Awesome Followers

25 July 2012

~~ Selamat Datang Ramadhan : Memori Ramadhan ~~

Assalamualaikum.......

SELAMAT DATANG RAMADHAN!

Tak terlambat rasa nya nak wish salam Ramadhan. Walaupun dah masuk 4 Ramadhan. Ala,baru 4. Belum 14 kan? Ahaks!

Bila Ramadhan datang,memori lama pun menjengah. Banyak! Tak terhitung kadang-kadang. Jahat,baik,nakal,seronok. Semua ada.

So,entry kali ni,aku nak list kan memori Ramadhan yang pernah aku alami dulu. Eh,penting ke memori awak tu? Eh,sukati la. Baca je la. Tak nak baca sila skip. *nyombong plak. Rasa diva SANGATTTTT!* LOL!

1) Start belajar puasa umur 3 tahun. Tak payah cakap lah nafsu makan tu. Budak,apa awak tahu kan. Tak sampai tengah hari,perut lapar meragam gegila. Solution -------» Tunggu azan Zuhur. Start je azan,cepat-2 makan & minum. Habis je azan,terus stop. Sambung balik puasa. Dasat kan?

2) Masa tarawikh,suka sangat kalau ada member-2. Kenapa? Senang nak gossip ke? Oh tidak. Kejahatan! Suka pijak telekung member masa sujud. Lepas tu cepat-2 bangun. Member tu terkial-kial la nak bangun sebab telekung kena pijak. Sorryyyy.......

3) Bila ada moreh dekat surau,ketar je kepala lutut nak keluar awal. Kadang-2 paling awal keluar saf. Takut sangat makanan habis. Kenapa takut?? Haa... Jangan tak tahu. Kat kampung aku ni,ada anak-beranak (2 org - mak&anak) yang suka tapau makanan siap-2 untuk bawak balik. Masa bila diaorang solat pun aku tak tahu.

4) Balik tarawikh jalan kaki. Dalam gelap,hanya ditemani lampu suluh. Terkedek-kedek la jalan dengan makteh & lain-2. Best gila! Ye la,masa dulu tak pandai lagi bawak motor/kereta. Awak kecik lagi. Kalau dah pandai,kompem merempit ke surau.

5) Perkara bangang time puasa :

- Tahan kentut gegila masa nak solat. Tahu makhruh tapi tahap kemalasan tu sangat tinggi. Mengatasi segala-2nya.

- Duk meludah air liur setiap saat minit jam hari. Takut batal sebab telan. Dah nama air. Jahil nya awak! Hahaha...

6) Masa duduk asrama,petang-2 pi beli sambal goreng atau ikan keli goreng untuk makan berbuka kat dewan makan. Hari-2! Sebab........ Makanan kat dewan makan sangat mengecewakan. See.. See.. Nampak sangat tak reti bersyukur!

7) Selalu rasa macam dah bangun sahur. Ibu tanya,konfiden jawab dah. Watlek je. Padahal......... Bila azan baru sedar awak ni tak sahur lagi. Gelabah bak hang tapi apa boleh buat. Redha aje la...

8) Kalau dah lapar tahap dewa sangat,mula cari alasan nak jalan-2 hilang boring. Selalu berduet dengan kakak tersayang la. Pi kedai,beli roti gardenier coklat tu plus air soya. Then merayau pusing kampung (kat tempat tak ada orang ekceli),makan dengan gembira tanpa rasa bersalah. Jahil gila!

9) Selalunya,okay,setiap tahun,sehari sebelum raya,kompem aku & adik beradik tak puasa. Penat kemas rumah jadi alasan. Waaaa.... Kejamnya! Tapi tu dulu. DULU! Sekarang insyaAllah tak buat. Ingat,TAK BUAT DAH.

10) Memori Ramadhan paling sakit ---» Abang,the one & only big brother yang kami ada,pergi tinggalkan kami. Ramadhan 2009 memang agak pahit untuk dikenang. Sangat-sangat pahit. Sampai bila-bila pun kami akan ingat. Al-fatihah..

Done!

So far,ni lah memori Ramadhan yang aku ingat. Memori itu best dikenang. Sebagai pengajaran,bukan musuh. Eh,ape aku merepek ni? Okok,aku stop dulu.

Pesanan terakhir ------» SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN SEMPURNA. SALAM RAMADHAN!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Reena Kamarudin said...

hahaha. zaman jahilliah ni