Assalamualaikum...
Baru-baru ni terchat dengan sahabat lama di ym. So,seperti biasa,soalan yang selalu aku dengar,"Eh,insaf dah kau kan. Bertudung dah. Kalau dulu,jahil gila rasa." Okay,sangat mengundang rasa pertanyaan tu. Rasa macam nak hempuk pakai tisu klenex je. Tak berlapik langsung kau. Awak mampu sengih je.
Aku pun tak pernah sangka akan berubah. Okay,memang nak berubah tapi selalu di delay kan. Ada je alasan yang mengada-ngada. Start last year,aku dah berjinak-jinak bertudung. Tak lah bertudung litup berpurdah bagai. Janji asal keluar berjalan je,pakai tudung. Kadang-kadang bertudung ala-ala mak minah ke kebun je.
Gambar-gambar ala-ala Kim Kardashian kat Facebook tu pun aku dah delete. Takut bila terdengar pasal sorang mak ni selalu mimpi pasal anak gadis dia yang dah meninggal menangis-nangis sakit di azab. Gara-gara gambar tak tutup aurat masih jadi tontonan di laman web sosial tu. Ha ehkau,ayat sangat puitis.
Tapi,di sebalik keinsafan aku ni,terselit sedikit memori mimpi. Bagi aku,agak menakutkan. Pernah aku cerita kat member aku. Siap kena gelak lagi. Siap kata aku banyak dosa. Macam la dia yang tolong kumpul catat dosa aku bagai kan. Takpe,demimu kawan,aku telan.
Last year,aku start dapat mimpi-mimpi pelik. Tak lah banyak mana. Ada 3 mimpi je yang aku ingat,yang buat aku seriau. Sampai sekarang aku boleh imaginekan lagi. Punya lah kuat aura mimpi tu.
Mimpi pertama :
Masa ni aku and ramai-ramai manusia berduyun-duyun berjalan menghala ke Mekah. Dari jauh aku boleh nampak Kaabah. Macam mana boleh nampak,nama pun mimpi. Yang pasti,memang jalan tu ke Mekah. Semua pun pakai baju kain telekung putih. Masing-masing diam je,tak bersuara.
Dalam perjalanan tu,ada satu simpang ke kiri. Kat belah kiri tu,ada mall. Kalau difikirkan balik,tak ke tak masuk akal. Boleh pulak ada mall kan. Entah macam mana,aku and setengah daripada manusia tu tadi berlari masuk simpang kiri nak ke mall tu. Kami tinggalkan jalan ke Mekah demi mall tu yang dah tentu-tentu banyak barang hebat-hebat. Makin lama makin jauh Mekah tu ditinggalkan.
See,nampak kan pengaruh duniawi sangat hebat! Sampai sanggup tinggalkan akhirat.. Astaghfirullah!
Mimpi kedua :
Selepas mimpi tu,selang beberapa hari,aku mimpi di jalan jugak. Yang bezanya nya,aku sorang-sorang time tu. Jalan tu pulak macam highway dari Bentong ke Karak,area Sungai Dua. *siapa orang pahang tahu lah kut area mana ni. Tapi yang pasti,tak ada hantu*
So,aku kat tengah-tengah jalan. Entah macam mana,api datang dari mana aku tak tahu,bakar kiri kanan jalan tu. Aku apa lagi,lari la. Takkan nak biar diri kena bakar kan. Yang hairan,aku tak menjerit. Just perasaan takut teramat. Tapi,aku sikit pun tak dijamah api even api tu sangat dekat dengan aku.
Sampai sekarang aku tak tahu maksud mimpi tu. Tapi yang pasti,aku sangat insaf!
Mimpi ketiga/last :
Dalam mimpi ni,aku ada dalam kelas. Aku pun tak pasti kenapa dalam banyak-banyak tempat kat dunia,kenapa mesti dalam kelas tu. Kenapa lah tak ke Serene Emereald ke,Everest ke,Korea ke kan. Okay,demand!
Masa tengah belajar tu,tiba-tiba ada perompak. Siap ada pistol lagi. Muka perompak tu pulak sama macam muka pemgetua aku dulu. Hebat! Dia pun masuk mimpi aku. Dalam mimpi tu,aku kena tembak kat kepala. Sakitnya lahai,terasa sampai jaga. Berpeluh-peluh,menggigil-gigil *siapa pernah rasa mimpi dibunuh,mesti tahu*.
Bila dah kena tembak,aku menyorok bawah meja. Darah tak banyak tapi kepala berlubang. Ajaib kan. Then aku dapat mesej. Agak-agak korang siapa yang hantar mesej? Mesti ada yang nak kata perompak tu hantar mesej. Ekceli,Allah yang hantar mesej. Nampak sangat mengarut kan tapi dah mimpi tu macam tu,nak buat macam mana. Mesej tu lebih kurang macam ni ;
" Allah tak tarik lagi nyawa Farah sebab nak bagi Farah peluang hidup kedua. Perbaiki segala kekurangan. Sujud lah padaKu"
Itu je mesej yang aku dapat. See,terasa macam ajaran sesat je aku bawa tapi kenyataan. Bila aku bangun,aku menangis. Badan seram sejuk,menggigil-gigil takut. Sampai sekarang aku boleh ingat setiap ulasan mimpi tu. Takut juga kalau mainan syaitan. Tapi syaitan memang tak boleh menyerupai Allah kan.
Bagi aku,semua mimpi ni petunjuk suruh aku insaf. Buang segala jimba-jimba yang melampau tu.*sikit-sikit masih lagi dikekalkan. Tengah berusaha buang*. Mesti ramai yang anggap aku gila tapi ni yang aku alami. Aku bersyukur Allah bukakan hijab mimpi aku untuk alami semua ni. Kalau tak,maybe aku masih seronok berKim Kardashian lagi kut.
Aku share semua ni bukan untuk menunjuk or membuka aib sendiri. Tapi sebagai pengajaran or perkongsian pengalaman. Mana tahu ada yang serupa dengan aku kan.
Wallahu'alam....
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone