Awesome Followers

8 August 2012

~~ Merdeka!!! :: Merdekakah Kita? ~~

Assalamualaikum...

Dah bulan Ogos kan. Dah masuk bulan kemerdekaan dah pun. Merata boleh nampak bendera Malaysia. Dekat kereta,halaman rumah,atas pokok,tiang lampu,tepi jalan,pondok bas. Semua nampak biru,merah,kuning,putih. Meriah!

Kalau time sekolah dulu,macam-macam pertandingan cikgu-cikgu buat. Kelas patriotik la,lagu patriotik la,sukan tradisional la,teater kemerdekaan la. Aku pun selalu join jugak. Lagu patriotik versi solo,pernah dpt no.1. Wah gittew. *kembang kempis hidung*

Dalam kecoh-kecoh nak sambut merdeka,tahu ke makna sebenar merdeka? Okay,aku pun baru nak mendalami. So,jom sama-sama mendalami nye okay.

Merdeka -----» Bebas!

Dulu kita banyak dijajah. British,Jepun bla,bla,bla. So,bagai-bagai cara yang dilakukan banyak pihak untuk bebaskan Tanah Melayu ni. Berperang? Toksah cakap la. Lalui zaman darurat yang sangat boleh gila kalau aku ada sekali. Tak sanggup kot!

Selepas rundingan,baru boleh dapat memerintah sendiri. TAPI! Ada tapi pula kan. Perlembagaan kita banyak dipengaruhi British. Mana yang aku pernah dapat info (maaf kalau tersilap),selagi tak cukup usia merdeka 100 tahun,kita tak boleh tukar perlembagaan. Kena ikut! So,have to la kan.

Jom ketepikan soal perlembagaan ni ketika merdeka. Kita renung hari ini. Merdeka ke kita? Dulu masa sekolah cikgu rajin bagi esei tajuk ni. Sampai tepu kepala otak nak perah. Kadang-kadang rasa macam,Eh-Dah-Merdeka-Tu-Merdeka-Je-La. Waaa,mana boleh kata cikgu. Hayati dah fahami! Baikkkk...

Tengok contoh anak muda kita. Minda masih dijajah. Tingkah laku masih dijajah. Bahasa masih dijajah. Cuba tengok dari segi pemakaian. Ada je anak-anak muda yang bangga pakai tshirt yang berlambangkan bendera Amerika or Britain. Ce bagi tshirt bendera Malaysia. Mana mau nya nak pakai. Letak dalam lemari kemas-kemas la jawabnye.

Tu baru anak remaja. Yang lain-lain,sila kaji sendiri. Ye,aku tergolong sama. Sebab tu berniat nak tulis entry ni. Aku sedar,tak sepenuhnya merdeka. Banyak sangat dipengaruhi. Tu lah,terasa jiwa Inggeris sangat! Ahaks..

Dah,dah,jom sesama fikir dan renungkan balik. Dah merdeka kah kita? Apa-apa pun,selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55. MERDEKA (7x)!!!!

P/s ---» Orang ramai cakap logo merdeka tahun ni tak cantik. Bagi aku,sangat-sangat klasik. Aku suka!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: