Assalamualaikum....
*termenung pandang langit tepi tingkap bilik*
Tarik nafas.... Lepas.....
Betul-betulkan duduk...
Lately,aku banyak dapat member yang aku-pun-tak-faham-nak-describe-macam-mana. Hah engkau,panjang berjela gelaran.
Ekceli,ada sikit rasa sebak bertandang. Eceh,sebak sangatttt! *hembus hingus lap guna kain batik ibu*
Dulu ada member yang bila-aku-senang-aku-ada-kawan-ke. Means,time susah je dia sedar yang dia ada kawan. Time dah senang,kawan macam halimunan je bagi dia.
Tapi cuba tunggu time susah,merangkap melutut tersengih mengaku sahabat. Eh,aku tak minta kau susah pun. Jangan risau.
Sekarang,kawan yang suka main tikam belakang. Depan aku,perangai macam perempuan pilihan syurga. Belakang aku,kutuk aku bagai-bagai.
Apa yang aku ada,jadi bahan cemuhan. Apa,tak layak aku dapat apa yang aku ada sekarang ni? Heh,kau je kut yang boleh. Ambil la pingat ni *hulur piala emas*.
Kekadang macam malas sangat nak berkawan dah. Tapi,tak kan disebabkan sekor dua makhluk cenggini aku nak ban semua ye dak? Aku tak sekejam itu. Wah,kata-kata semangat gittew.
Ok lah,malas nak membebel panjang. For you,ye you yang I maksudkan,masih layakkah you bergelar kawan? Sila fikir sendiri. Eh,I you pulak. Bajet omputih sangat rasa. Chewahhh...
Sayang korang keketat.
Okbai!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment