Awesome Followers

2 September 2012

~~ Kakak Ku Si Pencuri Cili ~~

Assalamualaikum...

Malam ni dengan semangat yang membara yang aku dapat dari banjaran Gunung Tahan,aku bersuara nyaring ala-ala Mariah Carey. Ala-ala je aku mampu. Kalau dah sebijik tu,tak duduk dah aku kat Karak ni. Ke Beverly Hills dah ni. Angan-angan kau!

"Ibu,kakde masak nasi goreng eh!"

Dengan penuh rasa hormat,dengan penuh berbesar hati,ibu aku melepaskan tugas itu kat aku. Ye lah,aku ni sekarang rajin level 18jutallion nak memasak. Pantang nampak dapur. Laju je kerahan tenaga & otak ni. Okay,itu over.

So,aku melangkah ke dapur dengan penuh keyakinan. Sangat berwaja jiwa ni. Yeahh..

Aku buka tudung periuk nasi.
Aku keluarkan besen sedikit besar.
Aku senduk nasi.
Aku ambil bawang 2-3 bijik.
Aku keluarkan papan penyiang.
Aku keluarkan pisau.
Bila time nak ambil cili......

"Ibu,cili mana??"

Dari dapur aku dah menjerit. Habis aku selongkar tempat bawang garam gula. Jangankan tangkai cili,biji cili pun aku tak nampak. Pesetik cili pun ghaib. Makanya,berlari-lari lah aku ala-ala itik gembo-gembo menuju ke ibu ku.

"Bu,tak ade cilinye. Semalam banyak sangat rasanye."

"Laaa.. Kakngah la tu kot yang bawak balik Putrajaya. Dah,pi beli lain."

Cis! Meluntur semangat betul. Dengan rasa malas yang menggunung (okay,memang kemalasan tu seakan-akan tak mahu berenggang dengan aku. Kalau hilang akan saling merindu) ,aku setat kereta pi ke kedai pakcik India botak yang dah-macam-uncle-aku-sendiri-perilakunye-and-ada-anak-lelaki-yang-dikategorikan-sebagai-lelaki-India-paling-hensem kt taman tu. Ha kau,panjang nau!

Tak ku sangka! Woi,cili pun tak mampu beli ke??

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: