Awesome Followers

28 July 2012

~~ Kegagalan Kedua Yang Mengajar Erti Pasrah ~~

Assalamualaikum.....

Tengok tajuk entry.
Tengok gambar yang jd penghias.
Temanya........... ( Isi sendiri jangan lebih dari 5 patah perkataan )

Kegagalan kedua?

Ni kegagalan kedua selepas pernah gagal final paper untuk Investment masa dekat kolej. Bukan setakat final paper,final semester pulak tu. Tapi,watlek je. Boleh repeat kan. *oh,sangat riak dahku hini*

GAGAL.......

Pagi tadi,bangun je tidur,capai BB,on browser. Terus tet tet tet (efek menaip) laman web portal rasmi SPA. Masukkan IC,hantar. Perasaan? Jantung macam nak terkeluar!

Tak sampai 2 minit,dapat result. Wah,mudah gittew. Kan senang masa SPM dulu pun buat cenggini. X payah ke sekolah pi ambil. Hahamboih,cekadak lebih pulak!

Resultnye......

Ni lah dia. Senyum sorang-sorang bila baca. Ye lah,dah sorang-sorang je dalam bilik time tu. Nak senyum berduet tak tahu hala. Rasa cam tak sopan pulak. Ahaks!

Bila gagal exam ni,terus terfikir. Ada lagi ke peluang lain nak dapat gomen job? Selama 2 tahun isi borang SPA,SPA 2 Pahang,baru 1 ni yang lekat. Hasilnya................. T_T"

Tapi,aku belajar untuk pasrah. Ye,REDHA. Mungkin bukan ini rezeki aku sekarang. Kena cari gali lagi. Kut-kut tersangkut kat awan ke. Tertimbus kat dalam tanah,kena tindih dengan akar ke. Siapa tahu kan?

Rezeki Allah swt tu di mana-mana. Aku yakin! *see,nampak kan betapa kepasrahannya ayat dahku?* Eh,betul la tu. Usaha lebih lagi. Bak kata makcu,jadikan Solat Sunat Dhuha tu amalan harian. Okay,tak tahu motip kat sini. Tapi betul la tu.

Jadi,aku akan gigih lagi cari gomen job. My abah sangat berharap aku dapat gomen job. Senang masa depan kata my abah. Ye,aku usahakan! *angkat tangan tetinggi*

So,bagi sesiapa yang pernah terjoin jadi orang yang gagal,jangan putus asa. Biar putus cinta,putus tali,putus rambut. JANGAN PUTUS ASA! Kalau putus asa,tak ke mana la. Oh,amalkan juga Solat Sunat Dhuha. 2 rakaat je,tak lama. Wah,ceramah gittew.

*capai borang jawatan kosong Majlis Perbandaran Temerloh yang kakak print out kan*

Dah,dah.. Aku nak isi borang ni. Minggu depan nak hantar. Kemain awal aku isi. Oh,satu lagi. Aku kena gigih siapkan manuskrip novel yang terbengkalai. WAJIB!

Doakan Cik Farah ye.
Sayang korang keketat!
Okbai...

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: