dibengapkan orang kemudian hari.

Pakcik-pakcik tak ada gigi pun belajar even alif-ya-mim bunyinya buaya. 
Okay lah dari tak ada.



12 November 2014

Day 6 : Apa yang anda makan hari ini

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hari-hari pun makan nasi ayam. Ini je sempat nak fikir bila kerja menimbum minta kena siap cepat. Tapi sebenarnya malas nak pilih lauk. Panggil je anak buah datang and suruh belikan. Ai kan pehmahlessss...

Pagi tadi makan nasi lemak ayam goreng kuah sardin.

Malam nanti makan udara je.
Boleh?

11 November 2014

Day 5 : 3 perkara yang ingin disampaikan kepada bekas kekasih

1. Saya dah berkahwin dengan Mohd Akemar bin Abu Bakar setahun yang lepas dan kami bahagia selamanya tanpa ada keraguan. Kami saling sayang menyayang bagai tiada halangan yang mendatang.

2. Saya dah ada anak sorang yang diberi nama Sunan Andika yang mana saya kaut dari novel sekuel Laksamana Sunan sebab saya dan suami memang seorang yang sangat tradisional. Awak urban,mana sesuai dengan saya yang desa ni bak kata faizdickievp tu. 

3. Saya lupa awak ni yang mana satu sebab selain awak,ada seploh orang lagi yang pernah jadi bekas kekasih saya. Gitu.

*
*
*
*
*
*
*

Dah,selesai cabaran hari ini.

Bhahahahaahahahhahahaha!

10 November 2014

Day 4 : Buku Kegemaran Anda

Aku suka membaca tapi dari tenet je lah sekarang ni yang mampu. Hahaha. Tapi kalau aku membaca buku yang real or novel,maknanya buku tu best. Sebab aku bukan jenis yang suka baca novel main sebat je asalkan novel. Oh,not so me okay. Jenis aku kalau nak baca novel,memang aku akan belek first page and last page dulu. Then sinopsis kat belakang tu. Kalau rasa macam menarik,aku keep on reading. Tapi mengkala tak best even dah separuh jalan,aku skip sampai lapanblas muka surat or aku humban je jejauh sampai aku tak nampak bayang dia. Kang kalau aku nampak,aku nak baca balik. Buang masa dah kat situ.

Aku start baca novel masa sekolah rendah. First novel is Balak Blues by Ahadiat Akashah. Terus melekap mata kat situ. Aku pernah cerita pasal novel ni kat entry sebelum ni. Pasal seorang remaja lelaki yang terpaksa ikut mak bapak dia pindah ke country house then terjumpa seorang perempuan yang selalu main buai kat bawah pokok depan rumah setiap kali pemuda ni lalu. Rupa-rupanya perempuan tu dah mati long time ago sebab cinta dia dengan jejaka pilihan ditentang bapak perempuan tu. Ada sikit creepy tapi memang best gile okay. Sampai sekarang aku dok cari novel tu. Nakkkkkk......


Aku suka baca Chicken Soup for the Soul. Tak kisah lah yang teenage soul ke hapa. Asalkan soul,aku suka. Bukan yang Sol..Sol..Sol.. tu okay. Itu Johan je layan. Haha. Buku ni pasal kehidupan. Cerita berkisar hidup orang-orang yang menyumbang cerita dalam ni. Ada yang boleh buat pengajaran. Ada yang boleh air mata menitik lelaju. Ada yang boleh buat kita gelak tahap babun. Semua pun ada. Thats why aku suka sangat baca buku ni. Tak jemu. Banyak cerita dalam dia. So kalau rasa tak suka cerita si A ni,boleh skip cerita si B. Senang je. Plot lain-lain ye dok.


The most favorite book ever is koleksi Laksamana Sunan by Ramli Awang Murshid. Ya Rabbi,memang aku addict sangat dengan novel-novel ni. Sunan/Saifuddin tu mampu buat kita jadi riiiiiiiiiiiiiiiiiiinduuuuuuuuuuuuuu sangat dekat dia. Then jatuh cinta. Eh,dulu boleh lah masa bujang nak jatuh cinta bagai. Ni dah kawen,kenot kenot. Gile lah penangan dia ni. Selalu rasa macam dia tu memang wujud,ada je dekat dunia ni. Lepas tu berangan. Hahaha. Lepas tu lagi,bukak tenet and search pasal benda-benda yang pernah diceritakan oleh abang RAM dalam novel tu macam Tanah Rencong,Manggala,Kampung Punggor sampai lah ke bangsa Polips pun aku search. Bila terjumpa tu,mula lah tersengih-sengih. And sebab tu jugak nama anak aku Sunan Andika. Nama anak-beranak tu aku kaut,senang. Hahaha.



Tapi sebenarnya banyak je lagi buku kegemaran aku macam Mastika,Enid Blyton,Harry Potter. Aku taknak lah senaraikan berjela sebab nanti orang kata aku poyo pulak nak menunjuk aku rajin membaca. 

Mohon lempang. 

9 November 2014

Day 3 : Sesuatu yang menguatkan anda

Haaa... Ini aku confirm ramai yang akan jawab family. Termasuk lah aku. Memang akan cliche melangit lah kan jawapan weols. Dah,apa nak dibuatkan. Hahaha.. Macam aku cakap sebelum sebelum ni. Family come first in any ways. Aku is family woman. Apa-apa pun,family.

Pernah aku rasa jatuh. Rasa nak meraung tak tentu pasal. Rasa nak terajang apa yang ada. End up aku call ibu. Borak-borak tak sampai 5 minit,terus teghebang segalabyang bersarang dalam paleotak. Magis. Suara ibu is pengubat segala duka. No compromise!

Kalau ada masalah yang hentam,just wasap or mesej siapa-siapa dalam family aku tapi yang selalu aku tepekkan is kakak aku. Even dia tak boleh tolong banyak,semua akan rasa lega. Kalau dia tak tolong langsung pun,aku okay je. Nanti dia akan bagi suggestion itu ini. Pun boleh buat aku keluar dari kemelut tu. Gitu.

Beliau kekuatan aku since kahwin. Susah senang memang kami harung bersama. Selagi berdua,aku okay. But since ada anak,Sunan is segala kekuatan yang aku perlu. Kalau nak nangis ke hapa,pandang Sunan. Terus tak jadi nak sendu. Ai kan berjiwa bollywood. Harus hati kena tisu. Haha. Kalau rasa nak marah,pandang Sunan. Kalau rasa down sangat sebab kerja,pandang Sunan. Lepas tu cakap dalam hati,"Fara,tengok anak kau tu. Apa jadi kalau kau malas kerja? Kata nak ke obersi nanti." Pffttttt...

Tapi seriously..
Selain aku mengadu domba kat Allah untuk kekuatan yang aku cari sebab sesuatu yang betul-betul meleraikan hati,family sesuatu yang aku tak tinggal.

8 November 2014

Day 2 : 5 cara memenangi hati anda

Aku ni macam anti sosial sikit. Tapi tak ada lah macam gila susah nak dekat dengan aku. Kalau dengan kengkawan yang memang dah biasa,memang ribut lah kalau berjumpa. Gitu.

Mai sini aku bagitau cara nak memenangi hati aku yang lembut bak salju ni. Pfffttt...

1. Aku paling tak suka lah orang yang mengumpat tak tentu fasal. Macam kalau kau tengah lepak-lepak ramai-ramai then tetiba lalu si polan tu,haaaa...mula cerita pasal dia terbukak. Time tu memang aku akan buat bangang and main fon tak peduli. Kalau macam dia nak berborak jugak,aku buat lah macam-macam bunyi like err,emmm,oooo.. So,kalau nak memenangi hati aku untuk melepak bersosial beramai-ramai,mohon lah jangan nak mengumpat tak tentu hala.

2. Aku cepat marah moody tapi cepat baik. Kalau tengah hangin tu,cuba lah kau belanja aku ais krim. Haaahahaaa.. Hantu makan sangat kau ni fara kan. Selalunya laki aku lah ni. Kalau macam dia nak keluar malam tu,dia belikan aku aiskrim ataupun tolong siapkan kerja rumah. Sebab dia tau nanti aku akan tarik muka kalau dia nak keluar lelama tak ada hala tuju. So kalau dia bodek tu,boleh la sejukkan hati aku. Bhahahahaha... Dangggg.... Pergi lah keluar wahai puteraku. Ai merestui.

3. Seorang yang mempunyai sense of humor pun tergolong dalam orang yang boleh memenangi hati aku okay. Laki aku tu masa mula-mula kenal aku dia dah berlawak dalam mesej. Ye lah,aku tanya dia siapa sebab mesej2 nak kenal segala. Boleh dia jawab yang dia bukan Mawi atau Anuar Zain untuk aku kenal. Ceit. Kalau dia tu Mawi sekalipun,idok lah aku nak kenal jugek. Hahaha. Paling tak boleh blah dia belikan aku pil ciketeun masa hari ketiga kenal and pertama kali jumpa. Boleh?

4. Aku suka orang yang jujur beralas. Faham tak? Contohnya macam dia nak kata aku gemuk tapi dia akan cakap macam ni : " Kau berisi sikit tapi still gojes okay. Hot mama gitu." Sila lah muntah. Haha. Aku bagi contoh je. Tapi kalau orang cakap macam tu,tak ada lah mengguris hati ai sangat kennn..

5. Be as simple as you are. Aku tak suka orang yang beriye ni. Rasa macam hover sangat. Leklek je. Aku ok dah.

Tapi seriously,kalau kena gaya,boleh lah memenangi hati ai ni. 1st impression selalunya menentukan segalanya. Hahaha. Kalau kali pertama aku tengok kau pun dah macam ada aura puaka,jangan harap laaaaa....

7 November 2014

30 days blog challenge : Day 1


Hari tu kakak keh-sayangan ai tag ni dekat facebook. Memang dah jadi trend ke hape benda alah ni? Hahahha. jadi,marilah kita menyahut cabaran dengan jeritan "Challenge accepted!" macam Barney Stinson awesome tu. Marilah.

GAMBAR TERBARU


Ni segar dari ladang punya gambo. Pepagi dalam kereta before pergi kerja. Sementara beliau bersiap nak tutup pintu rumah segala,kita selfie dulu sekeping. Terus lah upload kat ig dengan caption "EH". Motip kau bagitau ig bagai dah kenapa? Haha. Ekceli aku tengah demam. Ingat nak cuti lagi hari ni tapi semalam dah cuti and merasa kebosanan tahap dewa kat rumah sebab tak boleh berapa nak gomol Sunan,mari lah kita kerja. Kalau demam biasa aku tak kisah. Ni sekali dengan selesema,memang runtuh jiwa terus. Acah-acah nak batuk pun macam dah nak hadir je ni. Red-dooooo je lah okay.

Jangan pedulikan muka Sunan yang sinis begitu. Sekarang dah pandai buat muka garang kalau mama kena cuit dengan papa kalau bergurau. Kalau boleh dia je nak bergurau main dengan aku. Kekadang sakat je dia acah-acah sweet laki bini lepas tu dia jerit. Haha..  Jeling toksah cakap. Dah berjinak-jinak. Sabar je lah.

5 FAKTA TENTANG DIRI ANDA

1. Mudah senyum. Ya Allah,memang tabiat ni memang payah lah nak hilang. Tapi senyum aku ni bertempat okay. Kalau dengan pakcik makcik and perempuan-perempuan yang berselisih dengan aku,aku cepat bagi senyum. Tak ada lah aku nak main senyum je dekat bebudak lelaki muda yang entah sapa-sapa melainkan aku betul-betul kenal. Gitu. Even lah aku tak berapa suka dengan si polan tu (contoh),kalau terjumpa otomatik akan senyum. Eh,memang mudah lah kan. Ye lah,nak sedekah duit berjuta,idok lah mampu. Sedekah senyum je lah. Hahaha.

2. Susah demam. Bila dah demam,memang merana sungguh. Tapi sejak dah kahwin and ada anak ni,gigih jugak lah bangun and kemas rumah apa yang patut even slow motion je pergerakan sebab kalau laju-laju,kepala macam terhentak-hentak. Sakit weiii.. Kalau dulu masa bujang,asal demam je memang bertapa baring dalam bilik takpun terbaring atas sofa kat ruang tamu. Segar time makan je. Boleh?

3. Aku seorang yang lurus bendul. Senang sangat kena tipu. Paling suka sakat aku is beliau. Bila aku gegila percaya,dia gelak berdekah tanpa belas ihsan. Fioneeee... Aku seti je perangai dia. Mujur aku isteri mithali. Tak ambil hati malah gumbira rasa bahagia di jiwa tanpa dendam membara. Paling koman pun aku cakap kat Sunan jangan kawan papa je. 

4.  Aku sangat obses dengan mitos and fairytales. Aku boleh hadap youtube and search pasal naga terbang,unicorn,duyung,gnome and elf seharian tanpa jemu. Even aku tahu benda-benda tu tak lah masuk akal sebab rekaan omputih je,tetap lah nak excited kalau ada footage pasal ni. Lepas tu gigih lah aku tunjuk kat beliau pasal ni. Then beliau akan geleng-geleng kepala sambil cakap,"Bila awak nak besar ni?" Baiklaaaa...

5. Keluarga is keutamaan aku. Aku dahulukan family dalam segala hal. Mungkin lah orang lain lagi heaven dapat hang out dengan kengkawan and habiskan masa berjam-jam bergosip atau berborak di laman-laman sosial. Tapi percaya lah aku just berwhatsapp dengan kaum keluarga sanak saudara ter-chentaaaa.. Ada lah jugak aku whatsapp or chat kat fb tapi kalau macam yang penting je. Atau kengkonon saja nak beramah mesra tapi last-last aku yang kaku. Terus blur nak borak ape lagi. Memang anti-sosial kau ni fara. So,family comes first in any way. Kalau kau usik aku,okay lah boleh dimaafkan. Kalau kau usik keluarga aku,masa tu kau akan tengok aku bertukar jadi naga. Kau nak tengok? 

*
*
*
*
*
*
*

Esok sambung lagi. Bernanah mata orang dok baca challenge ni. Matik la nak...

4 November 2014

Dinner with Alang yang sunyi

Petang semalam lepas balik kerja,beliau ajak pergi rumah mak sedara beliau yang kita orang panggil Alang sebab nak jumpa Ciloy,anak Alang tu. Dalam banyak-banyak mak sedara beliau,aku paling lah rapat dengan Alang ni. Boleh dikatakan dalam seminggu tu 4,5 kali jugak aku bertandang ke rumah dia. Alang tak ada anak perempuan yang duduk dengan dia. Cucu pun jauh-jauh. Dengan Sunan je dia menumpang kasih. Lebih kurang macam tu. Kalau datang rumah Alang,memang tekak kering lah berborak. Dua-dua suka bercakap. Tapi kalau Alang dah start bercakap,sangat lah susah kau nak celah masuk. Macam super bike yang dibawa laju tak bagi orang mencelah tu. Gitu. Tapi aku ok je. Orang tua,biasa lah. Kita yang muda ni layankan aje lah. 

Masa kami sampai,Alang tengah semai anak cili. Sunan bila nampak wan sedaranya tu,mengelinjang lah dia. Dah lama juga tak jenguk Alang. Ada lah dalam 3 minggu macam tu. Beliau selalu balik kerja dah malam atau maghrib. So tak ada masa nak pergi. Takkan nak bertandang malam-malam pulak kan. Rumah Alang sunyi je semalam. Ciloy dah kerja luar. Sebelum ni Ciloy memang korbankan hari-hari dia untuk temankan Alang. Ye lah,orang tua,perempuan,sorang-sorang. Abang Ciloy ada lah sorang yang duduk sekali tapi kerja balik tak menentu. So kalau ada Ciloy,ada lah kawan lawan bercakap. Tak ada lah alang sunyi sangat.

Semalam tiba-tiba Alang kata dia sunyi sangat. Tak pernah-pernah Alang mengadu macam tu kat aku and beliau. Maybe sebab Ciloy dah tak ada. Alang kata hati dia sayu sedih je. Kesian pulak aku dengan beliau dengar. Tapi nak diapakan kan? Masa kami nak balik sebab dah nak maghrib,Alang macam lap mata dia. Lepas tu aku nampak mata dia berair. Aku pun ngadu lah kat beliau. Terus beliau plan nak ajak Alang keluar malam tadi sekali dengan mak. Ok lah,mari lah kita.

Pergi rumah mak,suruh mak siap-siap and kami ambil pukul 8. Tapi macam biasalah. Kalau dah namanya melayu. Hahaha. Pukul 8.15 jugak baru tercongok depan rumah mak. Ambil mak,terus pecut pi rumah Alang. Terkejut lah orang tua tu bila beliau ajak keluar. Tetiba je kan. Macam lipas kudung dia bersiap. So plan nak dinner je. Beliau ajak dinner kat tempat yang murah + sedap kat Assam Jawa tu. Baik lah. Layan kan ajelah tekak beliau and mak. Sunan tidur je semalam sebab mengamuk bebel-bebel mengantuk bila beliau kejutkan. Letak dia dalam stroller and boleh makan dengan aman kononnya. Tapi tak sampai 10 suap,terbangun siap meraung sebab terkejut dengan bunyi lori. Cepat-cepat angkat dia sebab orang keliling dah jeling-jeling.

Sunan ni jenis tak boleh tengok orang makan. Mengunyah je mulut tu. Ce bagi makanan dia yang aku buatkan. Hapah makannya. Diluah disembur balik. Pasrah je mak kau ni nak. Kalau bagi biskut baby,memang dia makan sikit lepas tu campak. Tapi bila bagi chipsmore,eh,sekejap dah habis. Demand sangat dia. Kang kalau aku bagi makan chipsmore banyak sangat,mula lah ada mak-mak kata aku tak sayang anak. Hahaha. Dah tu,acane? Ce cerita dekat aku ni sikit. So nak kasi dia peralit and tak tarik-tarik makanan atas meja,aku letakkan dia dalam stroller and bagi dia salad. Setel. Kau nak buat sampah ke hape,dipersilakan. Selalunya dia akan kemam and ludah keluar. Dia macam tahu kalau dia telan,tercekik. Good boy. Hahaha. Memang senang ya amat dengan dia. Alhamdulillah sangat.

mat salad
Lepas makan,terus lah balik. Sunan pun dah lelap balik and mata aku pun macam kena gam dah. Hantar Alang balik dengan perasaan yang macam-macam.

Episode sunyi Alang bermula kembali.

3 November 2014

Booties Baby

Ahkak mula nak berjinak-jinak buat online business ni. Jadi dropship je. Boleh lah untuk first step. Nak buat produk sendiri masih jauh ke angkasa raya gittew. Hahaha..
So,nah picture booties baby *malu*

Yang warna pink ni boleh mix dengan corak yang engkorang suka. Andddd... its free of charge. Ai tahu lah semua orang pun suka yang free sebab aku pun cenggitu. Bhahahahaa...Tapi kalau engkorang nak plain cenggini pun dah cantik. Kalau aku ada anak pompuan,dah belikan dah ni. Tapi Sunan ni jantan. Acane? Hahaha..

Produk-produk ni made in Malaysia okay.
Sokonglah. Gitu.

kalau berminat boleh whatsapp Fara : 0169516564