Awesome Followers

14 July 2012

~~ Saudara-Mara Ramai Tapi....... ~~

Assalamualaikum.....

Tajuk entry kali ni memang mengundang betul kan? Haaa.... Ni lah tujuan utama aku menconteng hari ni. Mencari asal-usul. Eh,asal-usul tu tahu tapi sangat ramai yang tak kenal. Bukan menyombong berlagak riak bongkak takbur,tapi tak pernah dapat peluang.*mukacurious.jpg*

Lately,banyak sangat dapat jemputan dari saudara-mara belah my abah. So,nak tak nak kena ikut jugak. Kalau tak,nanti masa kahwin tak ada saudara-mara nak datang majlis aku. Itu yang selalu my abah & my ibu kaunselingkan kat anak-anak dara mereka yang vogue da vass ni. Okay,tadah pipi untuk disepak.

So,each time dah balik dari kenduri,aku lah selalunya,rajin nau bertanya itu ini.

Eh abah,tu sedara belah mana?

Anak sape tu bah?

Apa kaitan dengan abah?

My abah akan jawab dengan semangat yang jitu and bersungguh-sungguh. Nampak tak effort my abah tu untuk buka mata anak-anak dia ni kenal saudara-mara?

Jom start dari yang atas. Ops,tak atas sangat lah. Kita ambil dari moyang aku. Kalau nak di ambil dari great-great-grandfather,jenuh pulak nak senaraikan. Lagipun my abah pun tak sure saudara-mara yang bermula dari moyang dia,Ismail.

Nama moyang aku,atuk my abah,Dun bin Ismail. Asal dari Karak ni lah. So,memang aku anak jati Karak. Siapa kata Karak berpuaka,bak datang dulu.

Disebabkan beliau orang yang berpengaruh plus imam yang bertauliah,beliau digelar Imam Dun. Mula-mula aku ingat nama beliau memang sejak lahir Imam Dun. Tak ke bingai otak aku ni? Haha...

Moyang aku ada 6 orang anak kalau tak silap. 3 lelaki,3 perempuan. Atuk aku,Mohamed salah seorang. Nama lain yang aku tahu,Makhanun (seorang cikgu). Yang perempuan,ade seorang tu aku panggil Wan Teh. Okay,tu je yang aku tahu sebenarnye. See,nampak tak betapa endah tak endah nye aku and adik-beradik lain?

Dalam keluarga Mohamed,ada 8 orang anak yang masih hidup. Kalau plus yang dah meninggal (5 orang),ada lah dalam 13 orang. My abah one of them. Yang tinggal,4 lelaki & 4 perempuan.

Oh,my abah & pakcu aku masing-masing ada kembar. Tapi dorang meninggal masa kecil. So,aku & adik-beradik lain selalu main teka-teka siapa yang ikut germ my abah nanti,dapat kembar. Agak-agak siapa?

Cucu Mohamed ni,iaitu kami,ada 10 orang je. 5 lelaki & 5 perempuan. Paling tua,abang Azreen. Tapi,bila abang dah 'pergi',tinggal 9 je lagi. Kakngah jadi paling tua. Sikit je kan kelompok kami.

Kadang-kadang jeles dengan orang lain atau saudara-mara lain yang ramai kelompok tu. Nak pulak MB. Ramai sangat saudara-mara. Best!

Kalau belah my ibu,toksah cakap lah. My ibu ada 2 beradik je. Dia & pakngah. Pakngah masa hidup tak berkahwin so tak ada zuriat. Kami je lah 5 beradik balik kampung selalu. Anggap je lah kami ni saudara-mara lain. Sangat sengal di situ.

Aku buat entry panjang berjela ni bukan berniat mendatangkan kebosanan maksimum kat readers. Bukan jugak mendatangkan migrain atau buasir. Tak pun. Niat just nak spreadkan atau sebarkan page fb tu.

Sesiapa rasa mereka dari pokok yang sama,sila lah like. Mana tahu kan. Ada rezeki dalam tanah ni jugak kita terjumpa. Boleh buat gathering ramai-ramai. Tak salah pun rapatkan silaturrahim yang banyak berpisah. Bak kata my abah,kalau ikutkan 1 Malaysia ada tercampak waris kita. Haa,jom kumpulkan!

Sayang korang keketat!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: