Awesome Followers

4 July 2012

~~ Salam Nisfu Syaaban ~~

Assalamualaikum.........

From now on,no more An Nyong Ha Seyo even itu trademark. Kita bertukar sikit hokkay......

So,Salam Nisfu Sya'ban........
Kalau ada salah silap Cik Farah,harap maaf. Mana yang tersinggung hati terguris perasaan tu,ampun! Jangan ingat time raya je nak mintak ampun segala bagai.

Sempena malam istimewa bagi umat islam ni,aku nak share lah kan. Kredit tu Wikipedia okay. InsyaAllah,ilmu itu kita kongsi. Kan ke best!

Apa itu Nisfu Sya'ban?

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Makanya,setakat ini sahaja yang mampu di share. Yang sedikit ni mudah-mudahan jadi pedoman bersama.

Jom sama-sama corakkan buku baru kita cantik-cantik. Yang lama jadikan teladan. Bukan sekadar tutup,tapi renungkan.

Semoga hati kita tetap di jalan Allah swt.
Semoga amalan kita bertambah.
Semoga keberkatan Allah swt untuk kita sentiasa ada.

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: