Awesome Followers

18 September 2012

~~ Perjalanan Awal Pagi, Majlis Rumah Terbuka,Rasa Menyirap dengan Mekdi Teluk Chempedak & Restoran Adik Manja Yang Mendatangkan Seram ~~

Assalamualaikum....

Agak lama tak membebel ala-ala cik Soyah. Terasa sangat malas nak menaip plus kekeringan idea. So,hari ni ada isi yang nak ditempek dalam belog getek-getek ni. Ahha!

Last week,13 September 2012,aku dijemput ke rumah terbuka and penyampaian perkhidmatan cemerlang Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Macam VVVVVIP sgt ehkau. Ekceli,pak itam aku yg diraikan. Aku,adik Paiz & Ayu (anak pak itam) menumpang 6 kaki je. Janji dapat makan.

So,seawal 4 pagi aku dah bangun. 5 pagi nak gerak dah kata pak itam. Bayangkan keadaan aku time tu. Bayangkan aku kata! Yang tidur dalam 2jam setengah tu. Mata memang spooky habis la kan. Even mata ni mengantuk minta lelap,memang tak la kan. Kena jadi second driver pak itam. Duduk tegak tak bagi lentok. Separuh jalan,aku pulak yang dikerah jadi driver. Berdangdut la aku kasi hilang mamai.

Sampai kat Pusat Latihan Pertanian dan Asas Tani Inderapura dalam pukul 8. Majlis setat 8.30. Bergila lah aku and adik-adik tak semenggah aku tu. Habis satu pertanian kami jelajah. Nak menunggu jamuan raya tengah hari punya lama. Perut dah bergendang gendut sakan dah. Nak makan dulu nampak sangat kebulur orang Karak ni kan. Terpaksa lah tunggu sampai majlis penyampaian anugerah habis.

Bila sampai episod makan,kalau boleh semua aku nak telan. Ada puding buah-buahan,jelly kelapa,nenas & nangka cicah kicap,nasi minyak,lemang,ayam,rendang,kek. Haa kau. Kalau boleh semua aku nak suap ke mulut besar aku ni. KALAU BOLEH! Tapi........ Aku makan mana yang mampu. Siap pakai sudu garfu emas lagi. Padahal bendalah tu untuk VIP. Yang lain pakai sudu pesetik je. Dulu la kan.

Selesai majlis,pak itam bawak pi Teluk Chempedak. Aku memang pantang nampak laut. Terkinja-kinja la kan. Segeng dengan monyet yang sedia ada kat kaki lima pantai tu. Nampak pulak Mekdi,perut memohon pulak. Nampak kan betapa kuat mengketedarah tekak aku ni. Memandangkan perut penuh lagi,aku buat keputusan nak telan sundae chocolate je.

Dengan muka konfiden,aku pun berjalan ala-ala American Next Top Model. Mintak sundae tapi disuruh pi kat kiosk depan. Aku macam,'hah?hah? Celah mana kiosk. Dulu tak ada pun.' So aku kaber senyum,terus keluar. Sampai kat kiosk tu,tertera sign board 'CLOSE'. Hello,kiosk gomen ke nak close bagai ikut time? Menyirap gila! Last-last,aku beli je strawberry & marshmallow with chocolate. Asal ada. Tapi memang masih menyirap dengan Mekdi tu.

Gerak dari TC dalam pukul 4++ gittew. Lalu depan Restoran Adik Manja,Jalan Gambang-Karak tu. Pagi tu pun ada lalu jugak. Seriau rasa. Macam-macam cerita aku dengar pasal Restoran Adik Manja tu. Siang buruk kemain. Kalau malam,cantik baq hang macam 5 stars hotel. Ha kau,seram tak? Seram tak? Cerita kat ibu. Ibu ajak duduk depan restoran tu dari siang sampai malam. Nak tengok apa sebenarnya jadi. Kau mampu? Idak la rasa nya.

After a long journey sehari-harian tu,sampai rumah memang pengsan habis. Tak nampak apa dah. Tilam bantal chanchan je yang aku tuju. Tak cukup tidur buat aku terlebih tidur whole day. Tapi,rasa tak puas hati dengan Mekdi tu masih bersisa. Huh!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: