Assalamualaikum....
Tak mau mukaddimah panjang berjela.
Tak mau conteng pengarutan yang membazirkan tenaga jari.
Terjah terus!
Semalam sedia maklum pi jawab exam.
Exam apa?
Sekolah lagi ka Cik Farah ni?
Ish,idak......... Exam kemasukan perkhidmatan Penolong Akauntan Gred W27. Panjang kan? Jenuh tulis jenis exam kat paper jawapan semalam.
So,pepagi seawal 4.30am dah bangun. Dengan semangat yang jitu! Tugas tersedia-------» Kejutkan my ibu,my abah & kakngah.
Perasaan??
Mengantuk tapi kegementaran itu melampaui segalanya. Serius!
Bertolak dari rumah tepat 6am. Gelap lagi. Memang masa yang sangat ideal untuk tidur.*muka jembek*
Nampak tak betapa syaiton memainkan peranan penting menyelimutkan kita dengan kulit beybish tu time ni?
Sampai Universiti Malaysia Pahang dalam pukul 8.15am. Kena ada dekat dewan tu 8.30am.
So,pi la tacap2 sikit kasi segar muka.*flush toilet mereka penyegan yang amat! Xnak keluar ayaq*
My wedges pulak buat hal. Boleh tercabut tapak.
Dah kena tukar then wedges tu ditinggalkan.
Perasaan??
Huh! Memang terasa masa zaman kolej. Duk tunggu paper soalan kena edar.
Nebes!!!!
Dalam hati baca segala bagai doa. Surah-2 pun tak tinggal. *mana yang ingat lah*
1st section : Pengetahuan am Malaysia & basic akaun.........
*keadaan diri : tenang,sempoi,cool*
Yang pengetahuan am tu boleh la.
Siap senyum 360°. *nampak agak berlagak kan kenyataan haku? Sila tampar*
Akaun??
Awak dulu setadi akaun dalam BI. Bila keluar terms dalam BM,gelabah berpeluh ketayak!
Debit,kredit,liabiliti,aset,bla bla bla...
Alhamdulillah,dapat jawab dengan penuh!
2nd section : intreprate data/selesaikan masalah
*keadaan diri : gelabah,tekanan,pucat*
Haaa.... Yang ni semua soalan maths.
Masa 40 minit untuk 40 soalan.
Calculator nor allowed!
Tercungap-cungap lah aku.
Yang dikira,dapat jawapan,tak tally dengan pilihan jawapan.
Aku?? Main hitam kan haje!
Hahahahahahahahahahaha.......
Bila pengawas tu kata,"Lagi 10minit ye.",aku punye condition dah macam nak kena sembelih.
Tak cukup masa!
Bila semua selesai,aku mampu tersenyum je.
Tawakkal.
Redha.
Aku dah cuba sehabis baik.
Tunggu je result next month.
Keluar dewan,lalu depan toilet tadi. Ternampak wedges tu. Rasa sayu tinggalkan beliau. Lama beliau berjasa. Terima kasih green wedges!
My abah ajak pi rumah bestie dia kat Lepar Hilir.
Sesat berpusing-pusing gara-2 tak hengat dia Lepar berapa.
Last-2 call makteh.
Rupanya kat Lepar 3. Bukan Lepar 2!
Tapi.................
My abah tak merungut sikit pun. Selalunya,dia paling becok kalau dah sesat & melilau hentah hape-hape.
Memorable sungguh!
So,doa-2kan cik Farah ye. Mudah-mudahan berjaya ke level interview.
Aminnnnn.......
Sayang korang keketat!
#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment