Sabtu lepas wedding my sahabat,Nurul Zaimi dengan pasangan beliau,Owais Al-Qarni. Tahniah! Semoga u & pasangan sentiasa dalam keredhaan Allah. I'm happy for u. Maaf sebab tak dapat datang. Tak dapat tengok u pakai pakaian lip lap lip lap glamerrrr.. Sobs sobs... *lap hingus ngan air mata guna tisu tandas KLCC*
Bukan aku tak nak datang. Semangat dah berkobar-kobar sangat dah. Kalau letak kertas atas kepala,boleh terbakar. Kalau siram air,berdesir bunyi kepala & berasap. Kalau letak ayam,siap dah BBQ aku. Okay,over! Tapi,nampak kan betapa semangat nye jiwa & raga aku?
Memula,aku & sahabat sorang lagi,Nadya Ghazali,dah plan bagai-bagai. Itu ini,itu ini. Pelbagai cara! Beribu idea! *ikut style lelaki dalam iklan Zalora.com tu bercakap*. Punye lah nak join the glamerous. Tapi...... Semua plan ke laut. Kensel!
1st plan......
Nadya datang Karak dari Teganu naik kereta. Ambil aku then terus ke rumah Nurul. Hasilnye,kereta akak dia nak pakai. So,kensel naik kereta. Fikir cara lain. Fikir! Fikir! Fikir! *pegang kepala hangguk-hangguk style Jimmy Neutron*
Plan seterusnya......
Nadya datang naik bus dua hari awal. Bermalam kat rumah aku dulu then pagi-pagi Sabtu tu gerak ke kenduri. Time tu mati-mati ingat kenduri Nurul kat Kg.Pandan. Ghopenye,kat Pandan tu blah lelaki. Nurul punye kat N9. So,tukar plan lagi!
Last plan.......
Nadya datang Karak dari Melaka Bandaraya Bersejarah (jangan tanya kenapa penuh aku bagi) awal dua hari. Stay rumah aku then bergerak ke N9 sehari sebelum bertolak. Tidur rumah Nurul semalaman. Boleh tolong-tolong mana yang perlu kan. Aku kan ringan badan. Eh! Haha..
Last-last,Nadya kenot mekit. Dia terstuck kat Melaka. Stuck pasai apa,aku tak bertanya. Asalkan dia selamat. Ye dak. So,idak la kami pergi majlis tersebut. Aku pun memang tak mampu ke sana sorang-sorang. Segan!
Pada mulanya,my encik Beliau mati-matian tak nak kasi. Bertekak bergusti bertomoi kejap la kami. Macam-macam hujah beliau bagi. Aku pun tak nak kalah. Dah macam meeting kat White House rasanye. Last-last,beliau bagi alasan yang sangat........... Oh,sayang Amal! Sila muntah.
Alasan beliau...........
"Amal tak suka Anim naik bas. Bahaya! Kalau apa-apa jadi macam mana? Anim tu darah manis."
---------- macam lah aku tak pernah naik bas. Dulu masa aku kerja MTSB kat KeyHell tu,berulang je hari-hari. Tak ada pape pun.
"Kalau ada orang usha Anim nanti macam mana? Orang mengorat Anim ke. Risau Amal!"
--------- beliau ingat aku ni Jeniper Lopes ke orang duk nak usha 24/7. Ala-ala Kim Kardashian adelaaaa. Haha.. Okay,perasan!
Temanya kat sini beliau sangat risaukan aku. RISAU! See,sweet kan tunang aku. Padahal beliau cemburu. Jelly! Selepas pertarungan sengit tu,aku menang. Beliau merelakan dalam keterpaksaan. Beliau nak ikut tak dapat. Yeayyyy!!!
Tapi...... Aral berlumba-lumba merintangi. So,tak dapat pergi jugak. Masa aku beritahu beliau,beliau ok je. Padahal... Sengih 360 degree. Sokay,aku bagi dia menang.
So,walau banyak mana pun kita plan,kita just mampu plan. Allah yang tentukan. Redha aje la kan. To Nurul & Owais..................
SELAMAT PENGANTIN BARU UOLLS!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment