Awesome Followers

13 July 2012

~~ Selamat Datang Ramadhan ~~

Assalamualaikum....

Seminggu lagi!
Seminggu lagi!

Itu sorakan dalam hati ni. Ye,seminggu lagi Ramadhan nak datang. Sangat macam eksaited lelebih tahun ni. Serius ni,tak hipokrit. Betul!

So,selamat datang Ramadhan. Bulan mulia untuk umat Islam. Bulan di mana pintu neraka di tutup serapat-rapatnye. Pintu syurga terbuka luas. Paling penting,hantu setan iblis jin segala bagai terikat. Weehuuu!!!! *nampak tak betapa rasa takut itu menghuni diri?*

Tahun ni last sambut Ramadhan as a single lady. So,nak pulun habis-2. Eh,sebelum ni tak pulun ke? Haa... That's the point. Memang tak la kan. Nafsu setan dalam diri ni memang tak boleh diajak berunding.

Azam Ramadhan tahun ni :

Nak pi tarawikh tanpa miss sehari kalau xde aral.
Nak puasa penuh tanpa poteng tak ada sebab.
Nak berbuka dengan kuantiti makanan yang sangat sedikit.

Ni cabaran untuk diri sendiri tahun ni. Aku cabar diri aku sendiri. Jyeahhh!!!
Okay,sangat poyo mintak kaki je di situ. Sila-2 *tadah muka kambing*

MB dah sibuk ajak berpuasa kat kampung Kuantan. Jawapan aku,InsyaAllah. Masih berkira-kira nak pi ke idak. Kalau boleh tahun ni nak whole month with family.

Bila puasa dah dekat :

* Iklan Yusoof Tayyub dah keudara hari-hari. Kurma la opcos.

* Iklan megasale segala bagai dah bersepah. Paling obvious,Kamdar. Terbaik!

* Singer,Courts,IKEA dah buat jualan murah gegila. Promosi itu penting.

* Kedai jahit akan tampal notes depan pintu kedai ; "Maaf,tempahan jahit sudah ditutup."

* Adik aku dah setat download semua lagu raya yang ada. Itu sangat tidak beretika! Hahahaa...

See,baru Ramadhan je ni. Iklan raya dah ramai berkumandang. Lagu raya dah menerjah telinga. Edvance nye. Rasa ketagih raya tu berpusu-pusu di jiwa ni ha. Ahaks!

So,adakah anda semua berkongsi ke-eksaited-an cik Farah ni?
Okbai!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: