Awesome Followers

28 December 2011

~~ 10 perkara perempuan benci lelaki ~~

An nyong ha seyo.. !!!


Hari ni aku buat panduan untuk kaum lelaki mengenai perempuan. Ada sepuluh list yang aku and beberapa rakan perempuan aku senaraikan untuk jenis lelaki yang perempuan benci. Bagi lelaki,take notes okay. Mana tahu boleh berkesan untuk pikat wanita idaman. Check it out!


1. Perokok tegar :


Sekiranya kamu lelaki yang merokok,kamu termasuk dalam list ni. So,jangan nak berangan untuk mendapatkan perempuan yang terang-terang bencikan perokok tegar! Kami perempuan sayangkan nyawa dan jantung kami. Kalau nak bunuh diri,sila menjauh. And FYI,kamu tak macho mana pun dengan rokok tu.


     
2. Playboy :


 Ingat senang ke nak percaya lelaki zaman sekarang? Ada yang dah berkahwin tetapi mengaku bujang. Eeewww... Tak sedar diri langsung. And ada pulak yang pasang 2/3 kat belakang kita. Annoying!




3. Gila seks :


Ada sesetengah lelaki zaman sekarang ni just nak dapatkan perempuan untuk puaskan nafsu setan dia. Memang tak boleh blah! Kalau adik perempuan dorang kena dengan lelaki lain yang sama perangai dengan dorang plak macam mana?


  
4. Penipu :
Ada sesetengah lelaki yang suka cakap tak serupa bikin. Cakap A tapi buatnye B. Mana perempuan tak bengang. Mulut manis je bila tabur janji. Last-last mungkir janji. Janji nak keluar makan sama-sama. Bila kita dah siap-siap,dia boleh cancelkan plak. Confirm hati bengkak gila!




5. Pengotor :


Payah sangat nak tengok dia dalam keadaan yang sentiasa bersih. Nak suruh mandi plak memang liat. Kuku tangan dah hitam berdaki. Bau badan tak payah cakap lah. Ish,semua perempuan pon boleh muntah kalau bau. Mana perempuan nak suka kan?




6. Panas baran/Keras kepala :
Pantang perempuan tu salah sikit,cepat je tangan naik ke badan. Kadang-kadang sampai lebam badan si perempuan tu. Semua benda nak kena dengar cakap dia. Cakap orang lain semua dia bangkang. Menang tak ada toleransi. Hello,tolak ansur lah sikit.




7. Cemburu buta :


" Awak berbual apa dengan pakcik kedai tu?" Lorh,salah ke nak beramah mesra dengan tokey kedai tempat kita beli barang tu? Kalau yang jenis macam ni,dengan binatang pun dia boleh jeles. Inikan pulak dengan lelaki lain.




 8. Perasan bagus :
Jangan tak tahu ada lelaki yang asyik perasan diri dia grade A. Padahal tak ada sangat pun yang A dalam diri dia. Saja nak menunjuk benda yang tak ada.




9. Bajet hensem :


Yang ni lagi satu jenis lelaki yang memang tak boleh blah. Kalau boleh semua perempuan dia nak kata terpikat dengan diri dia. Apa,ingat kamu tu hensem sangat macam David Beckham?




10. Kedekut :


Bila setiap kali keluar makan,mesti bayar asing. Tak pun buat tak tahu je bila time nak bayar. Terpaksa si perempuan keluarkan duit. Kalau sekali sekala tak apa,ini SELALU. Paling teruk,kalau dia kena bayarkan jugak,dah nak balik tu siap mintak claim. Gentleman sikit lah wei..


Okay,settle.. Ni antara kategori besar yang perempuan benci. Ops,ada satu lagi yang perempuan tak suka pasal lelaki. Bila lelaki tu sangat jauh dengan agamanya. So,fikirkan okay. Nanti-nanti aku buat untuk perempuan pulak.
Peace yaww...!!!


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

27 December 2011

~~ Goodbye Mr.Youn + Genting Highlands ~~

Tempat : Dalam kereta,Highland First World
Tarikh : 24 December 2012
Masa : 12pm-5pm
Pelakon : Mr.Youn,Tong,Kak Shida,Aku,Rini,Aqil

An nyong ha seyo..!!!

Hari tu kami pergi Genting. Meraikan keberangkatan Manager R&D QC,Mr.Youn Tae Meen nak balik Korea. Memang have fun sangat-sangat. Jom explore aktiviti kami hari tu..

12pm
Kami keluar dari ofis tepat pukul 12pm. Kami dah plan nak naik kereta Mr.Youn,Toyota Camry yang mewah gitu. Akhirnya merasa jugak aku naik kereta mewah beliau. Hahaha..
Kami bertolak after thumbprint nak keluar. Sepanjang jalan dok mengusik Aqil,anak kak Shida. Memang handsome boy. Umur baru 2 tahun lebih.. Ni aksi kami sepanjang perjalanan..




aqil still in peace mood


Mama Tong
Papa Youn
1pm   
Kami dah sampai Genting..!!! Setelah puas mencari parking.. Arghhh.. Sampai je kami mencari tempat makan. So,Pizza Hut jadi pilihan. Jom usha gelagat kami masa di Pizza..


          
                                                             
 









Dah kenyang makan,kami merayap satu First World. So,time untuk bergambar..!!!




                                           
                                                              

Dah puas merayap and bergambar,kami ambil keputusan untuk pulang. Skema kan ayat. Hahaha.. Nak ke parking plak jadi satu. Abes satu First World to kami tawaf. Gile penat turun naik bukit. Macam nak tercabut kaki. Sepanjang nak cari parking,abes sebatang strawberi coklat aku telan. Hahaha.. Penat memang penat but we had so much fun time tu. Terbaikkkk...

AN NYONG HI KYE SE YO MY. YOUN..!!!!

#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

24 December 2011

~~ watak novel vs real actor ~~

An nyong ha seyo..!!


Aku and kakak aku selalu berangan tentang watak-watak dalam novel yang kami suka baca. Selalu kami bayangkan watak hero novel tu diadaptasi jadi hero sebenar dalam filem. Ala,macam Kashah dalam Lagenda Budak Setan tu. Or macam Harris dalam Ombak Rindu. Tapi kebanyakkan yang kami imagine kan,sure pelakon lelaki je. Hahaha.. Jom usha list yang aku buat,yang pernah aku and kakak aku imagine kan selama ni. Check it out..


Penulis    : Ramlee Awang Murshid
Novel      : Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu,Hijab Sang Pencinta
Watak      : Saifudin @ Laksamana Sunan
Pelakon realiti: Remy Ishak


Cerita ni memang jadi cerita favorite aku and kakak aku. Cerita 3 berangkai tentang Saifudin,seorang lelaki dari kampung Punggor,Tanah Melayu yang merajuk hati bawa diri ke Tanah Jawa. Jalan cerita yang agak mencabar. Banyak dugaan yang Saifudin atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan terpaksa lalui sepanjang cerita. Memang mencabar minda pembaca termasuk lah aku. Hahaha..
So,watak hero ni kalau difilemkan,boleh dilakonkan oleh Remy Ishak. Sesuai sangatttt....!!!



Penulis   : Ahadiat Akashah
Novel     : Balak Blues
Watak     : Tak ingat pulak
Pelakon realiti : Aeril Zafrel

Haaa... Cerita sangat-sangat-sangat-sangat aku suka. Kisah hero utama (x ingat nama) yang terpaksa ikut parents dia berpindah ke kawasan pendalaman. Dia kurang berpuas hati dengan keputusan tu. So,hari-hari dia tak lekat dekat rumah. Berbasikal keliling kampung sampai lah dia jumpa dengan seorang perempuan ni,Maria nama dia. Last-last dia bercinta dengan Maria ni tanpa dia tahu yang Maria tu dah lama mati. Mystery kan? So,aku rasa Aeril sesuai bawak watak ni. Perghhh...


Okay,aku rasa cukup setakat ni. Nanti aku continue balik kalau aku dah ingat yang lain. Hahaha.. Saja nak tambah entri pepagi ni.. Babai..!!!

#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

23 December 2011

~~ Yesterday..Now..Tomorrow ~~





When I was a kid,
I never dreamed to be like one of fairytale princess..
I never dreamed to be like Cinderella..
Who will turn into princess when fairy changed her and will be normal again after 12am..
I never want to be like Snow White..
Who will die because of an apple..
I never like to be like Sleeping Beauty..
Who sleep for a long time because of curse..
I really don't want to..


When I was a little girl,
I prefer trees and front yard rather than dolls and television..
I prefer boys to be my friends rather than girls..
I prefer Ultraman rather than Teletubbies..
Will I grow up as a boy someday??


When I become teenager,
Everythings were change..
Oh,I have a girlfriends too..
Now,I prefer blause and gown rather than jeans and shirt..
I admire Backstreet Boys same as other normal girls..
And I start to think about living in a fairytale..
Is it naive?
Yet I still didn't met any guy,who could be my fairytale prince..


I am an adult now..
Everythings totally change..
I left my kid's toy far far away...
I prefer scarf and long sleeve shirt and blause..
I don't need to find my fairytale prince anymore..
I already have one..
Even he is not as handsome as Prince Caspian..
And he is not riding a white horse..
He still be my prince and will remain like that..
Will we have a very happy family??


But what will I looks like when I'm getting old?
Will I be like a very very old grandmom?
Have a thousand of wrinkles over my face?
Oh,will my prince be with me too?
Sit besides me infront of our front yard,looking for our grandchildren run and laugh..
Can I see all of this someday?
Perhaps...


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

21 December 2011

~~ Episod seram 4 : Ini hantu ke ape? ~~



An nyong ha seyo..!!!


Ni ade satu cerita aku nak share pagi ni. 


Malam tadi adik lelaki aku ade tunjuk satu pic yang ade dalam fon die kat aku. Die suruh aku cari keanehan yang ade. 


Aku ni dah la rabun,terkial-kial jugak la mencari. Kalau tak di layan karang tacing. Mase tengah usha-usha tu,mate aku terstop dekat satu image yang ade dalam spek mate die. 


Tengok ni..




Name mamat ni Edan,orang Sabah. Abang angkat adik aku. Die sent pic ni dekat adik lelaki aku tu. Tapi die tak tahu kut pasal image pelik dalam pic die ni. 


Korang tengok lah sendiri. Aku pun masih was-was lagi. Tapi kalau lah Edan ni tahu and benda ni betul,ape reaksi die eh? Peace yaww...!!!


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

20 December 2011

~~ Kahwin oh kahwin ~~

An nyong ha seyo!!!






Ramai yang teringin nak kahwin kan? Nak ada family sendiri,hidup sendiri..  


Bila imagine tentang majlis perkahwinan pula,macam-macam dalam kepala. Ala-ala taman la,ala-ala orang putih la,ala-ala fantasi la. Ada je yang buat otak ni berfikir jauh. 


Tapi dalam pada tu,kita banyak dengar tentang pantang larang dan kepercayaan mengenai perkahwinan. 


Dekat sini aku ada list kan sikit mana yang aku tahu and yang aku pernah dengar. Check it out..


1. Kalau kita jadi pengapit pengantin,alamatnya tak lama lagi giliran kita pulak la yang akan diapit ( jadi pengantin ).

2. Satu lagi fakta tentang jadi pengapit. Kalau kita jadi pengapit,bila turn kita kahwin,seri pengantin tu akan hilang. Hahaha...

3. Jangan mekap tebal sangat sebelum berkahwin sebab nanti kalau dah kahwin,hilang seri. Tapi kalau dah cun,maintain cun jugak la kan??


4. Jangan makan leher ayam sangat. Bila atas pelamin nanti leher akan senget. Totally mengarut!


5. Sebelum majlis perkahwinan,pengantin perempuan tak boleh keluar rumah. Tapi kalau dah terdesak sangat,takkan tak boleh kut..


6. Masa mengandung,si suami tak boleh pergi berburu. Nanti terkenan binatang yang diburu. Memang lagi mengarut.


Pantang larang orang dulu-dulu mungkin bersebab. Aku tak sempat nak gali lebih dalam tentang sebab musabab tu. Tapi walau apa pun yang buat and rancang,sentiasa mohon perlindungan Allah. Peace yaww!!


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

~~ Kesian makteh... ~~

An nyong ha seyo..!!


Semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan satu berita yang agak sedih. Makteh jatuh and patah kaki..!!! 


Semua gara-gara dia terpijak biji durian yang bersepah ( credit to my cousins yang buat sepah ) masa dia nak kejar anjing yang berkeliaran *tarik nafas..hembus*.


Makteh tu siapa? Oh,dia adik abah aku. Aku membesar dengan dia. Dia jaga kami adik beradik sebab ibu and abah kerja. Umur dia dah 56++ kot,tak berapa nak ingat. Nama betul dia,Rawiyah Mohamed. Aku sayangggg dia..


Pagi-pagi lagi akak aku,Reena Kamarudin tu call aku and bagitahu. Masa tu aku dekat ofis dah. Bukan main terkejut aku. Kesian dia..


Malam tadi aku pergi melawat. Bersimen kaki dia dari peha sampai buku lali. Dia duduk atas wheelchair. Dah macam Usop wheelcha pun ada. 


Sempat lagi dia minta dibelikan susu ( dah patah baru teringat nak minum. Comel je..)


Sempat aku snap pic kaki dia semalam. Semoga kaki dia cepat baik. Check it out yaww..






#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

19 December 2011

~~ Rumusan Abah di pagi hari ~~

Masa : Pagi nak pergi kerja
Tempat : Dalam kereta tengah melalui JPJ
Pelakon : aku,abah ( Kamarudin )


An nyong ha seyo...!!!


Morning world.. Terasa amat segar selepas cuti panjang. So,minggu bekerja dah mula. Macam biasa,abah akan hantar aku pepagi pergi kerja. Pukul 7.30 aku dah keluar rumah memandangkan aku punya masa berjuang start pukul 8 pagi. Awal ke? Tak kannn..


Pagi-pagi aku wajib akan lalu depan JPJ and Pusat Serenti Karak. Hari ni aku tertarik hati nak berborak dengan abah pasal Pusat Serenti. Oh,nama baru die PUSPEN. Aku pun tak tahu dia stand for what. Maybe Pusat Pemulihan kot. Boleh jadi ke?


So,tercetuslah dialog ni antara aku dengan abah. Jom..


Aku : Abah tanya siape pasal band untuk kahwin nanti?
Abah : Adik sedara abah,anak Aki Meli ( Aku iyekan je even tak berapa nak kenal )
Aku : Berapa lah upah?
Abah : Satu kepala rm25. Tapi boleh ambil dalam 8-10 orang je.
Aku : Dorang buat ape lah dengan duit tu? * buat muke bodoh *
Abah : Lah.. Gune untuk belanja dorang lah. Ingat sikit ke?
Aku : ( Blurr.. ) Kenape eh?
Abah : Dorang duduk dalam tu bukan ade gaji. Sebab tu dorang buat pancaragam,tanam sayur. Awak tau,kerajaan habis berjuta ringgit untuk belanja dorang. Kalau tak,mana dorang nak dapat sumber kewangan?
Aku : Means??
Abah : Orang kerja swasta cam awak,pencen cam abah,kebanyakan duit disalurkan dekat dorang. Sebab tu jangan senang-senang nak salahkan kerajaan kalau barang naik. Kite kena ingat fasal orang-orang tak bernasib baik macam dorang and yang duduk dalam penjara tu. Ubat dorang lagi nak memulihkan.. Kos lagi tu..


Memang panjang lebar hujahan abah. Orang emas,banyak pengetahuan yang die ade kannn.. Aku pun pandang luar tingkap,merenung balik kata-kata abah.


So,memang tak patut nak salahkan kerajaan. Banyak tanggungan yang dorang kena hadapi untuk membela nasib orang-orang yang tak bernasib baik yang duduk dalam pusat-pusat and penjara-penjara. Mereka tak bergaji untuk tanggung hidup. Sebab tak ade kerja. Ubat,makanan,pakaian,semue disediakan. 


Maybe berjuta peruntukan untuk pusat serenti dan penjara. Kalau 1 pusat peruntukan beratus ribu,bayangkan untuk satu negeri yang ade 7-8 pusat serenti. Or penjara..


Tema nye kat sini,jangan nak selalu fikirkan kesengsaraan kite kalau harga barang naik ke ape. Fikir kesengsaraan mereka yang tak bernasib baik kat dalam tu. Kesian kan..?


Maybe korang akan salahkan mereka selepas membace entry ni. Tapi bayangkan kalau sanak-saudara korang yang ade dalam tu. Or maybe korang sendiri yang ade kat tempat dorang. Same je kan.. 


Sorry kalau ade yang tersentap tapi ini yang berlaku. Renung-renungkan. Chill yaww..


Much love and respect!


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

16 December 2011

~~ Episode seram 3 : Hello,ni bulan puasa okay.. ~~





Masa : Malam salah satu hari pada bulan Ramadhan
Tempat : Kediaman Kazan's
Pelakon : aku,Syira (my lil sista)


Malam tu kami macam biasa melepak dalam bilik. Dah tengah malam,tak tahu nak buat ape. So,golek-golek je la atas katil. Mase aku nak terlelap (adik aku pun macam dah sedar-sedar ayam je),aku dengar orang berlari turun naik tangga. Mula-mula aku ingat kucing. So,aku kejutkan adik aku..


Aku : Dik,kau dengar tak bunyi ape tu?
Syira : ( Dengan suara serak ala-ala Ella ) Kucing kot berlari..


Aku terdiam. Malas nak cakap banyak. Bunyi tu stop sekejap (macam tau-tau aku and Syira tengah mengumpat pasal die ). Tak lama lepas tu,die berlari balik. Makin kuat..


Aku : Aku tak rase tu kucing la wei. Cube kau dengar betul-betul..
Syira : Yela.. Tapi takkan hantu. Kan bulan puase ni..


* bunyi cengkerik *


"tok..tok..tok..."
Pintu bilik kena ketuk 3 kali and bunyi orang berlari turun tangga dengan laju. Aku and adik aku ape lagi,menjerit dengan cemerlang la. Serius,kami sangat cuak time tu..
So,jangan ingat bulan puase tak ade yang akan mengacau. Kena tak kena je okay..


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

~~ 10 things I hate bout u ~~



I hate u when..
U make me smile when i'm alone...


I hate u when..
U make me laugh infront of public whenever u make your stupid jokes...


I hate u when..
U make me cry in the middle of the night cos i've been missing u to death...


I hate u when..
U make me dreaming for one happy family that i will build with u...


I hate u when..
I think that u the only one that can make me happy untill to my last breath...


I hate u when..
I feel terrible for a whole day if I'm not receive any messages or calls from u...


But the most thing I hate bout u is,
When I feel like I don't hate u all,I never ever can hate u and I will always love u till the end of my day..


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

~~ kenapa perempuan suka lelaki ~~

An nyong ha seyo..!!!


Semalam ade bace satu buku yang memang dah lame dalam simpanan. Tapi saje je nak ulang bace. Buku ni bertajuk Chicken Soup For The Teenage Soul www.chickensoup.com . Dalam buku ni,ade satu artikel bertajuk WHY GIRL LIKE BOY. So,aku nak share sikit lah kat entry kali ni. Tapi aku terjemah dalam bahasa melayu je lah. Oh,die sangat banyak list tp aku ambil 2,3 je la.. Check it out!


Kenapa perempuan suka lelaki? @ whay girl like guy?


1. Bila lelaki tu pakai minyak wangi kesukaan perempuan tu YANG DIBELI OLEH SI PEREMPUAN.
2. Cara si lelaki mengucapkan SELAMAT MALAM sebelum tidur,SETIAP HARI TANPA MISS.
3. Bila si lelaki berjaya mengusir kegusaran or kesedihan yang ada dalam diri si perempuan,DENGAN SESUATU YANG SI PEREMPUAN SUKA.
4. Cara si lelaki memandang si perempuan WALAUPUN MASIH RAMAI PEREMPUAN CANTIK DI SEKELILING DIA.
5. Bila si lelaki berkata "I MISS U" walaupun HARI-HARI BERJUMPA.


Haa.. Ni je yang mampu aku ingat balik. Kalau ade tambahan,nanti aku tambah. Oh,dekat bawah ni ade picture buku tu. Have fun yaww...
ni buku tu..








#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

15 December 2011

~~ Menyusur denai silam bergelar pelajar ~~

An nyong ha seyo..!!!


Hari ni tibe-tibe teringat zaman dolu-dolu. Nak kate rindu zaman sekolah,macam tak. Nak kate rindu time belajar,pun macam tak. Dah tu,ape yang teringat nye?? Oh,teringat kawan-kawan mase sekolah and belajar kot. Jom imbas kembali...


Tadika
Aku rase aku start masuk tadika mase umur 4 tahun. Hahaha.. Muda kan? Makteh aku yang hantar awal. Aku tadika dekat Tadika Kemas Kg.Teroh. Makteh cakap,aku punye lah excited bila dapat masuk tadika. Pagi-pagi makteh aku hantar. Siap aku suruh dia balik rumah,tak payah tunggu. Budak-budak lain semua kena bertunggu. Aku tak.. Hehehe..


Balik sekolah,arwah atuk Mamat aku yang ambil. Naik motor 70's die tu. Macam biasa,aku duduk depan,cousins aku dudk belakang. Vroom..vroomm.. Best sangat bile angin kena muka. Nyamannn...


Sekolah rendah
( Tak ada picture sekolah rendah )


Mase umur aku 7 tahun,aku masuk sekolah rendah. Dah tentu-tentu semua orang masuk sekolah rendah bila umur 7 tahun kan? Hahaha... Aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Karak. Darjah 1,aku jadi penolong ketua darjah. Comel-comel je aku mase tu. Hahahaha... 


Pagi-pagi lagi Makteh dah kejutkan aku and siapkan aku untuk ke sekolah. Mengantuk gile beb..


Masuk darjah 2,aku dah naik pangkat. Aku jadi ketua darjah pulak. Lagi lah otai aku time. Siap ade assistant lagi. Aku and penolong relaks je tak buat kerja.Jahat kan aku? Kesian Syakirah..


Darjah 3 sampai darjah 6,aku jadi pengawas sekolah. Lagi lagi lah naik tocang. Wahh,nakal nye aku. Yela,pakai baju colour biru. Lain dari orang lain nokk..


Mase UPSR,aku dapat 2A 3B je. Kire bersyukur lah tu dari failed kan? Hehehe..


Sekolah Menengah
Masuk form 1,aku sekolah dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Karak. Masuk kelas ke3 mase mula-mula but cikgu transfer ke kelas 1st. Budak pandai lah katekan.. Hamboi nyah,riak plak aku.. 


Mase ni aku and the geng tubuhkan kumpulan SHIFFIIAS. Stand for what?? Stand for Syakirah,Hazi,Iza,Fara,Fiza,Ira,Ida,Ani and Siti. Even kite orang berlainan kelas,time rehat and balik je confirm same-same.


Mase sekolah menengah ni,aku sangat-sangat aktif. Tiap tahun ade je aktiviti yang aku join. Camping,Tilawah Al-Quran,Hockey. Oh,aku still jadi pengawas okay. Jawatan yang aku terpaksa sandang after dipaksa. Sabar je lah..


Mase PMR,keputusan aku agak cemerlang. So,tercalon dalam penerima anugerah pelajar cemerlang. 6A 2B memang boleh membanggakan. Hahaha.. And aku apply sekolah teknik.. Teknik mane??


Masuk form 4,aku masuk Sekolah Menengah Teknik Gombak. Aku ambil aliran Mekanikal tapi kelas nombor 2. Maybe sebab Kemahiran Hidup aku B je mase PMR. Pergh,memang mencabar. Memang tak ramai perempuan dalam kelas Mekanikal. 


Oh,yang menarik dalam kelas aku,Syujak. Kenape dia menarik? Pernah tengok iklan susu (Everyday @ Nespray,tak ingat) tak? Yang ade budak gemuk jadi hakim and cakap "Kita minum dulu!" Kan tu tagline popular dolu-dolu. Syujak tu lah budak nye. Anak arwah Ismail Din yang selalu berlakon dalam Anak Mami tu. Huhuhu...


Mase form 5,aku naik taraf sikit ke kelas pertama @ kelas elit. Haa,mase tahun ni,aku tak pernah lulus Lukisan Kejuruteraan and Add Math. Naik loya aku bila tengok paper ni. Tapi dengan izin Allah,aku lulus mase SPM even tak credit. Janji lulus kann..

Kolej

Habis sekolah,aku masuk International Islamic College @ Kolej Islam Antarabangsa. Aku ambil cos yang jauh menyimpang dari cos asal aku kat sekolah dulu. Aku ambil Business Administration. 


Aku suke cos ni sebab aku suke business $_$ 2 Tahun 8 bulan aku berhempas pulas pulun ilmu kat sini. Pernah sekali aku tersungkur and terpakse repeat 1 subject for 3 months but lastly aku lulus dengan cemerlang subject tu. Credit to my Investment lecturer,Madam Hafsa. 


Jangan tak tau,aku berulang dari Pahang hari-hari mase aku last sem ni. Sebab kelas aku dari Isnin-Thursday je,5pm-6pm. So,sekejap je lah.
Aku convo bulan 7 tahun ni. Akhirnye,aku berjaya genggam segulung diploma untuk abah and ibu. Degree? Maybe next year kot. Huhu.. InsyaAllah..
ni lah hasilnye..







#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

14 December 2011

~~ Kau Tunggu Aku Ye Fara ~~







An nyong ha seyo..


Perghh,agak lama tak mengarut. Sangat busy bekerja + line internet agak segan nak ada. Memang saya seorang yang penyabar. Credit to myself okay. 


Aku ada seorang sahabat,Farhana Rosli nama dia. Aku panggil dia Ana. Maybe sebab nama kami serupa and kami memang sekepala,persahabatan kami sangat rapat. Even kami berkawan baru 5 tahun. Siapa cakap kita perlukan 10 tahun untuk menjadikan seseorang itu teman jiwa kita? Tak semestinya kann..


Aku kenal dia masa kami sama-sama belajar di Kolej Islam Antarabangsa Gombak. Berlainan cos tapi intake yang sama. Mula-mula dia duduk rumah lain but suddenly dia berpindah ke rumah aku and satu bilik dengan aku. But masa tu tak berapa nak rapat lagi. Ana ni jenis yang happy go lucky. Susah nak tengok dia bermuram durja. Oh,dia sangat peramah gak. Lebih kurang aku je.


Hampir setahun dia duduk serumah dengan aku,dia berpindah keluar. Untuk pengetahuan korang,rumah nenek dia seberang jalan je dari rumah kita orang. So,dia duduk situ je. Mesti korang fikir betapa sengalnya dia duduk menyewa sedangkan dia boleh duduk free kan? Hahaha.. Ni la uniknya sahabat aku yang sorang ni.


Setahun kemudian,aku plak berpindah keluar. Aku duduk dekat Apartment Casmaria,belakang Giant Batu Caves. Dekat sikit dengan kolej. Jalan kaki pergi kolej pun boleh. Masa tu aku duduk dengan senior-senior. Last-last aku tarik Ana masuk sekali. Baru ada geng.. 


Masa ni lah persahabatan kami teruji. Banyak sangat ujian yang aku and Ana kena hadapi (macam banyak je). Hahaha.. Tapi kebanyakkan ujian datang dari masalah kewangan la kan. Biasalah,student maa.. Bila Ana susah,aku support,bila aku susah,Ana support. Oh,kita orang selalu makan sup dekat gerai area rumah. Agak jauh nak berjalan tapi semangat nak makan sup tu tinggi,tak kisah pun. Nak di katakan hari-hari kiteorang melantak sup tu kat sana. Dah macam ketagih plak. Shedapppp....!!!!


Pernah dia bagitau aku yang dia ada sejenis penyakit ni. Tongsel katanya. *tak berapa nak pandai nak spell,janji ada bunyi* Mula-mula dulu,aku tak pernah ambil serius pasal sakit dia ni. Sebab aku tak rasa sakit ni bahaya. Tapi yang aku perasan,suara dia macam nak tak nak keluar. Bila dia bercakap,nafas pun macam mengah-mengah. Aku ingat maybe sebab faktor badan dia time tu. Jahat kan aku. Sorry Ana.. ;)


Baru-baru ni dia ada cakap yang berat badan dia dah turun mendadak. So,badan dia dah jadi sangat berubah menjadi kurus (maybe macam aku kot). Dia cakap,dia kurang selera nak makan. Sebab apa? Sebab sakit dia tu dah semakin teruk. Serius,aku jadi sangat down masa tu. Sebab aku tak pernah tahu sakit tu boleh jadi seteruk ni. Kesian dia kan?


2,3 hari sebelum ni aku ada text dia bertanya khabar. Biasalah,sahabat cemerlang kan. But kali ni ayat dia sangat-sangat lah menyentuh hati dan perasaan aku. Dia cakap,sakit dia ni dah tak ada ubat,tunggu masa je. Aku marah la dia. Bukan niat sebenarnya tapi aku taknak dia jadi lemah semangat gitu. 


Dia cerita,Sabtu lepas dia pergi Melaka tengok kawan sekolah dia kahwin. Lepas hajat dia nak berkumpul dengan kawan-kawan sekolah dia. Aku bergurau la dengan dia. " Aku kau tak nak jumpa pon." Nak tau apa jawapan dia? Dia jawab," Kalau sempat aku jumpa kau k." Aku punya lah sedih. Automatik air mata jatuh. Sumpah,aku tak suka bila ada dalam situasi cam ni. Paling tak boleh blah dia cakap camni," Kau tunggu aku ye Fara." Lagi lah air mata ni tumpah cam empangan pecah tu.


Aku tak mampu nak hadapi kehilangan dia. Cukup lah dulu aku hilang abang aku. Tapi kalau masa dia dah sampai,aku kena redha juga even sakit. Aku lagi tak sanggup tengok dia menderita sakit camtu kan?


Awal tahun ni Ana pernah kehilangan boyfriend dia,Danial. Eksiden kat depan rumah aku. And dia sangat tabah terima kehilangan tu. Adik aku cakap,kalau betul Ana pergi,maybe jodoh dia dengan arwah tu kat sana. Really??


Ana,aku tunggu kau. Aku akan selalu doakan kau selamat. Kau kena kuat okay. Kau kena ada masa hari besar aku. YUP,AKU TUNGGU KAU..!!


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~
  

6 December 2011

~~ belajar buat sushi : 1st time okay.. ~~

An nyong ha seyo..!!!


Semalam aku belajar nak buat sushi. Sekali package dengan amali. Aku tengok dari internet. Nampak macam senang. Bila dah buat sendiri,humang aih.. Kelam kabut.. Balik je dari kerja semalam,aku terus usha barang-barang nak buat. Jom explore..


Sushi cara fara 
Bahan-bahan :
1. barang yang wajib ada,beras jepun untuk buat sushi. Atau bahasa saintifik,pearl rice.

ni rupe beras tu. Aku tak sempat nak snap pic malam tadi so aku download je..


2. Cuka
3. Gula
4. Garam
5. Isi ketam yang panjang-panjang tu


6. Timun
7. Seawed


Langkah-langkah menuju destinasi :


1. Basuh beras kasi bersih. Sukat isi kandungan air. Kalau aku,tengok banyak mane jari aku tenggelam. Hahahaha.. Petua orang lama-lama kott.


2. Masakkan beras tu. Seeloknya guna rice cooker untuk mengelakkan hangus. Semalam aku terpaksa guna stove sebab ibu tengah guna rice cooker. So,agak hangus nasi aku tu. Ngeee...


3. Isi ketam tu rebus dulu. Kasi hilang semua bakteria.


4. Potong timun cantik-cantik and panjang-panjang. Janji ada rupa panjang pun jadi lah.


5. Bila nasi dah masak,gaulkan dengan gula,garam and cuka. Gaul sampai sebati. Kalau tak sebati,korang yang mati nanti. Hahahaha...


6. Pastu biarkan sejuk. Dah sejuk,letak atas seawed yang sedia ada. Ops,sebelum tu letak mayonese dulu atas seawed tu.


7. Gulung nasi + seawed tu cantik-cantik menggunakan tikar sushi. Kalau tak ade tikar tu,guna plastik pun boleh. Asal boleh je.


8. Dah siap gulung-gulung,potong-potong pulak. Tadaaa,kan dah siap..


Nak tengok rupa sushi aku yang macam tak ade rupa tapi ade rasa tu tak? Jangan gelak sudah. Ni first time aku buat okay..


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

~~ Happy birthday zana ~~

Tempat : bas stand Bukit Dinding Karak,Secret Recipe Bentong
Masa : 1pm-5.30pm
Hari : Ahad
Pelakon : Aku,Zana,Kaklang,Kidir,Laila


An nyong ha seyo..!!


Ahad,4 December 2011 hari tu birthday my bestfriend,Fauzana Shamsudin. Besar dah dia. Hahaha.. Antara kami berlima,dia paling muda. Lambat sikit tarikh lahir dia. Say hi to birthday girl..!
Nak tau apa hadiah kami untuk dia? Berjalan ke bandar dengan menaiki bas. Hahahaha.. Kesian dia tapi we did had fun. Serius!
Dari malam lagi kami dah berjanji nak keluar. Aku,Zana,Kaklang,Kidir and Laila. And pagi tu aku paling awal bangun. Semangat boh. Bersiap awal tapi tengah hari jugak Kaklang and Zana ni muncul depan rumah aku. Sabar je lah..

Dengan keazaman yang tinggi,kami bertiga menapak ke bas stand. Mana Kidir and Laila? Oh,Kidir naik motor baru dia tu and Laila akan menyusul kemudian dengan di hantar abang dia sebab rumah dia memang dah ada dekat Bentong. Cuaca punya lah panas terik. Berpeluh ketiak mak nok.. Hahaha.. 

Tunggu bas punya lah lama. Rasa nak menangis pun ada. Memang tak suka dengan cuaca pana yang memeritkan. Tapi bila ingatkan balik yang dekat sana lagi panas,terus kami berhenti merungut. Siap buat muka senyum kambing lagi pandang semua pemandu yang lalu depan kami. 

Bila dah ada dalam bas,terasa satu perasaan yang sangat ..... *speechless*.
Kat mana kami celebrate birthday Zana? Kat Secret Recipe. Memang agak jauh untuk menapak ke sana tapi berbaloi la. Hahahha.. Pape pun,happy birthday Zana..!! We love u so much and we care bout u. Really2.. Mmuuaaahhh...!!!

Ni pics kami sepanjang aktiviti. Kalau ada yang cam tak semenggah tu,harap maaf la. Lalala..
Ni masa kami tengah berpanas tunggu bas :






 Ni masa dalam bas. Hooreeyyy...!!




 Ni masa dah sampai SR. Banyak gelagat selenge kan? Hahaha.. Sorry guys..!!






























 Bahan-bahan menambah lemak + cost menambah lemak:





 kaki-kaki berjalan :












#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~